Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

UMNO TIDAK BERHAJAT MENYELAMATKAN MAHATHIR & SEKONGKOLNYA

MENYEKAT sebarang organ penyebar maklumat rakyat adalah satu tindakan merampas hak asasi rakyat untuk mendapat maklumat. Walhal dalam era pembangunan, maklumat adalah penting untuk minda dan daya.

Menyekat mana-mana organ penyebaran maklumat sesebuah parti Pembangkang dalam sesebuah negara berhaluan Demokrasi, adalah disamakan sebagai tindakan berbau fahaman Kominis. Sekaligus tindakan itu disamakan sebagai tindakan oleh sebuah agen pentadbir sebuah Kerajaan yang sangat lemah dan tidak berwibawa lagi, menggunakan kekerasan keatas rakyat. Itu zalim.

Bagaimana pula dengan tindakan Kerajaan Mahathir terhadap HARAKAH? Akhbar itu bukanlah akhbar untuk bacaan umum. Ia adalah ‘suara resmi’ parti PAS, yang bersifat Pembangkang. Dalam konteks ini, HARAKAH adalah organ maklumat PAS. Sekarang PAS sudah menjadi sebuah parti yang diperakukan oleh rakyat dua buah Negeri di Malaysia, disamping mempunyai sebilangan besar wakil-wakil di Parlimen dan Dewan Udangan di 5 buah Negeri di negara ini.

Dengan itu bermakna, Kerajaan Pusat pimpinan UMNO/BN telah memusnahkan proses Demokrasi dan hak bersuara sebahagian besar rakyat di negara ini. Ini adalah satu perlanggaran Perlembagaan yang amat ketara. Perlembagaan memperakukan Demokrasi sebagai arus pentadbiran dalam sebuah kontrak sosial rakyat di negara ini.

Jika kerajaan pimpinanan UMNO/BN menyekat pengedarannya kepada bukan ahli parti, itu adalah wajar. Tetapi amatlah memalukan jika kerajaan Pusat mengenakan sekatan melampaui batas-batas yang memungkinkan tersekatnya proses demokrasi, kebebasan berfikir dan hak asasi bermaklumat ahli-ahli parti Pembangkang itu; itu akan ditafsirkan sebagai sudah melampau.

Kewujudan Pembangkang adalah identiti sesebuah negara yang mengamalkan Demokrasi. Jika proses demokrasi ditindas-sekat dalam bentuk-bentuk yang dihalalkan oleh Perlembagaan negara, maka kesannya bukan saja demokrasi itu lumpuh, tetapi rakyat akan mencari jalan keluar. Akibahnya amat sulit dibendung.

Secara am, rakyat pasti akan merasa kecewa dan kesal dengan tindakan ‘menyekat’ seumpama itu. Kesannya, Rakyat akan memandang rendah kepada Kerajaan tersebut. Secara langsung, rakyat akan menggap bahawa Kerjaan itu adalah dalam ketakutan, penuh dengan kekhuatiran akan kehakisan kredibiliti. Rakyat pasti akan memandang muka kearah lain.

Setakat ini, kredibiliti regim Mahathir sudah luntur sebaik saja sekatan terhadap HARAKAH itu dilakukan. Inilah pandangan rakyat dalam isu tindakaan terakhir kerajaan Mahathir menyekat pengedaran organ maklumat PAS itu.

Penyokong kerajaan pimpinan UMNO/BN bukanlah tergolong dibawah kategori rakyat yang dungu. Sokongan mereka bersebab dari cebis-cebisan keyakinan yang tersisa. Tindakan itu membawa makna bahawa Kerajaan UMNO/BN sudah ketandusan daya dan kekuatan untuk menerima dikritik. Mereka tidak sanggup menerima pandangan rakyat.

Andainya kerajaan itu tidak menerima kritikan dan saranan rakyat, dan sekaligus bertindak menutup pintu berintraksi dengan rakyat sambil menyembunyikan Kekotoran yang dilakukan; maka rakyat akan berpaling muka kearah lain. Itu adalah pasti.

Oleh itu, dengan sendirinya, hakikat ini akan memberi tafsiran bahawa para pentadbir yang menerajui Kerajaan itu sudah lemah, tidak ada kemampuan menegakkan sebuah kerajaan yang berwibawa, sedang mengalami kemusnahan kerdibeliti dan jauh sekali dari mampu mempunyai daya menangani masalah dalaman mereka.

Apa yang dilihat sekarang ialah, tindakan terakhir terhadap HARAKAH itu telah mencetuskan anggapan rakyat seumpama itu. Tanggapan sedemikian telah tersebar luas hingga telah diyakini rakyat bahawa kemimpin UMNO yang menjadi tulang belakang Barisan Nasional dan Kerajaanya telah lumpuh samasekali, tersepit dan gelabah.

Jika tanggapan itu berterusan diyakini rakyat banyak; kesan yang jelas ialah, rakyat tidak akan menyokong sebuah kerajaan yang menggunakan ‘kuasa kekerasan’ semata-mata untuk menegakkan kebenaran yang palsu.

Jika tindakan itu bermaksud untuk menyembunyi kebusukan yang mereka lakukan terhadap dasar dan sistem politik, ekonomi, sosial, pentadbiran undang-undang yang diizinkan oleh rakyat, maka rakyat berhak menafikan mereka dalam pemilihan Kerajaan yang akan datang. Itu adalah essence Demokrasi.

Ini telah berlaku dibeberapa negara berhaluan ‘Kominisma’. Akhirnya, rakyat Russia dan Romania bertindak menggulingkan kerajaan itu dan mengikis segala tindakan dan perundangan yang menyekat kebebasan yang hak bagi rakyat. Pesalah akan menerima hukuman dan rakyat mahu setiap pesalah menerima hukuman sepanjang hayat mereka.

Mungkin Kerajaan UMNO/BN menganggap tindakannya itu akan dapat menyelamatkan imej buruk dan kebusukan yang mereka lakukan dari terhidu oleh rakyat. Tetapi hakikat sebebarnya, para pemimpin parti itu sedang menggadai dan menjerumuskan kerdibiliti partinya sendiri. Pemimpin UMNO bawahan sendiri tidak rela dimalukan seburuk itu oleh rakyat, yang mana mereka adalah sebahagian dari kelompok rakyat itu.

Kesannya, pemimpin peringkat bawahan akan hilang dedikasi, luntur kepercayaan dan tidak ada lagi tumpuan terhadap parti yang seharusnya didukung dengan penuh minat. Fakta ini harus dipertimbangkan oleh Kerajaan Mahathir sekiranya mahu penyokong mereka yang akan bertindak sebagai pengundi dalam pilihanraya ke-11 kelak, akan terus menyokong mereka.

Orang Melayu makin merasa dan kian yakin bahawa diri mereka telah terhina dan diperhina, diinjak habis-habisan oleh sebuah regim yang tidak memihak kepada mereka. Regim itu telah berkali-kali membuat kesilapan Dasar dan penyelewengan dalam perlaksanaan Dasar hingga menyebabkan orang Melayu, hingga hari ini, dijadikan sasaran kecaman oleh pendukung regim itu.

Mereka telah melihat dan merasa bagaimana Regim Mahathir telah menafikan keperluan usahawan kecil Melayu, petani dan nelayan, masyarakat pinggir bandar, penduduk kampung dan golongan pekerja bergaji rendah – telah tidak mendapat hak Pembangunan sebanding dengan apa yang dilaksanakan terhadap golongan elit.

Rakyat sudah nampak bokti, di bawah Regim ini; kerana penyelewengan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (telah dibaruakan), Dasar Pendidikan & Pengagihan Biasiswa (jadi pinjaman), Dasar Penswataan (untuk mengkayarayakan Kroni dan anak-beranak pemimpin), Ketelusan (menghalalkan Rasuah dan melindungi perasuah), peradaban Islam (disekularkan), dll. telah menyebabkan orang Melayu kehilangan daya menyangi kemajuan kaum lain.

Mereka telah menilai bagaimana UMNO dibawah kepimpinan Dr. Mahathir dan sekongkol-selingkuh dengan beliau; telah sewenang-wenangnya mencerca ugama Islam dan perundangan Islam yang selama 500 tahun menjadi anutan orang Melayu. Akhirnya tafsiran itu menyebab urat-benang peradaban Islam anak-anak muda Islam telah terjejas teruk.

Regim ini juga telah memaksa dan mengorientasi masjid-masjid supaya mengikut aturan mereka. Mahathir lebih mengutamakan pentafsiran Islam mengikut caranya. Akhirnya, Islam telah hilang kuasa sebagai ad-din. Ini telah makin nampak dilaksanakan dalam proses pengadilan dan pemakaian undang-undang yang dipakaikan keatas kes DS Anwar hingga seorang pemimpin negara seperti beliau dipenjarakan secara zalim.

Regim ini sanggup menghina orang Melayu sebagai helah untuk meraih keuntungan dan sokongan politik dari kaum lain (Cina) secara melulu; walaupun mereka tidak bersetuju. Dalam kempen pilihanraya yang lalu, Dr. Mahathir sendiri telah bercakap dengan nada yang boleh mencetuskan adu-domba yang meresahkan dan menggaggu fabrik sosial semua kaum di negara ini.

Dr. Mahathir bertanggungjawap memusnahkan Dasar yang memperbetulkan perimbangan pencapaian ekonomi orang Melayu-Bukan Melayu.

Dan yang paling dikesali: Regim Mahathir yang didukung oleh UMNO terus-menerus bertekad memusuhi dan melakukan apa jua tindakan untuk memusnahkan PAS (sebuah parti orang Melayu dan orang Islam) sejak beliau menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Orang Melayu tidak merestui Kerajaan ini berjinak-jinak dengan Regim Yahudi. Tetapi Dr.Mahathir tidak pernah mahu membaca, memahami dan menghormati perasaan dan jiwa orang Melayu. Diketahui bahawa urusan Mahathir-Yahudi masih berjalan lancar dan segar.

Kesemua ini adalah fakta-fakta benar yang dilakukan oleh Dr. Mahathir sebagai pemimpin parti. Kesemua ini amat menjijikkan orang Melayu terhadap Regim ini. Sebagai satu sikap yang kerterlaluan, beliau sanggup berbohong kepada orang Melayu untuk menyembunyikan urusan dan pakatan beliau dengan puak Yahudi. Sehingga hari, regim Yahudi itu tidak putus-putus melakukan kezaliman keatas orang Islam.

Kerana semua ini tidak direstui oleh orang Melayu secara am, maka beberapa pihak dalam batang tubuh UMNO sendiri sudah menyuarakan bantahan lantang mengkritik dan mempertikaikan kepimpinan Mahathir. Bukan saja sikap Diktator Dr. Mahathir yang dipersoalkan, tetapi pertanyaan makin menghebat: “Siapa Dr. Mahathir kepada UMNO dan sejauhmanakah beliau sesuai lagi memimpin UMNO”. Persoalan ini telah membesar dan menyeluruh hingga memungkinkan Dr. Mahathir dan sekongkolnya akan terpinggir.

Kesemua ini amat ternyata dan makin nyata sewenang-wenangnya dilakukan oleh Regim Mahathir. Kedaan ini telah menyebabkan Mahathir dan sekongkolnya merasai terlalu tersepit dengan kemungkinan agenda untuk berkuasa terus (dengan regu pilihannya) akan terbantut.

Beliau sedar bahawa permusuhan politik pemimpin UMNO terhadap pembangkang tidak sampai kepada memusnahkan orang Melayu dan ugama Islam. Tetapi, kerana Dr. Mahathir khuatir kerana agenda beliau yang tersembunyi (melindungi harta rompakan dari keringat rakyat, segala macam jenayah rasuah, sebagai agen asing dan sahabat karib Yahudi antarabangsa) dari tercium; maka beliau mahu dirinya kekal berkuasa selagi ia hidup.

Malangnya, beberapa pihak dalam UMNO sendiri mahu parti menyingkirkan Mahathir dan beberapa pemimpin yang sekongkol dilakukan secepat mungkin. Ini adalah satu tindakan pemimpin UMNO yang mengetahui agenda Mahathir; bukan setakat bagi menyelamatkan UMNO, tetapi yang lebih afdhal ialah untuk menyelamatkan, bangsa, negara dan ugama.

Bermakna, HARAKAH bukanlah musuh Mahathir utama. Sebaliknya, UMNO sendiri yang telah mengetahui secukup-cukupnya agenda jangka panjang beliau; adalah musuh Mahathir paling nekad.

Penyekatan HARAKAH adalah sebuah wayang kulit untuk mengalih pandangan sebagai mengasuh pemimpin UMNO dari bertindak menyingkirkan beliau.

Sebagai bokti, adalah diketahui ramai, pertemuan beliau secara tertutup dengan beberapa Ketua Bahagian UMNO di Kedah dan di Negeri Sembilan (dan dibeberapa negeri lain) – Dr. Mahathir dan Abdullah Bedawi sendiri telah menerima pukulan maut dengan kata-kata kesat secara berdepan dan bersemuka. Dengan itu, terboktulah bahawa HARAKAH adalah mangsa luaran yang sengaja dijadikan kambing hitam.

Adakah Mahathir dan Abdullah Bedawi dan sekongkolnya akan terselamat? Memang mereka berdua dan sekongkol yang terdekat sedang menunggu detik-detik terakhir! Makin itu pula Barisan Alternatif dan kepimpinan Barisan itu kian mendapat tempat dihati rakyat (khususnya orang Melayu).

Amin Sapiro
(Ahli UMNO Atas Pagar Berduri)



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com