Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


MAHATHIR KUAT MENIPU

Kalau gaji Mahathir, sebagai Perdana Menteri ialah RM 25,000 sebulan. Setahun Mahathir baru dapat RM 300,000. Kalau 19 tahun jumlah gaji yang diperolehi Mahathir adalah 5.7juta. 5.7 juta ringgit dicampur dengan pendaptan Mahathir semasa Mahathir bertugas sebagai doktor,wakil rakyat,menteri dan timbalan perdana menteri dahulu,jumlahnya lebih kurang 7.0 juta. Setelah ditolak cukai pendapatan dan perbelanjaan runcit sepanjang perkhidmatannya, Mahathir mungkin miliki lebih kurang 5.5 juta ringgit dalam simpanannya.

Mahathir dikatakan memilikki banyak harta di dalam dan luar negera. Wang simpanan sejumlah RM 5.5 juta memang tidak cukup untuk Mahathir membeli harta-harta dalam dan luar negara seperti di Jepun,Argentina, Maldives,New York,Paris dan London yang bernilai berbillion-billion ringgit. Jadi dari mana Mahathir memperolehi wang yang banyak untuk membeli harta-harta ini ? Sudah tentu pendapatan daripada gajinya tidak mencukupi.

Mahathir sendiri mengaku anaknya Mirzan memiliki MISC dan dijualnya kepada Petronas dengan harga USD350 juta. Kalau setiap projek Mahathir diberi 20% ganjaran kerana meluluskan tender, bayangkan beberapa billion ringgit Mahathir dapat daripada urusan perniagaan sebegini. Dengan cara begitu Mahathir boleh mengumpulkan berjuta-juta ringgit untuk memiliki harta yang bertimbun-timbun itu.

Tiga orang anaknya menduduki dalam lembaga pengurus lebih daripada 200 buah syarikat. Tidak lama lagi anaknya ditugaskan untuk menswastakan semua hospital kerajaan. Malah pemeriksaan perubatan semua pekerja asing diusahakan oleh sebuah syarikat milik anak Mahathir. Bayangkan berapa juta setahun Mahathir dan anak-anaknya mengaut daripada bisnes ini.

Mahathir lebih rela berdiam diri bila isu-isu rasuah menteri-menterinya dibangkitkan dari masa ke semasa oleh pembangkang. Malah media massa kepunyaan Mahathir pun senyap sepi dan tidak ditulisnya sepatah haram tentang kisah-kisah rasuah yang dilaporkan oleh orang tentang perihal rasuah menteri-menteri Mahathir untuk tatapan rakyat. Demikianlah tatik Mahathir bila menghadapi tuduhan rasuah dan salah guna kuasa daripada pelbagai pihak lebih baik tutup mulut saja.

Tidakkah rakyat sedar bahawa segala kekayaan yang kita perolehi ketika ekonomi negara sedang maju dahulu dikaut dan dirampas oleh Mahathir dan kroni-kroninya. Segala projek-projek mega seperti Lebuhraya Utara Selatan,Bakun,Pewaja,Menara Kembar Petronas,Menara Telekom,LRT,Litar Formula One dan beberapa projek lain dibolot bersih oleh orang yang sama iaitu Vincet Tan,Eric Cheah,Halim Saad, Tajuddin Ramli,Teh Pek Khing,Ananda Krishnan,Mirzan dan adik beradik.

Bagaimana kontraktor bumiputra pula tidakkah mereka dapat bahagian mereka? Mahathir tidak sebodoh itu untuk mengenepikan kontraktor bumiputra ini. Mereka dapat habuan juga tetapi habuan yang kontraktor bumiputra ini dapat adalah yang kecil-kecilan. Seperti dalam pakej projek Lebuh Raya,kontraktor bumiputera hanya dapat kontrak tanam pokok-pokok di tepi lebuh raya,kontrak potong rumput,kontrak membina parit dan sebagainya.

Dalam setiap persidangan UMNO Mahathir berpura-pura menangis kononnya mahu menangani gejala rasuah dalam UMNO, tetapi rasuah dalam kerajaan tidak dikisahnya langsung. Sebenarnya gejala rasuah yang melanda UMNO dan kerajaan berpunca dan bermula daripada Mahathir. Kalau tidak kerana wang ringgit dan tipu muslihat Mahathir, Mahathir sudah pasti kalah dalam pemilihan pucuk pimpinan UMNO 1987 lalu.

Mahathir juga membazirkan wang rakyat untuk membeli pesawat-pesawat kapalterbang dan kapal selam dengan harga yang tinggi. Pesawat kapal terbang Phantom Skyhawk yang dibeli dengan harga 1 billion ringgit masih tersadai di Gurun Nevada,Amerika Syarikat hingga hari ini.

Tiada siapa tahu di mana wang sebanyak 6 billion yang disalurkan kepada Perwaja berada,mungkin disapu oleh Mahathir dan Eric Cheah. Sehingga hari ini kes Eric Cheah diam begitu saja dan tiada siapa yang berani membangkitkannya.

Banyak lagi kisah salah guna kuasa dan rasuah yang dilakukan oleh Mahathir dan menteri-menterinya seperti Rafidah Aziz,Daim Zainuddin,Mohd.Md.Taib diperkatakan orang di sana sini. Malah seorang bekas MB Selangor sendiri,telah ditangkap di Australia kerana membawa wang tunai berjumlah berjuta-juta ringgit dan dari mana bekas MB itu memperolehi berjuta-juta ringgit wang tersebut, tiada siapa tahu. Tetapi bekas MB Selangor ini dilepaskan begitu saja.

Mahathir kata royalti minyak untuk Terengganu tidak perlu diberi lagi. Duit minyak adalah hak rakyat bukan hak Mahathir. Minyak akan terus dipam keluar dari bumi Terengganu walaupun Mahathir tiada lagi nanti. Jadi Mahathir tidak berhak menyekat rezki rakyat Terengganu memperolehi hak mereka. Kalau Sabah dan Sarawak boleh terus menerima royalti kenapa tiba-tiba Terengganu tidak boleh? Inilah cara Mahathir membalas dendamnya terhadap rakyat Terengganu yang tidak mahu menyokong Mahathir dan UMNO lagi.

Mahathir sering menyalahkan pembangkang bila masalah disiplin pelajar menjadi kelam kabut. Perkara membakar sekolah,memukul guru dan pelajar menjadi samseng adalah fenomena baru yang berkembang kebelakangan ini. Mungkin sikap ganas sedemikian dipelajari daripada tingkahlaku para polis dan SB yang sering menganas memukul orang tidak berdosa,daripada Rahim Bulldog dan Sanusi Jonid yang masing mempunyai rekod sebagai samseng negara.

Apa yang jelas segala salahlaku dan amalan rasuah oleh Mahathir dan menteri-menterinya itu dilakukan terang-terang di hadapan kita. Patutkah kita menutup mata sebelah seolah-olah perkara ini tidak pernah berlaku. Janganlah kita menjadi bodoh kerana diperdayakan Mahathir.

ALI ALLAH DITTA


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com