Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

NAH!! BERPESTALAH KALIAN PUAK UMNO SELAGI MASIH ADA “NYAWA-NYAWA IKAN”..!!

Berang juga hati kita bila Dollah Bedawi memperlekehkan hasrat oang Melayu dan prnganut Islam berhasrat gigij mewujudkan sebuah negara Islam itu. Bila Dollah menggunakan frasa “Apa guna negara Islam”; maka sekaligus kita bertanya: “Apa UMNO sudah buat kepada orang Melayu ini?”.

Mungkin Dollah bercakap itu akibah diserang oleh Mahathir bertalu-talu supaya ia memperlekeh Islam seperti “Mahathir memperlekeh Nabi”. Kalau begitulah sebabnya, maka wajarlah Dollah digelar orang tak ada “Modal Politik” lagi, bagai anjing liar kehilangan kawan.

Datuk Seri Anwar menceritakan visi beliau dalam Asian Renaissance. Berbangga kita jika falsafah besar itu menjadi kenyataan. Begitu nyata kepada kita minda Datuk Seri Anwar. Rata-rata, ramai cendekiawan luar dan negera terimbau berfikir panjang. Begitulah daya pemikiran seorang perjuangan.

Tetapi bila Dollah Bedawi berkata, “Apa guna negara Islam jika rakyat mundur..!“; hati kita merasa amat hairan. Apakah Dollah setaraf dengan Yahudi yang dalam Al-Quran terang Allah memusuhi makhluk yang satu itu?

Ramai orang bertanya, jika Dollah menduduki tahap Timbalan Perdana Menteri, dan masih punya pemikiran sedangkal itu, maka nyatalah kepada kita bahawa UMNO sudah tidak boleh diharap lagi mendaulatkan Islam ketahap yang dimahukan umat Islam di negara ini. Tempat Dolah secara ototamis….di longkang!!

Jika Mahathir Mohammad berkata begitu, tidak ramai orang yang akan membincangkannya. Sebab, Mahathir memang seorang munafik buta sejarah dan buta mati hati. Lagi pun Mahathir memang sudah sah kesewelannya dalam usia selanjut ini. Tetapi jika disdebut Dollah, amat terperanjat kita. Kerana, Dollah adalah anak seorang ulamak terkenal. Fuuuhhhh…!! Malu 7 keturunan!!

Tetapi tak kurang orang yang berkata, “Dollah adalah sama dengan semua pemimpin UMNO yang sudah tersepit, yang sudah dikasi macam sembelihan. Cakap dah mula membebel bagai orang kehilangan pedoman. Mungkin dalam hati orang-orang sekonghkol dengan Mahathir – semua mereka adalah dipaksa supaya mepercacai PAS – bukan dari segi politik, tetapi dari segi Islam yang diperjuangkan. Jadi, mana yang bebal dan dungu (UMNO adalah kelompok orang bebal sekarang), maka mereka bagai lembu dicucuk hidung. Ikut dan terus ikut. Kalau bantah, Sg. Buluh adalah tempat kurungan!!

Kerana karenah yang sudah kurang akal, maka bertimpa-timpa orang mengutuk UMNO dan pemimpinnya. Hujjah Dollah dan semua pemimpin UMNO makin jelas “backfire” kepada UMNO dikebelakangn ini. Mereka tidak nampak perjuangan PAS yang konsistan.

Berbanding dengan UMNO, PAS telah masuk menembusi dan mejelajah alam yang selama ini dipelopori oleh UMNO tetapi telah ditingggalkan kerana mengikut nafsu-nafsi seorang Ketua yang hilang kewibawaan dan maruah diri.

Apa yang dimaksudkan disini, UMNO tidak lagi berjuang dan memperjuangan kepentingan bangsa dan ugama. Dengan itu, negara ini dengan sendirinya telah tunduk dibawah kuasa asing. Mahathir telah menerajui agen asing. Mahathir telah kalah kepada YAHUDI.

Mahathir sendiri sanggup berbohong kepada rakyat, orang Melayu dan umat Islam – semata-mata demi melindungi kepentingan Yahudi. Dalam konteks ini, Dollah adalah perkakas murahan yang dijadikan ‘landasan tempat mencincang” oleh Mahathir. Tolak tepilah, Hamid Albar, hamba suruhan bagai abdi belian di “pasar abdi”..!! Sanggup jual diri macam binatang!

Makin dekat tarikh pilihanraya umum ke-10 dulu, makin jelas kepada kita bahawa UMNO/BN sudah tidak releven lagi. Hari ini Mahathir tidak harus dihidupkan oleh UMNO lagi. Jelas benar kepada kita bahawa mereka tidak ada isu lagi yang hendak diketengahkan.

Di mahkamah, isu DS Anwar makin menjadi tayangan gambar “kelucahan” UMNO. Ucapan Mahathir dimana-mana – di Jakarta, di Bangkok, dll. makin menunjukkan bahawa UMNO makin tidak layak mentadbir sebuah negara majmuk. Dan di ceramah-ceramah UMNO, kita akan dengar cerita-cerita lesu,tawar-hambar dari penceramah UMNO.

Maka berkecamoklah fitnah dan adu-domba yang menghasut. Orang diluar termuntah-muntah mendengar. Jijik di tekak diluahkan dengan madah pendek, “Dah lah tu, balik saja lah…!!” Tapi muka Mahathir ada tau malukah? Keparattttt…….!!

Maka berduyun-duyunlah orang keluar Dewan dan Stadium. Tinggal penceramah terkebil-kebil bercakap sendirian dihadapan kerusi-meja yang telah dikosongkan.

Rais Yatim pun sudah merencanakan Akta supaya Ugama dan Politik MESTI dipisahkan. Bermakna, kalau Perhimpunan Agung seperti itu, jangan campur-aduk dengan solat. Itu akan mencontohi PAS pulak. Kan PAS parti ‘mundur’? UMNO wajib disekularkan. Budaya terkini, canggih dan berkemajuan!! (maaf terpaksa sinis – orang UMNO terlampau bebal)!!

Sampai hari ini kita masih bertanya, “Apa UMNO sudah buat sejak Mahathir memerentah?” Cuma untuk berpesta?!! Dan bulan Mei 2000 ini, UMNO sekali lagi akan berpesta. Mungkin Mahathir sekali mengulangi ucapan melewati waktu Asar, mengajak 2500 hadisirn meninggalkan solat.

Usah banyak tanya, tidakkah itu cara Yahudi yang cukup pintar melekakan umat Islam melupakan Tuhannya? Mungkin Hamid Osman, Hamid Zainalabidin, Nakhaie atau Dusuki Ahmad akan membuat justifikasi…”Boleh Qadha’…!!”. Selagi si “Jembalang” itu masih jadi Presiden UMNO, amalan Islam akan dipinggirkan. Gasaklah. Orang Melayu diluar hanya penoton, tak akan ambil bahagian. Tengok sajalah bagaimana Iblis-iblis mengamalkan “ibadah” mereka dalam satu Dewan!!

Nah!! Berpestalah kalian, selagi hayat UMNO masih ada seperti “nyawa-nyawa ikan”.

Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com