Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


TEAM WAWASAN MENJELMA SEMULA

Mahathir dan Abdullah Badawi secara rasminya disahkan menjadi presiden dan timbalan presiden UMNO selama 3 tahun akan datang. Dalam ucapannya tatkala mengesa para perwakilan memilih naib presiden dan ahli-ahli MKT yang baru Mahathir secara jelas mahukan para perwakilan UMNO mengundi pemimpin yang bersih,tidak rasuah,tidak bernafsu besar,sebaliknya bekerja kuat untuk agama,bangsa dan negara. Mahathir begitu perihatin terhadap masalah politik wang dan rasuah yang melanda UMNO kini, hinggakan Mahathir terpaksa menetapkan beberapa peraturan dan kod etika bagi menjaga agar gejala-gejala ini tidak mengugat kestabilan UMNO.

Mahathir dan ahli UMNO tidak pernah bangkit masalah politik wang, kod etika dan rasuah semasa pilihanraya umum lalu,tetapi kenapa dalam persidangan UMNO ini perkara-perkara ini dititik beratkan? Padahal politik wang,rasuah amat berleluasa semasa pilihanraya umum lalu dan proses kempen dan pengundian tidak langsung mengikut kod etika pilihanraya ! Mahathir sanggup main kotor dalam pertarungan yang Mahathir belum pasti akan menang. Tetapi, dalam persidangan UMNO ini Mahathir sudah kekal jadi presiden jadi Mahathir boleh buat apa saja kerana kedudukanya sudah selamat.

Dalam UMNO Mahathir larang memilih calon-calon yang korup dan menggunakan politik wang tetapi dalam pilihanraya Mahathir menggalakkan rakyat memilih calon-calon yang mengamalkan politik wang dan rasuah untuk menjadi wakil rakyat.

Alangkah terkejut Mahathir apabila para perwakilan telah memilih semula pasukan bekas team wawasan 1993 yang terdiri daripada Najib Tun Razak, Muhamad Mohd.Taib dan Muhyiddin Yassin. Seperkara yang menarik,ketiga-tiga tokoh ini menerima pencalonan daripada UMNO Kubang Pasu,bahagian yang diketuai oleh Mahathir sendiri.

Dari segi pencalonan bahagian-bahagian UMNO,Najib mendapat 151 pencalonan,Muhamad Mohd.Taib 32 dan Muhyiddin Yassin 30. Walaupun Abdul Ghani Othman dan Abu Hassan yang masing-masing mendapat pencalonan besar 80 dan 58 bahagian namun mereka tidak diterima oleh para perwakilan UMNO,malah Abu Hassan hanya dapat 616 undi berbanding Ghani Othman yang menerima 469 undi saja.

Walaupun Mahathir menyifatkan kemenangan Najib,Muhamad Mohd.Taib dan Muhyiddin Yassin sebagai menang yang telah dijangkakan,namun itu hanyalah merupakan sebagai satu helah untuk menutup rasa kekecewaannya. Mahathir secara terang-terang dalam ucapannya itu telah menetapkan beberapa kriteria bagi memilih seorang pemimpin,antaranya tidak rasuah,tidak bernafsu besar.

Tanyalah diri sendiri antara ketiga-tiga naib presiden yang terpilih itu siapakah yang benar-benar memenuhi syarat-syarat tersebut? Ingat tidak peristewa Muhamad Mohd Taib mengusung beg-beg yang berisi wang berjumlah berjuta-juta ringgit? Atau kes rasuah Muhyiddin Yassin semasa menjadi Menteri Besar Johor dulu.

Pemilihan bekas team wawasan ini juga menandakan bahawa bayang-bayang DSAI masih lagi menghantui Mahathir dan persidangan UMNO itu. Mahathir harus ingat walaupun dia cuba menghakiskan pengaruh DSAI dengan memastikan setiap bahagian diwakili oleh orang-orang kuat Mahathir dan Abdullah Badawi,namun usahanya itu nampaknya gagal sama sekali. Mahathir akan lebih selesa jika Syed Hamid Albar,Abu Hassan dan Rais Yatim menang. Tapi apakan daya pembodek-pembodek kesayangan Mahathir ini kecundang juga akhirnya.

Dalam ucapannya Mahathir juga berkata,semuanya akan musnah,jika individu yang korup menjadi perdana menteri atau ahli kabinet. Bukankah sah terbukti bahawa menteri-menteri seperti Daim Zainuddin,Rafidah Aziz,Samy Vellu dan lain-lain pernah melakukan rasuah dan salahguna kuasa? Memang terdapat dokumen-dokumen sah yang membuktikan Daim Zainuddin,Rafidah Aziz,Samy Vellu dan ramai lagi anggota kabinetnya melakukan rasuah, tetapi kenapa Mahathir menutup mata dan memekakkan teliga saja?

Mahathir juga telah menyentuh tentang kes DSAI dan dengan lantang Mahathir berkata bahawa DSAI dipecat bukan kerana politiknya atau UMNO.DSAI dipecat kerana maruahnya yang rendah dan tidak sesuai untuk menjadi calon perdana menteri.

Mahathir macam seekor singa pondan pandai mengaum di seluruh dunia menjaja tentang masalah moral DSAI itu. Walaupun dalam persidangan ini Mahathir tidak berani cerita panjang lebar,tetapi yang jelas Mahathir masih menggambil kesempatan ini untuk mengutuk DSAI.

Apa yang menghairankan ialah,Mahathir hanya setakat berani menggunakan forum-forum begini untuk memuaskan nafsu politiknya,kononya cuba hendak menyakinkan ahli-ahli UMNO betapa jahatnya DSAI. Mungkin Mahathir lupa bahawa para perwakilan yang dipanggil hadir ini sebenarnya adalah pembodek-pembodek yang akan turut saja apa Mahathir cakap dan kalau Mahathir kata taik itu berbau wangi,wangilah disahut oleh para perwakilan.

Seperti biasa Mahathir hanya berani mengaum dihadapan majlis begini,tetapi takut hendak menjijak kaki ke mahkamah. Mahathir cuba berbagai helah untuk menggelakkan dirinya dibawah ke mahkamah. Dalam mahkamah Mahathir terpaksa bersumpah bahawa segala keterangan dan kenyataan yang dibuatnya adalah benar belaka. Mahathir mana pernah cakap benar,selalu berbohong itu dan ini dan sudah pasti bila dalam mahkamah nanti mungkin tercirit dibuatnya oleh para peguam DSAI.

Persidangan UMNO ke 54 walaupun merupakan persidangan pertama bagi memilih pucuk pimpinan baru selepas era DSAI, namun stigma buruk hasil daripada layanan Mahathir dan UMNO terhadap DSAI masih menghantui persidangan tersebut.Dapatkah team Najib,Muhamad Mohd.Taib dan Muhyiddin Yassin ini membersihkan UMNO daripada sialnya itu?

ALI ALLAH DITTA


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com