Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


UMNO GULINGKAN MAHATHIR DEMI MASA DEPAN ORANG MELAYU

UMNO sudah lama sakit dan sakitnya tiada berubat. Penyakit UMNO adalah UMNO tidak lagi diterima orang Melayu.Tambah-tambah lagi Mahathir,icon UMNO yang sudah lapok dek zaman dan dibenci oleh sebilangan besar orang Melayu. Namun itu Mahathir masih berperasan bahawa orang Melayu masih sayangkanya.

Orang Melayu menolak UMNO kerana Mahathir. Kalau dulu Mahathir dianggap sebagai satu aset UMNO,tetapi sekarang ini Mahathir sudah menjadi satu liabiliti kepada UMNO. Penyakit UMNO yang menyebabkan ianya ditolak oleh orang-orang Melayu ialah kerana jangkitan “virus” bernama “Mahathirisme” masih merebak dalam sistem pendarahan UMNO. Walaupun beberapa langkah pencegahan diambil,namun “virus” “Mahathirisme” sukar dihapuskan.

Demam “Mahathirisme” ini membuat setiap ahli UMNO gusar apabila nama Mahathir disebut. Setiap tutor kata Mahathir adalah amanah yang harus dituruti oleh ahli-ahli UMNO. Bila Mahathir bercakap ahli UMNO diam,tunduk dan menganggok kepala menyetujui apa saja dikataknnya. Bukan saja ahli UMNO kecut perut tetapi termasuk hakim-hakim,PDrM,Peguam Negara dan juga raja-raja Melayu menggigil ketakutan bila berhadapan dengan Mahathir.

UMNO dulunya dilihat sebagai wadah perjuangan orang-orang Melayu yang unggul bagi gulongan rakyat jelata yang terdiri daripada kaum tani dan nelayan,penoreh getah dan drebar teksi,kaum guru dan kakitangan kerajaan gulongan bawah dan menengah. Malangnya sekarang perjuangan UMNO lebih mengutamakan kaum elit Melayu,gulongan Melayu atasan ,ahli-ahli koprat Melayu yang terpilih dan beberapa kroni Mahathir tertentu seperi Vincent Tan,Ting Pek Ching,Ananda Krishnan dan Eric Cheah.

Kalau UMNO begitu perhatin terhadap rasuah dan politik wang,janganlah bertindak sewenang-wenang dengan menjatuhkan hukuman terhadap orang-orang terpilih saja sedangkan penyakit rasuah dan politik wang itu juga berleluasa dikalangan jemaah Menteri kabinet Mahathir. Ramai tokoh UMNO seperti Rafidah Aziz, Daim Zinuddin,Najib Tun Razak,Megat Jonid,Muhamad Mohd.Taib,Khalil Yaakob serta beberapa orang kuat UMNO lain juga perlu disiasat. Mengapa dan kenapa Mahathir mahu melindungi gulungan kecil pempimpin-pemimpin UMNO ini menjadi satu tanda tanya?

Mahathir kerapkali merayu dan menangis teresak-esak dalam setiap perhimpunan UMNO memujuk ahli UMNO jangan mengamalkan politik wang dan rasuah. Tetapi, Mahathir sendiri telah mengambil wang rakyat daripada tabung KWSP,KWAP,Petronas,Tabung Haji bagi digunakan dalam beberapa siri “bailout” yang dilakukan terhadap syarikat anaknya Mirzan, MAS,LRT,TimeDotCom dan sebagainya. Bukankah ini merupakan perbuatan salahguna kuasa yang dilakukan Mahathir ?

Pedulikah Mahathir kepada wakil-wakil rakyat UMNO yang dipilih untuk menjadi wakil rakyat? Selama ini Mahathir melantik jemaah menterinya berdasarkan kepada siapa yang dia boleh percya bukan kerana ketokohan seseorang ahli UMNO itu. Mahathir lebih rela ambil tokoh-tokoh politik yang telah ditolak oleh rakyat seperti Aziz Shamsuddin,Dr.Abdul Hamid Man atau orang-orang diluar parti seperti Datuk Musa Mohd. untuk menjadi Menteri.

Mahathir tidak peduli tentang kewibawaan ahli kabinetnya. Apa yang diutamakan ialah kesetiaan dan ketaatan orang pilihannya. Asalkan mereka boleh menjadi YES-mannya belaka sudah cukup dan jangan pandai lawan towkay. Percayalah,wahai ahli UMNO sekalian,menteri kewangan yang akan dilantik nanti bukanlah dikalangan ahli-ahli UMNO yang sedia ada tetapi seorang pendatang baru ke arena politik UMNO yang baru-baru ini melepaskan jawatan sebagai Timbalan Governor Bank Negara!

Mahathir juga telah memperkosakan sistem perundangan negara hinggakan sebahagian besar hakim terpaksa menurut kehendaknya dalam memberi penghakiman. Pendedahan seorang hakim mahkamah yang mengatakn bahawa beliau telah menerima panggilan telefon untuk membatalkan kes petisyen pilihanraya tempoh hari adalah satu contoh bagaimana proses perkosaan sistem perundangan itu dilakukanya dengan cekap dan teratur.

Mahathir tidak gentar dengan apa-apa kerana segala-galanya berada dalam cengkamannya. Mahathir menggunakan polis untuk mencegah kebangkitan rakyat menentang kezaliman. Mahathir menggunakan undi hantu untuk memenangi pilihanraya. Mahathir menggunakan ISA untuk menutup mulut pembangkan daripada membocorkan pelbagai rahsia dan kepincangan kerajaan Mahathir.

Laporan Bank Negara menunjukkan bahawa dalam suku tahun pertama tahun 2001,Malaysia kehilangan hampir $3 billion dalam simpanan luar negaranya dan kadar simpanan kita kian berkurangan. Bursa saham kita naik turun pada kadar yang sangat membimbangkan,tiada langsung pelabur asing yang masuk dalam bursa saham kita. Sektor industri mengalami kejatuhan sebanyak 6 % dalam bulan Mac dan banyak kilang yang mula memperkecilkan urusniaga mereka,lantaran itu ramai pekerja terpaksa diberhentikan.

Di saat ekonomi kita menguncup,tiba-tiba menteri kewangan Daim Zainuddin letak jawatan kerana berseliseh faham dengan Mahathir bukan pasal cara menangani masalah ekonomi dan kewangan negara tetapi disebabkan masalah personal.

Mahathir sering menjadi bingung bila menghadapi masalah DSAI. DSAI kerapkali menghantui fikiran Mahathir hinggakan kadangkala Mahathir tidak senang duduk. Mahathir sedar bahawa dia bersalah dalam merancangkan kejatuhan DSAI.

Walaupun Mahathir mengaku kepada seluruh dunia yang dia seorang saja tahu akan rahsia tidak bermoral DSAI,Mahathir tidak mahu menceritakannya dimahkamah bila dipanggil.

Sebaliknya,Mahathir berselindung di sebalik hakim suruhannya untuk membolehkannya tidak memberi keterangan di mahkamah. Inilah jaguh ulung UMNO dan wira dunia ke-3 yang hanya pandai berkokok berderai-derai,tapi punggong bergelumang tahi !!

Kredibiliti UMNO terletak ditangan para perwakilan UMNO. UMNO tidak seharusnya bangga kerana kononya mempunyai seramai 3 juta orang ahli,cuba semak daftar betul-betul takut-takut tinggal 3000 orang ahli saja sedangkan bakinya adalah ahli hantu !!

Ahli UMNO seharusnya selamatkan UMNO daripada diporak perandakan oleh seorang diktator tua yang sudah lapok.Kemerosotan sokongan terhadap UMNO bukan kerana orang Melayu tidak suka UMNO tetapi kerana orang Melayu benci kepada diktator bernama Mahathir !! Sudah tiba masanya untuk UMNO gulingkan Mahathir demi masa depan orang Melayu.

ALI ALLAH DITTA

.....................................................................
Sdr Ali Allah Ditta telah lama tidak menulis. Beliau juga menunaikan fardhu haji tahun ini. Untuk melihat koleksi penulisannya sila ke Penulis siber.




        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 Jun 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com