Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Takkan Melayu hilang didunia -Hanya Melayu kehilangan "dunianya"

JIKA Dr. Mahathir menganggap dirinya masih seorang terbilang di dunia, anggapannya itu mensahihkan bahawa beliau sudah nyanyok-sewel. Sejak kebelakangan ini “ego” si sewel ini semakin memuncak. Ini semata-mata kerana dua, tiga kerat pengampu saban hari memberi beliau “semangat dan pujian palsu” bagi menyuka dan mengkhayalkan hati, jiwa dan perasaanya. Kerana itulah yang dia mahu, maka itulah yang dihamburkan oleh Kroni-kuncunya!!

Pada hemat setiap rakyat yang rasional, Mahathir tidak ada guna lagi. Kalau Mahathir tidak sewel, sudah lama beliau lebih faham ‘ampu-ampuan’ yang makin tidak masuk akal itu hanya sampah saraf yang melata tidak ada guna. Memang sah dia makin sewel. Itulah akibah seorang yang menafikan kebenaran Allah swt. Tetapi, siapakah menjadi korban khayalan ‘orang ini’!

Anggaplah kata-kata itu sebagai FITNAH. Peratus orang rasional yang membaca artikel seperti ini akan bersetuju, apa yang saya katakan adalah benar. Jika dikatakan Mahathir hidup dalam alam bayangan yang mengkhayal, bukan saya seorang yang bercakap begitu. Jangan tanya kepada mereka yangdapat ganjaran dari beliau, tanya mereka yang telah dibelasah di Dataran Merdeka, yang ditelanjangkan dalam lokap Bkt. Aman, yang diikat tangan dan ditutup mata dibeduk oleh tukang belasah uphan… Mereka akan bersetuju!!

Tanggapan dan penilaian Mahathir kepada dirinya adalah urutan saikoloji dan rentak jiwa seorang yang sudah jatuh gila dan fasik. Seseorang yang sudah hilang kebenaran dari lubuk hati, balik ke zaman membayangkan keindahan, dan ledakan hati terus menerjah dengan anggapan ia tidak akan mati.; hakikatnya – orang itu sudah mati. Dipendekkan cerita: Mahathir sudah “MATI”! Dengan itu, penyokongnya yang taksub sudah terikut-ikut “mati”..!! Biarlah mereka “mati”. Kita wajar meneruskan hidup ini.

Buat Malu ke Indonesia

Mahathir berlepas ke Indonesia, kununnya untuk membantu Indonesia menyelesaikan permasalahan ekonomi negara itu. Sebelum ini pun saya sudah katakan bahawa Mahathir adalah berpura-pura cuma. Jika Mahathir hendak menyelesaikan permasalahan ekonomi Indonesia, elok Mahathir baca Kompas, Suara Pembaruan, Fikiran Rakyat, Suara Rakyat dan puluhan akhbar-akhbar dan majalah lain-lain yang diterbitkan oleh rakyat Indonesia.

Rakyat Indonesia bebas berdebat dan berbicara sesama sendiri. Majoriti akhbar-akhbar di Indonesia adalah berpengaruh dikalangan rakyat negara itu. Mahathir baca itu lebih dulu. Tengok dan perhatikan betul-betul. Tengok bagaimana setiap hari mereka meluahkan rungutan dan kritikan yang menyuarakan keresahan hati rakyat Indonesia. Seratus enam puluh dua juta (162 juta) rakyat Indonsia menyalurkan maklumat kepada pemerentah mereka melalui akhbar. Dan, peranan akhbar mereka adalah merupakan saluran terpenting dalam pembentukan Dasar negara mereka.

Dasar Indonesia adalah terbuka dalam penyebaran maklumat melalui media adalah sumber utama. Bukan seperti di Malaysia. Perbandingannya 50 tahun mungkin kurang, tetapi mereka merasa akhbar-akhbar mereka tidak dijajah.

Rakyat Indonesia mementingkan Demokrasi, kebebasan berfikir dan perakuan terhadap hak asasi. Kerana itu Acheh dan Timur Timor telah dapat menyuarakan hasrat hati secara terbuka. Kerana itu mereka terus-menerus bereformasi.

Malangnya, Dasar media Mahathir dan Abdullah Bedawi terhadap Demokrasi, kebebasan berfikir dan perakuan terhadap hak asasi umpama: (sepatah kata Pak Shahnon) adalah macam “SHIT & Pu**Ma*” (nya). Rakyat sudah dimalukan keseluruh dunia. Orang Melayu yang berperadaban santun dan berbudaya, telah dipandang jijik kerana perbuatan Mahathir dan kuncunya yang rakus dan biadab. Orang Melayu terasa amat diaibkan oleh seorang bedua ‘bangsat-bangsat’ yang sudah hilang daya dan budi!!

Tidak ada seorang Perdana Menteri yang sebegitu pembohong dalam zaman manusia telah maju dan madani (civilized) begini jauh menjangkau. Rakyat negara ini berbangga kerana mereka telah berjaya mencapai tahap minda dan kemampuan berfikir menyamai mana-mana umat menduduki alam ini. Tapi mereka dipaksa dikongkongi dengan peraturan peribadi pemimpin.

Ratusan ribu rakyat negara kita ini sudah terdedah dengan maklumat dan tamaddun negara yang lebih maju.. Mereka sungguh-sungguh malu berperdana-menterikan seorang yang mengunci mulut dan membelenggu kakitangan rakyat. Kerana itu, hati rakyatsudah menolak seorang yang sudah tamat tempoh-gunanya. Mereka harus dihumbankan saja (maaf, bahasa kesat kerana itulah sepadan dan terbaik).

Mahathir wajib fikir itu masak-masak. Sesungguhnya, orang Melayu khususnya, bukan seperti tanggapan beliau (Mahathir) dalam “The Malay Delimma”. Sejak dari dulu, orang Melayu bukan begitu. Mungkin orang UMNO “hard-core” penyembah “patung puaka” bernama “Mahathir” itu.

Orang Melayu tidak pernah begitu. Tanggapan Mahathir cuma ‘half-truth’ yang sengaja dirancang dan digunakan oleh beliau untuk kepentingan dirinya. Orang Melayu yang berpendidikan dan berakal terbuka semua tahu (sila baca penelitian A.Rustam Sani).

Mungkin “The Malay Delimma” hanya berguna dan layak diapplikasi kepada orang-orang UMNO yang bersifat tamak dan rakus. Memang mereka semudah itu sanggup ditipu dan menerima apa yang Mahathir kata seolah-olah seperti “gospel truth”.

Bagi mereka, “kebenaran” yang di amanahkan Allah swt dalam Al-Quran dan Hadis yang dilafazkan oleh Junjungan kita tidak berguna – cakap dan aturan Mahathir adalah menggantikan “kebenaran” itu. Dinasihatkan supaya segelintir orang Melayu (yang telah karat dalam UMNO) harus beristighfar banyak-banyak sebelum dihumban ke dalam liang kubur dan untuk disoal malikat di alam Barzah apakah maksiat dan kezaliman terbesar yang mereka lakukan sebagai pemimpin yang TIDAK amanah kepada 20 juta rakyat dan zuriat mereka di negara ini!!

Isu HARAKAH & DETIK – Memalukan

Sebagai Rakyat sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, UMNO dan seluruh sisa dan saki-baki penyokongnya yang masih ‘buta mata hati’ dan bebal jantung-limpa, wajar merasa bahawa Mahathir sudah mengusut-masaikan rohani mereka dari melihat “Kebenaran”.

Rakyat yang waras dan insaf dalam UMNO sudah menilai siapa kepimpinan UMNO dan BN yang masih ‘terlena’ dengan tipu-muslihat Mahathir Mohammad, Daim Zainuddin dan sekutu mereka. Mereka sudah jelas menentukan pendirian pada 29 November 1999. Mereka telah berhijrah – menolak pemimpin yang bakal memusnah hidup bangsa dan kemurnian ugama dalam sebuah tanahair yang Merdeka.

Beberapa “Ulamak UMNO” tumbang antan dari tampuk kuasa, bukan kerana mereka tidak layak menjadi pemimpin; tetapi kerana Allah swt. telah membisikkan ke telingan rakyat marhain bahawa mereka itu adalah manusia durjana yang menyelewengkan ayat-ayat Allah swt. hingga sanggup mengkhianati rakyat yang dhaif yang sangat-sangat memerlukan bantuan mereka. Pengkhianat ugama Allah swt ialah para ulamak ‘suk’ terbabit.

Wan Mokhtar, Yusof Nor, Hamid Osman dan beberapa orang ulamak UMNO (tak payah sebut kesemua) telah tersingkir, jatuh terlongkop tersembam ke bumi dalam Pilihanraya ke-10 dulu. Mereka telah ditolak semata kerana pengundi di kawasan terbabit telah menerima bisikan Allah swt. yang memerentahkan para malaikatNya supaya rakyat menyingkirkan mereka – sebelum mereka lebih merosakkan. Sepatutnya Ulamak UMNO harus bersyukur kehadhrat Illahi kerana tidak berkesmpatan melakukan masksiat lagi. Mereka telah diselamatkan Allah yang Maha Mengetahui.

Malangnya, ada seorang berdua, seperti Dusuki Ahmad, Haji Nakhaie, Hamid Osman, Hamid Zainalabidin, Zainal Melur, dan beberapa orang yang masih mengejar kebendaan dunia, dan masih tunduk kepala kepada ugutan si MahaFIRAUN, Karuun dan Hamman dan padri-padri mereka yang mempunyai kuasa untuk memberi mereka kekayaan, pangkat dan darjat.

Jika mereka betul-betul hendak berjuang menegakkan kebenaran Allah swt.; dengan laungan terbuka rakyat menyeru…”TEGAKKAN kebenaaran Firman dan Hadis, bisikkan ketelinga si MahaFIRAUN, Karun dan Hamman dan padri-padri mereka supaya kembali kepada KEBENARAN yang dituntut. Jika anda masih didalam (kununnya untuk membaiki dari dalam), tumbangkan Kezaliman dan tegakkan Keadilan!! Itu adalah tuntutan Islam!! Itu adalah tuntutan umat Islam sejagat. Berhijarahlah mulai Mei 2000 ini”!

Masakan mereka memecah ‘kontrak’ mereka dengan MahaFIRAUN yang lebih murni dan menjajjikan kebahagian dari dari ‘kontrak’ dan janji mereka semasa di hadapan Allah swt. di Luhmahfuz dulu!!

Malangnya, Mahathir dan Abdullah Bedawi telah hilang pegangan yang “Benar”. Kerana HARAKAH membangkitkan peringatan orang-orang yang telah menyimpang supaya kembali ke jalan yang benar; maka sepantas kilat akhbar se dhaif itu dinafikan hak menyatakan ”Kebenaran”.

HARAKAH – dari 8 isu sebulan, dipaksa jadi 2 isu cuma. Tidakkah kalian tau, bahawa, walaupun dengan dua (2) isu sebulan; tetapi dengan “kebenaran” yang dititip didalamnya: Sesungguhnya, dengan sepatah ayat yang jelas dengan “Kebenaran” yang pasti dan terang; ayat Allah swt yang diperdengar dan ditafsir dengan sempurna itu akan mampu mengimbau 1000 rakyat (yang memerlukan hidayah) akan menghatinya. Apatah lagi kalau sudah 72 muka surat dengan setengah juta ayat? Eloklah jangan menentang “kebenaran”.

Anda boleh menganggap kandungan HARAKAH sebagai Fitnah. Tetapi, di zaman jahiliah pun; bagi Yahudi tafsiran Firman dan Sunnah juga adalah dianggap “Fitnah” besar. Mungkin, itulah kesannya kepada manusia yang sudah masuk ‘angin’ Yahudi kedalam saraf benak mereka!!

Rakyat mengimbau diri mereka supaya menjauhi “kebatilan” yang sedang melanda dan merosakkan rohani mereka dari ditipu “Iblis dan Taghut” yang menyesatkan. Mereka berdoa melalui solat Hajat semoga Allah swt membuka pintu hati mereka dan anda dengan mengikis darah-darah hitam dari celah lipatan hati, dan masukkan kedalamnya “Kebenaran”..!! Insyaallah, mereka mahu mati dengan hati yang tidak berdosa dan perasaan tidak bersalah sesama manusia!!! Itu harapan.

Musa dan Ghaffar Sudah Insaf?

Jika ditanya soalan itu, jawapan yang mudah, “Siapa tahu? Hanya Allah swt. yang Maha Mengetahui segala rahsia hati makhluknya. Mungkin sudah, mungkin belum..!! Atau mereka mau main wayang kulit lagi?”

Tetapi, dengan mendengar kenyataan mereka, memang ada petanda yang mengiyakan bahawa mereka berdua telah mulai ‘insaf’ dalam kadar dan keupayaan sendiri. Mungkin mereka adalah jujur dan ikhlas. Mungkin mereka tahu bahawa apa yang mereka lihat sekarang sudah terlalu jauh menyimpang dari amanat rakyat yang diamanahkan kepada pemimpin mereka. Mereka sekarang adalah sebahagian dari rakyat biasa.

Jika benar mereka telah mulai insaf, dan dengan dukungan semangat dan daya-tahan seorang umat yang prihatin seperti YB Mulia Tengku Razaleigh Hamzah yang telah menyerahkan dirinya bersedia menyambung wadah warisan pejuang UMNO yang telah meninggal kita – dan dengan sokongan padu, berani dan setiakawan pemimpin UMNO peringkat Pertengahan yang bakal menentukan buruk-baik nasib orang Melayu di Perhimpunan Mei 2000 ini; akan mudahlah penentangan terhadap regu “Mahathir-Abdullah-Daim” – semudah mencabut rambut di kepala, insyaallah!!

Jika orang Melayu benar-benar warisan pejuang yang mewadahkan Kemerdekaan untuk diperjuangkan demi untuk membela nasib rakyat yang terjajah selama 500 tahun ini, tidak ada tempoh lagi…Mei 2000 itu lah masa dan ketika untuk menentukannya.

Orang Melaka Masih Ingat?

Rungkai sedikit peristiwa kejatuhan Melaka tua. Bukan Portugis yang perkasa. “Konspirasi” lah yang memberi laluan maka Raja Mandeliar dan Si Kitul dapat memusnahkan peradaban orang Melayu di zaman gemilang itu. Orang Melayu lemah kerana termakan nikmat “Emas Sebahara”!! Kesilapan orang Melayu paling memalukan!!

Bukan diceritakan oleh sasterawan rakyat Tun Seri Lanang kerana sengaja suka-suka membuka pekung “kebodohan” orang Melayu zaman Melaka. Bukan..!! Beliau mahu supaya orang Melayu dibelakang hari supaya beringat-ingat bahawa orang Melayu adalah umat yang mudah terpengaruh dengan “Emas Se bahara”. Dengan bujukan manis-madu, dengan tipu muslihat yang licik memperdaya – pemimpin orang Melayu semudah itu akan hilang pegangan kebangsaan, ugama dan jiwa. Itu saja!!

Bendahara Seri Maharaja, dalam keaadan berwuduk untuk mengerjakan Solat Maghrib telah ditikam dan seluruh keluarga dibunuh. Itulah bahana FITNAH dan persekongkolan pemimpin yang hanya mengenal pangkat, darjat dan kekayaan semata-mata; mempercayai Fitnah dan Pembohongan tanpa usul pereksa. DAN, atas segala-galanya, mereka melupakan ugama Allah swt.

Itulah titik permulaan yang menyebabkan orang Melayu terjajah hingga 500 tahun kemudian. Hari ini “Mandeliar dan Kitul-kitul”nya sedang merancang memusnah Kemerdekaan kita.

Melampaui Wawasan 2020

Tidak ada siapa yang boleh memaksa orang Melayu taksub dengan Wawasan 2020. Kununnya, dengan Wawasan itu orang Melayu harus melupakan kedaulatan bangsa dan tanahair, kemerdekaan dan ugama. Nampaknya orang Melayu diwajarkan oleh mereka yang mengaku pemimpin, kununnya orang Melayu mesti menukar budaya, melupuskan hak dan memilih untuk mensekularkan ugama.

Sebenarnya, orang Melayu secara total sudah lebih dulu telah berwawasan dari Mahathir dengan “Wawasan 2020”nya. Jika orang Melayu tidak berwawasan untuk menegakkan bangsa, tanahair dan ugamanya; mustahil panglima-panglima Melayu di zaman lampau terus-menerus menggugat Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun yang menjajah mereka.

Waktu itu, (saya berani bertaruh potong telinga – peribahasa Melayu): Mereka tidak kenal siapa Mahathir, Abdullah Bedawi atau Daim Zainuddin. Mereka hanya berjuang kerana kenal orang Melayu (sebagai bangsa), Melaka/Malaya (sebagai negara) dan Islam (sebagai Ugama). Mereka mahu mengembalikan Kemerdekaan mereka. Dengan itu mereka akan berkongsi kuasa dengan rakyat untuk lebih maju dan bebas bertindak.

Itulah dia wawasan orang Melayu, waima menganggotai UMNO “Asal”, PAS atau apa jua parti politik yang ada. Mereka memilih pemimpin, dan bukan Pemimpin “memaksa” mereka memilih mereka (pemimpin itu). Jika itu berlaku, bermakna kita kembali ke zaman FEUDAL yang sudah dulupuskan 500 tahun dulu!! Orang Melayu kembali sebagai bangsa yang dayus dan hina. Mereka dijajah oleh segelintir bangsa sendiri yang korap dan tidak ada jiwa bangsa.

Jika Mahathir “Anak Jantan”

Kita wajar melihat allahyarham Tunku. Beliau akur dengan aturan dan piagam rakyat. Beliau sanggup menekan hati yang keciwa kerana bagi YM Tunku – RAKYAT adalah segala-galanya. Walaupun beliau “Bapak” dalam usaha mengambalikan Kemerdekaan Tanahair (setelah 500 tahun dijajah), beliau hidup dan mati dalam kesederhanaan sebagai seorang manusia biasa. Beliau puas melakukan satu tugas yang mulia. Apa sudah jadi dengan pemimpin “puaka” sekarang?

Jika Mahathir ‘anak jantan’ yang dikandung dalam rahim ibunya, hasil benih persetubuhan halal ayahnya – Mahathir wajib cuba beradu di gelanggang seperti seperti seorang bergelar “Panglima”. Anak Melayu pantang dicabar, 1000 tahun akan berjuang demi menegakkan kebenaran!! Bukan seperti “pengecut” hanya bercakap dibalik tabir pelindung!! Mungkin kerana “budaya’ keturunan Mahathir berbeda jauh dari budaya asasi orang Melayu yang sudah bertapak ribuan tahun dibumi ini!!

Mahathir kena ingat, Dataran Merdeka ada di mana-mana!! Orang Melayu tidak ketandusan pemimpin dan pejuang bangsa sejak kaki orang Melayu memijak bumi bertuah ini. Orang Melayu bersedia menghadapi segala kemungkinan. Kerana, ini sajalah tanahair tempat lahir dan mati mereka. Mereka mahu hidup sampai kiamat di bumi ini.

Bagi orang Melayu, jangan keterlaluan mempersenda maruah bangsa dan ugama mereka!! Jangan pura-pura seandainya cuba “mencucur airmata” pula. Orang Melayu belum hilang kesidiqan mereka. Kesabaran orang Melayu juga ada lurah-sempadannya!!

Malangnya, hari ini Mahathir cuba berkhayal seperti Maharaja yang memerentah Perancis, Austro-Hungarian Empire, Dinasti Cina, Caucescue, Shah Iran, dll – lengkap dengan sebuah Mahligai dengan kepala paip dan tangkai jamban bersalut emas, perak dan suasa!! Sementara, itu semua dibina atas “titah-perentah” beliau dengan mencagarkan ‘air mata’ rakyat yang berlinang di kelopak mata!!

Alangkah aibnya orang Melayu, beliau sekeluarga bermain “kuda” di Argentina, berkelah di Carribean, berdansa dengan suku-sakatnya di kem perjudian teristimewa di Genting, terbang ke sana sini dengan kenderaan bagai ‘buraq’, bercakap mengkeji rakyat dan ugama selancang mulut busuknya diseluruh dunia, mengaibkan rakyat yang belum tentu dosanya, mengancam nyawa rakyat dengan kekuatan para al-gojo upahannya, dan 1001 macam laknat dan maksiat lagi…..”Apakah ini dia pemimpin yang berWAWASAN”?

Seharusnya Mahathir dan kuncu-kuncunya wajib berterima kasih kerana orang Melayu telah memberi ruang untuk beliau melantik diri menjadi “maharaja”. Kalau dikirakan belum cukup, sudah berbilion harta rakyat yang dikaut oleh suku sakatnya. Kalau dikira belum panjang tempoh, hampir suku abad beraja di hati dan bersultan di mata. Apakah Mahathir mahu bermaharajalela sepanjang hayat pula? (memang Iblis telah merasuk lubuk hatinya).

Orang Melayu harus ingat, bahawa “Wawasan UTAMA” orang Melayu yang afdhal dalam tempoh terdekat ini ialah membuang kuping-kiping ‘najis’ yang sedang melekat kering-kontang dipunggung orang Melayu dan bertempek-tempek dimuka – menjijikkan dunia memandang. Kelompok pemimpin seperti yang sebegitu hanya sedikit cuma, tetapi jelas sudah cukup memberi malapetaka untuk dikikis kesannya 1000 tahu lagi.

Mungkinkah Mei 2000 ini mampu menentukan semua? ATAU, masih menunggu 2004 juga? Sesungguhnya, 20 juta Rakyat sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan yang menggalang mata!!

Amin Sapiro
(Ahli UMNO Atas Pargar Berduri,
zuriat Melayu-Bugis Nusantara)



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com