Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

KEBENCIAN YANG MELUAP-LUAP

Kecil besar tua muda, yang pekak, yang bisu, yag sewel dan yang dungu….asalkan orang Melayu masing-masing benci, meluat mengutuk, meludah-ludah dan menghina.

Terasa sangat dalam hati mereka, “Alangkah malunya orang Melayu dihadapan mata China, India segala bangsa didunia!!” Itu semua Mahathir punya pasal,. Sebab tamak harta, tamak kuasa, sanggup menganiaya!! Pemimpin UMNO semua dah bangang ke?Ulamak UMNO dah menyorok macam anjing dikejarkan penyapu!! Kenapa?

Kesannya, dalam tempoh dua tahun, 80% dari jumlah orang Melayu dan orang Islam di negara ini sudah hilang keyakinan kepada orang yang bergelear “Yang Amat Berhormat Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohammad, adalah Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia… orang besar negara?”. Sekaligus, UMNO sudah ditafsir sebagai parti perompak, penzalim dan penganiaya. Tidak ada timbangrasa.

Ulamak UMNO “Main Wayang”

Mereka hilang keyakinan kepada pemimpin UMNO dari kelompok Ulamak yang berckap beralaskan 1001 hadis dan firman. Sebaliknya, bila masuk bab menyanggah Mahathir – lidah mereka kelu!! Serban sebesar bakul apa gunanya? Mana Majlis Fatwa? Kenapa tak ditegakkan Al-Quran?

Makin ramai pula yang bertanya: Apakah yang mereka tegakkan selama ini? Hanya sekadar pandai bercakap, mengulang-ngulang bagai burung kakak tua juga? Nah, Mahathir meletakkan beban dosa sebesar Bukit Tursina diatas pundak anda sebagai bekalan di akhirat nanti!! Allah swt tahu dan kenal siapa anda hingga kehujung jari mu!!

Anak-anak muda yang berpendidikan dan matang berfikir telah begitu peka. Mereka terasa sangat diperhina. Kerana diri mereka, pengetahuan dan kecerdikan mereka diperkerdilkan oleh pemimpin UMNO. Di paksa menelan alasan yang tidak masuk didalam benak kepala.

Latarbelakang keugamaan mereka, walau bukan bertaraf ulamak; namun mereka mengasaskan keadaan yang mereka lihat dari aspek yang mudah iaitu: KEMANUSIAAN dan PERIKEMANUSIAAN. Nah!! Itulah yang tidak ada dalam UMNO sekarang.

UMNO sudah kehilangan identiti dan arah-tuju. Tidak ada lagi sentuhan manusia dan kemanusiaan. Pemimpin UMNO sudah jadi ROBOT!! Mereka sudah jadi patong bernyawa, sudah jadi Pak Pandir, burung kakak tua, pak turut… bagai lembu dicucuk hidung!! Dalam bahasa anak muda gila-gila dikampung, “Pemimpin UMNO dah makan TAIK..!!” Nak marahkan siapa?

Kecundang

Kini beralih angin bagai taufan meniup lembayung!! Berarak mereka behijrah ke kelompok yang mereka yakin akan dapat memberi apa yang mereka tuntut selama ini.

Bukan pulak puak yang baru itu berjanji bontang. Tidak! Tidak!! Mereka diimbau dengan lemah lembut supaya menyertai perjuangan menentang KEZALIMAN didepan mata, menegakkan KEMANUSIAAN dan PERIKEMANUSIAAN.

Itulah asas perjuangan orang Melayu sekarang. Mereka memperjuangkan hak mereka yang dinafikan oleh UMNO!! Mampukah UMNO kembali kepangkal jalan untuk menerapkan apa yang dituntut sebagai hak oleh orang Melayu?

Malangnya, makin banyak pemimpin UMNO berjanji, makin banyak pembohongan mereka. Makin nampak betapa zalimnya mereka, makin kuku-besi dan makin TIDAK MEYAKINKAN!!

Bak andaian yang terdengar biasa, “UMNO UMPAMA SEHELAI PERCA DIMAMAH LEMBU – HANCUR BERKECAI TIADA RUPA!!

Amin Sapiro
(Ahli UMNO Atas Pagar Berduri)



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com