Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

HUKUMAN KEATAS RAHIM NOR – RAKYAT HILANG KAYAKINAN KEPADA KERAJAAN UMNO/BN!

MALU!! MALU!! KEADILAN sudah mati dalam Negara ini. Pekikkanlah sekuat mana, kununnya pentadbir dan peneraju Kerajaan ini mengamalkan Demokrasi, mengagungkan Islam sebagai Ugama Resmi, punya Perdana Menteri yang mendabek dada kepada dunia menuntut keadilan sejagat – berlagak sebagai penegak undang-undang kemanusiaan (konon); semua itu adalah satu PEMBOHONGAN paling Besar!!

MALU!! MALU!! Ulamak UMNO sudah hilang pendirian keIslaman sejati. MALU – amat memalukan sikap, peribadi dan fungsi Dusuki Ahmad dan seluruh kelompok ulamak dan dalam UMNO kerana berpeluk tubuh membiarkan KEZALIMAN berlaku dihadapan mata mereka!! Yang paling menjijikkan – seorang Ulamak seperti Dusuki dari Kelompok UMNO yang dilantik menjadi penasihat politik Mahathir selaku S/U Politik telah dipandang masyakat sebagai “anjing buangan”!!

Beliau inilah orang yang memuji Mahathir setinggi langit, kunun katanya “…… Dr. Mahathir mahu orang Melayu menjadi contoh kepada umat Islam yang lain, menghayati tuntutan Islam sebenarnya serta menegakkan kebenaran. Matlamat beliau (kununya) meningkatkan martabat orang Melayu sebagai umat Islam merupakan matlamat sebenar perjuangan Mahathir.”

Inilah pamiran paling buruk dan teraib dalam siri ketelusan undang-undang dan penghakiman yang telah dilaksanakan di negara ini; semata-mata kerana ada campur-tangan Mahathir – pengkhianat bangsa Melayu.

Dusuki juga bertanggungjawab sebagai ulamak pemusnah dan penghina ketinggian Islam. Malang sekali, sekaligus orang Melayu dan ugamanya sudah dayus dan terhina kerana sanggup dihina sehina ini oleh pengaruh dan ugutan seorang yang sudah dirasuk iblis. Padanlah orang Melayu mudah dijajah!!

MALU!! MALU!! Hukuman kepada Rahim Nor atas kesalahan seberat itu, adalah keputusan penghakiman yang menunjukkan seterang-terangnya bahawa kekuatan undang-undang di negara Merdeka ini setara dengan Keadilan Penjajah dalam memutuskan kes Natrah yang mencuit dan memperlekeh peribadi bangsa Melayu, ketuanan dan kedaulatan bangsa Melayu, Ugama anutan orang Melayu, memperlekeh budaya Melayu!!

Dimanakah jiwa dan rohani orang Melayu? Mahathir telah memalukan seluruh orang Melayu hingga orang Melayu telah jatuh ketangga paling hina dari haiwan liar di belantara, walaupun hidup dalam peradaban manusia yang bertamaddun?

Kes pembelasahan keatas DS Anwar telah menggoncang satu dunia yang menganut pelbagai ugama dan budaya. Mata dunia mengejek orang Melayu dan negara yang ditadbirkan (kununnya) oleh orang Melayu. Tetapi Mahathir (anak keturunan India muslim) yang kununnya akan memimpin teragung orang Melayu dalam menghadapi era tamaddun alaf ke-21 – akhirnya telah merosakkan fabrik budaya, ugama dan keunggulan pekerti umat Melayu yang mempunyai tradisi murni zaman berzaman.

Mana muka UMNO yang kununnya penegak Kemerdekaan!! Mana pemimpin UMNO yang 2000 orang itu. Mana dia pemimpin di kalangan ulama UMNO yang kununnya amat tinggi ilmu dan pengajian Islam mereka. Mana dia orang Melayu yang bergelar pejuang dan penegakkan Kemerdekaan untuk membina satu bangsa yang bertamaddun dan maju!! Sebenarnya orang Melayu sudah hiolang keperibadian bangsa. UMNO sendiri yang telah melupuskan kemurnian bangsa Melayu.

LUPUS! HANCUR!! Dengan keputusan mahkamah keatas Rahim Nor yang sungguh mengeciwakan sluruh orang Melayu, UMNO telah terhapus dari lubuk hati orang Melayu!! Jangan cakap apa ejekan dari kaum yang dilemparkan dibelakang tabir terhadap orang Melayu dan ugama Islam anutan orang Melayu.

Kalau selama ini masih ada saki-baki orang Melayu yang menganggap UMNO sebagai sebuah parti yang mempunyai ‘roh’, tapi kini UMNO adalah sebuah parti punya jasad sekerdil ‘nyamok’ dan rohani sudah hilang – hancur lebur.

Status Mahathir sudah lupus dan hancur-lebur. Mahathir adalah ditakrifkan sebagai “Bapak Segala Penyangak” dan “Penjenayah” yang wajar diburu dengan anjing. Mahathirwajar dihukum tanpa bicara.

Mahathir sudah sekian lama dibicarakan oleh rakyat!! Dua tahun lebih, sejak Anwar dihadapkan ke mahkamah, pebicaraan yang berlangsung sebenarnya adalah keatas Mahathir, kuncu-kuncu yang terlibat dengan Konspirasi paling jijik dan mengaibkan orang Melayu, orang Islam dan kaum di negara ini.

Mahathir telah meletakkan keutuhan apa jua ugama yang dianut oleh semua manusia yang berugama di alam ini sebegitu rendah hingga tidak ada lagi umat manusia yang menghargai Mahathir sebagai seorang manusia. Mahathir lebih kejam, zalim dan tidak berakhlak – lebih hina dari anjing busuk (hyna).

TETAPI, bagi UMNO dan pemimpin mereka yang rakus dan tamak haloba; Mahathir adalah ketua yang terhormat dan tertinggi.

Bermakna UMNO adalah kelompok manusia yang sudah tersingkir dari dari ledakan tamaddun alam tabii manusia yang normal. Orang UMNO tidak punya maruah dan kewibawaan. Mereka yang yang seharusnya berisifat amanah dan bertanggungjawab untuk melaksanakan undang-undang, mengawasi keselamatan dan sewajarnya melindungi rakyat.

Sebaliknya, pemimpin UMNO sendiri telah mempamirkan moral lebih rendah dari satu kaum yang kikis dan tidak ada etika, budaya, jiwa dan perasaan, hilang pertimbangan dan keadilan, rohani dan nilai-nilai keugamaan!! Undang-undang dan Keadilan mahkamah di negara ini adalah hak ahli politik yang tersepit dan sudah tidak ada masa-depan, keciwa dan tidak ada jiwa murni untuk melindungi rakyat!!

Puncanya, pemimpin Melayu dalam UMNO adalah terdiri dari mereka yang sudah tidak ada jiwa, hilang pegangan dan kekuatan diri, sudah musnah – umpama sekawan anjing-anjig yang sedang hilang malu kerana merebut seokor betina!! Ini adalah kemahuan Mahathir Mohammad!! Dan UMNO merestu keegoan Diktator ini!!

Pemimpin UMNO adalah spesis manusia yang hidup dan mati bagai binatang yang tidak dihargai oleh manusia. Mereka sudah menolak sebarang falasah tamaddun manusia – jauh sekali dari falsafah sebarang Ugama!! Mereka sudah terlalu jauh dari suruhan Firman dan Hadis. Mereka telah hilang rohani keugamaan dan kemanusiaan!!

DAN, UMNO – para pemimpin dan penyokongnya sudah MATI!! Dengan itu, Rakyat segala kaum, segenap lapisan dan anutan ugama di negara ini sudah nampak bahawa UMNO dan Barisan Nasional sudah tidak boleh lagi dijadikan peneraju kepada pentadbiran sebuah negara yang akan melindungi KEADILAN, KEBENARAN dan KESEJAHTERAAN umum.

Allah swt. tidak mengizin sebarang pemerentahan zalim bertapak lama. Mereka dipupuskan Allah swt. Sejarah manusia sejak Adam hingga Muhammad saw. telah membokti dengan contoh-contoh yang nyata. UMNO dan seluruh pemimpin gabungannya sedang menuju kearah itu…KEHANCURAN!!

Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com