Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

RAKYAT MAKIN BERSEDIA MEMBUAT PEMBAHARUAN DAN PERUBAHAN

Pernyatan lebih 20 juta rakyat Malaysia telah menjawab soalan bagaimanakah hasil keputusan Pilihanraya umum ke-10 yang sukar ditelah sebelum itu. Jawapan yang sangat jelas dapat dibaca, bahawa Rakyat negara ini, khusunya orang Melayu, mempunyai satu budaya baru, iaitu “Sanggup dan Berani” mencetuskan perubahan. Itu harus dibaca oleh pemimpin Barisan Nasional, khususnya UMNO.

Kebelakangan ini, dalam UMNO/BN sendiri, terdapat tanda-tanda yang kian mendesak kepimpinan parti itu supaya berwaspada dan menilai dengan cermat kemahuan dan tuntutan rakyat. Sementara itu, langsung Barisan Alternatif telah melipatgandakan agenda mereka mengasak fikiran kepemimpinan BN dan Kerajaan supaya beringati bahawa rakyat sudah tahu siapa dan apa yang mereka mahu.

Malangnya, BN nampaknya semacam memaksa rakyat supaya meyakini; seolah-olah hanya BN parti yang berkemampuan, berhemah, berwibawa dan berwawasan bagi memerintah negara dan rakyat. Walaupu prestasi Umno menjunam teruk, ramai menterinya kecundang (andainya belum, masing-masing tercungap-cungap nyawa-nyawa ikan), tetapi masih tidak serik-serik lagi.

Setakat ini, tidak ada apa yang nampak sebagai sesuatu yang berbeda dari apa yang dilakukan yang memberi gambaran bahawa Kerajaan BN 2000 membawa kelainan dan perobahan. Mereka masih dalam suasana kacau dengan kehebohan parti dan pemimpin mereka sebok hura-hara menangani isu dalaman yang membantutkan ruang minda bagi berfikir untuk rakyat. Ini amat merugikan negara dan rakyat.

Sementara itu, pemimpin Barisan Alternatif telah menyusun pelbagai program dan tindakan yang nampak jelas sebagai khidmat untuk rakyat. Perdebatan di Dewan Undangan Negeri dan Parlimen telah diurus dengan kemas, teratur dan berkesan sekali. Mereka telah menghuraikan bagaimana keadaan yang berlaku dan setakatmana kejayaan mereka mengemukakan tuntutan bagi pihak rakyat.

Penganjuran ceramah makin bertambah diminati rakyat. Ribuan telah membanjiri padang bagi mendengar ulasan bernas pemimpin-pemimpin mereka. Mereka saban minggu menemui rakyat. Mereka bermesra dengan rakyat dan silaturrahim yang sangat berkesan. Bagaimana pemimpin UMNO/BN pula? Dimana dan kemana perginya mereka?

Ini memberi pengertian dan makna kepada rakyat bahawa parti-parti Alternatif bersedia berdepan dengan kepimpinan BN di Dewan-dewan itu dengan tahap debat yang penuh dengan ilmu dan persediaan. Mereka mampu menjadi perantaraan rakyat menyalurkan tuntutan dan menyam,paikan maklumat kepada Kerajaan.

Walaupun itu adalah satu tugas yang sukar, sulit dan mencabar, tetapi mereka (BA) sudah memberi petanda kepada UMNO/BN bahawa rakyat telah menerima komponen Barisan Alternatif sebagai mewakili sebahagian besar rakyat negeri ini. Setakat ini rakyat sudah dapat membandingkan. Ini adalah satu hakikat yang amat berguna kepada BA.

Seperkara yang wajar dimengerti oleh pemimin BN ialah, kebenaran dan keadilan tidak boleh dikesampingkan oleh puak yang memerentah. Pemimpin yang menerajui Kerajaan tidak boleh berwenang-wenang setakat mengutamakan kedudukan dan penguasaan berterusan terhadap sumber khazanah rakyat dan merancang sesuka hati. Malangnya pemimpin UMNO/BN tidak mempedulikan perkara itu.

Rakyat sudah makin peka dengan kekuatan mereka sebagai rakyat. Walaupun Kerajaan cuba menguasai keadaan dengan melakukan pelbagai propaganda melalui saluran media, berita dan maklumat – tetapi rakyat sudah ramai yang dapat menganalisa mana-mana maklumat yang tidak berasas. Kerana itu, Kerajaan BN akan cuba menyekat saluran berita seperti membatalkan permit HARAKAH, DETIK, dll.

Apakah Kerajaan juga akan menafikan pemberi permit ceramah-ceramah BA? Perkara ini sedang diperhatikan oleh rakyat. Jika itu berlaku bermakna, Kerajaan UMNO/BN memang sudah terdesak dan tersepit dalam ketakutan yang amat sangat. Imej baik Kerajaan akan terhapus. Maka tidak ada lagi keyakinan rakyat terhadap parti yang memerentah sekarang (UMNO/BN).

Setakat ini, ramai yang mengetahui bahawa Kerajaan cuba membendung kegiatan di masjid-masjid degan pelbagai cara. Tetapi apakah ini akan meredakan keadaan supaya rakyat tidak berbicang? Jika diteliti halus-halus, tidak ada sebab Kerajaan cuba mengganggu perjalanan masjid-masjid itu. Sebaliknya ini telah menerbitkan kebencian rakyat (orang Melayu) kepada Kerajaan, khususnya UMNO.

Jika UMNO/BN gagal menyelamatkan Terengganu, gagal membenteng Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak dan Selangor dan Pahang (negeri-negeri telah ditembusi PAS dan BA); adalah lebih logik UMNO/BN berusaha membuat posmotem yang ikhlas dan jujur terhadap kelemahan dan keburukan mereka. Kalau setakat bermesyuarat dengan ingatan mengampu ‘tidak mau menyakiti hati’ Presiden parti, maka pemimpin UMNO lah yang bertanggungjawab MENTALQINKAN UMNO/BN dalam tahun2004 ini.

Ini adalah umpama bom jangka yang akan meledak memusnahkan keegoan UMNO/BN dalam waktu yang terdekat.

Andainya kerajaan PAS Terengganu dan pemimpin dan wakil rakyat BA mampu terus-menerus meyakinkan rakyat seperti sekarang, pasti Barisan baru ini akan berjaya menarik kecenderungan lebih ramai cendikiawan dan tenaga profesional untuk menyertai mereka. Arus yang dapat dilihat memang sudah jelas.

Jika pemerintahan berteraskan Islam dapat diberi fahaman yang jitu kepada rakyat bukan Melayu, pasti masanya akan tiba rakyat akan nmembuat keputusan bahawa UMNO/BN yang diselubungi dengan Rasuah, Kezaliman, Penyelewengan dan sifat tidak Demokratik tidak relevan lagi. Setakat ini, Kerajaan PAS telah menunjukkan bahawa Islam tidak mengenal dendam kesumat, adil dan bertimbangrasa serta telus.

Saat-saat melihat rakyat sanggup membuat perobahan, hakikat itu sangat bermakna bagi mana-mana Barisan parti. Setakat ini, rakyat (Khusunya golongan muda dibawah paras umor 50 tahun kebawah) sudah menunjujkan kesediaan untuk membuat PEMBAHARUAN dan PERUBAHAN itu.

Bagaimana dengan ledakan 1.8 juta pengundi baru pada tahun2004 ini? Jawapan kepada soalan itu sedang dirangka dan diusahakan oleh BA.

Amin Sapiro
(Ahli UMNO Atas Pagar Berduri)



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com