Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

LEBIH ELOK MAHATHIR DAN KADIR TALIP TUTOP MULUT DAN DUDUK DIAM-DIAM!!

Kerajaan Regim Mahathir sekarang makin terdesak. Regim ini tidak dapat lagi mampu mengelakkan orang Melayu dari berpecah dari UMNO. Dengan itu, Barisan Nasional yang bertulang-belakangkan UMNO sudah habis ikhtiar untuk merapatkan semula orang Melayu supaya memuja UMNO. UMNO tidak lebih dari sebuah parti yang sudah tidak releven lagi kepada orang Melayu!!

Pelik Tetapi Benar

Adalah pelik tetapi benar, UMNO sudah mula cuba “memainkan” sentimen rakyat dengan mengadu-domba rkyat dengan raja-raja Meayu pula. Umpama parti PONDAN – berdatang sembahlah pemimpin UMNO kepada Raja-raja Melayu memohon pertolongan. Malangnya Raja-Raja Melayu sudah lama mendiamkan diri melihat dengan mata kepala bagaimana Mahathir dan sekongkolnya bermain api politik yang mengadu-domba rakyat dan bertindak Zalim dan Ganas terhadap rakyat yang memberi amanah. Malangnya: UMNO adalah parti yang tidak amanah!!

Hematnya, orang Melayu TIDAK BERPECAH. Penganut Islam tidak huru-hara. Yang huru-hara dan pecah berkecai ialah UMNO dan BN. Kerana karenah pemimpin UMNO tidak lagi sebulu dengan rakyat dan umat dunia sejagat; kerana orang Melayu terlalu malu, maka orang Melayu @ Islam telah menentukan haluan baru bahawa mereka wajib berhijrah kepada ‘the so called’ “Pembangkang”.

Kini, orang Melayu @ Islam sudah nampak cahaya terang-benderang di seberang sana. BARISAN ALTERNATIF yang wujud hasil penyatuan iltizam rakyat berbilang kaum di negara ini telah berjaya memberi tentangan hebat kepada UMNO/BN dalam P/raya yang ke-10. Bacaan itu pasti telah dihayati, dighormati dan diamati oleh Raja-raja Melayu.

Iltizam Rakyat Sudah Jelas

Kini, negeri yang dirampas (Terengganu selepas Kelantan) lebih diperkirakan rakyat sebagai permulaan kepada satu penubuhan Kerajaan yang lebih telus, bersih cekap dan amanah dalam p/raya ke-11. Itu pun satu iltizam juga!!

Saranan Mahathir Mohamad yang kununnya percaya Raja-Raja Melayu boleh memainkan peranan menyatukan masyarakat Islam yang berlainan fahaman politik di negara ini melalui majlis-majlis agama yang mereka terajui; dan diulas pula oleh Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya, Tan Sri Abdul Kader Talip – dapat ditafsirkan sebagai “satu agenda terancang” atas perancangan Mahathir Mohammad (yang sudah tersepit). Ia melibatkan Raja-Raja Melayu dengan politik menyokong sikap “jembalang” pemimpin UMNO/BN!!

Tidak ada sebab orang Melayu @ Islam berpecah dinegara ini, sekiranya pemimpin tertinggi UMNO bersikap “berbudya dan beradat-resam” sebagai orang Melayu yang terkenal dengan ketinggian nilai-nilai sopan santun!! Hanya UMNO yang sudah meninggalkan lunas-lunas peradaban Islam dan adat resam Melayu!! Pemimpin UMNO telah membudayakan Rasuah dan ‘melindungi’ Jenayah sebagai “paradigm shift” yang sangat menjijikkan orang Melayu!!

Apa yang berlaku dikalangan rakyat sekarang ialah: Regim Mahathir adalah sebuah Regim paling asing bagi orang Melayu @ Islam. Regim inilah pereka-cipta dan pembuat fitnah paling aib terhadap seorang pemimpin Melayu.

Rakyat Tidak Yakin Kepada UMNO/BN

Akibahnya, rakyat yang sudah TIDAK yakin dengan kewibawaan para pemimpin UMNO yang ada sekarang. Rakyat telah sebulat kata akan mencemuh UMNO sebagai parti “songsang” dari segi politik, sosial, pentadbiran, undang-unang dan keugamaan. Rakyat, khususnya orang Melayu tidak peduli apa UMNO mahu buat. Bagi rakyat, UMNO adalah dalam proses menerima kehancuran dari dalam.

Bagi orang Melayu, perbedaan sudah jelas antara UMNO/BN dengan Barisan Alternatif (BA). Setakat ini UMNO/BN tidak lebih dari sebuah parti yang mendedahkan pekong di dada. Tidak ada lebih dari itu kezaliman yang dilakukan oleh sebuah parti seperti UMNO terhadap rakyat dengan membelasah dan menyiksa rakyat dalam lokap dan tahanan (seperti yang diakukan kepada DS Anwar dan rakan-rakannya).

Sementara Perdana Menteri yang bertanggungjawap Berkonspirasi telah berkeliling dunia menegakkan benang basah – kununnya orang yang diseksa dalam lokap itu adalah seorang penjenah tanpa sebarang bokti yangsahih. Sebenarnya Mahathir Mohammad sendiri adalah seoarang Perdana Menteri merangkap PENJENAYAH paling besar!!

Beberapa ulamak rakyat seperti Dr. Badrul Amin telah dibogelkan didalam lokap – bertentangan dengan hak asasi beliau sebagai seorang insan. Kita lihat gambar bagaimana polis dibawah arahan Abdullah Bedawi & Mahathir mengambil tindak tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat yang berdemo aman di Masjid Negara. Mereka ditangkap dan diugut dengan pelbagai cara yang menyedihkan.

Sekongkol Dengan Yahudi

Kita lihat Hamid Albar, Abdullah Bedawi dan Mahathir cuba bersekongkol dengan Regim Yahudi – walhal itu adalah bertentangan dengan kemahuan Rakyat Islam. Kita lihat bagaimana Raja-Raja Melayu dipaksa supaya jangan menerima Memorandum Rakyat. Apakah ini sebuah pentadbiran yang berwibawa?

Kita lihat sekarang bagaimana orang Melayu ditindas di Melaka – atas perentah Mahathir dan sekongkolnya; seorang “Dayus Politik” seperti Ali Rustam yang dilantik sebgai ketua Menteri.

Bagi rakyat Ali Rustam adalah “abdi suruhan” yang saban hari “menjilat punggong” Mahathir yang telah “fasik dan Gila Babi”!! Budaya lemah-lembut dan agama Islam anutan orang Melayu telah dipercacai oleh UMNO yang berpresidenkan seorang yang sudah hilang pertimbangan seorang Manusia yang waras!!

Mahathir juga adalah Perdna Menteri pertama yang memusnah dan meruntuhkan kedaulatan Raja-Raja Melayu, merampas imuniti Baginda.

Tetapi hari ini rakyat nampak, bahawa Mahathir telah meletakkan dirinya “above the law” melebihi imuniti Raja-raja Melayu. Mahathir dengan menggunakan Peguan Negara telah cuba mengelat-berdalih tidak mahu diheret ke mahkamah sebagai saksi Anwar. Jika Mahathir benar-benar seorang yang mencontohi seorang islam yang baik; beliau wajib tegak sebagai anak jantan berbuah ‘saga’ dicelahkangkang – bukan sebagai ‘binatang yang lebih kotor dari ‘hyna’ yang busuk satu badan…..!!

Peringatan Kepada Kadir Talib

Jika Imam yang diupah oleh Mahathir untuk bercakap sebagai dilaporkan: ''Jangan membelakangkan kuasa dan fungsi raja, kedudukan raja sebagai ketua agama tidak boleh dipertikaikan, oleh itu institusi diraja perlu menggunakan kuasa yang diperuntukkan untuk menyatukan umat Islam di negara ini,''; maka rakyat (kususnya orang Melayu) meminta beliau supaya menaishati Mahathir supaya si Tok Iman Besar tadi menurut kata-kata beliau. Bolehkah? Takutkah? Kecutkah?

Fahamlah bahawa majoriti orang Melayu belum hilang pegangan lagi. Yang sudah nyata jelas hilang pegangan ialah “tuan” Tok Imam tadi – hingga Nabi pun dicaci Mahathir, dan Tok Imam diam membisu bagai “pekak tuli”. Kenapa tak mengadu kepada Raja-Raja Melyu pula? Sudahlahhhhhhh…….!! Berlakun pula kah? Nampaknya sudah ada pengikut baru Hamid Zainalabidin sekarang. Tua-muda sama sewel kah? Masyaallah!!

Buang Saja Ke Longkang

Bagi orang Melayu, Mahathir tidak ada guna lagi!! Jika dibuang kelongkang, tidak siapa yang angkat menjengah muka. Jika beliau mati, tidak ada siapa yang menagisi!! Sebaliknya, ramai yang bersyukur ke hadrat Illahi!! (Terlepas dari siksa seorang pemimpin yang mencaci Nabi dan mensekularkan Islam).

Kiranya, lebih elok Mahathir Mohammad dan Abdul Kader Talip duduk diam-diam. Kerana jika kalian berdua masih menguit mulut, makin itu kalian tidak sedang tidor malam. Rakyat sekarang sudah mendapat perindungan yang aman dengan satu harpan iaitu: UMNO/BN pasti akan diganti dengan Parti “Pilihan”. Masakan itu pun tidak FAHAM?

Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com