Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

ADUHAI…PEMIMPIN UMNO!! JIKA TERSESAT – BALIKLAH KEPANGKAL JALAN!!

Ramai orang terpinga-pinga bila Rais Yatim bercakap akan menggubal Akta khusus untuk memisahkan Ugama dari Politik. Bagaimana kandungan Akta itu orang tidak tahu. Tapi, yang diduga ialah UMNO mahu PAS tidak menggunakan perkataan “Islam” – menggugurkan perkataan “Islam” dari nama parti itu. Itu anggapan paling terhampir.

Kununnya, ada pihak yang menggunakan “Islam” untuk memecahbelah orang Melayu. Memang pelik bagaimana UMNO yang majoriti ahli adalah penganut Islam menganggap Islam sebagai ugama “perpecahan” pula!! Hairan juga dihati kita, bagaimana orang yang berfungsi sebagai pemimpin Islam dalam UMNO mentakrifkan ugamanya seburuk itu.

Pemimpin UMNO Membutakan Mata?

Sejarah menunjukkan dengan bokti-bokti nyata bahawa “Islam adalah ugama yang menyatupadukan ummah”. Jika itu jaminan Allah swt. bagaimana pemimpin UMNO boleh mentakrifkan sebaliknya?

Jika UMNO tidak mampu lagi menjamin menyatupadukan orang Melayu/orang Islam (kerana UMNO adalah sebuah parti sekular hasil dorongan nafsu orang-orang yang bernafsu “gila”), janganlah pemimpin UMNO cuba mencari 1000 dalih menyekat Islam menyatupadukan orang Islam. Memang orang Melayu sudah lama tidak mengharapkan UMNO melaksanakan perpaduan ummah!!

Berkata pula Abdullah Bedawi, (Timbalan Perdana Menteri lantik Mahathir Mohammad – Presiden orang-orang UMNO), katanya "Apa guna negara Islam jika rakyat mundur..!“

Ya, Allah! Ramai yang mengucap panjang. Disangkakan anak seorang ulamak akan waras fikirannya. Tetapi, sejak mengendalikan masalah “babi-babi” yang di Pengerusikannya (bagi pihak taukeh-taukeh MCA, kroni Ling Leong Sik); Dollah makin tenat sakit jiwanya.

Berkata seorang Imam tua yang 12 tahun menuntut di Makkah: “Firaun juga memerentah Hamman supaya mengahasut umat Mesir mengangungkan diri dan pemerentahannya sebagai tuhan. Didirikanlah piramid sebagai kubor Firaun. Hamman mengarahkan rakyat Mesir memertabatkana Firaun sebagai Tuhan, dan menafikan seruan Musa a.s. yang meletakkan Allah swt. kedalam hidop insan. Dengan itu, maka bermewah-makmurlah hidop Hamman – mengerjakan segala maksiat sekehendak nafsu…!!”

Hari ini, sejarah si “Hamman” Abdullah dan rakan-rakan seangkatan dengannya yang terampir disisi “MahaFiraun” itu; tidak ragu-ragu menempelak Islam….. "Apa guna negara Islam jika rakyat mundur”!!

Pasti ramai antara kita berfikir: “Islam tidak diturunkan Allah swt. untuk memundorkan manusia. Hanya orang yang mengaku Islam (tanpa yakin) saja yang memundorkan umat Islam..!! Jika umat Islam sebegitu menganggap Islam itu adalah begitu, bermakna manusia yang berkata begitu tidak lebih dari seekor haiwan liar di belantara yang lebih Yahudi dari Yahudi.

Yahudi membenci Islam kerana kehebatan Islam. Tetapi sekarang, umat Islam sendiri menyalahtafsirkan Islam. Makin nampak, yang mundor hanya lah manusia itu kerana menafikan kebesaran Allah swt, Firman dan Hadis, seruan Nabi dan Rasul. Di negara kita, pemimpin UMNO telah memulakan ‘gendang’ Yahudi!!

Hari ini makin jelas bahawa HANYA mereka diperangkap oleh kehidupan dan perhiasan dunia yang di‘tayangkan’ oleh syaitan dan iblis saja yang menafikan kebesaran Islam itu.

Mahathir Menukar Konsep Islam

Semasa kami menunaikan solat sunat Aidiladha, maka berkatalah Imam di mimbar: “Andainya manusia terpukau dengan gambaran nikmat yang dipaparkan oleh iblis itu, dan menafikan nikmat akhirat yang dijanjikan Allah; maka manusia pasti akan bertanya "Apa guna negara Islam jika rakyat mundur”, kata beliau dengan tegas!

“Sebenarnya, manusia yang berkata begitu adalah terdiri dari orang-orang yang putus asa, sempit akal dan hilang pegangan hidop.” sambung khutbah itu

Masa kami berjalan pulang, terfikir dibenak kami: “Memang Dolah sudah sampai ketahap putus asa, sempit akal dan hilang budibicara”.

Apakah yang diharapkan Abdullah Bedawi sekarang? Tidakkah beliau nampak – tiga orang Timbalan Perdana Menteri yang dibuang Mahathir, namun Mahathir tidak juga mahu melepaskan jawatannya. Mungkin Dolah adalah orang ke-4. Jika Dollah menanti Mahathir mati, itu adalah ‘probability’ – tidak bermakna Dolah akan mencapai impiannya menjadi PM.

Selagi UMNO adalah mempraktikkan “hukum belantara”, siapa kuat berpegang kepada fitnah dan hasad – maka selama itu Mahathir akan menjadi “petualang negara”. Mahathir sudah cuba menukar konsep pemikiran dan penghayatan Islam para pemimpin UMNO; seolah-olah Allah swt tidak nampak menolong orang-orang yang baik. Jika tidak, mustahil PAS di fitnah seburuk itu selama beberapa tahun ini, dan Anwar dibenamkan kedalam penjara tanpa kesalahan apa-apa!!

UMNO Mengahasut Bukan-Islam

Mahathir, Dolah dan seluruh pemimpin UMNO wajar ingat bahawa Russia dan komunisma hancur dalam tempoh 70 tahun. Segala kemajuan dan kehebatan Regim Komunis itu lenyap tidak berguna kepada rakyatnya dalam tempoh sehari menjelang ketiga. Adalah Dolah masih berdegil lagi dengan menghasut rakyat dengan "Apa guna negara Islam jika rakyat mundur..! itu?

Semakin jelas sekarang, di negara bukan Islam, peradaban pemerentahan Islam makin menghayati Islam. Pemimpin mereka sanggup berhadapan dengan rakyat, diheret ke mahkamah, menerima hukuman rakyat, berundor jika tidak berkemampuan lagi, melaksanakan Demokrasi dan memperakukan Hak dan Kebebasan bersuara rakyat. Tapi di negara ini, UMNO telah mempengaruhi komponen bukan Islam supaya mensekularkan Islam. Itukah jasa UMNO kepada Islam?

Disetiap Ceramah kini, makin jelas keterangan yang benar mengenai kemakmuran, kesejahteraan, dan kemajuan Islam di zaman tamaddun Islam yang silam. Berharap sangat kita semoga para doktor, pujangga, saintis kaji hayat, bulan-bintang dan cakrawala supaya gigih menyelidik mencitrakan kepada rakyat siapakah yang memulakan bidang-bidang ilmu itu. Pasti akan bertemu kita dengan nama-nama cendekiawan Islam. Masihkan Dollah dan Rais Yatim terus mengcap Islam sebagai ugama yang memundurkan umat.

Memang sukar menghubungkan konsep tamaddun manusia dengan kehebatan Islam – apatahlagi jika manusia itu tergolong kepada “mereka yang tidak mahu berfikir”. Malangnya, Mahathir, Abdullah Bedawi, Rais Yatim adalah orang-orang yang telah meletakkan UMNO melebihi hikmah Islam sebagai ugama perpaduan ummah..!! Aduhai politik UMNO!!

Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com