Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

PADANLAH ARNAB LEBIH MAHAL DARI LEMBU !!

Mahathir dan Abdullah Bedawi telah menjalankan ‘round’ mereka menemui beberapa Bahagian diseluruh negara. Orang semua tahu. Walaupun mereka menafikan pertemuan itu melanggar peraturan, tetapi mereka berhelah seperti lazimnya.

Mahathir dan Abdullah Bedawi, kununnya cuma bercakap tentang permasalahan parti dengan Bahagian-Bahagian. Itu tidak salah. Mahathir hanya mendengar dan tidak menjawab sepatah pun sebarang komen. Tetapi dihujung perjumpaan itu, beliau menetapkan keputusan supaya Bahagian-Bahagian menyokong keputusan MKT (Presiden & Timbalan tidak boleh dipertandingkan) dan mengeluarkan kenyataan akhbar.

Sekarang, Ku Li seolah-olah melopong dengan tangan seakan-akan terikat dan mulut pula dikunci. Ramai yang kata – mata Ku Li akan lebam kalau beliau cuba membantah. Jadi, jika diturut slogan “LAWAN TETAP LAWAN” yang jadi perinsip DS Anwar, bermakna Ku Li mencari patah tulang tengkok pula. Cara yang dilakukan oleh penyokong Ku Li, khabarnya lebih canggih.

Bertiup berita, kununnya penyokong Ku Li telah bergerak sebelum Ku Li membubarkan S46 dulu. Sokongan mereka lah yang menyebabkan Ku Li terdorong hati membubarkan parti yang berpotensi itu. Ada pihak yang khabarnya telah tahu bahawa pada ketika itu sudah wujud beberapa puak sekeliling Mahathir yang telah merancang untuk menumbangkan Anwar.

Tetapi Ku Li tidak menduga samasekali Anwar akan ditumbang cara yang paling aib begitu. Ini menambahkan lemungkinan S46 (jika tidak dibubarkan) akan berpotensi menumbangkan UMNO/BN. Jadi, dengan timbulnya keadaan yang huru-hara dalam UMNO sekarang, maka beliau lebih bernasib baik dan selesa menghadapi Mahathir.

Mahathir telah silap baca. Pada firasatnya, pembubaran S46 akan mematahkan sayap Ku Li. Dan perlantian Rais akan menyebabkan Ku Li akan dikecundangkan. Malangnya, kenyataan keras Rais telah menyebabkan ramai pihak makin mengutuk Mahathir sebagai diktator.

Khabarnya, Ini yang menyebabkan Mahathir dan Abdullah Bedawi dalam keadaan “menyongsong arus”. Sementara itu, Ku Li sedang bersenang-senang berrahu ke hilir dengan mudah mengikut arus. Bagi beliau, tidak ada apa yang harus dibisingkan kerana yang perlu bagi beliau hanyalah: “Kemudi jangan patang, dan perahu jangan tiris”!!

Apa yang disebutkan Musa dan Ghaffar itu hanya imbasan sebagai membetulkan “haluan”. Mereka juga sayangkan bahtera yang sudah makin mereput sebelum tiba kepengkalan. Ku Li adalah Nakhoda harapan mereka.

Berkata beberapa orang penyokong Anwar (dalam UMNO), lapuran akhbar Jepun mengenai sokongan penyokong Anwar akan tertarik menyokong Ku Li dengan syarat tertentu itu hendaklah segera dinafikan oleh Ku Li. Penafian itu tidak menjejasskan sokongan terhadap ku Li. Maka Ku Li telah menafikan. Maka Mahathir suka, dan Ku Li LAGI suka.

Berkata seorang dari mereka, “We don’t open the bag to let the rabbit out…!!”. Mungkin beberapa ekor arnab sekarang telah beranak-pinak dalam ‘bag’ itu.

“Beg puak tu zipnya dah terkoyak. Arnab pun dah lompat ke dalam bag kita” kata seorang lagi.

Padan jugalah harga arnab lebih mahal dari harga lembu. “Mahathir dan Abdullah Bedawi sudah silap ternak. Sepatunya dah lama lepaskan Nuar. Sekarang kalau nak lepaskan pun, menambah maruah tercabar…!!” kata seorang.

Mereka sama-sama ketawa. Saya cuma ketawa kecil. Akan ketawa besar setelah Ku Li mengendong beg “itu” selepas betul disahkan ada isi dalam bulan Mei nanti…!!

Amin Sapiro
(UMNO Atas Pagar Berduri)



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com