Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

MAHATHIR, MAHKAMAH, TELEKOM & MITSUI : APA DAH JADI ?

Dalam perjalanan saya ke Kuala Lumpur dengan bas ekspres,sempat saya berbual-bual dengan seorang lelaki,berpakaian kemas,yang memanggil dirinya sebagai Razak. Kami banyak berbual pelbagai tajuk bermula dari hal politik hingga ke masalah ekonomi negara. Pada mula Razak teragak-agak untuk berbual panjang lebar tentang hal politik semasa,tetapi apabila saya menunjukkan sikap 'neutral' saya dalam persoalan-persoalan politik ini dia bercakap dengan rancak soal kepincangan yang sedang melanda kerajaan hari ini.

Seperkara yang disebutnya ialah tentang betapa sukar untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan di peringkat cawangan kerana tidak cukup korum,begitu juga di peringkat bahagian. Menurutnya lagi ada cawangan terpaksa mencipta minit mesyuarat untuk di serahkan kepada bahagian. Di peringkat cawangan kebanyakan ahli adalah terdiri daripada saudara mara belaka dan yuran ahli dibayar sama ada oleh ketua cawangan atau ketua bahagian.

Pasal kes Mahathir pergi ke mahkamah,Razak begitu yakin bahawa Mahathir tidak akan ke mahkamah dan pihak pendakwa dan hakim akan cuba guna apa saja kuasa yang ada pada mereka untuk menghalang pihak pembela menyoal Mahathir dalam mahkamah. Mengikutnya lagi,kalau Mahathir ke mahkamah akan terbongkarlah banyak cerita-ceita lain. Penjelasan Mahathir berkaitan dengan kes DSAI ini sudah tidak konsisten lagi. Jadi kalau Mahathir diasak oleh soalan-soalan daripada peguambela mungkin Mahathir akan tersasul,malah boleh "breakdown" tambahnya lagi. Inilah risiko yang UMNO dan Mahathir tidak mahu hadapi dan kredibiliti Mahathir sebagai pemimpin sudah tergugat.

Satu lagi topik yang menarik ialah kes Telekom Malaysia Bhd. yang telah dikatakan menerima rasuah sebanyak RM10.64 juta(300 juta yen) daripada Syarikat Mitsui and Co. pada tahun 1997. Menurutnya lagi, kisah ini timbul apabila akhbar Asahi Shimbun melaporkan tentang perihal pemberian rasuah kepada Telekom Malaysia Bhd. menerusi sebuah syarikat perunding di Malaysia. Mengikut maklumat lagi syarikat perunding itu tidak pernah wujud. Jadi soal RM10.64 juta duit rasuah ini masuk dalam poket siapa?

Adalah dipercayai bahawa Syarikat Mitsui and Co. ini telah mendapat kontrak menyediakan "switchboard" kepada Telekom Malaysia Bhd. telah berjaya mendapat kontrak mengatasi beberapa buah firma terkemuka dari Eropah. Mengikut sumber-sumber tertentu syarikat Mitsui and Co. ini suka memberi rasuah kepada kontrak-kontrak yang diperolehi di beberapa buah negara lain. Katanya lagi syarikat ini kerap memberi komisyen kepada orang-orang tempatan tertentu setelah memperolehi sesuatu kontrak atau tender.

Mengikut Razak lagi,amalan begini sememangnya menjadi adat dalam proses pemberian dan penerimaan kontrak atau tender yang dilaksanakan itu di negara ini. Amalan pemberian rasuah memang berlaku bukan untuk kontrak-kontrak besar malah bagi kontrak-kontrak sederhana dan kecil.

Saya juga tanya Razak apakah pihak BPR tidak ambil apa-apa tindakan untuk menyiasat kes ini. Menurutnya,perkara ini timbul setelah berita itu disiarkan oleh akhbar Asashi Shimbun dan pihak Telekom Malaysia Bhd. "baru" sedar dan terkejut akan hal ini. Menurutnya lagi pihak Telekom Malaysia Bhd. akan melakukan siasatan rapi bagi mengenalpasti siapakah dalang dalam kes ini.

Katanya BPR patut bertindak segera,seperti yang dilakukan ketika tuduhan bekas penolong gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid bahawa DSAI telah menghimpunkan sebanyak RM 3 juta menerusi 20 "master accounts". BPR cara tergesa-gesa membentuk pasukan-pasukan khas bagi menjalankan siasatan dengan serta merta walaupun tuduhan yang dibuat oleh Datuk Murad Khalid itu hanya secara melulu tanpa sokongan bukti-bukti yang kukuh. Sehingga hari ini BPR tidak pernah menyoal siasat DSAI lagi !

Mengikut Razak BPR lazim memilih bulu bila menjalankan penyiasatan dalam kes-kes rasuah ini. Dengan nada yang marah Razak telah menyoal apakah pihak BPR buat tentang laporan rasuah terhadap Rafidah,Daim dan Rahim Thamby Chik. Saya mengatakan bahawa dalam kes Rafidah pihak BPR telah menyiasat dan mendapati bukti-bukti kukuh bahawa berlakunya penyelewengan dan salah guna kuasa. Malah kes Rafidah ini telah dirujuk kepada pejabat peguam negara dan peguam negara telah bertindak untuk mendakwa Rafidah tetapi dihalang oleh orang tertentu.

Razak mecelah cakapan saya dengan nada yang marah mengatakan bahawa orang tertentu itu ialah Mahathir. Dia begitu marah terhadap tindakan Mahathir menghalang sisatan terhadap Eric Chia,bekas MB Selangor,Mohd.Md.Taib dan juga beberapa ahli-ahli kabinet yang lain. Menurutnya lagi Mahathir ini bijak bermain politik sebegini,bagi menjaminkan "survival" karier politik Mahathir . Mahathir sering menggunakan kelemahan-kelemahan ini untuk mengugut rakan dan lawannya.

Setiba di Kula Lumpur, kami bersalaman dan Razak menghulurkan "card"nya. Terperanjat apabila saya dapati bahawa Razak ini adalah seorang tokoh koprat dan orang kuat UMNO !!

ALI ALLAH DITTA



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com