Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

ABDULLAH BEDAWI SENDIRI YANG MENG“HABIBIE’KAN DIRI..!!

“Ya.. Habibie…! I love you..!! I love you..!! Aku cinta pada mu..!!”….

Maksud ketiga-tiga perkataan dari 3 bahasa yang berlainan itu adalah sama. Abdullah Ahmad Bedawi merasa dirinya terhina bila ada pihak yang menerapkan beliau sebagai mengalami sindrom “Habibie”. Yang paling menyusahkan hatinya ialah perkataan itu datang puak UMNO sendiri.

Dengan itu bermaksud Abdullah adalah seorang pemimpin yang tidak ada imej tersendiri dan asli. Abdullah ditanggap rakyat seolah-olah merupakan replika kepada orang yang melantiknya (seperti Soeharto melantik B.J. Habibie sebagai Presiden Indonesia; dan Mahathir terhadap Abdullah)

Dalam kes Abdullah, Dr. Mahathir telah menyebut bahawa beliau akan HANYA melantik seorang replika untuk menggantikannya. Pilihan itu jatuh kepada Abdullah. Tidakkah itu berkonsepkan “Ya…habibie” tadi? Jadi, apa harus dan wajar dipertikaikan oleh Abdullah?

Penelitian memberi kenyataan bahawa sifat perlantikan Abdullah oleh Mahathir bukan saja sama malah identikal sepertimana perlantikan oleh Soeharto terhadap Habibie dulu.

Berbalik kepada asas, Mahathir pernah menginginkan seorang pengganti seperti diri beliau sendir (Mahathir). Kerana Anwar mempunyai karisma dan prinsip tersendiri, bagi Mahathir itu diperkanan. Secara paling hina, Mahathir menyusun satu Konspirasi menjatuhkan Anwar.

Maka dilantiklah Abdullah Bedawi oleh Mahathir selari dengan sifat Mahathir yang berkuasa mutlak dalam UMNO/BN. Maka Abdullah telah menjalankan tugas yang diarahkan tanpa soal jawab, tanpa penentangan langsung; walaupun rakyat mengharapkan Abdullah akan memberi unsor “softening” kepada sikap ‘kepala batu’ Mahathir.

Patuh, memang Abdullah ternyata seorang yang patuh lurus bendul. Beberapa insiden dan kenyataan beliau 100% mereplikakan sikap Mahathir. Abdullah dibayangi Mahathir sepanjang melaksanaknan tugas sebagai TPM dan Menteri Dalam Negeri.

Kenangan pahit yang amat menyedihkan rakyat ialah insiden yang berlaku terhadap para demo dalam demonstrasi aman di Masjid Negara. Abdullah lah orang yang mengarahkan para demo dihambat oleh FRU. Itu adalah atas arahan Abdullah sebagai Menteri Dalam Negeri.

Terbit kemudiannya pelbagai kenyataan dan ulasan beliau yang sama defensif dengan apa yang pernah Abdullah disebut oleh Mahathir semasa menjadi Menteri Dalam Negeri sebelum tugas itu diambil alih oleh Abdullah.

Beliau tidak harus menafikan kenyatan bahawa sepanjang ia menjalankan tugas TPM, sikap dan prinsip melaksanan tugas dan role beliau dalam mentadbir Kementerian Dalam Negeri adalah dibayangi oleh sikap dan sifat Mahathir.

Hingga hari ini Abdullah telah melakukan tangkapan keatas beberapa pihak. Editor HARAKAH dan beberapa pihak sekaitan telah ditangkap. Akhbar HARAKAH menerima serbuan dan peraturan yang menyekat edarannya. Permit Majalah DETIK telah menerima ancaman batal. HARAKAH mengalami nasib yang sama. Sekatan hak berinformasi rakyat dan kebebasan akhbar itu adalah sifat Mahathir.

Jadi, Abdullah tidak perlu berdalih jika telah di “habibiekan” oleh Mahathir. Penilaian tentang siapa dirinya bukan cukup setakat penafian beliau sendiri saja. Orang ramai mempunyai pandangan dan pentafsiran sendiri. Itu adalah hak mereka.

Apa yang paling menjolok mata sekali ialah sebagai seorang “menanggung kerja” sebagai Timbalan President parti, Abdullah sendiri memperlihatkan sikap cukup berdegil menyekat supaya jawatan Timbalan Presiden parti tidak dipertandingan. Ini adalah selari saling tak tumpah sikap Mahathir.

Kenyataan ini juga menunjukkan bahawa Abdullah adalah seorang yang “pengecut” untuk berhadapan dengan kenyataan. Kerana itu, sekaligus Abdullah bukanlah seorang calun favourtite kepada pemilih UMNO lagi. Mungkin ini yang sangat merunsingkan Abdullah dan juga Mahathir.

Ini sangat membosankan ramai pihak dalam UMNO hingga melunturkan keyakinan penyokong dan pimpinan UMNO bahawa Abdullah adalah seorang yang tidak mempunyai prinsip dan keyakinan diri. Apa akan jadi jika beliau menjadi Timbalan Presiden, TPM atau PM kelak?

Menilai apa yang menjadi alasan Abdullah menyokong segala tindak-tanduk Mahathir se “pak turut” itu, beliau menyatakan kununnya Mahathir adalah hebat dan sentiasa dipihak yang benar. Bermakna Abdullah bukan saja akan menerapkan imej Mahathir saling tak tumbah, malahan beliau dicurigai tidak membawa sebarang kelainan kepada dasar Kerajaan selagi UMNO/BN menerajui Kerajaan.

Walhal rakyat sudah sekian lama mencemuh, membencii dan bosan dengan Dasar Mahathir yang langsung tidak memikirkan pembangunan pro-rakyat banyak. Mahathir tidak mengggunakan sumber negara untuk rakyat. Beliau lebih men”Sukarnoe”kan sumber negara untuk memuaskan ego diri.

Tetapi apakah Abdullah memahami semua itu? Mungkin beliau faham, tetapi beliau adalah seorang yang tiak berprinsip tegas yang ketara; maka beliau sering dilihat meng”kakak-tua”kan Mahathir saja. Kerana itu, seperti juga Mahathir; Abdullah sanggup memekakkan telinga terhadap pelbagai maki hamun yang tidak pernah diluahkan rakyat kepada mana-mana pemimpin selama ini

Insiden beberapa orang dari mereka yang mengadiri satu seminar mengenai Industri Perusahaan Kecil yang di buka oleh Abdullah di Kuala Lumpur baru-baru ini, merumuskan bahawa Abdullah tidak mempunyai visi untuk meningkatkan keusahawanan IKS bumiputara. Kenyataan Abdullah supaya IKS jangan mengaharapkan bantuan Kerajaan adalah menunjukkan bahawa Abdullah tidak mempunyai ‘sentuhan’ terhadap nasib IKS Melayu.

Mereka menyatakan rasa tidak puas hati dengan kenyataan Abdullah yang seolah-olah bersikap ‘tidak mengerti’ keperluan, susun galur dan kepedihan yang dialami oleh pengusaha IKS Melayu. Jika selama ini memang nampak jelas Mahathir adalah orang yang tidak mempedulikan IKS Melayu, Abdullah adalah ‘habibie’ kepada Mahathir.

Apa yang paling membosankan penyokong UMNO dan perasaan rakyat yang dibaca oleh kepimpinan UMNO diperingkat bawahan sekarang ialah: Abdullah tidak ada beza dari Mahathir. Kerana itu, Abdullah telah dicap sebagai tidak mampu membawa UMNO ke satu era baru yang kini sedang diterajui oleh Barisan Alternatif (BA).

Dengan kekutan BA yang makin meningkat populariti dikalangan rakyat, rakyat tidak lagi melihat PAS seperti mereka melihat PAS 15 atau 20 tahun dulu. BA sebagai Barisan terbaru, telah memperlihatkan kemampuan yang seharusnya ada dalam sebuah Parti atau Barisan yang menerajui sebuah Kerajaan yang diingini rakyat, khususnya orang Melayu.

Dalam BA, khususnya PAS sekarang bukan sahaja terdiri dari ahli yang bergelar ulamak, tetapi telah terhimpun puluhan malah ratusan pakar-pakar dan profesional yang arif dan mempunyai latarbelakang yang tidak boleh dipertikaikan dibidang-bidang ilmu seperti kedoktoran bertaraf “spesialist”, pertanian dan perikanan, kejurututeraan, nuklear fizik, akauntan bertauliah, cendekiawan, sociolgis, pentadbir dan pengurus yang berpengalaman luas dibidang masing-masing, pakar Pendidikan, ahli korporat,dll.

Imbasan kemampuan yang dapat dilihat, ahli-ahli Parlimen dan Wakil-wakil Rakyat Dewan Negeri BA telah mampu mengutarkan isu debat yang kental hingga menerjah minda. Isu yang dibangkit, dipersoal dan diperdebatkan oleh wakil-wakil BA adalah selari dengan topik-topik yang jelas memperjuangkan kepentingan rakyat.

Sambil itu, segala karenah pemimpin UMNO/BN yang ‘menjolok mata’ telah diperhambat dan diperdebatkan satu demi satu oleh Wakil-wakil rakyat BA. BA telah membuatkan menteri UMNO/BN tidak boleh lagi ‘minum kopi’ di kantin Parlimen sambil menunggu paket elaun hadir Parlimen seperti dulu.

Ceramah-ceramah pemimpin BA adalah satu kelaziman. Disitulah imej ‘Pemimpin Bertemu Rakyat’ yang sebenar. Puluhan ribu rakyat segala bangsa meluangkan masa mengisi ‘rasa ingin tahu’ mengenai perkembangan semasa yang mereka perjuangkan. Mereka berinteraksi dengan mudah dan bersaha. Ini amat sukar ditandingi oleh wakil-wakil UMNO/BN. Mereka sudah hilang entah kemana.

Disinilah tersepitnya UMNO, Mahathir, Abdullah dan sesiapa juga yang bakal menerajui Kerajaan dalam tahun 2004 ini. Rakyat akan HANYA memilih sebuat parti yang terbaik. Beransur-ansur, UMNO sudah hilang dari agenda sebuah parti yang mempunyai identiti yang

Selamat berjuang!!

Amin Sapiro
(Ahli UMNO Atas Pagar Berduri)



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com