Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

BILA MAHKAMAH RAYUAN,DICEMARI KONTRAVERSI….

Komen saya tentang kes rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim(DSAI) dalam rencana "Apakah Peluang DSAI dalam Mahkamah Rayuan" ditulis dengan begitu skeptikal sekali kerana saya khuathir ada sesuatu yang tidak kena dengan panel hakim yang menghakimi kes rayuan DSAI ini.

Sangkaan saya memang tepat apabila DSAI telah menyatakan bantahan beliau terhadap Hakim Mokhtar Sidin salah seorang ahli panel hakim mahkamah rayuan tersebut. Menurut DSAI,semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu,DSAI pernah bersama-sama Majlis Raja-raja mengangguh permohonan kenaikan pangkat Mohktar Sidin menjadi hakim mahkamah rayuan atas seba-sebab tertentu.

Hakim Mohktar Sidin adalah hakim yang juga terlibat dengan beberapa kontrovasi lain antaranya ialah penghakiman kes Vincent Tan vs MGG.Pillai dimana hakim tersebut telah menjatuhkan hukuman denda berjuta-juta ringgit berhubung saman malu Vincent Tan terhadap MGG.Pillai.

Adalah difahamkan bahawa melalui sebuah affidavit bersumpah dikatakan bahawa teks penghakiman yang dibaca oleh Hakim Mokhtar Sidin semasa mejatuhkan hukuman itu bukanlah hasil tulisan hakim Mokhtar Sidin sendiri,tetapi telah ditulis dan dibaikki oleh peguam Vincent Tan,iaitu Dato V.K.Lingam.

Hakim Mokhtar Sidin dan keluarga juga telah dikatakan pergi bercuti bersama-sama Dato V.K.Lingam dan keluarga di New Zealand atas pembiayaan Dato V.K.Lingam. Tindakan ini telah menimbulkan pelbagai tanda tanya iaitu sama ada hakim Mohktar Sidin telah bersikap adil dalam menjatuhkan hukuman semasa kes perbicaraan Vincent Tan vs MGG.Pillai itu? Walaupun perkara ini telah dibawa ke pengetahuan Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara nampaknya mereka lebih suka mendiamkan diri dari membuat sebarang komen atau mengambil sebarang tindakan bagi membersihkan dan mendaulatkan kembali badan kehakiman itu.

Walau bagaimanapun Hakim Lamin Yunus telah menolak bantahan DSAI dengan alasan bahawa keputusan yang dibuat oleh DSAI semasa menjadi TPM dulu tidak ada kena mengena dengan kes ini. Lagi pun mengikut hakim Lamin Yunus,hakim Mokhtar telah memberi jaminan untuk menjalankan tugasnya dengan adil "without fear or favour".

Begitu jugalah jaminan yang telah diberikan oleh hakim Augustine Paul semasa mengadili kes rasuah DSAI dulu. Tindakan hakim Augustine Paul dengan ungkapan tidak relevan kepada setiap penghujjahan pihak pembela,sebaliknya memberi laluan kepada pihak pendakwa untuk meminda tarikh pertuduhan,telah menjejas kredibiliti hakim Agustine Paul sebagai hakim yang adil.

Tambahan pula apabila pihak pendakwa rasa bahawa pertuduhan salahlaku seks terhadap DSAI begitu lemah untuk dibuktikan,hakim Augustine Paul dengan tiba menerima tindakan pendakwa menukar pertuduhan ditengah-tengah perjalanan kes tersebut disamping membuang segala keterangan-keterangan tentang salahlaku seks,menyebabkan DSAI tidak dapat menangkis tuduhan-tuduhan itu.

Hakim Agustine Paul,seorang hakim yang "junior" untuk menjadi hakim mahkamah tinggi beberapa minggu sebelum itu,telah diberikan tugas mengadili kes DSAI yang begitu penting sekali,menggantikan hakim yang lebih "senior" membuktikan bahawa betapa kejam badan kehakiman dan jabatan peguam negara dipolitikan untuk kepentingan Mahathir dan kroni-kroninya.

Permainan "tukar pi tukar mai" hakim-hakim yang didalangi oleh Jabatan Peguam Negara secara tidak langsung telah mencemarkan nama baik badan kehakiman sendiri dimata rakyat jelata. Malah tindakan untuk memindahkan dan menukarkan hakim-hakim yang dianggap "neutral" atau anti Mahathir yang terlibat dalam beberapa penghakiman bersabit dengan kes DSAI ini juga merupakan salah satu tatik Mahathir dan Jabatan Peguam Negara untuk memastikan supaya DSAI tidak akan terlepas daripada hukuman.

Drama yang sama juga dilakukan oleh hakim Ariffin Jaka semasa pilihanraya umum 1999 lalu telah mengguhkan kes DSAI dengan tiba-tiba atas alasan sakit belakang. Apa kena mengena kes DSAI dengan pilihanraya itu? Hakim Ariffin Jaka,pihak pendakwa dan pembela serta DSAI sendiri tidak terlibat secara langsung dengan pemilu itu. Tetapi kerana Mahathir takut yang DSAI mungkin "melondehkan" banyak perkara-perkara lain yang boleh menjejaskan prestasi beberapa pemimpin UMNO tertentu maka hakim pun pura-pura sakit belakang dan menangguhkan kes tersebut.

Hakim Ariffin Jaka juga telah mengeluarkan sapina kepada Mahathir untuk hadir mahkamah tetapi Mahathir tidak mahu hadir di mahkamah. Kalau Mahathir itu derebar teksi sudah lama hakim Ariffin Jaka mengeluarkan waran tangkap kerana ingkar perintah mahkamah. Tetapi, Mahathir ini,Mahathir,Perdana Menteri,maka hakim Ariffin Jaka terpaksa akur dengan kehendak Mahathir.

Sekarang Hakim Ariffin Jaka mahukan pihak pembela mengeluarkan bukti melalui affidavit bagi memastikan kenapa Mahathir perlu hadir ke mahkamah pula. Mana ada mahkamah dalam dunia ini boleh lakukan drama sedemikian kalau tidak dalam mahkamah Malaysia Boleh di bawah pemerintahan Mahathir serba boleh !

Tatik kotor yang dilakukan oleh jabatan peguam negara tidak dapat ditutup daripada pengetahuan umum. Rakyat tahu apa yang sedang berlaku. Kewibawaan hakim dalam kes rayuan DSAI ini sentiasa dipersoalkan. Malah rakyat jelata boleh jangka daripada awal lagi apakah keputusan mahkamah rayuan nanti. Bila hakim Mokhtar Sidin sendiri tidak mahu menarik diri sebagai ahli panel hakim mahkmah rayuan itu,"what more do you expect?" Mahkamah rayuan akan akur dan tunduk kepada Mahathir,itulah kehendak Mahathir. Siapa berani "melocengkan" Mahathir ?

ALI ALLAH DITTA



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com