Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

BERHAK KAH UMNO “BARU” MENGAMBIL MANFAAT KEJAYAAN UMNO “ASAL”??

Saya sempat bercerita dengan seorang kenalan lama (bukan Melayu) berasal dulu dari sebuah kampung di Sanggang (nama kampung dirahsiakan). Cerita berkisar dari satu tajuk kepada isu-isu yang mendadak sekarang.

Mahathir Sudah Hilang Akal

Kami bercerita dan berbincang denga telus dan ikhlas umpama ‘soul searching’. Isu Mahathir sudah hilang akal kerana UMNO sudah ditinggalkan oleh orang Melayu, dan sekarang hanya mengharapkan sokongan bukan Melayu khususnya kaum Cina adalah antara isu perbicangan yang jadi isu hangat dikalangan ahli politik tempatan sekarang.

Beliau pula bersikap sangat terbuka – tepat sebagai seorang “Malaysian”. Perkauman tidak ada dalam dadanya kerana beliau berkata hidup matinya disini, setiap sen yang diperolehinya adalah untuk membangunkan perusahaan yang memberi manfaat semua kaum di negara ini. Memang benar. Kebanyakan pekerja dan eksekutif beliau terdiri semua kaum.

Sebagai seorang yang lama dalam politik UMNO, saya tanya beliau bagaimana pendapat beliau tentang pergolakan UMNO yang sudah hancur berkecai sekarang. Apa kesannya kepada komponen BN yang lain.

Dengan pantas beliau menjawap, “Pemimpin UMNO perlu sedar, rakyat Taiwan pun boleh bertukar wadah. Parti Konservatif di Great Britain pun jatuh ke tangan Liberal Party. UMNO yang menjadi tulangbelakang BN tidak terkecuali. BN sudah mulai BERPECAH juga”, katanya.

Beliau mengulas panjang, katanya: “UMNO sudah sampai ketahap ‘mengharapkan’ sokongan bukan Melayu untuk menegakkan UMNO menerajui Kerajaan BN. Kesetiaan (loyalty) golongan bukan Melayu kepada BN adalah sesuatu yang sementara. Sebagai bukan Melayu beliau sudah lama merasa bahawa UMNO dan Pemimpin elit mereka sebenarnya berpura-pura terhadap amanah orang Melayu; kerana itu UMNO sekarang sudah tersisih oleh orang Melayu”, katanya.

Elit UMNO Petualang Berjembalang

Kata beliau lagi, “Kerana Mahathir dan golongan elit yang lupa daratan itu telah terlalu jauh menyimpang dari amanah orang Melayu, maka hari ini Mahathir & sekongkolnya dan UMNO telah dikecundangkan oleh orang Melayu sendiri. Mungkin pemimpin UMNI tidak menerima hakikat bahawa orang Melayu adalah satu kaum yang sudah maju dan berfikiran terbuka. Tetapi asas Islam dan gabungan budaya Islam dan budaya Melayu masih terjalin begitu kuat dalam peradaban orang Melayu hingga apa yang Mahathir lakukan selama 15 tahun dipenghujung Alaf ke-20 ini telah menjijik, mengecewa dan membosankan bukan saja golongan terpelajar orang Melayu, malah orng Cina dan India juga”, katanya.

Katanya, “Kaum bukan Melayu dalam komponen BN sudah mula insaf bahawa perjuangan BN hanya untuk sekelompok sahaja. Seperti bekas UMNO, golongan bukan Melayu sudh sedar bahawa BN tidak lagi berguna untuk menerajui masa depan Negara..!!”

Walaupun Mahathir mengatakan orang Melayu telah berjaya dalam bidang ekonomi dan perusahaan, hakikat sebenarnya Dasar Ekonomi Baru tidak memberi sebarang manfaat yang jelas kepada orang Melayu seperti yang di ‘claim’ oleh Mahathir dan UMNO, kata beliau.

“In fact, Mahathir himself is the real culprit, taking advantage of patient of the bigger of the Malays in general. His Cronies are the richest lot overnight. Without Mahathir and Daim at helm, those unskilled cronies and their sons and daughters will never fit into the business circle of the modern day’s business world. They are the ones who destroy the opportunities of the ‘real and genuine’ Malay businesmen who may start-off like “Ramly” a Burger seller turn millionaire…” sambungnya.

Bukan Melayu Duga Kehancuran BN

Dalam malu-malu, terfikir kepada saya bahawa sesungguhnya kaum bukan Melayu telah lama memerhatikan lagak, karenah dan sumbang-laku pemimpin UMNO selama ini. Mereka sudah lama menjangkaan bahawa satu hari UMNO akan lumpuh dan hancur-lebur; semata-mata kerana pemimpin UMNO terlalu angkuh dengan ledakan kuasa politik yang mereka monopoli selama ini.

Hakikat sebenarnya, UMNO “Baru” yang direka oleh Mahathir bukan lagi sebuah parti politik yang memperjuangkan hak dan tuntutan orang Melayu. Mahathir hidup dalam khayalan. Setiap khayalan beliau menjajikan pembaziran. Malangnya tidak ada orang dalam kelompok UMNO yang berkemampuan untuk menyanggah dan mempertikaikan Mahathir kerana Mahathir terkenal dengan sikap PENDENDAM kesumat!

Jika seorang bukan Melayu meluahkan buah fikiran secara terbuka begitu, kita tahu sekarang bahawa bukan Melayu sudah mulai tidak meyakini MCA, MIC dan GERAKAN untuk bersekutu dengan UMNO dalam satu Barisan.

Kita nampak sekarang bahawa kaum bukan Melayu sudah mulai bangkit dan memperjuangkan hak bersama – seperti kebebasan berfikir, bersuara, keadilan, menentang kezaliman, dan seumpamanya. Ini adalah petanda baik untuk “Pembangkang”.

Saya teringat bagaimana sdr. Tien Chua yang bertubuh kurus tetapi tegas dan mantap perilaku; adalah seorang yang didendami oleh Mahathir dan Dollah Bedawi. Beliau tonggang-langgang dibelasah semata berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan.

Saya melihat bagaimana Karpal Singh dan Zainur Zakaria serta beberapa orang yang dihalang dengan pelbagai ancaman oleh Regim Mahathir untuk melaksanakan tanggujawab; telah dinafikan hak tugas dan fungsi mereka sebagai Peguambela oleh Mahkamah yang dicengkam-ugut oleh Mahathir sendiri.

Abdi Suruhan Mahathir: si Ali “RACTUM”

Saya kembali mengingat Ali Rustam (nama timangan terbaharu diberi oleh seorang netter Forum Reformasi FGR sebagai: ALI RACTUM) dan membaca beberapa keratan guntingan akhbar internet ‘MalaysiaKini’ yang menganalisis sikap Kerajaan UMNO/BN Melaka terhadap rakyat. Terang-terang saya kata, saya keciwa!!

Saya teringat lagi bagaimana Mahathir telah menggunakan Tan Sri Kadir Talip dipaksa berkhutbah meminta Raja-Raja Melayu supaya baginda Raja-Raja Melayu memainkan peranan menyatukan masyarakat Islam yang berlainan fahaman politik di negara ini melalui majlis-majlis agama yang mereka terajui; dan ulasan ulasan Ulamak UMNO yang totok pro-Mahathirisma (Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya, Tan Sri Abdul Kader Talip) yang ‘menganggukan’ segala perbutan Mahathir!!

Makin memudahkan tafsiran kita bahawa “agenda terancang” Mahathir Mohammad yang sudah tersepit dan tercekik dikhalkum itu sudah sampai ketahap menghela nafas UMNO dan BN buat kali terakhir. Mahathir dan pemimpin UMNO yang membuatkan UMNO jadi ‘sampah sarap’ politik yang tidak ada harga.

Dengan melibatkan Raja-Raja Melayu dalam isu politik untuk menyokong “kejembalangan” kepemimpinan UMNO/BN terhadap bangsa sendiri; adalah suatu hakikat yang paling DAYUS bagi sebuah parti politik dalam sebuah negara Merdeka.

Bermakna, Kerajaan ini tidak punya KEWIBAWAAN lagi – sudah rapuh dan lumpuh, terbantut dan tidak diyakini, telah hilang daya karisma dan keunggulan.

Keadaan sekarang JAUH berbeda dari tuntutan anti-Malayan Union tahun 1946 – kerana penglibatan Raja-Raja Melayu waktu itu memang kena pada tempatnya. Itu pasti dan jelas. Tetapi sekarang pemimpin UMNO sendiri – tidakkah itu bermakna Parti ini sudah tidak lagi mewakili rakyat sendiri?

UMNO Seluruhnya Hilang Daya (impotent)

Makin jelas sekarang bahawa UMNO dengan Presiden parti dan kelompok pemimpin yang masih lagi se acuan dengan sikap dan sifat burok laku, “cakap tak serupa bikin”, berwatak “Iblis” berpura-pura belagak “malaikat” – percayalah…. sampai kiamat UMNO akan diganyang oleh rakyat, khususnya oleh orang Melayu dan Islam.

Mahathir dan kelompok pemimpin yang sekongkol beliau tidak akan dinasihati lagi oleh orang Melayu. Mahathir dan kelompok pemimpin ini sudah dianggap oleh orang Melayu sebagai ‘relik sejarah’ yang akan dicatat dalam sejarah ‘tinta hitam’. Parti ini sudah disingkirkan dan tersingkir.

Orang Melayu tidak lagi menganggap UMNO “Baru” sebagai kesinambungan UMNO “Asal” yang punya sejarah gemilang.

Orang Melayu Ada PILIHAN

Kini, sebuah parti baru yang lebih beramanah, telus dan meyakinkan telah diwujudkan oleh Rakyat jelata dengan azam dan tekad mrangkum pelbagai kaum untuk menangani permasaalahan mereka. BARISAN ALTERNATIF bukan calang-calang sekarang. Pengaruh Barisan terbaharu ini adalah tumbuh dari keazaman rakyat untuk menumbangkan kezaliman dan ketidakadilan UMNO/BN yang makin terang-terang memusuhi rakyat.

Sesebuah parti politik yang tidak disokong Rakyat, jawapan yang mudah hanya satu iaitu: “GULONG TIKAR” dan “Mati Terbongkang”..!! Rakyat sudah rimas dengan ‘omong kosong’ janji temberang pemimpin UMNO/BN sejak Mahathir Mohammad menunjukkan sikap ‘petualang khianat’ terhadap Bangsa, Tanahair dan Ugama Islam!!

Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com