Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

JIKA MATA HATI MAHATHIR SUDAH BUTA, MASIHKAH PEMIMPIN UMNO IKUT SAMA?!

Sebelum menanti Maghrib dan selepas Isya’, kerapkali dua waktu ini kami ambil kesempatan berbincang dan berbicara bertukar-tukar fikiran. Maklumlah, masjid memang tempat yang amat sesuai berbicara tentang hidop, mati, kebenaran, kezaliman, dan seumpamanya.

Imam kami mengkesahkan bahawa dalam zaman Nabi Junjungan saw., sebaik saja Baginda tiba di Madinah, Masjid adalah rumah Allah yang dibangunkan terlebih dahulu. Bukan rumah, mahligai, mencari unta terbaik, atau hidangan makanan yang lazat-lazat!!

Disitulah Baginda mengumpulkan kelompok muhajirin Mekah dan puak watan Madinah membincangkan masalah sosial, pentadbiran, cara ekonomi dan pasar Madinah, kesekutuan ummah menegakkan sistem sosial; hingga kepada hal mengenai perancangan perang dan usaha menilai pertahanan rohani dan keselamatan – semua dibincagkan dalam lingkungan masjid.

Jadi, jika Mahathir dan UMNOnya mengarahkan supaya dicegah masjid-masjid supaya tidak digunakan untuk tujuan tersebut, maka jelaslah bahawa Mahathir adalah orang yang amat takut kepada kesepakatan rakyat dan kebesaran ugama Islam dan ummah, khususnya mereka yang mencari panduan dari Islam yang begitu kuat, teguh dan penuh disiplin yang murni.

Kira-kira memang wajar Mahathir takut dan gerun begitu; kerana UMNO tidak mendapat tempat di masjid-masjid lagi. UMNO hanya mendapat perhatian di perkampungan Yahudi di Tel Aviv, di khemah Zionis, Gestapo, di TV3, di Mahligai 200 juta RM, di Disko-disko Dangdut, di Genting Highlands, di Padang Golf, di Hotel-hotel mewah 5-bintang, di bilik maksiat, di Stadium Bkt. Jalil, di Dewan Tun Hussain Onn di PWTC dan seumpamanya. Masjid-masjid sudah lama lupus dari ingatan para pemimpin UMNO.

Pun terdengar Mahathir berkata bahawa ulamak yang berpolitik adalah “bukan ulamak” – mengikut definasi beliau. Maka diberilah alasan berbagai-bagai. Hingga dia tidak hormat kepada ulamak yang berpolitik. Begitu sekali egonya.

Berberapa orang diantara kami berbahas panjang mengenai definasi itu. Akhirnya kami bersetuju bahawa “Hanya ulamak taksub kepada Mahathir (macam yang dalam UMNO saja) yang menepati definasi Mahathir itu”. YAB Tuan Haji Hadi dan TG Nik Aziz tidak menegah. Bukan kita taksub, tetapi Balai Raya pun sudah jadi milik UMNO sekarang!!

Berkata seorang yang mahir dengan sepak terajang politik UMNO, katanya, “Mungkin Mahathir mengasaskan definasinya kepada “hero waraq” dalam UMNO seperti Wan Mokhtar Ahmad MB Terengganu dulu (yang kayaraya hasil rompak keatas hak rakyat), Yusof Nor – yang pernah menyelewengkan zakat JAWI, Hamid Othman – yang membiarkan murtad berkembang pesat, Hamid Zainalabidin – General tanpa bintang yang mengggunakan mimbar mengahsut, seorang anak Melur dari Kelantan yang taksub totok kepada kekuasaan Mahathir, Dusuki Ahmad yang jadi SuPol yang sedang giat menyapu punggung Mahathir, dan beberapa orang lagi. Jika itulah muka-muka personaliti “Ulamak” rujukan Mahathir; memang wajar Mahathir memberi definasi “Ulamak” sedemikian rupa”, katanya.

Mengangguk Imam tua kami beberapa kali. Sejak tadinya beliau masih tunduk dan tafakur saja. Kami hairan mengapa beliau tidak berkata sepatah jua. Kami tanya apa pendapat beliau.

Dengan tenang dan bersahaja beliau menjawap, katanya, “Saya baru saja pulang dari berkunjung ke Kelantan atas jemputan Tuan Guru Nik Aziz. Saya dapat tahu beliau akan mengadakan kuliah disebuah Masjid di sebuah kampung yang “corok”. Orang berhimpun hingga penuh laman masjid dengan tikar dibentangkan. Selesai solat Maghrib, Tuan Guru Nik memberi ceramahnya. Saya jangkakan ceramah politik, tetapi sebaliknya mengenai “Iman dan Keimanan Ummah”. Tidak ada sikit pun tentang politik”.

“Selepas Isya’, rombongan kami di jemput kerumah beliau. Saya terperanjat kerana beliau balik ke rumah kayunya di kampung tumpah darahnya, bukan ke rumah resmi kerajaan. Kabarnya, beliau lebih acapkali di situ dari di rumah resmi kerajaan. Jadi, macam mana kita nak tuduh beliau menyeleweng dan menyimpang dari ajaran Allah swt?” kata Imam itu. “Di Kelantan tak nampak pun orang heboh berpolitik macam di Alor Setar, di Kubang Pasu, di PWTC atau di Putera Jaya, dll. Tak ada kempen fitnah mengahasut. Keadaan tenang saja” sambung Imam itu lagi.

“Jadi bagi saya” kata Imam itu, “Ulamak” mengikut takrif Mahathir hanya terpakai kepada “Ulamak UMNO” saja. Bukan kepada “Ulamak PAS”. Kami mengangguk.

Hingga hari ini saya berfikir sendirian. Rupa-rupanya Mahathir melihat bukan dengan mata hati. Mata hati Mahathir sudah buta!! Padanlah mata hati para pemimpin UMNO juga sudah buta!! Mustahil pemimpin buta “mata hati” wajar diangkat sebagai “pemimpin” lagi!! Mungkin Rais Yatim dan Abdullah Bedawi sekali sekala cuba bermuzakarah dengan dua orang pemimpin PAS itu – paling kurang cuba belajar bagaimana mencari jalan luas di Yaumilmahsyar nanti!!

Itu pun kalau pintu hati belum tertutup macam Mahathir. Kalau sudah, carilah jalan sendiri nanti!!

Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com