Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

NAMPAK KILAS IKAN DI AIR – RUPA-RUPANYA BUAYA SEDANG LEMAS KELUMPUHAN!!

ISU disekitar tindakan paling tidak demokratik, tertutop dan berbau faham sebuah kerajaan “komunis” yang lakukan oleh KDN sebuah Kerajaan berperlembagaan seperti Malaysia terhadap akhbar HARAKAH milik PAS, adalah diluar dugaan rakyat dan masyarakat dunia; khususnya rakyat negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi seperti Malaysia.

Bantahan Dunia Bermula

The Committee to Protect Journalists yang berpusat di New York, Amerika Syarikat diberitakan telah menulis surat kepada Dr. Mahathir menyarankan supaya HARAKAH diberi kebenaran mengedar dan mencetak seperti dulu, mengugurkan tuduhan mengahasut keatas editor dan pencetak akhbar tersebut.

Alasan sebuah pertubuhan NGO seperti itu tidak bertujuan sebagai mengadu-domba sebuah parti Pembangkang dengan Kerajaan. Ia dilihat semata atas asas kebebasan rakyat berakhbar dan berinformasi.

Makin jelas bahawa tindakan KDN (dibawah tanggungjawab Abdullah Bedawi) tidak mempunyai asas yang kukuh dari segi apa jua aspek selain dari bertujuan intimidasi keatas sebuah parti dalam Barisan Pembangkang yang terkuat di negara ini.

Apa yang lebih menghinakan Kerajaan UMNO/BN ialah, tindakan itu juga telah menghalang kebebasan persuratkhbaran yang seharusnya dihormati oleh mana-mana Kerajaan yang mengaku sebagai demokratik seperti Kerajaan UMNO/BN.

PAS sebagai komponen BA telah menguasai dua buah negeri terbesar di Malaysia dan sekumpulan wakil-wakil rakyat yang dipilih menganggotai Parlimen dan Dewan Undangan beberapa buah Negeri di Malaysia.

Dengan itu, tindakan yang memungkinkan terputusannya hubungan parti itu dengan rakyat adalah satu tindakan paling zalim dan aniaya, bukan kepada parti terbabit saja tetapi kepada menafikan hak rakyat umum – khususnya pemilih Kerajaan Pembangkang tersebut. Bermakna, tindak Kerajaan UMNO/BN adalah zalim dan beretika samasekali.

Dari segi prinsip dan dasar, sesebuah Kerajaan yang adil adalah dicerminkan melalui cara kerajaan itu menangani permasalahan mereka untuk meraih sokongan. Jika tindakan seperti yang ditunjukkan oleh Kerajaan UMNO/BN itu kepada HARAKAH sekarang, dapat ditafsirkan bahawa Kerajaan UMNO/BN sudah menafikan asas-asas Demokrasi dalam tuntutan era bermaklumat. Tindakan keras seperti itu adalah satu petanda kelemahan yang sangat mendalam yang sedang dialami oleh Kerajaan tersebut.

Dasar Pentingkan Perut Dari Minda

Yang paling memalukan, Timbalan Menteri KDN telah menyebut dalam satu kenyataan sebagai berkata bahawa pihak kerajaan akan mengenakan tindakan menarik permit HARAKAH akan sekiranya HARAKAH versi Internet menyiarkan berita melebihi permit yang kenakan kepada HARAKAH versi cetak.

Kemudian diberitakan bahawa kenyataan yang tersiar itu telah dilupuskan oleh pihak BERNAMA atas arahan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Tindakan JPM itu adalah ganjil. Bagaimana kenyataan seorang menteri dihapuskan semudah itu? Soalnya sekarang, mengapa jadi begitu? Apa rasional penarikan balik atau pelupusan berita itu?

Ramai pihak dikalangan rakyat melihat tindakkan JPM itu adalah disebabkan oleh faktor MSC yang sedang dipromosi hebat oleh Dr. Mahathir secara peribadi untuk dijadikan sebagai projek impiannya. Sekarang impian itu tidak mendapat sambutan dari pelabur-pelabur para korporat gergasi antarabangsa atas pelbagai sebab melibatkan dolak-dalik dasar Mahathir terhadap kebebasan Internet.

Dengan tindakan menyekat HARAKAH versi Internet, bermakna Kerajaan UMNO/BN (Kerajaan Malaysia) telah melanggar persetujuan membebaskan lnternet sebagai saluran informasi bebas sejajar dengan amalan antarabangsa.

Jika alasan itu benar, maka itu lebih merupakan rasional berasaskan “business & commercial” dengan maksud mencari “keuntungan”.

Nampaklah sekarang bahawa rasional kerajaan pimpinan Dr. Mahathir cuma mementingkan aspek setakat “business & commercial” dengan maksud mencari “keuntungan” tanpa menilai buruk baik melenyapkan demokrasi di negara ini. Jika ia benar, itu adalah rasional paling dangkal lagi cetek dan bebal.

Rakyat Makin Malang

Adalah amat malang rakyat negara ini jika sebuah kerajaan dipilih ialah berjanji akan membangunkan rakyat (kununnya), tetapi sebaliknya memusnah, menghakis pembangunan minda dan membunuh bibit-bibit demokrasi dan kebebasan berfikir dikalangan rakyat umum.

Apakah nilai sebuah masyarakat yang hendak dibentuk oleh kerajaan seumpama ini? Dan, apakah bentuk fahaman sebuah kerajaan sebegitu? Masihkah wajar sebuah masyakat dan rakyat negara ini memperakukan sistem ‘Demokrasi Terpimpin’ yang telah lama dimusnahkan? Padanlah para menteri UMNOBN kayaraya tetapi otak mereka kosong dan jiwa mereka ketandusan semangat untuk memperjuangkan kepentingan rakyat!!

Jika ini satu amalan, amatlah menyedihkan, bukan saja rakyat negara ini tetapi masyarakat dunia yang ingin membebaskan dunia dari belenggu dan kongkongan. Konsep pentadbiran seumpama ini menjelaskan bahawa Kerajaan UMNO/BN adalah antara kerajaan yang menghampiri Kerajaan Kominis China, Russia, dan seumpamanya.

Apakah imej sebuah kerajaan seperti ini dimata dunia? Apakah rakyat akan yakin dengan sebuah pentadbiran yang tidak mempedulikan urutan dan tuntutan kebebasan yang sewajarnya dihayati oleh sebuah masyarakat madani? Adakah “kekerasa dan ugutan” sebagai tempat bertapaknya kerajaan UMNO/BN?

Jika kerajaan UMNO/BN benar-benar kuat, berpengaruh, demokratik (seperti yang laung-laungkannya) dan bersih; tidak ada apa yang harus mereka curigai dengan sebarang kritik (walaupun fitnah) mana-mana pihak.

Tetapi sebuah Kerajaan yang berpemimpinkan orang-orang berkuasa dalam sebuah Kerajaan yang memang melakukan pelbagai urusan busok, jijik dan melakukan perkara yang bertentangan dengan tututan rakyat (eg. merompak hak dan khazanah rakyat); pasti mereka merasa gentar dengan sebarang maklumat yang tersebar.

Sebuah “Grand Design” Tersembunyi

Dalam aspek ini, soalan dari rakyat adalah ketara dimana-mana: Adakah pemimpin kerajaan UMNO/BN terlibat dengan satu “grand design” untuk menyembunyikan sesuatu yang sangat sensitif kepada rakyat. Maka, dengan itu, sebuah akhbar Pembangkang harus disekat (dengan kemungkiinan dibatalkan terus)?

Rakyat sudah dapat membayangkan dari kenyataan Dr. Mahathir (orang dibelakang isu HARAKAH ini) sebagai berkata bahawa tindakan keatas HARAKAH itu adalah “lunak” (gentle). Jika kenyatan beliau itu ditakrifkan sebagai lunak, bermakna ada alternatif yang lebih “keras”. Maksud yang tersirat adalah “Batal” dan tidak boleh diedarkan lagi.

Hematnya, itulah sikap pucuk pimpinan sebuah parti yang mencanang-canangkan kebebasan dan hak rakyat dunia untuk berinformasi. Memang Dr. Mahathir seorang pemimpin yang cuma bercakap tetapi tidak mengamalkan apa yang dicakapkannya. Maksudnya, beliau adalah seorang pemimpin yang tidak serius, tidak siuman dan tidak ada kewibawaan seorang ahli politik – jauh sekali dari seorang “statesmen”.

Apa yang menyenangkan hati rakyat sekarang ialah, semua tindakan gelabah puak UMNO/BN menunjukkan bahawa parti itu sudah makin terperosok jatuh merudum kerana kehilangan pegaruh, kewibawaan dan penyokong.

Ketandusan Sokongan Yang Memalukan

Mungkin anggapan Mahathir dan UMNO yang mewarwarkan parti itu kununnya mempunyai 2.5 juta penyokong hanyalah satu igauan mimpi ngeri di siang hari. Pilihanraya ke-10 yang lalu telah memberi satu gambar yang jelas. Hanya 52.5% rakyat yang menyokong Barisan Nasional. Ada para menteri UMNO yang cuma menang majoriti 203 undi. Ini adalah petanda yang sangat memalukan.

Apatahlagi, apabila kedudukan Dr. Mahathir dan Abdullah Ahmad Bedawi yang sekarang makin tergugat, dengan riak gelombang berita hangat bahawa mereka akan dicabar oleh pemimpin yang lebih berkaliber dalam parti sendiri; maka kedudukan mereka untuk terus berlagak angkuh dengan ego mencecah langit sedang melorot.

Ada Yang Tersepit

Adakah HARAKAH terbabit memberi imput kepada keresahan UMNO juga hingga mewajarkan ia disekat? Jika benar, bermakna, mereka adalah dalam kesulitan untuk menteramkan gelombang dalam partinya sendiri. Bermakna juga, HARAKAH adalah suara rakyat yang benar, jujur dan paling efektif.

Apakah HARAKAH mencetuskan keadaan yag membantutkan kedua-dua mereka dari terus menikmati status Presiden dan Timbalan dalam parti yang membawa pengertian iaitu: sekiranya kalah dalam pertanding merebut jawatan tertinggi itu, sekaligus mereka akan jatuh tersungkur, musnah harapan dan terhapus hak untuk menjadi Perdana Menteri dan Timbalan!!

Bagi seorang yang bersikap dan bersifat ‘Diktator’, memang keadaan itu paling merongsengkan, bukan? Bermakna, kewibawaan mereka sudah terpuruk hancur-lebur. Hanya Mahathir dan Abdullah dapat menjawap.

Rakyat sedang berhadapan dengan satu gelombang perobahan besar.

Amin Sapiro
(UMNO Atas Pargar Berduri)



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com