Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

SINGKIRKAN MAHATHIR – JIKA UMNO ENGGAN, ORANG MELAYU SUDAH BERSEDIA!!

JIKA Parti Pembangkang menuduh Dr. Mahathir bersikap Diktator, mungkin kita tidak berapa hairan. Maklumlah, dalam dunia politik, macam-macam karekter orang ada dalamnya. Tetapi pasti kita tersentak jika pemimpin UMNO sendiri sudah mula berbincang sesama sendiri dan membuat rumusan bahawa Dr. Mahathir Mohammad sudah lebih dari seorang DIKTATOR!!

Sebagai seorang yang sangat prihatin dengan arus perkembangan UMNO menghadapi Perhimpunan Mei 2000 ini, saya kira bernasib baik kerana masih dapat menyambung silaturrahim dengan beberapa kawan-kawan yang berada dalam UMNO disemua peringkat. Mungkin itulah kelebihan kalau duduk atas pagar, walaupun bagai duduk atas duri.

Makin nampak bahawa orang Melayu dalam UMNO sudah mulai insaf dan yakin diri. Mereka sudah mulai tahu dan sedar bahawa “Kekuasaan dan kekuatan seseorang ketua adalah tertakluk kepada pengiktirafan rakyat dan pemimpim babawahan. Mereka tidak mammpu tegak dengan sendiri. Sebenanya kuasaan dan kekuatan seorang Ketua itu akan lumpuh dan hakis jika rakyat bersatu meragutnya”. Itu adalah inti falsafah ‘power and authority’.

Kenyataan Ku Li

Dalam satu mesyuarat tertutup, kami sempat berbincang mengenai kenyataan akhbar Ku Li baru-baru ini. Ada beberapa orang di Bahagian kami mentafsirkan bahawa Ki LI tidak menyatakan pendirian dengan jelas. Kerana itu, kununnya beliau telah menimbulkan keraguan dikalangan mereka, khususnya mereka yang akan memutuskan menyokong pencalunan beliau.

Seorang dari kami berkata, bahawa: kenyataan Ku Li itu adalah ‘jelas, tepat, berhemah dan paling cantik’. Tidak ada sifat menonjolkan diri berbanding dengan keangkuhan dan ego yang ditunjukkan oleh Dr. Mahathir yang dengan sendiri “memaksa” Bahagian-bahagian, para perwakilan dan MKT supaya memperakukan beliau dan Abdullah Bedawi dikekalkan jawatan terbabit TANPA bertanding. Saranan Mahathir adalah terlalu dangkal, biadap dan tidak langsung mencermin keperibadian orang dan tradisi UMNO sejak zaman berzaman. Mungkin kerana UMNO “BARU”, maka Mahathir menyangka itu adalah haknya?

Sikap Dr. Mahathir itu amat jelas menunjukkan bahawa beliau telah mentafsirkan terlalu tinggi dan “indispensable”. Seolah-olah HANYA dirinya saja yang layak pemimpin UMNO. Jika begitu, apakah peranan pihak lain – samada pemimpin atau ahli? Soalan ini telah diulang-ulang. Tetapi tidak ada sebarang jawapan yang tidak mendapat tentangan dan hujah.

Jika Mahathir memikirkan diri begitu hebat, tidakkah elok dan sesuai pemimpin dan ahli meninggalkan UMNO dan membiarkan UMNO cuma dianggotai oleh se kelompok “general dan leutenan” tanpa soldadu menghadapi perang yang makin sengit dalam tahun 2004 ini. Kalau UMNO terpuruk hancur-lebur kelak, itu adalah akibah “general dan leutenan” yang TIDAK mengikut etika berorganisasi!! Mereka sudah bosan dengan helah Mahathir dan kuncunya.

Ku Li Bertanggungjawab

Kenyataan Ku Li itu sangat berhemah dan tidak memaksa sesiapa untuk mencalunkan beliau. Itu adalah satu kealinan. Kenyataan beliau bahawa beliau tidak akan lari dari tanggungjawap sekiranya ahli-ahli menghendaki beliau memikulkan tanggung jawab itu, adalah satu petanda kekuatan beliau personaliti belaiu sebagai pejuang. Kenyataan itu adalah satu bayangan sikap pendirian seorang ketua yang berhemah, terbuka, rendah diri dan menghormati hak pemilih.

Kenyataan beliau itu adalah TERANG; tetapi cuma bagi tafsiran mereka yang berakal – bukan seperti kepala Hishamuddin Hussein yang sedikit “bengap” dan “bebal hati” hingga meminta Ku Li supaya menyatakan jawatan mana yang beliau mahu diri beliau dicalunkan.

Seharusnya, Hishamuddin menggunakan “kepala hotak” dan kebijaksanaan yang masih tersisa dalam benak beliau sepertimana ahli-ahli UMNO yang seharus sidiq dalam memahami kata-kata ‘bayangan’. Beliau harus peka bahawa Ku Li pernah hampir mengalahkan Dr. Mahathir pada tahun 1987 (Mahathir menang kerana tipu helah). Mustahil Ku Li harus berentap dengan Abdullah Bedawi yang tidak lebih bertaraf “anak-anak baru belajar sifir” dalam politik. Ku Li tidak akan menjatuhkan maruah diri dan mengkecundangkan harapan ahli UMNO dan pemimpin Pertengahan sudah kental menyokong beliau.

Ku Li Untuk Calun Presiden

Kenyataan Ku Li harus ditafsir bahawa jawatan Presiden yang disandang Mahathir itu adalah tandingan Ku Li yang paling sesuai dan bukan yang lain. Seorang yang berpengalaman luas dan bersikap Demokratik dan bijak ‘mengimbas’ seperti Ku Li TIDAK akan bersikap seperti Mahathir yang sanggup menjatuhkan maruah diri sendiri dengan memaksa rakyat menerima beliau (walaupun sudah lama ditolak).

Ku Li sudah nampak bahawa sikap “memaksa” dalam diri Mahathir itulah yang menyebabkan UMNO disingkirkan rakyat dan penyokong dalam P/raya ke-10 dulu. Kerana “Mahathir tidak Demokratik” dan tidak punya “maruah seorang pemimpin” itulah yang menyebabkan timbul pelbagai kezaliman, rasuah dan 1001 macam penyelewengan yang berlaku dalam UMNO dan Kerajaan sekarang. Semua kebusukan itu dihalalkan oleh Mahathir dan kuncu-kuncu tanpa diheret ke muka pengadilan rakyat.

Kes Rafidah yang setelah hampir 7 tahun menjadi tandatanya, baharulah sekarang diistiharkan “tidak ada kes”. Tidakkah itu semacam “Tayangan Emas Wayang Tamil petang Sabtu” yang dikelolakan oleh petadbiran Mahathir yang menyumbang kepada prose “penjahanaman” UMNO?

Ku Li, sebagai seorang pemimpin yang berpengalaman luas dan sedia menerima fikiran ramai, mahu mengembalikan DEMOKRASI sebagai elemen TERPENTING yang sudah luntur dan terhapus sejak Mahathir menerajui UMNO.

Dengan itu, Ku Li telah memberi ruang harapan kepada pemimpin UMNO untuk memilih samada BERANI untuk membuat perubahan atau sebaliknya. Jika rakyat berani merobah kerajaan (seperti dalam P/raya Ke-10), mengapa pemimpin UMNO sendiri tidak?

Pengalaman terakhir beliau di Kelantan dalam P/raya Ke-10 bahawa UMNO sudah MATI di Kelantan. Itu bukan persoalan beliau, itu adalah siri masalah yang wajib dijawab sendiri oleh perwakilan yang akan memilih dalam Perhimpunan kelak. Tetapi ia wajar bermula dari proses pencalunan sekarang!

Ku Li harus ditafsir seakan-akan menjelaskan bahawa sekiranya pemimpin UMNO di perengkat Bahagian bersetuju Mahathir mengiktiraf dirinya bahawa UMNO BARU adalah UMNO ciptaannya dan orang Melayu dalam UMNO tidak lebih dari hanya ALAT untuk meletakkan diri beliau (Mahathir) sebagai orang paling berkuasa dalam UMNO/BN dan Kerajaan; maka itu adalah hak ahli menentukan samada BERSETUJU atau TIDAK.

Tetapi beliau (Ku Li) TIDAK AKAN menolak sekiranya beliau dicalunkan menentang Mahathir (sebagai saluran menafikan tanggapan Mahathir keatas dirinya sendiri yang tidak diperakukan oleh ahli-ahli UMNO); bermakna UMNO sudah mengorak langkah yang terpuji. Bagi beliau (Ku Li), itu adalah suatu tanggungjawab jika beliau dikehendaki berdiri mewakili suara ahli dan menentang Mahathir pada Mei 2000 ini.

Bahagian Tanah Merah MAHU!

Jika masih ada mana Bahgain yang teragak-agak menentukan pendirian, Bahagian Tanah Merah telah membuat tafsiran dan pemilihan yang tepat dan tegas. Bahagian itu adalah pencalun PERTAMA yang mencadangkan Ku Li sebagai calun Presiden. Bagi mereka, tidak ada apa yang ditakutkan kerana dari segi prinsip, UMNO adalah DEMOKRATIK. Seharusnya tidak ada sebarang keraguan yang menyalahi peraturan jika mana-mana Bahagian membuat cadangan terbuka.

Mereka jelas berpegang kepada prinsip, ‘Yang busuk wajib dibuang supaya tidak merosakkan yang baik’. Bagi mereka, seseorang Ketua adalah tegak atas sokongan. Jika ketua tidak mendapat sokongan suara majoriti rakyat, maka pemimpin Pertengahan harus bertanggungjawab menyuarakan suara rakyat. Soal menyembunyikan kenyataan adalah menzalimi semua pihak – rakyat, bangsa, ketua, parti dan diri sendiri.

Diberitakan, di mesyuarat tersebut terdapat bantahan kers supaya tidak ‘mengKakak-Tuakan’ sahaja nasihat MKT supaya mengekalkan pencalonan Dr. Mahathir Mohamad dan Abdullah Ahmad Badawi bagi jawatan tersebut. Pemimpin UMNO Pertengahan harus menilai diri dan kekuatan sendiri.

Diberitakan (MalaysiaKini), sdr. Luqman Ghani, setiausaha sulit Ku Li sebagai berkata, "Tidak semestinya yang dicalonkan akan menang, dan ahli Umno tidak perlu bimbang pertandingan ini akan menggugat kestabilan parti".

Asas pendirian itu amat rasional. Mereka telah menjangka, kemungkinkannya adalah besar 10 daripada 14 perwakilan Kelantan akan memberikan sokongan kepada Ku Li. Pemerhati politik menjangkakan yang sama. Itu adalah bayangan kesedaran baru yang sudah wujud.

Keputusan P/raya Ke-10 memboktikan bahawa kejatuhan UMNO (sejumlah 22 kerusi Parlimen berbanding 1995) adalah satu petanda bahawa UMNO sudah ditolak. Pemantauan menunjukkan bahawa penolakan rakyat terhadap UMNO bersebab dari Mahathir tidak lagi diterima oleh orang Melayu. UMNO hanya mengharap sokongan kaum bukan Melayum (sila baca pandangan TS Musa Hitam dalam kenyataan di Johor).

Bermakna, jika Mahathir masih sebagai seorang pemimpin UMNO, jelaslah bahawa Mahathir adalah mendedahkan kepentingan orang Melayu kepada arus bahaya yang berpanjangan. Mahathir tidak wajar dijadikan pemimpin Melayu lagi.

Bahagian Tanah Merah tidak merasa terancam, akan diugut atau dituduh sebagai pemecah Perpaduan UMNO dengan membuat cadangan mempertanding semua (ulang: SEMUA) jawatan dalam MKT. Perlembagaan UMNO adalah jelas dan diterima oleh semua pihak termasuk Mahathir dan Abdullah Bedawi.

Rata-rata orang tahu bahawa keputusan MKT itu bersebab dari kesilapan pemilihan MKT terdahulu kerana TERSALAH pilih beberapa orang dari spesis kecut “buah sentul” untuk menduduki MKT. Kerana itu, mereka telah melakukan dosa besar hingga MKT dan Mahathir telah memecah amanah untuk berlaku adil kepada 2.4 juta ahli (jika benar masih sejumlah itu).

Perlucutan DS Anwar secara paling TIDAK BERETIKA dalam sejarah orang Melayu (selepas Laksamana Tun Tuah di fitnah oleh JEMBALANG berkonspirasi) dan siri perbicaraan yang “karut-marut” keatas beliau telah mnemberi petanda bahawa Mahathir adalah PEMECAH Umno TERULUNG dan paling mengaibkan bangsa Melayu.

Sekiranya pemimpin UMNO mahu satu KEADILAN ditegakkan dalam UMNO dan masyarakat orang Melayu, tidak ada jalan lain selain dari “mengganti” Mahathir pada bulan Mei ini. Jika mengharapkan Mahathir akan undur secara rela adalah ibarat ‘mengharap kucung bertanduk’. Beliau wajar disingkirkan secara paksa demi keselamatan Melayu.

UMNO Bahagian Tanah Merah tidak mengharapkan apa-apa kepentingan dengan mecalunkan Ku Li atau Mahathir. Mereka mahu bersikap amanah kepada rakyat. Mereka mahu menyelamatkan UMNO – jauh sekali dari memecah.

Mereka tahu bahawa kelumpuhan UMNO sekarang (hingga tidak cukup quorum di peringkat Cawangan) semata-mata kerana rakyat sudah bosan dengan UMNO dan karenah Mahathir dan pemimpin sekongkol yang tidak mahu membuat perobahan apabila ada ruang untuk berbuat begitu. Padahal orang Melayu sebagai rakyat sudah berani dan memboktikan dlam p/raya ke-10 dulu. Paling kurang, Mei 2000 akan menampal pekong busuk UMNO itu.

“Kelumpuhan UMNO” – Tanggungjawab Utama

Senario “Lumpuh-Nazak” yang dialami UMNO sekarang, jika dibiarkan berlanjutan akan menjanji malapetaka paling dahsyat dan memalukan UMNO hingga ke tahun 2004. Jika dalam tempoh 4 tahun ini UMNO tidak merobah diri; maka Allah swt. tidak akan merobah nasib UMNO. Dan perobahan itu mesti dimulakan dari sekarang.

Mereka (UMNO Bahagian Tanah Merah) yakin bahawa sekirnya UMNO berpecah, ia bukan kerana pertandingan. Tun Ghaffar, sebagai Vetren UMNO yang menyelami hati-nurani orang Melayu akar-umbi sudah memberi huraian beliau. Mereka yakin bahawa selama dua tahun kebelakangan ini, UMNO SUDAHPUN berpecah dan remok. Dan perpecahan itu adalah berpunca dari kedegilan dan sikap keras kepala Dr. Mahathir yang TIDAK mahu meletakkan jawatan. Sebaliknya Mahathir meletakkan dirinya melebihi kepentingan parti.

Anggapan Mahathir dan beberapa kuncunya (yang menggantungkan kepentingan diri mengatasi kepentingan parti) telah memberi satu anggapan dan ‘keyakinan palsu’ kepada pemimpin Pertengahan dalam UMNO – seolah-olah Mahathir adalah orang yang dikehendaki oleh rakyat. Padahal itu hanya satu “methos” yang tidak langsung mencerminkan kenyataan dan kebenaran.

Mahathir dan sekongkolnya (termasuk Abdullah Bedawi) sendiri tahu bahawa mereka sedang membohongi semua orang – samada UMNO, Pembangkang, umat dunia termasuk diri mereka yang telah terlalu kerdil.

Apa yang sebenarnya berlaku dan menjadi hakikat benar ialah: “Orang Melayu dan penyokong UMNO sudah pun BEPECAH. Penyokong UMNO bukan berpecah kerana Pertandingan MKT tetapi kebosanan mereka terhadap karenah Mahathir yang amat biadap dan menyusahkan..!!”.

Orang Melayu Yakin-diri?

Keseluruhannya, orang Melayu langung tidak gelisah, jauh sekali dari merasa bimbang dan gundah jika UMNO terkubur. Bagi orang Melayu (sebagai rakyat), jika UMNO tidak boleh berfungsi menegak dan memperjuangkan kepentingan mereka, tidak ada sebab mereka mesti menyokong UMNO lagi. Tidak ada satu alasan dan sebab (walau sebesar zarah sekalipun) yang mendorong mereka sepaya ta’at kepada Dr. Mahathir, Abdullah Bedawi dan kuncu-kuncu dan UMNO. Tidak ada sebab mereka perlu risau.

Bagi mereka, kata-kata bujukan melulu-dangkal kununnya “UMNO adalah parti yang memperjuangkan kepentingan Melayu” terbokti suatu “Pembohongan paling besar” berbau “penjajahan terancang”. Sejak Mahathir berkuasa dalam Parti dan Kerajaan, orang Melayu terpinggir kecuali Kroni beliau. UMNO “Asal” terkubur kerana agenda kerakusan Mahathir.

Pendedahan dalam kes Anwar dalam proses perbicaraan di mahkamah telah membongkar sikap Mahathir sebenar. Mahathir dan pekung Konspirasi beliau dan sekongkolnya menjelaskan bahawa UMNO telah dirosakkan oleh tangan beliau sendiri. Segala kerakusan Mahathir dan mereka yang sekongkol telah diketahui sebagai rancangan yang beragenda sejak 20 tahun dulu. Kini adalah giliran mereka menerima padah.

Jika Rafidah (yang saha terlibat dengan Rasuah paling jijik) semudah itu diistiharkan bersih; bagi ahli UMNO, pemimpin UMNO dalam kerajaan telah sepakat memberi bayangan bahawa Rafidah sedang meluncur ke jurang yang dalam.

Pemimpin UMNO yang mahu menegakan UMNO semula wajar mengambil sikap berani yang jitu. Sekiranya, wang dan ugutan masih mempengaruhi keputusan, bermakna Mahathirlah yang menggunakan “politik wang”. Mereka yang sebenar-benarnya menggunakan “politik wang” dan “peras ugut” hingga memusnahkan parti.

Umumnya, bagi orang Melayu, mereka ada parti Pembangkang Melayu yang lebih kental dalam memperjuangkan nasib orang Melayu berbanding UMNO dibawah Mahathir. Agenda Pembangkang Melayu adalah “Agenda Rakyat”. Jika pemimpin UMNO enggan menumbangkan Mahathir Mei 2000, orang Melayu sendiri akan menumbangkan bukan sahaja UMNO, tetapi BN – sekaligus pada tahun 2004 nanti.

Hematnya keresahan HANYA wujud dalam UMNO, sementara Pembangkang sudah menunjukkan kemapuan yang makin selesa dan cerah. Mungkin Ku Li sudah nampak bahawa Mahathir sendiri sudah menjangka tekanan pemimpin UMNO sudah makin kental menghimpit untuk menyingkirkan beliau dan sekongkolnya. Jika Mahathir membunuh Demokrasi dalam UMNO dan pentadbiran rakyat; makin masa akan memboktikan bahawa Mahathir sendiri akan terbunuh dalam proses itu.

Mungkinkah orang Melayu dalam UMNO sudah sedar dan yakin diri? Boktikanlah!!

Amin Sapiro
(Ahli UMNO Atas Pagar Berduri,
zuriat Melayu-Bugis Nusantara)



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com