Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

BAGI PENGUNDI SANGGANG – UMNO/BN TIDAK ADA TEMPAT LAGI DI SANA!!

TPM Abdullah Bedawi dan Najib Razak dilaporkan sebagai berkata bahawa pilihanraya kecil Sanggang adalah penting bagi UMNO/BN. Dengan itu, semua jentera pilihanraya BN diarah supaya digerakkan untuk menentukan kejayaan UMNO/BN cemerlang disana.

Bagus!! Memang bagus didengar. Bagus sekali!! Malangnya, sebagai TPM yang nyaris-nyaris tidak payah bertanding – cukup sekadar dilantik oleh si Perdana Menteri untuk kekal sebagai TPM; saranan Dollah Beawi itu telah menjadi bahan ketawa orang Sanggang. Bagi Najib, gementar lututnya kerana cuma menang 200 undi masih belum reda!!

UMNO Menongkah Arus Di Sanggang

Lawatan Abdullah Bedawi ke Temerluh baru-baru ini amat mengecewakan (dalam ertikata politik). Mungkin beliau merasa sudah mendapat petanda bagaimana kesudahannya keputusan P/raya Kecil Sanggang bulan depan. Khabarnya, beliau langsung tidak mendapat sambutan dari Rakyat!! Berbanding Ceramah PAS/BA, puluhan ribu rakyat keluar dengan ‘mood’ PESTA yang menggembirakan hati!!

Orang Sanggang hairan, mengapa selama ini puak pemimpin elit UMNO tidak pernah menyebut nama Sanggang. Bagi mereka, nama Sanggang terlalu asing dan janggal disebut. Para pemimpin elit UMNO di Kuala Lumpur dan Pak Menteri yang berkaliber besar seperti Mahathir Mohammad dan Abdullah Bedawi menganggap bahawa Sanggang cuma sebuah kawasan ceruk, didiami masyarkat yang terkeluar dari arus pembangunan. Dalam bahasa tempatan di sebut sebagai “Jauh di loceng”. Begitulah hinanya dalam padangan elit UMNO itu!!

Setakat ini, orang Sanggang tidak pernah dijenguk oleh pemimpin UMNO/BN . Mungkin mereka menganggap bahawa rakyat Sanggang masih belum bertamaddun dan tidak memerlukan sebarang Pembangunan. Seperti kebanyakan kawasan di Pahang, selama ini pemimpin UMNO hanya kenal kawasan-kawasan pendalaman itu kerana hasil belantara sahaja.

Mereka menganggap, kerana rakyat dan penduduk Sanggang adalah majoriti orang Melayu, maka tak perlulah mereka diberi apa-apa yang membolehkan mereka beroleh nikmat pembangunan seperti Kuantan, Pekan dll. Bagi mereka orang Melayu adalah kelompok umat-umat yang ‘docile’ dayus!!

Rakyat Sanggang Tahu Harga diri

Mungkin selama ini pemimpin UMNO menganggap kawasan Pihanraya Sanggang begitu complacence bagi mereka. Kerana, dari jumlah 15,579 pengundi dalam pilihanraya 29 November 1999 lalu, 61.3% adalah orang Melayu. Pada anggapan mereka, jika pengundi itu terdiri dari orang Melayu, pasti mereka menyokong UMNO. Nama Allahyarham Tun Razak ribuan kali disebut (mencari hikmah menumpang tuah, konon)!! Sebalinya, nama Mahathir sudah hancur di Sanggang, cuma lebih terkenal sebagai “penjenayah” politik dan Tukang HUKUM rakyat!!

Pengundi Kaum Cina pula ialah 32.3%, selebihnya kaum India dan lain-lain. Majoriti undi yang diperolehi calon BN dalam pilihanraya ke-10 hanyalah 1,038 undi. Aduhai….!! Bagi UMNO/BN itu sudah cukup kuat. Bandingkan dengan Najib, cuma majoriti 200 – satu jumlah paling memalukan bagi seorang Menteri yang mengetuai Jabatan penting, Vise Presiden UMNO yang seharusnya mempunyai kaliber besar, pun masih memberi kemenangan. Itu sudah cukup kuat!! Tetapi ternyata, kali ini, keadaan di Sanggang amat menghampakan.

Rakyat Sanggang (semua kaum) sekarang dihadapkan dengan butir kempen dari rumah kerumah oleh pihak UMNO/BN dengan hasutan yang amat jijik. Mereka dihasut, sekiranya PAS memerentah di Sanggang, orang-orang Cina tidak boleh berternak khinzir atau jual khinzir di pasar.

Orang Melayu pula dihasut dengan kesulitan undang-undang hudud yang akan dibawa oleh PAS; kununnya orang Melayu akan kena potong kaki-tangan. Kununnya para Ulamak Politik di Terengganu dan kelantan cuma pandai cakap tapi tak pandai buat.

Walaupun, perkara ini remeh dan tidak releven (lebih-lebih lagi Fitnah besar), bagi UMNO/BN sebagai sebuah parti yang memang terkenal “PAKAR” dalam Fitnah – hujjah remeh-temeh begini dirasakan itulah kempen yang bermaruah, kunun. Boktinya, kerana Dr. Mahathir sendiri telah menggunakan “taktik kotor yang Fitnah dan Palsu” seperti itu di Sabah, maka hujjah itu “halal” bagi mereka gunakan!!

Rakyat Sanggang Sudah Celik Politik

Tetapi Rakyat Sanggang bukan buta mata hati dan tidak sebodoh-bebal seperti pemimpin UMNO/BN yang “sakit jiwa” dengan menggunakan 1001 penipuan yang nyata!! Mereka tahu Hak diri, harga diri dan maruah. Mereka telah melihat keadaan sekeliling; dan keyakinan mereka terhadap Pembangkang PAS/BA yang sekarang telah memerentah dua (2) buah Negeri jiran Pahang (Terengganu dan Kelantan) – sebagai amat menggembirakan.

Ada beberapa orang jiran dan saudara-mara yang bekerja di Terengganu dan Kelantan pulang ke Sanggang pada hariraya Eidul Adha yang lalu memberi penerangan secukupnya mengenai pentadbiran telus, bersih dan amanah kerajaan kedua-dua buah Negeri di bawah PAS/BA itu. Anak-anak mereka yang berpendidikan juga sudah memberi mereka penerangan yang wajar.

Sekaligus, kekuatan hujjah UMNO dan komponen MCA terhakis lumpuh-lumat bagai dihanyut bah besar!!

Kejadian Di Melaka “Backfire”

TETAPI, apa yang lebih nyata dan konkrit ialah: UMNO/BN perlu khuatir dengan tindakan melulu dan paling bebal yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Melaka. Rakyat Sanggang sudah nampak bahawa Pemimpin UMNO/BN – jika mereka berkuasa, urusan UTAMA mereka hanyalah untuk membolot hak rakyat untuk kepentingan pemimpin yang rakus.

Rencana pertama mereka adalah mencari kekayaan diri. Urusan rakyat tidak pernah menjadi soal. Manifesto UMNO/BN umpama mata pancing, iaitu: Apabila pancing sudah melekat, pengundi akan kehilangan hak, kuasa dan daya untuk melawan. Mereka akan diberi 1001 alasan. Meloponglah rakyat menunggu bagai buah tak gugur!!

Mereka terang-terang telah nampak bagaimana Ali Rustam menggunakan kuasa DIKTATOR dengan sokongan 100% dari Mahathir Mohammad (Bapak segala DIKTATOR). UMNO/BN terlalu pantas mentafsirkan – kununnya; sekiranya rakyat memberi kemenangan kepada parti itu, sekaligus itu bermakna ‘fait accomple’ – rakyat tidak hak membantah!!

Maksudnya, rakyat @ pengundi sudah siang-siang menyerahkan “nyawa dan badan” untuk ‘lapah-lapah’ oleh pemimpin UMNO/BN seperti lembu korban!! Rakyat Melaka telah begitu berbudi hingga memberi kemenangan ampuh kepada UMNO/BN, tetapi apa sudah jadi?

Mereka nampak jelas bahawa UMNO/BN sudah makin “naik lemak” keterlaluan sejak akhir-akhir ini. Sebaliknya di Terengganu dan Kelantan, pemimpin yang ikhlas yang diamanahkan rakyat disana telah memberi satu perlindungan dan naungan yang menjanjikan rakyat hidup dalam keadaan tenang dan baik hubungan silaturrahim antara ‘Pemimpin-Rakyat’. Itu adalah tafsiran berpolitik oleh rakyat terhadap PAS/BA demi kepentingan Rakyat. Mereka mahu itu.

“Kesamsengan” Adnan MB yang sangat menjijikkan orang kampung telah merebak sekeliling desa dan kampung. Kelainan antara PAS/BA dengan UMNO/BN itu bukan cakap-cakap kosong, tetapi adalah sesuatu yang benar dan ketara. Ini bersebab dari sifat PAS/BA yang menghayati “Islam”sebagai “teras” pentadbiran parti dan Kerajaan pimpinan parti itu. Mereka sudah lebih menghayati Islam kerana Islam adalah ugama “penyatuan” paling unggul. UMNO/BN adalah ciptaan manusia yang tidak ada isi dan makin sekular!!

Satu Jangkaan

Mungkin Sanggang akan memeranjatkan UMNO/BN kali ini. Contoh Terengganu yang penuh dengan “surprises” akan menyebabkan Sanggang akan memulakan suatu petanda bahawa UMNO/BN sudah “payah” bernyawa di Pahang!! Pilihanraya ke-10 adalah satu bayangan yang terang!!

Mungkin ada pemimpin UMNO yang kesal dan berkata, “Mengapa Abdullah Kia mati terlampau cepat?”. Tetapi ada juga diantara pemimpin UMNO yang gembira Abdullah meninggal dunia, kerana dengan itu mereka berpeluang jadi HARTAWAN SEGERA!! Maklumlah BUDAYA UMNO/BN susah hendak diduga!!

Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com