Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

KERAJAAN MELAKA DAN SEKUTUNYA SUDAH MENGAHMPIRI MAUT POLITIK

BELUM ada satu pemerentahan zalim dalam sebarang kerajaan di bumi Allah ini yang berdiri tegak lama sekiranya pemimpinnya terus-menerus bersikap ‘balas dendam’, khianat, zalim dan tidak peka kepada tuntutan yang Hak bagi rakyat yang ditadbir.

Tindakan Zalim yang Semborno

Kerajaan UMNO/BN negeri Melaka dibawah seorang fasik dan lupa tanggungjawab: Ali Rustam – tidak jauh dari kategori manusia yang sudah hilang fikiran siuman, didorong nafsu dan hilang akal waras. Beliau telah menjadi bahan ketawa seluruh rakyat – bermula dari penarik beca dan pemandu kereta lembu di pekan Melaka hingga kepada pemimpin UMNO/BN sendiri.

Rakyat Melaka – tidak kira kaum, tahu bahawa beliau adalah Ketua Menteri paling lemah semangat dan paling ‘pondan’, sentiasa hidup dalam ketakutan dan gabra apabila diarah oleh Mahathir (tuanya yang menggembala lembu-lembu seperi Ali Rustam) supaya melakukan ekperimen untuk menduga riaksi rakyat terhadap kekejaman kerajaan Mahathir.

Ali diketahui ramai bahawa beliau tidak mempunyai latarbelakang yang kuat dari aspek sokongan rakyat akar-umbi sejak beliau menceburi diri dalam politik. Masuk politik bagi beliau adalah secara kebetulan, kerana beliau ada kaitan dengan Rahim Thamby Chik (per**** paling terkenal sejak beberapa tahun silam).

Ali yang tidak mempunyai sokongan akar-umbi dan kaliber politik itu ibarat dedalu yang singgah dimana dahan rimbun. Beliau sanggup jadi ‘abdi ja****” selagi beliau dapat cari makan, pangkat dan harta walaupun beliau akan dipandang lebih hina dari ‘**** dan ******’ oleh sesiapa juga.

Bagi Mahathir, orang seperti Ali Rustam amat sesuai untuk diperhambakan. Dan, Ali sendiri merasa selesa ditakrif oleh Mahathir sebagai “hamba pasar abdi”!

Tindakan Pemimpinan Bacul

Tindakan beliau terhadap tenaga professional (doktor, peguam, arkitek, dll) yang mengakibahkan pemberhentian khidmat 21 Klinik Swasta yang membantu rakyat negeri Melaka dibidang perubatan dan kesihatan rakyat adalah satu tindakan ‘balas dendam’ yang paling bacul, bebal dan tidak bermaruah oleh sebuah Kerajaan yang telah diberi amanah mentadbir rakyat.

Kekeruhan dipihak rakyat dan rungutan yang sedang bergema telah menyebabkan kerajaan UMNO/BN Melaka dan Pusat dianggap sebagai “tidak lagi bermaruah” dan “sudah tercekik”. Bantahan keras dari persatuan doktor-doktor Islam kerana mereka berkhidmat bukan kerana wang (seperti sikap pemimpin elit UMNO/BN yang rasuah dan membolot kekayaan dari rakyat); telah diberi sokongan oleh rakyat Melaka dan seluruh negara. Latihan yang mereka terima telah membentuk disiplin ‘sayangkan rakyat’ teah mendorong mereka merasa bahawa rakyat adalah dikejami oleh Kerajaan yang memerentah.

Malangnya, Kerajaan yang berfalsafah zalim dan ketandusan kewibawaan seperti UMNO/BN sudah hlang akal. Tindakan Kerajaan itu telah menyebabkan rakyat menderita. sedih dan sakit hati. Rakyat merasa mereka adalah mangsa dari kezaliman pemimpin yang diberi amanah.

Balas-dendam Yang “Backfire”

Tindakan terakhir Ali Rustam itu mempertontonkan satu keperibadian sebuah Kerajaan yang sangat lemah, sakit jiwa dan menunjukkan tekan perasaan yang sangat ketara.

Tindakan terbaru iaitu penarikan simpanan kerajaan dan agensi kerajaan Melaka sejumlah RM30 yang diarahkan supaya dikeluarkan dari 2 buah bank atas dalam siri tindakan ‘membalas dendam’ terhadap rakyat bersebab semata-mata kerana kakitangan bank terbabit mempamirkan simpati terhadap parti Pembangkang.

Berita itu telah menjadi keadaan begitu “lucah dan menjijikkan” yang akhirnya menghina keseluruhan kepimpin kerajaan UMNO/BN (Pusat dan Negeri) bertindak membelakangkan sikap “Demokratik” dan “balas dendam” yang paling hina dilakukan oleh sebuah Kerajaan.

Sudah ada terdengar desas-desus bahawa Kerajaan UMNO/BN telah mencontohi pentadbiran Komunis yang menggunakan “dendam” dan “paksa-ugut” untuk mendapat sokongan rakyat. Bermakna, hati rakyat terlalu terjejas dan hilang keyakinan dengan sikap Kerajaan UMNO/BN yang makin hilang keprihatinan. Sekaligus, keadaan itu telah mencerminkan betapa tersepit, tercekik dan lumpuhnya kedudukan Kerajaan ini.

Hematnya, jumlah RM30 juta itu tidaklah banyak – bagai melukut ditepi gantang saja (jika dibandingkan simpanan rakyat yang beribu kali ganda dari itu). Tetapi dari segi prinsip, rakyat mempertikaikan bagaimana sebuah kerajaan yang memberi 1001 janji manis dalam piliharaya dulu telah tiba-tiba memaksa mereka berhadapan dengan sebuah Kerajaan yang semudah itu melupakan janji; bertukar menjadi PEMBOHONG dan PEMBELOT kepada inspirasi rakyat.

Sekarang, luka yang mendarah itu tidak mungkin diubati dalam jangkamasa 5 tahun ini. Jika Pembangkang yang dibencii oleh pentabdiran UMNO/BN @ Ali Rustam @ Mahathir Mohammad; maka rakyat sendiri sedang mengimbau Pembangkang supaya tampil dalam Pilihanraya ke-11 kelak.

Dengan kata mudah, Ali Rustam adalah spesis pemimpin UMNO terakhir akan mentabir Melaka, seperti mana Wan Mokhtar di Terengganu. Bersekai dengan kerajaan Melaka, berapa Kerajaan Negeri telah dikenalpasti akan tumbang – sekaligus Kerajaan pimpinan Mahathir Mohammad akan senasib.

Pembangkang adalah Kerajaan

Pembangkang hari ini bukanlah Pembangkang dalam erti kata sebenar. Mereka adalah Kerajaan bagi 2 buah Negeri yang sedang menyusun tindakan memberi khidmat terbaik kepada rakyat. Beberapa wakil rakyat Barisan Alternatif (PAS, KeADILan, DAP, PRM) di Parlimen dan Dewan Negeri telah dapat dan berdaya menunjukkkan perestasi yang amat cemerlang dan sanjung rakyat.

Hari ini, Kerajaan UMNO/BN sedang mencari 1001 helah dan alasan yang dangkal-dangkal, bebal dan kurang pemikiran mendalam untuk menangkis penghormatan rakyat yang kian ketara meningkat terhadap kerajaan Negeri yang dikuasai oleh ‘Pembangkang’ itu.

Rakyat sudah nampak kelibat dan perbedaan yang makin ketara yang ditunjukkan oleh Kerajaan UMNO/BN yang makin menjauh dari hati rakyat umum.

Perbedaan Kerajaan ‘Pembangkang’ yang makin “tidak boleh diharap” itu sudah memberi kesimpulan di hati rakyat bahawa sudah sampai ketikanya rakyat bertindak menamatkan era UMNO/BN mentadbir Negara ini secara keseluruhan.

Mungkin satu hari kelak, rakyat akan ternampak Ali Rustam dan beberapa pemimpuin UMNO/BN mengangkat “tong taik” dan “tong sampah” di Ulu Melaka akibah kekecundangan UMNO/BN untuk berkuasa selepas Pilihanraya ke-11 kelak. Mahathir dan kuncu-kuncunya akan jadi penghuni beberapa penjara yang akan dibina khas bagi melayakkan mereka sebagai “bekas” pemimpin sebuah Kerajaan yang memushi rakyat. Dan penjara itu bukanlah sebuah mahligai berharga RM200 juta.

Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com