Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

KEMPEN PENJARAH UMNO DI SANGGANG MELESET – TAWAR HAMBAR ANTI-ISLAM!!

Seorang kawan lama di Sanggang menalipon saya tadi malam. Cerita kami hampir 30 minit, diisi dengan keperihalan kempen UMNO di Sanggang. Beliau sebagai orang tak berparti sekarang, dengan sendirinya memberi saya gambaran bahawa beliau adalah ‘neutral’ dan tidak berbelah bagi. Saya simpulkan begini:

UMNO Kebuntuan Isu

SEBANYAK ini isu negara dan masyarakat yang wajib ditangani oleh Kerajaan UMNO/BN – contohnya huruhara bantahan rakyat akibah jemputan Yahudi oleh Mahathir, persekongkolannya dengan Yahudi, perlekehan Mahathir terhadap ‘potong tangan & kaki’, caci nabi berjanggut, melindungi peogol dan penjenayah oleh pemimpin UMNO, dll – nampaknya Dr. Mahathir sentiasa mencari perkara remeh-temeh untuk dijadikan isu besar.

Dr. Mahathir kata, ''Patung penyu sudah dihancurkan kerana ia bertentangan dengan Islam tetapi selama 10 tahun Pas memerintah Kelantan, patung rusa tidak dihancurkan. Apabila patung penyu dihancurkan, patung rusa juga (patut) dihancurkan.''

Kawan itu bercakap, itu memang jelas dalam Islam. Tak payah nak dibincang dan dikomplen lagi. Makin Mahathir menggunakan logik dan sekularisma totok membabi buta mengenai sesuatu ketentuan dalam Islam; makin itu Mahathir menampakkan bahawa beliau adalah orang yang sudah jauh meninggalkan kebenaran Islam. Pemikiran Mahathir sekarang tidak lagi menjurus kepada memartabatkan Islam; sebaliknya makin ‘anti-Islam’, kata kawan saya itu.

Rais Yatim Seorang “Penjarah Islam”

Perbualan kami beralih kepada kempen puak UMNO di Sanggang. Katannya, Rais Yatim yang sekarang bukan main ‘ranggi’ sejak jadi ‘Lembu Mahathir’ dan “abdi upahan’nya.

Katanya, jika Rais hendak cuba menghasut Raja-Raja Melayu supaya campurtangan dalam politik, maka jawapan yang mudah ialah: apakah UMNO sudah melupakan perbuatannya yang merendahkan martabat Raja-Raja Melayu ketahap hanya untuk mengistyiharkan anak bulan HariRaya saja?

UMNO telah mengikis kedaulatan Raja-Raja Melayu dan YD Pertuan Agung. Mahathir sendiri membelakangkan Perlembagaan dan YDP Agung dalam perlucutan jawatan DS Anwar. Rakyat masih nampak bahawa perlucutan Anwar oleh Mahathir adalah TIDAK SAH dari segi peruntukan Perlembagaan!!

Seharusnya Rais Yatim perlu memohon supaya Raja-Raja Melayu membuat pendirian tegas untuk membantu membanteras gejala memperlekeh agama yang makin melampaui batas yang memecahbelahkan umat Islam di negara ini OLEH Mahathir Mohammad dan beberapa pemimpin UMNO sendiri.

Rais mesti cermin-cermin muka dulu. Umat Islam makin nampak bagaimana Mahathir telah menggunakan UMNO untuk memecah-belahkan Islam melalui beberapa tindakan kurang siuman dan dangkal kefahaman Islam dengan mengarahkan Anwar supaya tidak diadili dan dibicarakan melalui mahkamah Syariah. Walhal, kes yang dituduh keatas Anwar lebih aib dari kes “Tangkap Basah” Azizan-Hayati!!

Yang memalukan ialah Anwar dinafikan kesaksian oleh Mahathir sendiri. Mahathir mengelat dan berhelah bermati-matian berdegil tak mau ke Mahkamah!! Itu tabiat pemimpin Islam kah? Kenapa Rais membisu macam ‘katak disimbah air saja”? Apa pasal? Takut Mahathir buang kerja kah? Kau cari makan dan pecaya dari Mahathir turunnya rezki kah? Begitulah kesyirikan dan kemunafikan pemiumpin UMNO hingga menolak Kebenaran dan Keadilan – menyokong Kezaliman.

UMNO Nak ‘Kemilikan’ Raja-Raja Melayu?

Sekarang baru Rais dan UMNO sedar dan cuma mengajak Raja-Raja Melayu supaya meminta baginda menegur cerdik pandai Islam dalam kerajaan terutama sebahagian besar mufti. Kononnya, mereka gemar berdiam diri tanpa berminat mengutarakan pandangan mengatasi penyelewengan fatwa.

Sebelum Raja-Raja Melayu menegur biar rakyat dan orang Melayu tegur pemimpin UMNO dulu dengan pertanyaan mudah: “Bukankah Pemimpin UMNO sendiri yang bertindak ganas terhadap Ustaz Badrul Amin hingga diheret ke lokap Bkt Aman dan dibogelkan separuh telanjang kerana mengimamkan anak-anak Reformasi yang bersolat Hajat di Masjid Negara?”. Kemudian anak-anak itu pergi ke Istana Negara serahkan Memorendum secara aman, tapi dibelasah pula atas arahan Menteri UMNO!! Bukankah Mahathir dan pemimpin UMNO yang membuang kerja Datuk Ishak Baharom dalam isu “Ratu Cantik” yang disokong 100% oleh pemimpin UMNO?

Rakyat minta Raja-Raja Melayu supaya bincang kandungan memorendum itu dulu sebelum bincang temberang “udang sebalik batu” Mahathir dan UMNO!! Baca dan faham. Rakyat berhak menjelaskan kandungannya. Raja-Raja Melayu pasti ada prosedur yang wajar diikut. Masakan UMNO “holds priority”!!

Apakah perbuatan Kerajaan UMNO dan BN itu sejajar dengan sikap Islamik sebuah kerajaan yang kononnya menegakkan ugama Islam. Adakah Rais bercakap dengan membebel buta atau kerana sudah hilang “kebenaran’ dalam hati?

Kalau Rais mahu menyarankan sesuatu yang betul dan lurus – masakan boleh lagi, kerana Rais dan sekongkol UMNO sendiri “KENCING PUN PENCONG”..!!

Agenda UMNO Menipu Penganut Islam

Rais Yatim berkata, kununya hanya selepas mendapat komitmen Raja-Raja Melayu itu saja kerajaan UMNO/BN bersedia mewujudkan undang-undang setimpal membendung tindakan parti-parti politik yang menyalahgunakan agama untuk kepentingan peribadi.

Nampaknya Rais dan sekongkol UMNOnya sudah hilang akal bagaimana hendak melaksanakan “Agenda Busuk” untuk mengharamkan PAS. Apakah Rais sedang melaksanakan “melakukan jualan murahan” lelong untuk mendapat sokongan Raja-Raja Melayu keatas “Akta Memisahkan Politik dan Ugama” itu.

Makin nampak UMNO sedang menggunakan Raja-Raja Melayu untuk tujuan politik UMNO yang sudah makin merudum, kecundang huru-hara hancur-lebur sekarang!!

Kononnya Rais berkata “Kalau ditangani sekarang, hanya selepas itu baru hendak bertindak, masanya sudah terlewat.”

Ramai yang berpendapat bahawa (sebenarnya) UMNO dan pemimpin mereka sudah terlajak jauh dan jika mahu balik kebelakang akan menyebabkan rakyat hilang keyakinan UMNO. Jadi, mereka terpaksa meneruskan saja dan ‘menghakiskan’ keyakinan orang Melayu terhadap Islam sebenar dengan ‘membunuh’ PAS. Jalan pintas bagi UMNO untuk tujuan itu ialah menggunakan pengaruh Raja-Raja Melayu. Siang-siang orang Melayu dah dapat tangkap maksud “kempitai” UMNO si Rais ini!!

Kes Iran adalah satu contoh yang paling menakutkan UMNO sekarang; tetapi bukan orang Melayu dan Islam. Cuma yang ditakuti rakyat dan orang Melayu ialah sikap Mahathir dan puak UMNO yang NYATA dengan JELAS mensekularkan Islam sewenang-wenangnya, menggunakan isu ugama dangkal untuk menghasut orang Melayu membenci PAS; itu adalah bahaya. UMNO dan Mahathir memang berniat curang!!

Sekularisma UMNO Melampaui Batas Islam

Sekularisma Islam oleh puak pemimpin UMNO dalam kegiatan seharian dikhuatiri akan merebak hingga menyebabkan akhlak generasi akan datang penuh dengan maksiat, kezaliman, rogol, rasuah, mengutuk Nabi dan mentafsir Al-Quran dan Hadis mengikut logik (seperti Mahathir).

Memang wajar dan wajib Raja-raja Melayu hadapi cabaran ini secara kolektif dan tidak boleh berdiam diri; sebelum UMNO meruntuhkan Institiusi Islam dan memecah-belah aqidah umat Islam.

Jika Kerajaan UMNO/BN bercadang mewujudkan undang-undang yang melarang agama dicampuradukkan dengan politik bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan keamanan negara, dan untuk itu menggunakan Raja-raja Melayu untuk memberi sokongan terhadap UMNO; bermakna jelas bahawa UMNO sudah tidak langsung ada kredibiliti untuk mempopularkan, mentadbir dan melaksanakan “Islam Sekular” mereka!!

Akta itu tidak akan menjamin orang Melayu dan umat Islam di negara ini akan berpatah belakang menghayati perjuangan UMNO. Bagi mereka UMNO sudah hancur!! Pilihanraya ke-!0 terbokti UMNO runtuh merudum sehingga 22 wakil Parlimen linkop hancur. Tapi Mahathir lantik ‘sekularis’ Islam seperti Mid Man!! Malu!!

Jika UMNO melalui Rais (jauh panggang dari api sebagai ulamak) mahu bertindak melalui pengwujudan undang-undang mengasingkan agama dan politik sebagai langkah terakhir, bermakna langkah terakhir UMNO itu membawa makna “Akan bermulalah gejolak sokongan paling hebat dan menyeluruh seluruh orang Melayu dan umat Islam terhadap Barisan Alternatif dan PAS dengan jihad untuk menubuh Kerajaan BA bagi menyelamatkan negara daripada situasi penyalahgunaan ugama oleh Kerajaan UMNO/BN”.

Maknanya, UMNO/BN akan diHANCURkan dan terhapus dengan sendirinya – a natural death for UMNO/BN!! Silakan!! Kamal Attaturk adalah contoh terhebat dalam pensekularismaan Islam!!

khusunya apabila pemimpin UMNO (khusunya Presiden UMNO – Mahathir Mohammad) menabur fitnah dan dakyah, membuat fatwa sendiri (kesah kes potong tangan dalam ucapan di Sabah) – tidak ada mufti mengambil inisiatif menjernihkan semula keadaan dengan mengeluarkan hujah-hujah untuk dijadikan panduan. Mengapa bagitu??

Jawapan yang mudah ialah: Memang mereka takut, kerana ugutan Mahathir terlalu keras. Tengok apa jadi kepada Ustaz Ishak Baharom. Apatahlagi kebanyakan orang ugama yang digaji oleh Kerajaan UMNO sudah “naik lemak” menikmati ganjaran gaji beribu, berkereta mewah menjalar dihadapan rumah banglo!! Siapa yang mahu dilucutkan jawatan dan dikikis tittle Datuk dan Tan Sri? Tak ramai seperti Datuk Ishak Baharum. Mereka lebih takut kepada Mahathir dari kepada Allah swt.

Ulamak Dalam UMNO Kaki Ampu!!

Kita hairan apa kerja Hamid Osman, Hamid Zainalabidin, Zainal Melaur, Yusof Nor, Wan Mokhtar, Hj Nakahie, dan para cendekiawan Islam di JAKIM dan Pusat Islam yang upah gaji bulan itu? Tak hairan lah bagaimana Tuan Guru UMNO: DUKUSI Ahmad sanggup jadi “tukang cuci ponggong” Mahathir – selain dari tukang canang seperti “kutu berahak” macam Rais Yatim!!

Kita taidak hairan bekas mufti Wilayah Persekutuan (kini Imam Besar Masjid Putra), Tan Sri Abdul Kader Talip, yang menyuarakan harapannya supaya Raja-raja komited menangani isu ini. Mufti-mufti yang lain cuma membisu. Tetapi kadangkala membisu itu lebih baik dari ‘melalak’ tak tentu buah butir macam Kader Talip yang diupah supaya ikut termasuk dalam agenda “mengampu” agenda UMNO!!

Memang orang Islam minta mufti berwaspada dan tidak bersikap berkecuali dalam soal yang jelas ini. Kerana pemimpin UMNO sekarang sudah masuk “bakul sampah” Mahathir yang akan memusnahkan Islam dan penganutnya.

Kita hairan apa mufti kata bila Rafidah Aziz kata memperlekeh wanita bertudung? Kita sudah tengok Rahim Thamby Chik merogol gadis sunti!! Itu lah dia jenis ISLAM cara UMNO!!

Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)


Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com