Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

KALAU TIDAK SINGKIR MAHATHIR SEKARANG – KALIANLAH SPESIS UMNO TERAKHIR..!!

Tadi malam saya dapat berehat sejenak dengan beberapa orang kawan yang akan bermesyuarat esok siang – Mesyuarat Bahagian (Bahagian UMNO). Katanya, dalam suasana kelamkabut sekarang, pendirian orang Bahagiannya semacam terkeliru dengan keadaan yang mendadak. Kununnya ada arahan berbisik-bisik yang memaksa (ulang: ‘memaksa’ bukan ‘meminta’) memutuskan sokongan terhadap ‘nasihtat’ MKT (maksudnya – isu Tidak mempertandingkan 2 jawatan atasan).

Saya bilang, mudah saja: Kalau itu “nasihat”, jangan anggap itu sebagai “paksaan”. Bagi tafsiran saya, “nasihat” bermaksud ‘open-ended’ – kalau nak mau dengar, kalau nak ikut bergantung kepada pertimbangan sendiri. Kalau suka boleh ikut. Kalau tak suka, boleh tentang.

Bertanya seorang daripada mereka, “Bagaimana kalau “dipaksa” mengikut arahan itu, Wak Amin?”

Saya jawab, “Bagi tafsiran saya, perkataan “memaksa” tidak ada dalam vocab orang-orang progresif. Jika mahu progres, seseorang itu mesti mengenal hak dan tanggungjawap sendiri. Dia mesti menghayati kemahuan alam keliling dan persekitaran. Jika persekitaran menuntut supaya perobahan dilakukan, maka “perobahan” wajib dilakukan. Jika tidak, tunggulah sampai kiamat – akan ditakuk lama saja sampai terkubur badan.” saya kata terang-terang.

Mereka termenung dan kami berpandangan. Tak ada siapa mahu ulas cakap saya. Kerana itu, saya sambung lagi.

Saya kata: “Tujuh puloh tahun, rakyat Russia diinjak kepala mereka oleh burokrasi pengendali komunisma, 60 tahun rakyat Poland, German Timur, Romania, Abania, China – kesemua rakyat negara itu jadi mangsa sebuah ideologi yang bertentangan dengan wadah manusia sejagat yang bersifat “Bebas” dan “Berhak menentukan haluan diri dalam satu kelompok”. Merek dipimpin oleh Dikatator siin berganti. Dari apa yang kita lihat mereka berjuang menuntut “Hak” mereka. Akhirnya mereka menang. Kenapa?” saya selitkan pertanyaan

Mereka memandang saya. Saya tanya, “Apakah kita seburuk mereka?”

Si mamat yang berbush-jaket itu menjawab, “Kita tidaklah seburuk mereka, Wak Min. Asas Perlembagaan Negara kita ialah “Demokrasi”. Negara memperakukan, dan undang-undang melindungi.” Katanya.

Menjawab seorang lagi, “Perlembagaan UMNO sendiri pun ‘Demokratik’, kan Wak Min?” Saya mengangguk.

Maka bermula satu dialog yang menghangat. Masing-masing berdailog membentangkan fikiran secara terbuka. Saya cukup gembira kerana mereka sudah dapat kunci permasalahan yang merundung hati, iaitu “Kita dilindungi undang-undang Negara. Jadi kita mau takut apa”.

Kabarnya, sejak terdengar “arahan” secara bisik-bisik itu disampaikan kepada mereka, ramai diantara mereka tidak senang tidur. Maklumlah, jenis pemimpin UMNO yang ada rasa tanggungjawab kepada rakyat, bagi mereka kepentingan rakyat mengatasi kepentingan diri sendiri. Berlainanlah kalau jadi pemimpin bertaraf menteri atau yang Berhormat yang memikirkan kepentingan diri.

Kalau sudah jadi “Menteri atau yang Berhormat”; fikiran selalu dimamah “bayang-bayang hitam”. Takut “hantu”. Masuk dalam selimut pun masih dalam ketakutan!! Tentu mereka, ari sekarang sampai 2004 pun tak akan senang tidur; sebab kepentingan diri terjejas, kan?

“Yang menggamatkan ini bukan apa-apa. Kita sendiri tidak mahu menyingkap ‘tabir jarang’ yang direntang orang-orang tertentu didepan mata kita. Padahal, ‘tabir’ itu tidak ada. Kalau Perlembagaan Negara menghalalkan “Demokrasi” sebagai asas Hak, dan Perlembagaan UMNO juga begitu; mengapa mesti kita iktiraf sebarang unsur yang “MENGEKANG” hak kita? Kan, “kekangan” seumpama itu tidak wajar wujud. Apa guna diiktiraf? Persetankan lahhhhhh… Kita mau takut apa?” saya sambung.

Wah..!! Saya macam menghasut, pula!! Padahal saya cuma mahu menduga saja dulu. (saya ketawa kecil). Mereka juga ketawa kecil.

“Habis ‘arahan’ yang berbentuk ‘nasihat’ itu macam mana Wak Min? Nak Ikut atau tak ikut?” bertanya orang ke-tiga.

Saya jawab, “Pada fikiran saya, itu bukan lagi ‘nasihat’ kalau realitinya keyakinan kita membisikkan kedalam hati kecil bahawasanya ia bukan “nasihat”; sebalinya “arahan” berbentuk “memaksa”. Sebagai pemimpin yang progresif, kita mesti tegak atas persoalan pokok. Kalau tidak masuk akal, tolak saja. Anggap saja “arahan” itu bertujuan menggugat ‘Hak” kita. Itu sudah melanggar prinsip kontan “Demokrasi” itu, kan?”, saya tanya mereka.

Bertanya seorang lagi, “Kalau alasannya “Pertandingan akan menyebabkan UMNO berpecah, bagaimana pula Wak?”

Saya jawab pendek saja, (dengan pertanyaan) “Betulkah UMNO sekarang berpadu? Kita yakin UMNO sekarang solid? Dengan mewujudkan Pertanding, UMNO akan solid?”.

Kami berpandangan. Kami tuang kopi lagi. Panas. Enak. Menggegarkan saraf sampai ke benak kepala.

“Yeaaaahhhh… baru terang benderang..!! Fuuuhhh….!!” Berkata si mamat yang berbush-jaket lengan pendek blue-black. Masing-masing sudah releks.

“Kami agak ini semua temberang Mahathir dengan Dollah Bedawi saja, Wak Min. Diorang tu ingat Bahagian-bahagian semua bunkur macam mata-kayu, ka?” mencelah seorang. “Arahan itu cuma satu andaian yang menduga, seolah-olah kita akan takut mengahdapi kenyataan. Sebenarnya tidak ada perpecahan. Hanya Mahathir dan kuncu-kuncunya yang paling takut menghadapi “kenyataan”. Bukan kita yang takut, kan?” dia memandang kepada saya.

“Nah!! Bijak pun. Itulah dia pemikiran orang yang progresif. Itu lah dia pedirian seorang pemimpin. Faham prinsip, faham Hak dan tahu menggunakan Hak diri.” Sebagai mengulas pendirian beliau.

Menjawab seorang lagi, “Nampaknya Mahathir dan Dolah sengaja menayangkan sebuah ‘filem Horror” berjudul “PERPECAHAN MENJELANG MEI 2000” supaya kita semua takut “bayang-bayang hantu”.

Saya pintas, “Kalau kita yakin, maka kita akan terperdayalah. Kalau kita enggan melakukan perobahan, masakan kita akan berubah… Kan Mahathir memang hidup dengan memperdaya. Baca “Delima Melayu”, bandingkan apa dia buat sekarang… apa ada beza? Tiga puloh tahun dulu Mahathir sudah siap merancang untuk memperdaya orang Melayu. Hari ini, itulah hasilnya: dia kayaraya, duduk dalam Mahligai, kita apa? ”

Saya sambung, “DAN tuan-tuan jangan lupa: tuan-tuan adalah “agent of change”… “pencetus perubahan diperingkat akar-umbi”, saya lanjutkan lagi. “Cuma masalahnya, UMNO berhadapan dengan jenis spesis orang Melayu yang takut dengan bayang-bayang. Mahathir kata, orang Melayu DOCILE! Dayus!! Itu sebab Mahathir boleh hidup berlagak macam Diktator. Kununnya, orang Melayu tak mengenang budinya”.

“Apa budi Mahathir? Untuk segelintir orang bergelar korporat? Anaknya jadi kaya raya, tidakkah itu sudah lebih cukup budi orang Melayu kepadanya, bukan?” saya sambung.

Saya lihat mereka berpandangan sesama sendiri. Bangga. Saya nampak dari senyum mereka. Memang mereka bangga sebagai ‘agent of change”. Tapi panas hati mengingatkan diri mereka sendiri tertipu bontang.

Saya cakap terus-terang, “Yang membodek itu, yang menyokong supaya Mahathir terus jadi Presiden tanpa bertanding itu adalah keputusan beberapa kerat dikalangan keparat-keparat dalam UMNO yang fail semua dah berkulat dalam kabinet Mahathir. Diorang ada kes rasuah dan penyelewengan. Siasatan BPR sudah lengkap. Kalau tak ikut, nanti diheret ke mahkamah. Akan hilang kepentingan diri. Itu semualah yang jadi bahan ugutan. Kalau ditanya belakang-belakang… mesti diorang bersetuju: elok saja Mahathir dihumbankan! Tapi tuan-tuan bukan jenis itu.” Saya tambah merangsang.

Kami ketawa. Mereka juga ketawa. Saya tersengeh kecil sebab hati saya cukup gembira kerana mereka faham apa yang saya maksudkan.

Saya minta mereka berfikir, “Nasib baik Ku Li sanggup menentang Mahathir. Kalau tak ada, alamat UMNO lingkop. Pertaruhan Ku Li itu bukan sembarangan korban. Keputusan beliau itu adalah satu tanggungjawab bagi semua Bahagian-bahagian menyambut tanpa ragu-ragu. The ball is at everyone’s feet. Nak takut lagi? Nak gentar? Cadangkan saja kepada semua, persetujuilah secara bersama. Cukupkan 60 – 70 Bahagian, sudah OK. Silap haribulan, Mahathir dan Dolah siang-siang letak jawatan. Kan itu kuncu kepada kepada ‘merobah UMNO’ semula?!! hahahah…” saya cuit hati mereka bertiga. Masing-masing mengaguk.

“Betul Wak Min cakap tu. Tutup mata, pekakkan telinga, cadangkan sokong Ku Li sebagai calun Presiden, Mahathir nak kata apa? Kan itu Demokrasi? Setakat ini pun Mahathir cuma dapat 22 pencalunan. Pun bawah paras 50? Itu tanda apa? Mahathir sendiri buat peraturan, sendiri dapat malu, kan?” jawab seorang.

“Ha, itu betul!! Tak sokong Mahathir bukan nak dihukum gantung, bukan? Kalau nak hukum gantung, orang yang racun Anwar tu patut dihukum dulu, orang yang rogol gadis sunti tu patut masuk dulu. Rafidah Aziz mesti kena heret dulu…. Itulah dia “ketidakadilan”. Kerana UMNO diadili oleh orang ‘yang seorang’ itu, semua yang ‘tidak adil’ dibayangkan sebagai ‘adil’. Itu Demokrasi ka? Macam itu prinsip pemimpin UMNO ka?” saya tanya terang-terang. Mereka terdiam. Berfikir.

“Sepatutnya – tolak ‘KAYU dengan BATU’, kalau setakat lawan Mahathir; mesti pemimpin UMNO sokong siapa saja menentang Mahathir. Patut disokong sampai MENANG! Tunjukkan kepada rakyat bahawa politik UMNO itu sehat. Bukan semput-semput macam sekarang..!! heheh..” sampuk saya sambil berseloroh.

“Keputusan Hashim Safin, Tanah Merah – itu menunjukkan mereka ada ‘jiwa’, ada perasaan tanggungjawab.” Saya beri gambaran.

Menyampuk seorang. “Saya fikir Terengganu belum nampak kilat ikan di air sebab belum lagi bermesyuarat. Kalau tidak, pasti dah tahu” katanya.

“Tapi, jangan rujuk Utusan Malaysia, Berita Harian…sampai mati tak akan cakap. Nanti editor kena buang pulak. Mana mau cari makan, ha?” saya menyampuk.

“Kita akan tengok perkembangan. Kalau Mahathir, UMNO sendiri tak tumbangkan, macam saya tulis di internet dulu – bukan setakat UMNO saja akan tumbang; malah Barisan Nasional sendiri – akan berdacing sengetlah pada tahun 2004 ini”. Saya ulas. Kami ketawa berdekah-dekah bila sebut “Dacing senget” itu.

Sambil itu saya buka TV kerana mau tengok hal dunia dalam Berita Jam 10. Rupanya ada tayangan film Melayu di TV3.

“Oh…Cerita “Pontianak Gua Musang”…. Berkata seorang.

Saya beralih memandang mereka. Sambil senyum saya bilang: “Bila pulak lagi tayang Perdana filem “RAJA BERSIONG”?…”. Kami berpandangan. Kami ketawa berdekah-dekah mengakhiri perbincangan. Mungkin yang 3 orang ini bukan “spesis terakhir” UMNO, kan? UMNO masih ada nyawa-nyawa ikan!!

Begitu, begini – samada terus-menerus Mahathir jadi Presiden kah, atau Ku Li kah – hahaha…Barisan Alternatif juga yang terang-terang sudah MENANG!! Gasaklah mereka bercakaran, siapa peduli? Mungkin seluruh UMNO sudah “sialan”…!!

Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com