Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

DENDAM UMNO/BN MENINGKATKAN KEWIBAWAAN PAS DAN BARISAN ALTERNATIF

Sudah 3 bulan Barisan Nasional yang didukung oleh UMNO sebagai parti tunjang menerajui Kerajaan. Namun, rakyat masih tertunggu-tunggu apakah sebenarnya makna kemenangan UMNO/BN untuk rakyat. Makin tidak nampak, malah makin sukar dilihat apakah hala tuju pemimpin yang menduduki Kabinet pilihan Mahathir Mohammad sekarang.

UMNO/BN Tidak Berterima Kasih

Walaupun masih ada sekelumit saki-baki sokongan orang Melayu yang masih mahu memberi ruang supaya UMNO cuba membaiki diri dalam tempoh terdekat, sebagai sebuah parti UMNO/BN seharusnya bersyukur. Malangnya, apa yang lebih ketara nampak oleh Rakyat banyak kini hanyalah kegelisahan pemimpin UMNO. Mereka kian ketara mecari sebab untuk mengugut, bertindak kasar dan ganas, berperang dengan Pembangkang. Walhal, Pembangkang makin jelas telah mendapat sokongan rakyat.

Rakyat makin bosan dan tidak merestui tindakan mereka. Kedudukan UMNO/BN makin tersepit dan tersingkir. Hingga, pemimpin UMNO/BN sendiri sudah mulai bosan dan resah. Makin nampak UMNO/BN tidak berterima kasih kepada rakyat yang memberi mereka ruang untuk bernafas.

UMNO Makin Parah

Sebaliknya, makin itu pemimpin UMNO makin menunjukkan sikap arogan, biadab, tidak peka dengan petunjuk dari orang Melayu. Sebaliknya, sikap pemimpin UMNO sendiri sangat pendendam. Mereka cuba mencari helah-dalih dengan melakukan pelbagai tindakan yang tidak diterima akal rasional. Ini membuatkan imej UMNO dan BN makin parah dan terpuruk.

Kejatuhan UMNO adalah sebegitu teruk dalam pilihanraya ke-10 dulu. Ini amat nyata. Itu adalah fakta benar yang seharusnya diambil iktibar yang sangat bernilai kepada UMNO; dijadi pengajaran bahawa mereka yang telah dikecundangkan oleh orang Melayu amnya, dan penyokong UMNO/BN khususnya. Mereka wajar menukar cara dan harus mencari jalan yang lebih selesa, sesuai dengan minda mayakarat yang kian berpendidikan untuk meraih sokongan rakyat. Malangnya, tidak nampak – malah sebaliknya.

Rakyat mengharapkan pemimpin UMNO akan merobah sikap terhadap diri sendiri (UMNO) dan mengambil pelbagai iktibar dan tindakan yang positif untuk membaiki diri sendiri dan kelompok Barisan Nasional (MCA, GERAKAN, MIC). Itu pun tidak nampak.

Sebaliknya diperhatikan, pemimpin UMNO yang menerajui Kerajaan makin nampak bersikap tidak tentu arah, kelamkabut dengan resah-gelisah dan menggelabah. Mereka makin tidak arif menentukan apa yang wajar dan yang tidak untuk dilakukan bagi mengimbau hati rakyat supaya memihak kepada parti mereka yang makin kecundang itu.

Antara tindakan mereka yang terawal bukan bertujuan membetulkan hubungan parti itu dengan rakyat, sebaliknya makin memusuhi dan mengancam-ugut rakyat – khususnya orang Melayu dan parti Pembangkang (khususnya PAS).

Kehilangan Sifat DEMOKRATIK

Rakyat makin nampak, tindakan UMNO dalam isu pengharaman akhbar HARAKAH, lidah resmi PAS, itu adalah satu tanda-tunjuk yang diumpamakan sebagai sikap membabi-buta yang samasekali tidak sesuai dan berkesan terhadap kewibaan sebuah Kerajaan yang kununnya telah menang dengan majoriti 2/3 di Parlimen.

Bagi PAS, tindakan itu tidak menjejaskan kewibawaan Parti itu dan Barisannya sejauh yang diharapkan oleh UMNO/BN. Tetapi implikasi dari tindakan itu menunjukkan kepada rakyat umum dan dunia bahawa Kerajaan UMNO/BN adalah dalam keadaan panik, melemah (weakening), mulai kehilangan pengaruh, tidak bersifat terbuka dan cuba mengongkong minda dan fikiran rakyat.

Atas dari segala-galanya, implikasi dari tindakan mereka itu; imej yang terpapar dan yang paling buruk dan menjijikkan sekali ialah Kerajaan UMNO dan sekongkolnya dalam Barisan Nasional makin kehilangan sifat Demokratik sealiran dengan tuntutan arus permodenan budaya rakyat dan masyarakat dunia. Kerajaan UMNO/BN makin bertindak zalim dan diktator.

Sikap Kerajaan UMNO/BN makin ketara kepada dunia bahawa pemimpin UMNO yang ditunjuk-arah oleh Dr. Mahathir makin kehilangan daya berfikir secara rasional, tidak peka membaca kemajuan peradaban dunia dan sukar mendapat sokongan rakyat secara redha. Ini memberi padah yang amat buruk kepada masa depan UMNO/BN, negara dan rakyat amnya.

Mahathir dan Kelompoknya Tersingkir

Penelitian rakyat umum, khususnya pemimpin UMNO sendiri, memberi bayangan kepada UMNO bahawa Dr. Mahathir telah tersingkir dan disingkirkan. Ribuan mesyuarat Cawangan UMNO diseluruh negara tidak dihadiri oleh quorum yang cukup (hingga cuma 10 orang dari jumlah 200-300 ahli); walaupun berulangkali dipanggil. Dibeberapa tempat dilaporkan berlaku beberapa kes pergaduhan dan ugut-mengugut hingga pihak polis terpaksa menyurai dan mengarahkan sesi mesyuarat dibatalkan.

Diperingkat Bahagian, dilaporkan beberapa resolusi diputuskan untuk menentang keputusan arahan “tidak mempertandingkan 2 jawatan” oleh MKT. Tidak lagi menjadi rahsia bahawa perwakilan UMNO telah bercadang untuk menyokong beberapa orang calun untuk menentang beberapa orang tertentu dalam MKT sekarang; termasuk Dr. Mahathir dan Abdullah Bedawi selain dari beberapa calun tertentu.

Dr. Mahathir dan Abdullah Bedawi sendiri telah mendengar berbagai kata-kata kesat dan pendapat pemimpin Bahagian yang menyalahkan sikap pucuk pimpinan UMNO yang menyebabkan UMNO terlongkop teruk dan dibencii rakyat. Dr. Mahathir wajar berfikir dua kali tentangan yang dilahirkan oleh beberapa pemimpin UMNO dalam perjumpaan-perjumpaan tertutop dengan pemimpin itu.

Beberapa vetren UMNO yang berpengaruh telah menunjukkan tanda-tanda kebimbangan yang sangat meresahkan; bahawa adalah diakui kepimpinan UMNO/BN sekarang telah terpesong jauh dari prinsip perjuangan UMNO yang asas. Ini bersebab dari sikap pemimpin yang ada sekarang yang makin tidak menghayati arus perkembangan minda dan tuntutan rakyat moden. Dengan itu, UMNO khususnya dan BN amnya, tidak lagi mendapat sokongan dan penghayatan rakyat, khusus dari kalangan pengundi-pengundi muda yang berpendidikan.

Tidak Akan Lama Bertahan

Keadaan diatas mengggambarkan senario sebenar diperingkat luar MKT sebagai sebahagian dari bokti jelas dan keras, bahawa: jika corak pentadbiran Kerajaan UMNO/BN yang makin cenderung kepada sifat otokratik, vendetta, adu-domba dan mencekik rakyat, terus-menerus melaksalanakan dasar yang tidak mengendahkan kepentingan rakyat, sentiasa mencerminkan sikap menafikan KEADILAN dengan meneruskan agenda ZALIM, menonjolkan imej rakus berbau RASUAH dan menghalalkannya (kesemua itu memang terbokti diamalkan terus-menerus) – sudah jelas tanda-tanda Kerajaan UMNO/BN tidak akan lama bertahan.

Kenyataan akhbar Presiden MCA Dr Ling Liong Sik yang menuduh PAS kununnya cuba mendekati dan berbaik-baik dengan masyarakat Cina atas kepentingan politik itu; sekaligus dakwaan Leong Sik telah ditolak oleh masyarakat Cina sendiri. Walaupun penolakan itu dibuat secara senyap-senyap, tetapi kesan api dalam sekam itu memang sikap kaum Cina dalam politik yang boleh membunuh MCA.

Kaum Cina sendiri, seperti masyarkat India kepada MIC dan orang Melayu terhadap UMNO; masing-masing sudah nampak bahawa persekongkolan para pemimpin komponen BN (UMNO-MCA-MIC & GERAKAN keseluruhannya) sedang berhadapan dengan delima ketandusan sokongan dari kaum-kaum itu. Ini adalah berpunca dari kebusukan pakatan pemimpin kompenen BN yang telah terlibat dengan pelbagai gejala Kronisma, Nepotisma dan Rasuah yang menjadi-jadi. Mereka sekongkol menghalalkan perbuatan anti-sosial itu.

Kaum Lain Sudah Peka

Apa yang sebenarnya berlaku (malangnya tidak dibaca oleh pemimpin terbabit) ialah: Masyakarat Cina sudah nampak semakin peka dan sangat perihatin bahawa tindakan persafahaman PAS dan BA (khususnya dengan DAP) memberi petanda baik yang sangat bermanfaat dalam konteks menyampaikan keinginan dan tuntutan semua rakyat di negara ini yang mahukan sebuah Kerajaan yang TELUS, BERSIH, AMANAH dan tidak BERMASALAH.

Masyarakat Cina dan India tidak mahu (malah sudah bosan) dengan sikap Kerajaan BN yang sewenang-wenangnya menggunakan KUASA bagi meghalalkan para pemimpin mereka merancang pelbagai Dasar yang akhirnya berkesudahan HANYA semata-mata untuk memuaskan kerakusan membolot kekayaan negara untuk diri dan keluarga sendiri dan Kroni/proksi mereka.

Masyarakat Cina tahu anak Ling Leong Sik adalah billionaire “segera”, dan Samy Vellu adalah sama korap dan rasuah dengan Dr. Mahathir dan Daim.

Hampir kesemua pemimpin Kerajaan BN terlibat dengan pelbagai rasuah dengan perantaraan Kroni/Proksi hingga menyebabkan ekonomi, kesejahteraan dan kehidupan masing-masing kaum diperingkat bawahan terhimpit dan tertindas melalui Dasar dan perlaksanaan Dasar yang menindas rakyat (e. Peswastaan, pembinaan Projek Mega, dll).

Rakyat makin hairan mengapa dalam keadaan ekonomi baru bertunas (kununnya), Kerajaan masih melaksanakan “bail-out” kepada Indah-Water yang tidak bermanfaat kepada Rakyat (kecuali poket kroni seperti Vincent Tan, dan sekutunya dikalangan pemimpin UMNO/BN). Ini adalah pertambahan dari beberapa “bail-out” keatas projek dan korporat berkait rapat dengan kroni pemimpin UMNO/BN yang telah dilakukan dulu (yang lebih dari cukup untuk membebankan rakyat). Rakyat makin bosan dan rasa terpedaya oleh Kerajaan UMNO/BN!!

Rakyat makin sedar bahawa kesemua “bail-outs” itu adalah satu cara mengaut untung “segera” dalam jumlah billion ringgit; kemudiannya menyerahkan projek terbabit untuk ditanggung rakyat dalam jangka puluhan tahun akan datang. Ini ada sikap merompak di siang hari pemimpin UMNO/BN.

Semua Kaum Terkilan-ghalat

Rakyat bukan-Islam dan bukan-Melayu merasa sesuatu yang paling malang selama ini, kerana PAS tidak mempunyai rakan-kongsi politik yang bersepadu untuk memahami Dasar dan Perlaksanaan Dasar Islam yang diutarakan oleh PAS selama 30 tahun ini.

Tetapi, dengan pembentukan BARISAN ALTERNATIF dengan gabungan parti-parti KeADILan, DAP dan PRM – melalui penerangan yang meluas dan cara kesepaduan muafakat antara mereka yang sangat terserlah dan positif; pandangan dan keadaan yang wujud telah memberi semua kaum di negara ini satu keyakinan dan optimisma yang amat tinggi terhadap Barisan baru itu.

Apa yang berlaku didalam pentadbiran Kerajaan BA/PAS di Kelantan dan Terengganu hari ini sangat-sangat menyakinkan semua kaum bahawa Barisan Alternatif dan pentadbiran Kerajaan PAS adalah sebuah Barisan politik rakyat yang baru yang memihak kepada rakyat dan bukan untuk pentingan pemimpin.

Rakyat makin nampak bahawa Barisan ini telah menunjukkan satu tahap potensi dan kemampuan sebuah kerajaan pilihan atau alternatif. Bentuk dan sikap Kerajaan baru itu benar-benar mempunyai daya dan potensi yang tinggi dalam usaha menyelesaikan masalah dan rungutan rakyat semua kaum. Mereka tidak keciwa memilih dan menyokong.

Barisan Alternatif dan Isu Belanjawan

Sekaligus, sikap dan pengendalian Dasar PAS telah memberi rakyat keyakinan dan kepuasan – berbanding dengan 1001 masalah kecurangan dan sikap “tidak beramanah” yang makin berterusan sebagai lanjutan dan kesinambungan watak dan karekteristik kepimpinan UMNO/BN selama bertahun dibawah pentadbiran Dr. Mahathir dan sekongkolnya.

Ini makin menjolok mata jika diperinci, samada di peringkat pentadbiran Negeri mahupun di peringkat Kerajaan Pusat.

Contoh yang terbaru ialah: Masyarakat semua kaum amat keciwa dengan Belanjawan 2000 yang dibentangkan. Tidak ada apa-apa yang baru yang menguntungkan rakyat berpendapatan rendah dan golongan pertanian, nelayan, peneroka, buruh dan pekerja berpendapatan rendah (samada didalam Kerajaan mau swasta).

Belanjawan itu tidak menyelesaikan masalah rakyat secara menyeluruh dan samsekali tidak berkesan dalam menangani isu-isu besar melibatkan rakyat. Sebaliknya, Belanjawan itu hanya satu kosmetik yang paling mengelirukan selain dari menujukkkan bahawa Kerajaan UMNO/BN tidak menghargai amanah TERKHIR seperti petanda yang diberi oleh rakyat kepada UMNO/BN dalam pilihanraya ke-10 dulu.

Dato' Haji Fadzil Mohd. Nor sebagai Ketua Pembangkang dan beberapa orang wakil BA di Parlimen telah diketahui rakyat bagaimana kertas bentangan mereka di Parlimen telah memeranjatkan wakil-wakil dan pemimin Kerajaan BN di Parlimen.

Hujah bernas yang termuat dengan fakta-fakta benar dan sukar dipertikaikan, soalan-soalan yang mencakup rungutan rakyat selama ini; telah memberi keyakinan bahawa kepada pemimpin BA, rungutan rakyat “means business”!! Kesejateraan Rakyat adalah perjuangan mereka!!

Sekap memihak kepada rakyat itu jugalah yang menyebabkan Dato' Haji Fadzil Mohd. Nor berkemungkinan besar dihadapkan kepada J/Kuasa Khas Parlimen kerana membantah kenyataan adu-domba paling kotor dan busuk PM UMNO Mahathir Mohammad yang sengaja membuta-tuli dengan ego memuncak menyalahtafsir dan memutarbelitkan perundangan Islam dengan membusukkan perundangan Islam berkenaan dalam isu “Kudung kaki tangan”. Itu adalah “cermin gila” Presiden UMNO yang bakal meruntuhkan Kerajaan UMNO/BN.

Isu-isu Penswastaan yang menguntungkan poket dan tembolok pemimpin UMNO/BN, masalah ekonomi dan sosial yang makin merumitkan rakyat, hala-tuju Dasar dan pengendalian Dasar Pendidikan adalah antara isu yang dikemukan oleh wakil Parlimen BA yang telah menggegarkan kedudukan Kerajaan UMNO/BN setelah jaguh-jaguh BA mengambil tempat di Parlimen mewakili rakyat semua kaum.

Makin nampak sekarang, Rakyat hanya menunggu tahun 2004 untuk menentukan kemana UMNO/BN dan pemimpin yang rasuah, zalim dan menyeleweng wajar dihumbankan!!

Selamat Berjuang! ALLAHU AKBAR!!

Amin Sapiro
(Ahli UMNO Atas Pagar Berduri,
zuriat Melayu-Bugis Nusantara)



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com