Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

DATUK SERI – CUKUPLAH, JANGAN CUBA CEMARKAN PERKHIDMATAN AWAM LAGI..!!

Satu perkara yang amat jelas sebagai pegangan Perkhidmatan Awam ialah, “Government can come and go, but the civil service is there to stay..!!”. Kerajaan boleh bertukar ganti, tetapi Perkhidmatan Awan akan terus menerus memberi khidmat kepada rakyat jelata. Itu pasti!!

Dalam bahasa warong teh tarik, orang kata, “Mahathir boleh pi mampoih lah, UMNO/BN boleh jalan…tapi orang kerja gomen terus kerja makan gaji macam biasa…”!! Itu samala!!

Itu adalah fakta. Jangan mana-mana MB, CM, Menterii, PM atau TPM nak tunjuk loyar buruk cuba buang kaitangan awam tak tentu pasal; silap-silap kena bayar gaji kebelakangan beratus-ratus ribu. Banyak kes sudah terjadi. Jangan nak main-main.

Seorang kawan bagi tahu saya, dalam Kerajaan pimpinan UMNO/BN, kakitangan awam memang sudah lama menahan ragam karenah ahli politik. Seolah-olah kakitangan awam dianggap makan gaji dari titik peluh orang-orang politik yang menerajui Kerajaan. Setiap hari ada-ada saja arahan yang berbau politik dan ugut mengugut terhadap kakitangan kerajaan.

Separuh dari arahan itu bersifat “brutal”; seolah-olah cuba memasokkan pasir dalam periok nasi kakitangan terbabit. Macam-macam tindakan akan diambil: bermula dengan memo rekod fail-fail peribadi, hingga tukar tempat kerja, jabatan, dll. Ada yang kena bagi surat tunjuk sebab, kenapa sipolan tidak boleh diberhentikan kerja. Itu adalah contoh umum.

Kalaulah Mahathir sendiri kena surat-surat ugutan seperti itu tentu dia sendiri akan menyoal balik. Tetapi, budaya kakitangan awam kita lebih bersifat “Melayu” – tidak mahu panjang bicara.

Tetapi, itu tidak bermakna mereka adalah lemah, atau tidak bersemangat. Kalau nak faham betul-betul sikap dan pendirian kakitangan awam; pandanglah apa jadi kepada kerajaan UMNO/BN di Terangganu. Apa jadi dengan Wan Mokhtar & Geng?!! Kakitangan awam boleh tumbangkan kerajaan…“The Government can go to hell, but the civil service is there to stay..!!”.

Berbali kebelakang sedikit, sejak Mahathir ambil alih jawatan PM pada awal 80-an; perkara pertama yang beliau pastikan ialah menguasai seluruh institiusi Perkhidmatan awam, hingga nampak seolah-olah kelompok politik yang diwujudkan oleh Mahathir betul-betul seperti “Political Masters”..!!. Berbagai-bagai peraturan dan arahan dikeluarkan. Mula dari “datang tepat dan punch card”, hingga kepada tanda nama, dll yang remeh-remeh dijadikan isu.

Kemudian ada Borang Harta, hingga budak pejabat yang pinjam loan beli basikal pun mesti lapor. Kununnya nak sekat Rasuah. Tapi apa sudah jadi?

Dalam Perkhidmatan Awam bukan office-boy, tetapi “Officer Boy” kepada Mahathir dan sekongkolnya yang kuat “makan suap”.

Jangan cuba berdalih, perbicaraan DS Anwar jadi kelamkabut seperti ‘perang saraf’ antara Peguambela Anwar dengan Paul Agustine dan Ariffin Jaka - Hakim, Mokhtar Abdullah dan Ghani Patail AG, Mokhtar Sidin – mahkamah rayuan; kerana semua puak itu ada unsur rasuah dan ugut dibelakang tengkok yang mengancam. Dalam bahasa Perkhidmatan awan disebut, “somebody is breathing behind their their neck” atau “someone is pointing guns at their heads”! Tak ada beza seperti film ‘out-law’ Hindustan!!

Rahim Nor mengaku pukul Anwar tapi Mahathir bela. Musa Hassan, Mohd Said, dll – testimoni semua tak boleh pakai. Abol Hassan ditangkap oleh BPR dengan duit kontan 100 ribu RM dalam laci, mengapa diam? Tak ade kes?

Rafidah songlap saham rakyat bagi kepada menantu. Memang ada bokti, tapi bagi AG tak jadi kes. Rahim Thamby ROGOL gadis bawah umor, tidak ada kes. Mahathir, Daim dan beberapa Menteri UMNO terlibat dengan rasuah; apa sudah jadi? Hingga hari ini semua itu diam!! Senyap!!

Apakah budaya Perkhidmatan Awam keseluruhan cenderung kepada amalan rasuah?? Jawapnya: TIDAK!! Yang rasuah ialah pemimpin politik dalam Kerajaan. Mereka lah yang melakukan rasuah segala macam dan mengumpan kakitangn tangan tertentu supaya merancang, mengendali dan mengelola dan melakukan rasuah untuk kepentingan ahli politik tertentu. Kakitangan berkuasa diarahkan. Oleh “political masters” Itu hakikat sebenarnya. Mereka dapat perlindungan politik jika sesuatu berlaku.

Itu lah yang menyebabkan timbulnya kerosakan kepada budaya Perkhidmatan Awam yang telah tercemar sebusuk najis di jamban – semata-mata kerana ada beberapa orang pegawai yang diberi kuasa dan amanah melakukan sesuatu yang busuk dan khianat untuk “tuan” mereka yang merancang Rasuah.!! Mereka sekongkol menafikan hak rakyat.

Seluruh Perkhidmatan Awam sebagai satu institiusi amat kesal dengan ketidakamanahan yang digeskan oleh petualang politik dalam Kerajaan UMNO/BN yang saban hari tidak ada urusan lain selain dari mengarahkan kakitangan awam dalam perkhidmatan strategik supaya membantu mereka melakukan Rasuah dan Pengelewengan dengan imbuhan dan ganjaran (Rasuah).

Jadi, kita nampak sekarang, bahawa tujuan Dr. Mahathir mengetatkan pelbagai peraturan dulu hanya sebagai satu “skima ugutan” yang kemudiannya digunakan untuk merosakkan budaya bersih Perkhidmatan Awam dengan gejala rasuah dan penyelewengan. Itu bukan Fitnah. Kita sudah nampak dalam justifikasi rayuan Kes DS Anwar yang sedang berlaku sekarang.

Jika CUEPAC betul-betul mahu mengangkat martabat Seluruh Perkhidmatan Awam, perkara pertama yang wajib ditegakkan ialah: Seluruh Perkhidmatan Awam tidak wajar dipengaruhi dan dikutak-katik oleh ahli politik. Selagi, CUEPAC hanya “tunggu mati”, maka ahli politik akan jadi “dedalu atas tunggul mati” itu..!!

Mungkin ini yang menyebabkan majoriti Kakitangan Awam sudah membenci Kerajaan UMNO/BN!!

Amin Sapiro
(UMNO Atas Pagar Berduri)



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com