Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

ALLAH SWT SAJA YANG AKAN MENYELAMATKAN MEREKA YANG BERHUTANG!!

TAK KURANG 12 tahun saya tak jumpa dengan kawan lama saya itu. Sejak perkongsian beliau dengan si Malek, seorang rakan sesama dalam UMNO yang menjanjikan kontrak bisnis berjuta dulu itu gagal (kerana ditipu dek rakan kongsi UMNO itu); beliau hilang entah kemana.

Saya kesihan sungguh waktu Ismail berjabat tangan mengucapkan selamat tinggal. Dengan kereta buruk 15 tahun yang kopak kapek, beliau pergi membawa anak-isterinya yang sarat mengandung 6 bulan. Digenggamnya sekepal tanah dari halaman rumahnya yang telah terlelong kerana membayar hutang kerana ditipu putar alam dek kongsi UMNOnya itu.

Katanya, “Panjang umor murah rezki kita akan jumpa lagi. Tanah tapak rumah aku ini jadi saksi, semoga Allah mengetahui kesedihan aku ini…!!”. Digenggam erat dan dibungkusnya baik-baik. Dia pergi. Hanya sempat saya hulurkan RM500. Untuk membeli susu anaknya dan lain-lain keperluan. Lagipun aak-anaknya masih kecil. Beliau menolak, tetapi saya katakan bahawa itu adalah pemberian kami. Katanya, “Panjang umur aku ganti …”. Saya geleng kepala. Memang kawan saya itu bukan jenis orang suka meninggal hutang.

Saya tidak berkata apa-apa cuma berselawat atas Nabi memohon semoga kezaliman orang yang menipu beliau akan dilaknat Allah dan kebahagian jua untuk rakan saya itu. Aminnnnn Ya Rab!!

Petang itu, sementara menanti Maghrib, saya duduk dihalaman rumah bercerita dua laki isteri. Dalam suasana tenang itu, kami terperanjat bila sebuah Mercedez 380 hitam berkilat berhenti di laman rumah kami. Saya tercengang. Dari belakang kereta saya nampak seorang berkopiah putih dengan baju telok belanga lusuh, keluar. Disebelah pintu sana, keluar isterinya dengan telekong berjubah. Drebarnya seorang India berusia anggaran 30-an.

Kami tidak menyangka sesiapa pun kerana sepanjang ingatan saya, kami tidak ada kawan yang sekaya itu. Kalau adapun setakat Mercedez 280 atau BMW 250 saja. Mercedez 380 begitu, bukan taraf kawan kepada saya.

Beliau dan isterinya memberi salam. Lalu dipeloknya saya. Tanpa saya mengecam siapa dirinya, beliau tersedu dan berkata, “Saya Semail, bang Amin. Ismail..!!”. katanya dalam suara mengigil. Saya tolak tubuhnya, saya pandang mukanya …. Memang betul: Ismail..!! Kami saling berdakapan. Airmatanya bercucuran dan suaranya tak berhenti-henti menyebut Allahu Akbar!! Allahu Akbar!! Allahu Akbar!!

Memang tabiat saya tidak boleh melihat orang dalam kesedihan. Akhirnya kami berempat tersebak di dada. Kami naik ke rumah. Katanya, dia berhajat untuk bersolat berjumaah di Masijd tua yang kami bangunkan bersama dulu. Bila saya ditanya, saya jawap Imam tua kita sudah meninggal sebulan dulu. Isterinya sedang sakit tua. Anaknya, rakan yang menipu beliau dulu kabarnya masuk penjara kerana ditanggap mengedar dadah. Ismail menggeleng kepala.

Pendekkan cerita, kami ke masjid dan bersolat di sana Maghrib itu. Ismail, yang tak pernah jejak kaki ke masjid dulu menjadi Imam pada hari itu. Kami tidak sangka, Ismail sudah bukan ismail yang saya kenal dulu.

Selepas makan malam baru beliau bercerita. Katanya, beliau telah pergi ke Makkah setelah beliau mampu membiayai dirinya seorang sahaja. Isterinya tidak ikut sebab anak-anak masih tenat bersekolah. Sedang beliau berdoa di hadapan Kaabah, seorang Arab menepuk bahunya dan bertanya dari mana. Beliau jawab dari Malaysia. Malam itu Pak Arab itu menjemput beliau kerumah dan bercerita.

Pak Arab itu adalah seorang peniaga perabut kayu di Jedah. Sekiranya Ismail sanggup mengusahakan kilang perbut, segala wang dan biayaan atas tanggungan pak Arab itu. Keputusan cerita mereka bersetuju dan bersalaman sahaja. Sekembali dari Makkah, Ismail berpakat dengan sebuah syarikat perabut di Malaysia dan menempah segala peralatan dari Finland dan Italy. Kesemuanya dianggarkan RM5.0 juta. Tempoh 2 minggu wang yang diperlukan tiba dari Jeddah.

Dalam tempoh 3 sebulan, 5 kontena telah dihantar ke Jeddah. Lat tempoh 3 bulan lagi, pak Arab itu datang ke Malaysia untuk melawat kilang itu. Sungguh gembira Pak Arab itu, katanya. Lalu diberitahu bahawa beliau sudah mendapat kontrak membekal perabut di Eropah Barat dan USA. Setelah berbicang dengan pakar design dan juruteknik kilangnya, maka kini beliau telah mengendalikan 3 buah kilang lagi yang diambilalih dari syarikat perabut Cina.

Kata Ismail, tahun pertama keuntungan beliau setakat RM250 ribu saja. Setelah 10 tahun dalam perusahaan itu, tahun lepas syarikat beliau telah mendapat keuntungan RM7 hingga 9 juta setiap tahun selama 4 tahun berturut-turut.

Saya cuma mengucapkan syukur. Terasa malu saya kerana pucuk paku dan ikan masin saja jadi hidangan kami untuk beliau malam tadi. Kata Semail, sekarang beliau hendak memulangkan wang saya yang RM500 dulu. Katanya wang itu telah digunakan untuk memulakan perniagaan warongnya. Dan dari hasil warong beliau ke Makkah, sekarang beliau begini jadinya.

Katanya, arwah Imam tua itu dulu berpesan: Barangsiapa berhutang hendak membayarnya. Jika tertanguh hendak mengeluar zakat. Waktu membayar eloklah dikaji keuntungan jika wang itu diperniagakan. Serahkan keuntungan itu kepada yang memberi hutang. Dengan itu, Semail berkata, “Wang simpanan dan harta saya semua anggaran 16 juta, bang Amin. Saya serahkan kepada bang Amin dengan ikhlas dunia akhirat. Saya mulakan dengan wang RM500 yang saya ambil dari bang Amin dulu”. Katanya.

Saya terperanjat besar. Saya genggam tapak tangannya bersalaman. Saya ucapakan, “Sesungguhnya wang yang saya serahkan kepada mu itu Semail, adalah pemberian arwah pak Imam, kerana malu mendengar anaknya telah menipu kau. Sebenarnya itu umpama se titis dari hujan sepanjang petang. Jumlah yang engkau ditipu oleh anaknya lebih besar dari itu; hingga rumah kau terlelong. Dia lepas. Sebenarnya kau tidak berhutang kepada sesiapa!!” jawap saya. Ismail menegadah muka kebumbung rumah saya yang sudah lusuh. Beliau tidak berkata apa-apa.

Esok hari, Ismail meminta saya jumpakan beliau dengan Mak Esah di pondok usang arwah pak Imam. Tiga hari sebelum Ismail pulang ke bandarnya, kata Ismail beliau telah meminta seorang developer membina semula masjid lama itu jadikan Masjid batu. Walapun Ismail tidak memberitahu jumlah perbelanjaannya, dari developer itu saya dapat tahu lsmail telah berbelanja sejumlah RM2.5 juta termasuk perabut bagi kesemua itu. Alhamdulillahhhhh….!!

Saya dapat tahu, Ismail telah membeli semula rumah kesayangannya dulu dengan harga RM250 ribu dan membuat renovasi. Rumah itu khabarnya diberikan kepada Mak Esah untuk duduk, bersekali dengan seorang pembantu rumah warga Indonesia atas biayaan beliau. Segala perbelanjaan makan minum dan segala-galanya ditanggung oleh Ismail.

Sebidang tanah dusun durian dan buah-buahan 4 hectar telah dibeli oleh Ismail dan diwakafkan kepada masjid itu sebagai perbelanjaan mengurus masjid; ditambah R2,500 setiap bulan untuk mengajar fardhu ‘ain bagi kanak-kanak kampung berdekatan.

Kata isteri saya, “Ismail tidak berdendam langsung kepada keluarga si Malek (anak mak Esah). Minyak takkan bercampur dengan air, kata isteri Ismail” mengikut cerita isteri saya.

Bagaimana Roh Orang-orang Ini?

Bagaimana agaknya Rafidah, Rahim Nor, Mahathir, Mohammad Mohd. Taib, Daem Zainuddin, dan berpuloh-puloh elit UMNO yang melalukan rasuah itu. Bolehkah mereka seperti Ismail, kawan saya itu? Saya mahu bertanya kepada Mahathir, besar manakah dendam beliau kepada DS Anwar hiingga beliau melakukanb kezaliman sebesar itu? Dan bagaimana pula jika ada sesiapa juga yang akan menentang beliau dalam Perhimpunan Mei 2000 ini!!??

Jika ada para netters yang mendegar cerita ini, pasti anda tahu dimana saya tinggal sekarang. Wallahu’alam….!!

Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)


Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com