Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Dari London - Konspirasi Baru Mungkin bermula !

Kemunculan Ummi Halfilda di Malaysia Hall di tengah Kota London ketika Mahathir sedang meraikan penuntut-penuntut Malaysia dalam satu sesi dialog merupakan sesuatu yang penuh misteri.

Apakah seorang yang telah diisytiharkan muflis oleh mahkamah masih berhak menggunakan paspot Malaysia dengan bebas untuk keluar masuk Malaysia? Seseorang yang telah dimufliskan,akan dikawal urusan kewangannya. Mengikut Ummi Halfida,dia sudah sebulan tinggal di London kerana urusan perniagaan. Anih betul seorang yang muflis masih dapat berbelanja besar ?

Kemunculan Ummi Halfida ketika Mahathir sedang megadakan dialog mengesahkan lagi bahawa adanya unsur konspirasi antara mereka walaupun Ummi Halfilda menafikan sekeras-kerasnya. Nampaknya Ummi Halfilda masih tidak puas hati dengan fitnah yang ditaburkan di merata-rata tempat di Malaysia ini,hinggakan di Kota London Ummi Halfida sanggup menonjolkan dirinya bagi mendapatkan publisiti murahan itu.

Apakah kehadiran Ummi Halfida di tengah-tengah kota London itu sememangnya telah dirancangkan ataupun merupakan satu 'coincidence' yang tidak disengajakan. Seyogia diingatkan,biasanya jika Mahathir hendak hadir di dalam sesuatu majlis seperti yang diadakan di Malaysia Hall itu,perjumpaan seperti itu akan dirancang dan disusun sekurang-kurang sebulan atau dua bulan terlebih dahulu. Sudah tentu majlis yang diadakan itu bukan satu majlis yang dibuat secara 'impromptu'. Oleh yang demikian sudah pasti Ummi Halfilda tahu awal-awal lagi bila Mahathir akan berada di London.

Mahathir macam biasa masih tidak mengaku kekalahan teruk UMNO dalam pilihanraya lalu adalah berpunca daripada faktor Datuk Seri Anwar Ibrahim(DSAI). Mahathir dengan terang-terang menuduh DSAI melakukan perbuatan yang tidak bermoral. Malah Mahathir bersumpah dengan nama Allah saw bahawa dia tidak berbohong dalam hal ini.

Mahathir menuduh tindakan pihak pembangkang menanamkan budaya benci terhadap pemimpin-pemimpin negara di kalangan kanak-kanak sehingga ke tahap kanak-kanak kecil itu diajar memijak dan meludah ke atas gambar orang-orang tertentu agar kanak-kanak ini akan membenci orang-orang tertentu itu bila mereka besar. Akibat katanya, generasi muda hari ini semuanya adalah anti kerajaan kerana telah didoktrinasikan oleh pihak pembangkang dan ini salah satu punca kekalahan UMNO.

Sikap Mahathir yang degil dan tidak mahu menerima hakikat bahawa orang-orang Melayu tidak lagi menyokong UMNO ,mudah difahami,kerana Mahathir rasa bahawa dia seorang saja yang betul. Mahathir tidak pernah percaya kepada sesiapa. Namun demikian agak pelik bagi Mahathir dengan tiba-tiba boleh percaya tuduhan melulu Ummi Halfida. Bukankah perbuatan begini merupakan satu konspirasi untuk mengaibkan seseorang?

ALI ALLAH DITTA





Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com