Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

RAHIM "BULLDOG" ; MOKHTAR "UBAH TIANG GOL" LAGI!

Akhirnya,si Rahim "bulldog" mengaku juga bersalah kerana mencederakan Datuk Seri Anwar Ibrahim(DSAI) pada 20 September 1998,semasa berada dalam tahanan di Bukit Aman. Tetapi pengakuan si Rahim "bulldog" dibuat setelah peguam negara Mohktar membantu dalam proses "mengubah tiang gol" sekali lagi.

Dalam kes rasuah DSAI penguam negara "ubah tiang gol" supaya mahukan DSAI dikenakan hukuman dengan apa cara sekali pun. Sekarang si Mokhtar "ubah tiang gol" kerana hendak bantu "member" supaya dikenakan hukuman yang seringan-ringannya.

Dahulu si Rahim "bulldog" telah didakwa dibawah seksyen 325 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 7 tahun dan denda yang akan ditentukan oleh hakim mahkamah. Sekarang si Rahim "bulldog" didakwa dibawah seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 1 tahun dan denda tidak melebihi RM2000 atau kedua-duanya sekali.

Alasan yang diberikan oleh si Mokhtar kenapa pindaan pertuduhan dibuat ialah berdasarkan kepada jenis kecederaan yang diterima oleh DSAI. Dalam siasatan Suruhanjaya Diraja seorang pakar perubatan telah memaklumkan suruhanjaya tersebut bahawa pukulan yang dibuat oleh si Rahim "bulldog" di bahagian leher dan kepala kiri mampu membawa maut.

Keterangan itu tidak diterima Mokhtar,mungkin kerana dia lebih pandai daripada doktor pakar yang memberi keterangan tersebut. Akibatnya,si Mokhtar meminda pertuduhan ,setelah berpuas hati bahawa kecederaan DSAI bukan "kecerderaan parah" tetapi "kecerderaan ringan" yang tidak mendatangkan bahaya. Ini mungkin kerana tiap-tiap hari Mohktar nampak DSAI duduk senyum,boleh bercakap,dan berbahas dengan waras. Dalam mahkamah Malaysia si Mokhtar boleh buat apa saja asalkan aduannya itu mengikut selera Mahathir.

Kenapa pula Mokhtar tidak mahu si Rahim "bulldog" masuk lokap sampai 7 tahun ? Mohktar khuatir nanti Rahim "bulldog" akan dipukul sampai mampus oleh banduan-banduan lain yang sememang begitu dendam kepadanya. Mokhtar juga tidak mahu si Rahim "bulldog" merana di dalam penjara di Sungai Buluh bersama-sama DSAI yang pernah dibelasahnya itu.

Mungkin juga wujudnya satu "plea bargaining" di kedua-dua belah pihak. Dalam ertikata "awak garu belakang saya,saya garu belakang awak". Rahim "bulldog" mungkin telah memaklumkan kepada Mokhtar dan Mahathir kalau Rahim "bulldog" telepas masuk juga ke dalam penjara sampai 7 tahun dia akan membongkarkan segala rahsia tentang apa yang sebenar berlaku. Mahathir tentu kecut perut !

Setelah Rahim "bulldog" mengaku bersalah dan pihak pendakwa berpura-pura memohon hukuman yang berat dikenakan terhadap si Rahim "bulldog",hakim sepatutnya jatuh saja hukuman dengan serta merta berdasarkan bidang kuasa yang ada padanya.

Sebaliknya,hakim telah menangguhkan keputusan penghakiman pada keesokan hari. Kenapa hakim berbuat demikian,tiada siapa yang tahu,kecuali hakim itu sendiri. Mungkin hakim terpaksa rujuk kepada orang-orang atasannya,termasuk Mahathir, untuk menentukan apa jenis keputusan penghakiman yang hendak dikenakan.

Tidak hairanlah kalau si Rahim "bulldog" ini mungkin dijatuhkan hukuman 1 hari penjara atau tiada langsung. Kalau 1 hari penjara,hilanglah duit pencen si Rahim "bulldog". Takkan Mahathir gamak melihat si Rahim "bulldog" terjelan kelaparan.

Ramalan umum berpendapat,si Rahim "bulldog" hanya akan dikenakan denda tidak sampai RM 500.00 dan mungkin terlepas daripada hukuman penjara. Apa nak kata kita ada dua set undang-undang, satu untuk rakyat jelata dan satu untuk Mahathir dan kroni-kroni Mahathir. Apakah kita perlu kekalkan Mahathir dan BN lagi? Biarlah pengundi-pengundi Sanggang mengadilinya nanti.

ALI ALLAH DITTA



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com