Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

TERDENGAR SUARA-SUARA KESAL SUDAH MULAI BERBISIK-BISIK

UMNO telah sampai ketahap paling mengeciwakan banyak pihak. Bermula dengan pembuangan beramai-ramai ahli-ahli parti (masalah dalaman UMNO sendiri) hinggalah kepada pembuangan beberapa pihak yang menawarkan tenaga profesional dan khidmat penting kepada kerajaan (untuk rakyat umum).

Kini rakyat telah jadi sasaran ‘balas dendam’ pemimpin UMNO yang menerajui Kerajaan. Seolah-olah mana-mana pihak yang membabitkan Pembangkang ada ditolak oleh UMNO. Kemudian UMNO mengaitkan BN dan Kerajaan. Adakah yang akan menjadi mangsa ialah RAKYAT sahaja??!!

Persoalan itu sedang menjadi perbincangan dikalangan rakyat.

Prinsip Kebebasan Berpolitik Tergugat

Makin nampak, prinsip kebebasan berpolitik sebagai dasar pentadbiran sebuah negara yang mengamalkan Demokrasi telah lama menjadi tandatanya pelbagai pihak – samada rakyat maupun dunia. Persoalan yang dibangkitkan rakyat telah menyoal samada Dr. Mahathir dan sekongkolnya dalam UMNO (khususnya) benar-benar mahu melupuskan imej DEMOKRATIK dari Dasar Kerajaan pimpinan Dr. Mahathir, atau semata-mata sesuatu bersifat sementara.

Soalan seumpama itu turut ditanya dan dipersoalkan oleh pemimpin Komponen BN yang lain. Walaupun ia cuma perbincangan secara berbisik-bisik diperingkat pemimpin bawahan sahaja, tetapi implikasinya amat menjejaskan. Kerana, pemimpin diperingkat inilah yang berhubung rapat dengan rakyat dan pengundi.

Hingga hari ini, Rakyat telah menyaksikan beberapa pihak dari barisan pemimpin Pembangkang tangkapan dan dituduh. Tuduhan yang hadapkan keatas mereka itu pula hanya membayangkan “semata-mata kerana mereka adalah Pembangkang dan kununnya menjejaskan Kerajaan”. Mereka dihadapkan ke mahkamah “mahathir” – yang secara sindiran memberi makna kepada rakyat bahawa; walaupun mereka akan dibicarakan mengikut peroses undang-undang, tetapi rakyat sendiri siang-siang menduga apa keputusan perbicaraan itu. Lazimnya mereka tidak akan menang. Mereka akan didapati bersalah!!

Justifikasi Menggila-liar

Ramai dikalangan BN sendiri bertanya, adakah tindkan itu perlu? Pandangan mereka: sekiranya tindakan “gila” dan “liar” pemimpin UMNO kebelakangan ini tidak disekat, dan jika pemimpin UMNO cuba memberi justfikasi dan takrif bahawa karenah Pembangkang menjejaskan pelaksanaan dasar Kerajaan dan tindakan Kerajaan itu kununnya untuk kebaikan rakyat; sudah mula bisik-bisik dikalangan Komponen BN sendiri yang beranggapan bahawa justifikasi seumpama itu adalah suatu pentakrifan yang dangkal dan melulu.

Ini disebabkan rakyat sudah begitu terdidik dengan resam politik Dr. Mahathir, terutama sekali sejak kes DS Amwar dibicarakan di mahkamah. Hematnya, tidak ada siapa yang rugi melainkan UMNO. Dengan itu, sekaligus tindakan itu menjejaskan semua komponen BN. Ia tidak memberi sebarang manfaat kepada mana-mana pihak jua pun.

Beberapa pihak dalam kepimpinan komponen BN menyatakan rasa terkilan yang meresahkan. Tindakan itu tidak lebih dari sikap “marahkan nyamok kelambu dibakar” dalam menangani isu kekecundangan UMNO oleh pengundi Melayu dalam Pilihanraya ke-10 (hingga UMNO merudum dengan 22 wakil Parlimen terlongkop berbanding sebelumnya).

Sebenarnya Komponen BN tidak mahu masuk campur dalam sebarang langkah UMNO membuang beberapa ahli yang dituduh sekongkong dengan Pembangkang dalam P/raya yang lalu. Itu adalah masalah dalaman parti dan tidak kena mengena dengan parti komponen BN. Mereka menghormati keputusan itu.

Tetapi mereka melihat, dengan membesar-besarkan isu itu di media; sekaligus ia menguatkan hujah “tindakan membakar kelambu” sendiri itu akan meletakkan UMNO dan Komponen BN dalam keadaan makin tersepit.

Dikalangan UMNO sendiri hairan mengapa pemimpin UMNO begitu ghairah membuang ahli, walhal UMNO harus meneliti apakah tindakan seumpama itu sesuai dalam keadaan UMNO makin memerlukan imej toleransi.

Tindakan Tidak Matang

Seharusnya UMNO perlu menunjuk kemampuan yang lebih berwibawa dalam menangani masalah dalaman secara berwibawa dan matang. Kejatuhan imej UMNO itu akan mengakibahkan melorotnya lagi keyakinan rakyat yang akhirnya berkemungkinan besar dan secara langsung akan menjatuhkan parti komponen BN juga.

Banyak diantara pemimpin komponen BN menganggap bahawa pelbagai tindakan UMNO kebelakangan ini telah menyebabkan Komponen BN telah diheret sama kedalam pertelagahan UMNO dengan Pembangkang hingga ke tahap memusuhi rakyat pula.

Bagi BN, perbuatan itu adalah tidak wajar, tidak matang dan sangat terburu-buru. la telah ‘backfire’ kepada BN secara keseluruhan. Karenah pemimpin UMNO dalam kerajaan mengheret ‘dendam parti’ keadalam pentadbiran Kerajaan adalah amat dikesal pemimpin Komponen BN yang lain.

Rakyat sudah mula sedar bahawa sikap Dr. Mahathir sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri MERESTUI beberapa tindakan yang dilihat sebagai tindakan “Kerajaan” (padahal itu cuma gejala balas dendam UMNO per se) adalah dianggap sebagai “keterlaluan”. Bukan saja ia memburukkan imej UMNO sebagai parti, tetapi tindakan UMNO itu memburukkan hubungan Komponen BN dengan RAKYAT secara langsung.

Sudah mulai beberapa ihak mempersoalkan, dan ramai pemimpin komponen BN merungut dengan tindakan terhadap HARAKAH dan isu Internet HARAKAH. Menyebut tindakan itu sebagai “keputusan Kabinet” amatlah memalu dan menjatuhkan imej Kerajaan BN. Ada komponen BN sendiri menganggap tindakan itu mencerminkan saikap “tidak Demokratik”. Kerana itu, parti Komponen BN yang lain turut dilihat oleh umum sebagai tidak Demokratik, atau paling kurang ditafsirkan sebagai merestui sikap yang tidak Demokratik. Ini adalah bertentangan dengan dasar parti Komponen BN. Ia amat merisau dan meresahkan mereka.

Sebaliknya, tindakan terhadap HARAKAH itu tidak akan mengobah keadaan, jauh sekali dari memberi sebarang manfaat kepada UMNO maupun kepada BN amnya. Tindakan itu dilihat sebagai menyisihkan UMNO, komponen BN dan BN secara am. Itu amat membahayakan peluang BN bagi menghadapi P/raya ke-11.

Kalah Dalam Menang

Walaupun BN menang dengan majoriti 2/3 BN, tetapi ia tidak memberi makna setanding dengan imej yang diraih oleh Pembangkang. Komponen BN juga merasa keciwa dan bersimpati dengan UMNO mengenai sokongan orang Melayu kepada UMNO. Walaupun kedudukan meleset dan pelbagai petanda yang menunjukkan sokongan orang Melayu terhadap UMNO (dalam keputusan P/raya ke-10 dulu sebagai satu penolakan orang Melayu yang ketara); tetapi, keputusan UMNO melibatkan Komponen BN dalam siri “balas dendam” UMNO kebelakangan ini adalah lebih mengeciwakan.

MCA dan Gerakan adalah antara Komponen BN yang tegak dan mendapat sokongan atas imej Demokratik mereka. Jika imej itu tidak dikekalkan, penyokong mereka akan berfikir dua kali untuk menyokong mereka. Ini satu hakikat yang wajar dipertimbangkan oleh UMNO sebagai komponen BN.

Meningkatkan Imej Pembangkang

Makin hari, Barisan Pembangkang mempunyai banyak ‘avenue dan platform’ bagi meraih penyokong untuk bertapak didalam Barisan itu. Jika UMNO melakukan tindakan yang berterusan yang menjejaskan imej “Demokrasi” BN, kemungkinan besar penyokong Komponen BN sekarang hilang keyakinan kepada BN.

Karenah pemimpin UMNO dalam Kerajaan itu amat menghampakan penyokong UMNO diluar Kerajaan. Pemimpin UMNO dan komponen BN diluar Kerajaan memandang tindakan “Balas Dendam” dan keputusan pemimpin UMNO hanya memalukan UMNO sendiri. Komponen BN juga secara langsung turut kehilangan imej yang direstui rakyat. Ini akan menyusahkan proses meraih pengaruh dan meningkatkan keyakinan rakyat mengyokong BN secara am.

Siri “Balas Dendam” UMNO terhadap Pembangkang (yang bertentangan dengan beberapa pelaksanaan dasar kerajaan) TIDAK memberi sumbangan terhadap membaiki imej UMNO vis a vis BN.

Komponen BN telah melihat beberapa karenah Dr. Mahathir dan UMNO kebelakangan ini dan mentafsirkannya sebagai sudah “keterlaluan”. Ada beberapa antara mereka yang terang-tarang berpendapat bahawa tindakan itu sudah sampai ketahap melampaui batas-batas dan telah menjejaskan konsep Demokrasi hingga telah menjejasan hak asasi dan keperluan rakyat umum.

“Balas Dendam” secara melulu kerap membawa padah yang amat buruk dalam mana-mana sistem Kerajaan yang mengiktiraf sistem Demokrasi. UMNO juga harus menimbangkan keresahan komponen BN yang lain.

Amat dikesalkan dan amat malang tindakan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Melaka yang menyekat khidmat peguam dan doktor swasta secara kontrak kepada Kerajaan; semata-mata kerana mereka menyebelahi Pembangkang. limplikasinya amat jauh dan meluas.

Mendorong Rakyat Bertindak!!

Dalam kesulitan Kerajaan untuk mendapat khidmat tenaga profesional khusus itu, tindakan itu akan meletakkan rakyat dalam situasi semacam “dperas-ugut”. Ini menyulitkan pentadbir Kerajaan mewujudkan imej khidmat yang baik kepada rakyat.

UMNO/Kerajaan UMNO-BN makin dilihat sebagai memperjudi dan menafikan hak dan kepentingan rakyat dalam hasrat UMNO untuk membalas dendam terhadap Pembangkang. Tidakkah ini bermakna UMNO tutut mengheret Kerajaan (yang dianggotai oleh Komponen BN) juga.

UMNO sewajarnya memisahkan Parti dari Kerajaan. Jika UMNO tidak bersikap terbuka, Rakyat akan mengadili peneraju Kerajaan mengikut tafsiran mereka. Kesannya, imej Kerajaan yang diterajui UMNO/BN akan melumpuhkan daya saing sekutu dalam BN untuk meraih sokongan rakyat terhadap BN keseluruhannya.

Ramai yang membuat rumusan bahawa gejala “balas dendam” UMNO akan mendorong rakyat (ie pengundoi) membuat keputusan negatif dan membenci Kerajaan UMNO/BN. Hakikat ini wajar dilihat sebagai perkara benar yang akan memberi kesan mendalam kepada UMNO/BN.

Amin Sapiro
(UMNO Atas Pargar Berduri)



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com