Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

SANGGANG – MAHATHIR & UMNO/BN SEDANG BERHADAPAN DENGAN TENTAGAN RAKYAT

Terdengar percakapan dibelakang tabir bahawa Mahathir mahu pihak yang terlibat dalam perbicaraan Anwar akan memanjangkan perbicaraan sampai bulan Jun tahun 2000 ini. Mahathir mahu menggunakan prosiding Mahkamah sebagai perisai dan lembing untuk mempertahankan dirinya dari serangan sesiapa juga dalam Perhimpunan UMNO Mei 2000 itu.

Dr. Mahathir boleh buat perkara ini dengan mudah sahaja kerana Mahathir telah merancang untuk mengawal ketat keadaan di Perhimpunan itu. Tetapi bolehkah Mahathir mengawal pandangan dan keputusan rakyat banyak?

Yang jadi pokok persoalan sekarang bukanlah sama ada Anwar akan didapati bersalah ataupun tidak. Tidak menjadi soal kepada rakyat samada Rafidah dibebaskan, atau Rahim Nor terlepas dari tuduhan jenayah berat. Biar Mahathir memberi 1001 justifikasi. Agenda Rakyat lebih luas dari itu.

Telah diketahui bahawa Mahathir telah menerima nasihat dari puak Yahudi (juruperundingnya). Kununnya, walaupun alasan Mahathir tidak lojik dan tidak diterima oleh sesiapa pun, cukup sekadar beliau hanya meragu dan mencurigai peribadi Anwar. Mahathir cuma dikehendaki supaya nama baik Anwar rosak. Dengan itu, kerjaya politiknya akan turut terhapus. Yang lainnya akan jadi sejarah.

Diberitakan, penasihat Mahathir memaklumkan, Mahathir tidak perlu ragu-ragu jika Anwar mendapat khidmat peguam-peguam yang terbaik dalam negara. Mahathir tidak harus peduli samada Anwar mendapatkan sokongan lebih separuh rakyat Malaysia. Yang penting ialah, akhirnya para Hakim juga yang berkuasa membuat keputusan. Itulah kuasa yang sebenarnya. Bukannya rakyat yang berdemonstrasi di jalan-jalan.

Sahihlah sekarang bahawa memang benar wujud KONSPIRASI terancang untuk menjatuhkan Anwar. Rakyat tahu sekarang bahawa Mahathir dan pemimpin-pemimpin Umno memang berniat salah dan mempunyai kepetingan untuk menjatuhkan Anwar.

Makin jelas bahawa mereka sekongkol melaksanakan niat jahat KONSPIRASI ini. Sahih sekarang bahawa Mahathir telah meletakkan UMNO dan BN berdepan dengan RAKYAT sebagai musuh.

Tetapi Mahathir tidak sedar bahawa sebagai langkah strategik, rakyat akan bertindak mensepadukan tenaga menentang KEZALIMAN DAN KONSPIRASI MAHATHIR. Kesedaran rakyat sudah terlalu meluas!! Kejayaan P/raya Ke-10 adalah saksi nyata

Memang nampak bahawa Konspirasi Mahathir tidak peduli samada Anwar bersalah ataupun tidak. Mahathir hanya mahu UMNO ragu dan curiga pada peribadinya. Beliau hanya mahu nama baik Anwar dan kerjaya politiknya rosak supaya beliau akan dilupakan.

Untuk tujuan itu, diketahui bahawa Mahathir telah berurusan sendiri dengan Peguam Negara, Hakim dan Polis untuk membuat keputusan dan melaksanakan rancangan itu. Mahathir tidak akan peduli rakyat berdemonstrasi di jalan-jalan. Bagi Mahathir, kuasa Kerajaan boleh memberi justifikasi membelasah mereka!!

Tetapi hakikatnya, Mahathir bukan sekadar mencabar Rakyat atau Parti Pembangkang dan lain-lain pihak; sebenarnya UMNO/BN telah MENCABAR Rakyat negara ini supaya menunjukkan kekuatan menentang partinya.

Mahathir lupa bahawa RAKYAT sudah faham apa yang telah dirancang, lakukan dan ‘akan lakukan’ oleh kuncu-kuncunya. Setakat ini rakyat telah memberi petanda kepada Mahathir dan UMNO/BN bahawa segala kebaikan Mahathir dan Kerajaan UMNO/BN sekarang, kata kata lembut-manis puak ini adalah pura-pura. Apa yang berlaku sekarang di Melaka adalah lambang kerja jahat dan tindakan balas dendam sekumpulan DIKTATOR.

Mungkin Mahathir tidak tahu bahawa pengundi Sanggang sedang bekerjasama sesama mereka untuk menumbangkan UMNO/BN di Sanggang. Ini adalah persediaan kali terakhir mengikis UMNO/BN dari muka bumi Sanggang ini.

Adalah menjadi jihad rakyat Sanggang untuk mula membangunkan piagam politik rakyat Melayu sebenar dan menghapuskan segala gejala kotor, rasuah, rompak samun Umno. Mereka mahu tunjukkan bahawa Barisan Parti Alternatif yang baru adalah petanda keras bahawa orang Melayu adalah keras dengan sifat anti-DIKTATOR, FITNAH dan ZALIM.

Ingat Mahathir dan UMNO/BN!! Rakyat bukan berjuang dalam ruang yang sempit lagi – bukan sekadar untuk keadilan Anwar tetapi untuk jihad diri sendiri. Rakyat akan menang. Mahathir telah jadi musuh rakyat Klas Utama.

Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com