Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

MAHATHIR MOHAMMAD – PENJAJAH BARU PEMUSNAH KEMERDEKAAN ORANG MELAYU

Dalam satu Lamaweb UMNO (Berita e-UMNO) seorang penulis menulis:

[[…..Ingin saya peringatkan pesanan yang dalam maknanya oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad: “ Jangan kita fikir sekali merdeka maka selama-lamanya kita akan merdeka.”

Justeru itu setiap ahli UMNO perlu berganding bahu dan melupakan hasrat berebut-rebut jawatan. Sebaliknya tumpukan kepada agenda yang lebih besar dan meneruskan perjuangan yang belum selesai demi kepentingan agama, bangsa dan negara daripada sebarang kepentingan diri.]]

Komen:

Nampak jelas kepada kita sekarang bahawa penulis itu (tentunya seorang yang taksub sebagai penjilat punggong dan propagandis Mahathir) telah terang-terang membogelkan bukan saja dirinya sendiri semata, tetapi juga bagaimana Presidennya mengindoktrinasi minda pemimpin dan penyokongnya dalam kelompok UMNO.

Baharu kita faham bahawa Mahathir, melalui satu amaran palsu bahawa (kununnya) negara ini begitu mudah dijajah dengan berkata bahawa “Jangan kita fikir sekali merdeka maka selama-lamanya kita akan merdeka.”

Apa yang dilihat hari ini memang benar. Negara sudah dijajah, undang-undang dan hak rakyat telah diperkosa. Tetapi soalnya oleh siapa?

Kita tanya, apa maksudnya Kemerdekaan kepada Mahathir jika hak rakyat, kebebasan dan keutuhan dn kedaulatan Perlembagaan Negara dan undang-undang tertakluk kepada perkutakkatikan Mahathir seperti sekarang. Maka jawapan kepada soalan diatas ialah: PENJAJAH itu adalah Mahathir dan segelintir pemimpin didalam puak (circle) beliau!!

Kita mahu tanya kepada Mahathir siapakah yang telah merosakkan kesetabilan politik, mencemarkan etika pentadbiran yang telus, undang-undang yang mengikut telunjuknya, hingga beliau (Mahathir) sendiri memberi seribu dalih dan takut-kecut berhadapan dengan rakyat di mahkamah sebagai saksi.

Mahathir berselindung disebalik pelbagai undang-undang dan akta untuk melindungi kejahatannya dan kebusukannya. Mahathir telah mencerca ugama Islam, meletakkan ulamak Islam yang berkata benar jauh dari rakyat, memencilkan masjid dari rakyat, menafikan Keadilan undang terhadap rakyat dan membolot harta rakyat untuk dirinya sendiri.

Itulah sikap seorang Diktator dan sekelompok Penjajah yang menjajah rakyat dan tanahair rakyat.

Mahathir kena ingat bahawa diri “is NOT above the law of the land”. Jika UMNO mempertimbang, mentakrifkan dan memperakukan karenah dan perilaku Mahathir sekarang sebagai mempunyai bilai-nilai “Kemerdekaan”; wajar rakyat menjelaskan kepada UMNO dan pemimpin UMNO bahawa sebenarnya “Mahathir Mohammad itulah PENJAJAH yang sedang MENIPU dan mempersenda mereka dan seluruh rakyat”. Dengan itu, jika tidak membuang Mahathir, maka RAKYAT akan menghumban dan menyingkirkan UMNO dan Barisan Nasional!!

Sesungguhnya, Mahathir Mohammad sedang menipu dan melakukan “turnover” terhadap minda ahli-ahli UMNO supaya memikirkan bahawa yang “hitam adalah putih”. Dengan itu, penipuan akan terus diiktiraf sebagai notion Kebenaran. Tetapi sebaliknya ia adalah PEMBOHONGAN yang menjijikkan.

Rakyat yang faham erti Kemerdekaan sudah lama menolak UMNO. Dan UMNO sudah beransur-ansur tertolak bukan saja oleh bukan orang Melayu (penyokong UMNO) tepai oleh pemimpin bukan Melayu. Boktinya, populariti UMNO/BN sudah meleset dalam Pilihanraya ke-10. Rakyat akan boktikan UMNO/BN akan dihapuskan dalam pihanraya ke-11 kelak.

Dengan imbauan supaya “ahli UMNO perlu berganding bahu dan melupakan hasrat berebut-rebut jawatan”; sebenarnya Mahathir mahu ahli-ahli UMNO (ie. orang Melayu) supaya BERSATU-PADU dan “mengiktiraf beliau sebagai DIKTATOR, menolak sebarang pertandingan mengganti beliau; walaupun semua karenah beliau terang-terang telah memusnahkan kebebasan, kedaulatan, ketuanan, dan kepteingan orang melayu; kecuali kepntingananak-anak beliau dan segelintir Kroni belia”.

Bukan setakat itu saja, Mahathir telah mendirikan kelompok kecil (inner circle) untuk melakukan sebusuk-busuk Rasuah dan Penyelewengan dan melindungi individu dalam kelompok sekongkolnya melakukan kezaliman, memutarbelitkan undang-undang untuk melindungi kejahatan mereka terhadap rakyat. Orang Melayu jangan harap akan dibela oleh kelompok khusus itu.

Rasuah RAFIDAH AZIZ adalah antara puluhan penyelewengan yang dilindungi oleh Mahathir melalui kerjasama pihak pentabdir undang-undang.

Para Pemimpin UMNO harus berfikir sendiri dengan jitu bahawa sesungguhnya anda sekelian tidak mendapat sebarang faedah dan manfaat sebanyak yang telah dikaut oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya. Anda adalah alat yang dilemahkan dengan gula-gula, tetapi dipergunakan untuk memantapkan kedudukan mereka.

Zuriat anda adalah orang yang paling malang jika anda tidak merobah nasib anda dengan berfikir semasak-masak mungkin

Pembangkang hari ini telah mempunyai hala tuju membela rakyat. Kerana itu, rakyat, khusunya orang Melayu tidak memandang kepada UMNO dan BN lagi untuk berlindung!!

Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com