Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

LARANGAN BAHASA BAKU KERANA BALAS DENDAM

Dua belas tahun lalu kerajaan telah bersetuju untuk menggunakan Bahasa Melayu baku selaras dengan cita-cita untuk menyatupadukan masyarakat majmuk Malaysia menerusi satu cara sebutan Bahasa Melayu yang seragam.

Idea pembakuan Bahasa Melayu ini tercetus daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim(DSAI) yang ketika itu menjadi Menteri Pendidikan. Proses pembakuan Bahasa Melayu telah diterima dengan baiknya oleh semua pihak termasuklah Rais Yatim sendiri yang pada satu ketika dulu pernah menjadi Menteri Penerangan .

Penggunaan Bahasa Melayu baku telah disambut baik bukan saja oleh ahli-ahli bahasa tempatan tetapi juga oleh tokoh-tokoh bahasa di alam Nusantara ini. Dewan Bahasa dan Pustaka telah diberi peranan utama untuk memperluaskan dan memperkayakan penggunaan bahasa baku ini.

Selama 12 tahun tiada siapa yang menyoal tentang kesangsian penggunaan Bahasa Melayu baku ini. Malah semua saluran TV,kecuali TV1 dan TV2 telah menggunakan Bahasa Melayu baku dengan pekat sekali. Sehinggalah bila Rais Yatim dilantik menjadi menteri isu penggunaan bahasa baku timbul semula. Rupa-rupanya Rais Yatim sememangnya menyimpan dendam terhadap DSAI dan sekarang adalah peluang terbaik untuk membalasnya.

Kenapakah hari ini dengan tiba-tiba kerajaan telah membuat keputusan untuk membatalkan arahan penggunaan Bahasa Melayu baku di TV dan di sekolah ? Kenapa perkara ini tidak pernah timbul dahulu? Alasan yang diberi adalah penggunaan Bahasa Melayu baku adalah menggelirukan, sungguhpun ianya diajar di sekolah tetapi orang awam tidak selalu menggunakannya.

Amatlah aneh iaitu selepas 12 tahun penggunaannya baru kerajaan sedar bahawa Bahasa Melayu baku ini jarang dipakai orang ! Atau adakah penggunaan Bahasa Melayu baku itu mengingatkan DSAI dan perlu dihapuskan dari pandangan dan ingatan dengan apa cara pun.

Kerajaan seharusnya fikir tentang bagaimana hendak memperkemaskan penggunaan Bahasa Melayu baku ini bukan menghapuskannya. Kerajaan juga harus memikirkan bagaimana hendak memperkayakan penggunaan tulisan jawi di sekolah-sekolah dan bagaimana hendak menangani gejala penggunaan loghat dan bahasa Melayu pasar di sekolah dan dalam majlis-majlis rasmi.

Pelarangan penggunaan Bahasa Melayu baku adalah satu langkah yang amat memalukan kita. Lebih memalukan ialah langkah Kementerian Pendidikan yang secara terburu-buru mengeluarkan arahan melarang penggunaan Bahasa melayu baku di sekolah tanpa membincangkan perkara ini terlebih dahulu. Nampak sangat bagaimana Kementerian Pendidikan telah dipolitikan untuk tujuan pihak-pihak tertentu.

Lebih menghairankan kenapa 4 bulan lalu Kementerian Penerangan melantik Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai panel penasihat untuk memperkemaskan penggunaan Bahasa Melayu baku di Radio dan Televisyen Malaysia.

Nampaknya Abdullah Badawi,Rais Yatim dan berapa orang menteri yang beria-ia sangat untuk melarang penggunaan Bahasa Melayu baku ini sedangkan Pengerusi Jemaah Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka,tokoh-tokoh bahasa,kesatuan-kesatuan guru dan ahli-ahli politik pembangkang masing tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan itu.

Apakah langkah mengenepikan penggunaan Bahasa Melayu baku ini mendapat restu Mahathir? Mungkin Mahathir akan marah dan rasa tersinggung apabila Mahathir sedar Bahasa Melayu BAKU(Bahasa Anak Keling Utara) yang didukung oleh kerajaannya selama ini sudah diperkosa dan dikuburkan oleh Abdullah Badawi dan Rais Yatim. Maklum saja Mahathir pun orang utara tentu dia tidak akan setuju tetapi kerana takut bayang DSAI, Mahathir terpaksa akur!

ALI ALLAH DITTA




Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com