Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

MAHATHIR MOHAMMAD – PENJAJAH BARU PEMUSNAH KEMERDEKAAN ORANG MELAYU

Dalam satu Lamaweb UMNO (Berita e-UMNO) seorang penulis menulis:

[[…..Ingin saya peringatkan pesanan yang dalam maknanya oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad: “ Jangan kita fikir sekali merdeka maka selama-lamanya kita akan merdeka.”

Justeru itu setiap ahli UMNO perlu berganding bahu dan melupakan hasrat berebut-rebut jawatan. Sebaliknya tumpukan kepada agenda yang lebih besar dan meneruskan perjuangan yang belum selesai demi kepentingan agama, bangsa dan negara daripada sebarang kepentingan diri.]]

KOMEN

Makin nampak jelas kepada kita sekarang bahawa penulis itu (tentunya seorang yang taksub sebagai penjilat punggong dan propagandis Mahathir) telah terang-terang membogelkan bukan saja dirinya sendiri semata-mata (sebagai ahli UMNO), tetapi juga bagaimana Presidennya mengindoktrinasi minda pemimpin dan penyokongnya dalam kelompok UMNO.

Cuma Amaran Palsu

Baharu sekarang rakyat (khusunya orang Melayu) faham bahawa Mahathir, melalui suatu amaran palsu telah menakut-nakutkan rakyat bahawa (kununnya) negara ini begitu mudah dijajah dengan berkata kununnya “Jangan kita fikir sekali merdeka maka selama-lamanya kita akan merdeka.”

Pada hematnya, apa yang kita lihat hari ini adalah suatu kenyataan benar bahawa Negara dan Rakyat negara ini begitu mudah terjajah dan dijajah. Kita nampak dan rasakan undang-undang dan hak rakyat telah diperkosa. Tetapi soalnya – oleh siapa?

Kita tanya Mahathir dan orang UMNO, apakah yang dimaksudkan dengan “Kemerdekaan” kepada mereka jika hak rakyat, kebebasan dan keutuhan dan kedaulatan Perlembagaan Negara dan undang-undang tertakluk kepada perkutakkatikan Mahathir seperti sekarang? Siapakah Penjajah itu?

Maka jawapan kepada soalan diatas ialah: PENJAJAH itu adalah Mahathir dan segelintir pemimpin didalam puak (circle) beliau sendiri!! Merekalah kelompok kecil yang sedang beragenda besar untuk melancarkan pelbagai perbuatan dan amalan yang mengutamakan kepentingan diri dari kepentingan rakyat!! (sudah terang lagi bersuluh).

Kita mahu tanya Mahathir: Siapakah yang telah merosakkan kesetabilan politik, fabrik sosial rakyat berbilang kaum, mencemarkan etika pentadbiran yang telus, perlaksanaan undang-undang mengikut telunjuknya – hingga beliau (Mahathir) sendiri memberi seribu dalih dan bersikap takut-kecut untuk berhadapan dengan rakyat di mahkamah sebagai saksi?

Makin nampak jelas bahawa Mahathir adalah sedang berselindung disebalik pelbagai undang-undang dan akta untuk melindungi kejahatannya dan kebusukannya. Mahathir lah orang yang telah memaksa MKT UMNO untuk memutarbelitkan peraturan dalam UMNO sendiri untuk menjamin beliau terus-menerus menguasai UMNO!! (alangkah dungunya pemimpin UMNO dimata rakyat)!!

Diktator Berageda

Mahathir melepasi sanggahan dan kritikan rakyat dengan menggunakan ‘kuasa mutlak” pemberian UMNO sebagai perisai (suatu kebodohan UMNO membiarkan ular lidi menjadi naga). Dengan kuasa mutlak itu, Mahathir bebas mencerca ugama Islam dan Nabi besar ummmah, menyingkirkan ulamak Islam yang berkata benar jauh dari rakyat, memencilkan masjid dari rakyat dengan pelbagai syarat, menafikan Keadilan undang terhadap rakyat dan membolot harta rakyat untuk dirinya sendiri, menghukum sesiapa yang menentangnya, dll.

Itulah sikap seorang Diktator dan sekelompok “Penjajah” yang menjajah rakyat dan tanahair yang wujud selepas Merdeka ini. Sikap itu mencerminkan elemen-elemen yang memberi identiti dan satu bentuk penjajahan yang lazim. Dan UMNO telah menghalalkan “penjajahan” itu bertapak ditengah-tengah rakyat.

Mahathir kena ingat bahawa diri beliau “is NOT above the law of the land”. Jika UMNO mempertimbang, mentakrif dan memperakukan karenah dan perilaku Mahathir sekarang sebagai mempunyai nilai-nilai amalan seorang pelindung “Kemerdekaan”; wajar rakyat (ahli UMNO adalah sebahagian darinya) menjelaskan kepada UMNO dan pemimpin UMNO bahawa sebenarnya “Mahathir Mohammad itulah PENJAJAH yang sedang MENIPU dan mempersenda mereka dan seluruh rakyat”. Dengan itu, jika UMNO tidak membuang Mahathir, maka RAKYAT akan menghumban dan menyingkirkan UMNO dan Barisan Nasional sekaligus!!

Sesungguhnya, Mahathir Mohammad sedang menipu dan melakukan “turnover” terhadap minda ahli-ahli UMNO supaya memikirkan bahawa yang “hitam adalah putih”. Dengan itu, siri penipuan beliau akan terus diiktiraf sebagai notion Kebenaran walaupun ia adalah PEMBOHONGAN yang menjijikkan.

Rakyat Memerdeka Negara Sejali Lagi

Rakyat yang faham erti Kemerdekaan sudah lama menolak UMNO. Mereka sudah tidak boleh ditipu lagi kecuali mereka yang takut dengan bayang-bayang. Dan UMNO sudah beransur-ansur tertolak bukan saja oleh orang Melayu (penyokong UMNO dan bukan UMNO) tetapi oleh pemimpin bukan Melayu juga. Boktinya, populariti UMNO/BN sudah meleset dalam Pilihanraya ke-10.

Seluruh Rakyat akan boktikan dengan iltizam yang keras bahawa UMNO/BN akan dihapuskan dalam pihanraya ke-11 kelak (walaupun pemimpin UMNO akan berdaleh dan memutarbelitkan proses demokrasi dan fakta). Rakyat sudah lama celik politik.

Dengan imbauan Mahathir kununnya “ahli UMNO perlu berganding bahu dan melupakan hasrat berebut-rebut jawatan”; sebenarnya Mahathir mahu ahli-ahli UMNO (ie. orang Melayu) supaya BERSATU-PADU dan “mengiktiraf beliau sebagai DIKTATOR – menolak sebarang pertandingan mengganti beliau; walaupun semua karenah beliau terang-terang telah memusnahkan hak kebebasan rakyat, kedaulatan, ketuanan, dan kepentingan orang Melayu; kecuali kepentingan anak-anak beliau, segelintir Kroni dan ‘inner circle’ nya”.

Bukan setakat itu saja, Mahathir telah mendirikan kelompok kecil (inner circle) itu semata-mata untuk merangka dan melaku sebusuk-busuk Rasuah dan Penyelewengan (melalui penswastaan dan projek mega – suatu peroses perompakan harta dan hak rakyat), dan melindungi individu dalam kelompok sekongkolnya untuk bebas melakukan kezaliman, memutarbelitkan undang-undang bagi melindungi kejahatan mereka terhadap rakyat. Apakah orang Melayu boleh mengharapkan pembelaan oleh kelompok khusus itu?

Petunjuk paling jelas ialah kes Rasuah RAFIDAH AZIZ – satu antara puluhan penyelewengan yang dilindungi oleh Mahathir melalui kerjasama pihak pentabdir undang-undang. Dan, rakyat tahu Mahathir dan kuncu-kuncunya saling lindung-melindungi antara satu dengan lain sebagai wadah dan kepentingan bersama. Dimanakan peranan rakyat dan keluhuran undang-undang sekarang?

Pemimpin UMNO Fikir Sendiri

Para pemimpin UMNO harus berfikir sendiri dengan ‘frame of mind’ yang jitu. Anda wajib membuat perbandingan samada anda sekelian benar-benar mendapat faedah dan manfaat sebanyak yang telah dikaut oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya. Lihat sendiri, berapa bilion wang rakyat digunakan oleh pentadbiran Mahathir untuk kepentingan dirinya dengan apa yang anda perolehi sebagai rakyat.

Sebenarnya, anda adalah alat yang dilemah dan diperlemahkan dengan ‘gula-gula’ beracun. Dalam masa yang sama, anda telah dipergunakan oleh kelompok pemimpin “inner circle” Mahathir untuk memantapkan kedudukan mereka sambil mengancam kekuatan anda (sebagai pemimpin UMNO dan rakyat).

Ingatlah sendiri bahawa zuriat anda adalah orang yang paling malang jika anda tidak merobah nasib anda dengan berfikir semasak-masak mungkin dengan apa anda lakukan sekarang.

Kesimpulan

Rakyat juga sudah menetapkan agenda yang lebih besar dan memutuskan akan meneruskan perjuangan yang belum selesai demi kepentingan agama, bangsa dan negara megatasi sebarang kepentingan diri. Dengan pertambahan 1.8 juta pengundi muda yang akan keluar menetukan Kerajaan pada 2004, kerajaan zalim ini akan ditumbang dan dilenyapkan dari Bumi ini.

Pembangkang hari ini adalah kelompok rakyat yang telah mempunyai halatuju dan kekuatan untuk membela rakyat. Kerana itu, rakyat (khusunya orang Melayu) tidak memandang kepada UMNO dan BN lagi sebagai puak yang diyakini untuk memberi perlindungan!!

Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com