Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

UMNO DALAM KEBIMBANGAN YANG MERUNCING

Hingga hari ini kita menganggap TPM Abdullah Bedawi akan menunjukkan sikap yang berbeda dari Mahathir yang dikenali ramai. Tetapi apa yang dilihat rakyat banyak; Abdullah tidak seperti yang mereka harapkan.

Dalam pertarungan, jika jawatan Timbalan Presiden dipertandingkan; perwakilan tentu makin mudah untuk menentukan kedudukan Abdullah. Ku Li yang disebut-sebut sanggup bertanding kerusi Presiden akan lebih memudah pilihan calun yang sehaluan dengan beliau. Ini disebabkan regu Mahathir-Abdullah telah membosankan UMNO kerana sifat “Habibie” yang wujud dalam diri Abdullah.

Dari rumusan yang sedang berkisar diperingkat pemimpin bawahan sekarang, Ku Li telah mandapat mandat besar untuk ‘menyingkirkan’ Dr. Mahathir untuk kali terakhir sebelum menghadapi 2004. Dalam tempoh 4 tahun ini, pemimpin UMNO mahu mengemaskinikan UMNO sebaik mungkin dari sebarang gejala brbau Mahathir yang menjijikkan rakyat, khusunya orang Melayu.

Keputusan Abdullah terhadap akhbar HARAKAH memberi petanda terakhir bahawa Abdullah tidak mempunyai taktik yang lunak dalam menangani Pembangkang. Ini menunjukkan bahawa beliau tidak mempunyai ‘fineness’ politik sejajar dengan era serba canggih sekarang.

Disinilah kelebihan Ku Li mengatasi semua calun-calun yang akan bertanding menduduki kerusi MKT. Mungkin Mahathir sendiri merasa bahawa Abdullah memang tidak layak menyandang gelaran TPM yang berwiba sekiranya Abdullah dilantik menggantikan beliau. Dengan itu, UMNO dan BN akan pupus dari sehari kesehari.

Kedudukan UMNO akan berkecai sekiranya parti itu tidak memberi petunjuk bahawa ia sanggup berobah. Mungkin Ku Li saja pilihan terbaik, walaupun UMNO/BN tidak pasti akan menerajui Kerajaan setelah 2004.

Amin Sapiro
(Ahli UMNO Atas Pagar Berduri)



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com