Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

PENGUNDI SANGGANG MAHU TUNJUKKAN BUKTI BAGI MENGHADAPI 2004

Keyakinan yang dipamirkan Mahathir kebelakngan ini adalah bagai orang sakit yang menanti maut!! Mahathir mengharapkan nyawa politik UMNO disambung lagi. Malangnya Mahathir sudah terlampau banyak kali ‘melanggar pantang’. Kali ini orang Melayu khusunya sudah cakap terang-terang kpd Mahathir: "TIDAK ADA MAAF BAGI MU". Terlajak perahu boleh ditarik, terlajak perbuatan? Lingkop UMNO/BN padahnya!!

Mahathir Hilang Keyakinan

Mei 2000, Mahathir pura-pura akan tunjuk keyakinan. Memang Mahathir dalam keadaan serba-salah. Hendak "declare defeat", sudah terlambat.

Mahathir hanya buang masa merayu-rayu bagai ponggok rindukan bulan. Bulan sudah menjirus dan malam kian gelap menunggu UMNO. Jangan nak sebut orang bertepuk kerana sukakan ucapannya, cuma setakat bagi Dewan rioh saja. Makna tepukan sudah tidak ada!!

Harapan Mahathir tak lebih dari "wishful thinking". UMNO bagai perahu dayung, sudah terlajak ketengah lautan, kini sedang dipukul badai. Kalau karam, siapkanlah pelampung!! Kalau tidak jerung ganas sedang mengintai dibalik beting..!! Eloklah UMNO mencari tempat berlindung, supaya jangan jadi seperti beberapa orang bekas UMNO/BN di Terengganu yang akan diheret ke mahkamah tak lama lagi!!

Puak ulama UMNO eloklah cari permit mengadakan ceramah Maghrib untuk menampung sara hidup!! Duit pencen mungkin sulit untuk menampung Mercedez dan banglo mewah yang masih belum habis hutang..!! Inilah yang menyulitkan hidup Hamid Osman, dll.

Semalam di Sanggang

Pertemuan saya dengan beberapa orang di Sanggang baru-baru ini – mereka berkata: alangkah bosannya dengan janji UMNO. Bagi mereka, Adnan ‘samseng kampung’ itu akan kena buku dengan ruas kali ini. Barisan pemimpin Pahang sekarang digelar "Pak Pandir abad Ke-21" yang mengHEROWORSHIP Mahathir.

Percayalah, PAS/BA bukan mendabek dada. Tetapi UMNO sendiri yang tolong PAS memukul canang penyokong PAS. Bukan saja orang Melayu yang dah muak dengan telatah UMNO yang makin tersepit, malah rakyat seluruh negara dah tengok macam mana perjalanan mahkamah mengendalikan kes Datuk Seri Anwar.

Orang Melayu di Sanggang nampak sangat dimata mereka bahawa UMNO dan Mahathir adalah bagai "budu busuk se tempayan" sedang dibongkar. PAS tak bongkar tapi UMNO dan Mahathir sendiri yang pecahkan tempayan itu.

Kes Rasuah Rafidah dan keputusan perbicaraan Rahim Nor jadi perbualan orang dfi Sanggang sekarang. Semua setuju, kalau KPN samseng, maka hanya sebuah kerajaan baru saja yang boleh mendisiplinkan seluruh Jabatan Polis semula.

Orang Melayu dah mula menyoal: Inikah dia pemerintahan UMNO? Adakah Mahathir pemimpin berjiwa rakyat? Makin terpuruk dan terzalimlah DS Anwar kerana karenah perundangan ‘cacamarba’ mengikut selera Mahathir.

Kezaliman UMNO/BN di Melaka

Kejadian di Melaka kerana karenah Ali Rustam menjadi percakapan orangm si Sanggang. Makin rakyat jadi "jittery" dengan karenah sumbang UMNO dan seluruh pemimpin parti yang makin kecundang. Saban hari pemimpin UMNO lebih pentingkan ‘menyapu taik kering’ Mahathir yang sudah kenyanyokan (senile).

Pindaan tuduhan keatas DS Anwar adalah bayangan bahawa "Mahathir adalah dalam ketakutan yang teramat sangat". Begitu juga kes Rahim Nor – mesti ada raksia dibelakangnya. Jika itu perangai seorang Perdana Menteri, untuk mengamanahkan kuasa mentadbir kepada UMNO/BN harus difikirkan baik-baik..!!!!

Orang Sanggang kecewa, ngeri dan sedar!! Keraguan sudah sampai ketahap maksima. Hari ini Anwar, esok lusa pula. Dalam empoh 5 tahun yang sangat panjang, pasti mulut rakyat akan di ragum, dan tangan rakyat akan dibelenggu dan dikekang!! Dalam tempoh 3 bulan berlaku ratusan rakyat dihumbankan ke lokap ISA!!

Kalau dulu rakyat Malaysia mengutuk peradaban Kominis (orang Pahang ngeri dengan pengalaman pahit itu), peri kegilaan pemimpin Russia yang mengekang kebebasan rakyat dengan kumpulan samseng-samseng KGB; kini mereka nampaknya UMNO/BN dan Mahathir serta barisan pemimpin UMNO yang terugut; tidak segan silu lagi bermaharajalela menghentak belantan, cotar, tendang-terajang, tumbuk tempeleng, fitnah dan kejian…. menyembur air kimia, segala-gala bentuk kezaliman kepada rakyat lemah dan tidak bersenjata.

Mereka faham, rakyat mahu menyuarakan rasa kebencian mereka terhadap Kerajaan Mahathir-Abdullah Bedawi yang memperlakukan begitu. Makin mereka nampak sekarang, pemimpin UMNO adalah terdiri dari mereka yang sombong, bongkak, tidak mengenal peri kemanusiaan. Atas segalanya, mereka adalah “munafiq" – sewenang-wenangnya membohongi rakyat dengan segala macam tipu helah. Mereka tidak menghargai amanah dan mandat rakyat.

Penentuan Terakhir

Penentuan terakhir ialah, apakah "KEADILAN" masih ada didalam lambung-perut pemimpin-pemimpin kerajaan UMNO/BN sekarang? Makin nampak kepada mereka bahawa Mahathir menggunakan ugutan sesuka hati untuk melepas diri, tetapi menjerat orang lain.

Mereka semata-mata tergila-gila mahu mejadi pemimpin UMNO kerana hendak mengaut ringgit dan sen melalui rompakan keatas keringat rakyat. Rakyat diperangkap dengan hutang berbillion-billion. Yang menanggung hutang adalah rakyat..hingga 7 keturunan belum tentu jelas. Pemimpin UMNO sekarang dan suku-sakat masing-masing serta kroni yang rakus akan hidup senang lenang.

Penduduk Melayu di Sanggang tidak mampu merobah kerajaan hari ini, tetapi memadai menunjukkan bahawa mereka mahu memulakan perobahan!! Mereka tidak termampu menunbangkan Kerajaan, kerana proses membersih diri bukan semudah itu. Tetapi sudah cukup memulakannya.

Penduduk Sanggang tidak mahu tertipu lagi. Mereka mahu menyedarkan UMNO supaya insaf bahawa sedang menerima hukuman rakyat!! Setakat itu sudah cukop sementara menunggu 2004!!

Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com