Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

ADNAN YAKOB – PENYAGAK KELOMPOK PEMIMPIN UMNO PALING TIDAK BERMORAL!!

Bila saya tengok 5 keping gambar Adnan ‘budak samseng’ yang dilantik UMNO Pahang dan dipersetujui oleh Mahathir Mohammad menjadi YAB (Yang Amat Bernajis & Berlucah) itu menjadi MB; saya tidak berapa hairan. Kerana, kebelakangan ini, UMNO memang 100% sudah tidak bermoral, tidak beretika, tidak berwibawa, tidak ada sikap segan-malu dan beriman, tidak matang dan paling akhir: TIDAK WAJAR memerentah sebuah Negara Islam lagi!!

Ramai, malah majoriti antara kita tidaklah se alim Datuk Harun Din, dll. atau mana-mana ulamak ugama yang mahir dan telah mempelajari kehalusan Islam hingga mampu mentafsiran tiap-tiap ayat dalam Al Quran dan tiap patah Hadis Qudsi. TETAPI, saya yakin kalau setakat melakukan perbuatan lucah selucah seperti yang dilakukan oleh Andan Yaakob di Sanggang itu, saya berani kata – tidak seorang pun diantara kita sanggup melalukan di khalayak ramai dihadapan siapa juga.

Saya pernah bercampur dengan segala komuniti kaum ditanah air kita termasuk para pelancung luar yang wajah dan karekter mereka ala “punk” dan penghisap dadah!! Tapi, setakat mempamerkan kelakuan Adnan “budak bangsat maruah” itu, demi Allah – saya jamin belum jumpa lagi.!!

Hari ini, saya sungguh malu bila membuka semua LamanWeb Reformasi. Masing-masing bercerita mengenai kelakuan tak senonoh si Adnan MB lantikan UMNO itu. Kalau tak ada gambar Adnan Yakob pun, paling kurang komen panjang. Makin dibaca semakin tergambar kepada kita bahawa kita orang Islam sudah ditadbir oleh pemimpin yang bermaksiat dan hina perangai dan peribadi.

Terhina – Cukop Terhina

Saya merasa terhina!! Orang Islam dan orang Melayu seluruh negara ini merasa terhina. Saya kira, orang bukan Islam dan bukan Melayu juga merasa terhina. Tapi mereka memandang orang Melayu dan orang Islam sebagai manusia yang sanggup melantik seorang pemimpin yang berperangai hina dikalangan kita. Kita jadi 100% malu kepada mereka walaupun mereka Cina, India, Portugis, Kadazan anamisma – kafir semua, tetapi Adnan Yakob lebh TOP dari meeka!!

TAPI sekali pandang kita nak hairan apa? Bapak borek anak rintik…!! Kalau kuah, kemana tumpah kalau tidak ke nasi? Tengok Mahathir Mohammad sendiri? Beliau adalah raja segala pelucah, pemfitnah dan pelindung segala jenayah dalam alam Melayu ini. Kita dah cukup-cukup dimalukan oleh pemimpin UMNO hingga muka kita rasa begitu tebal. Nak pandang muka bangsa asing dah malu!!

Anak-anak kita (lelaki dan perempuan) merasa lali dan kebal dengan sikap pemimpin UMNO. Tetapi kerana mereka tidak berupaya menentukan halatuju politik negara, maka mereka hanya diam saja.

Sebalinya, kita ibu bapa yang boleh dan berhak menetukan, mengapa kita mesti menganggp pemimpin UMNO adalah sebaik-baik pemimpin parti politik dalam negara ini? Kan kita ada pilihan?

Adakah kita akan menjadi hipokrit kepada diri sendiri dan menganggap UMNO itu adalah segala-galanya? Dihadapan Allah swt. pasti kita akan ditanya tentang apa yang kita lakukan didunia ini. UMNo akan menyelamatkan kitakah? Adnan Yakob boleh selamatkan kitakah?

Adnan Yakob bagai ANJING!!

Saya rasa, jika Adnan Yakob se ekor ANJING, walaupun ia mengawan dikhalayak ramai, orang tidak akan bercakap sepatah jua. Tetapi tentu ada orang yang akan membawa kayu pembedal membelasahnya menghalau jauh-jauh.

Tetapi malangnya seorang bertaraf manusia, seharusnya berakal, telah menjadi pemimpin rakyat (konon), menjadi anggota parti politik terbesar di negeri ini…kalau Adnan Yakob berkelakuan begitu bagaimana harus dibuat?

Kalau tanya saya, saya tahu apa akan saya lakukan. Tetapi mereka yang tengok riaksi orang di gambar itu, seorang yang rongak tak ada gigi melopong ketawa melebar – pastinya itu tanda “suka riang ria”. Bagi saya, orang itu bagai iblis setelah melihat manusia melakukan maksiat. Itulah penyokong UMNO…..Iblis besarrrrrrr!!

Itulah riaksi para penyokong UMNO! Penyokong UMNO lah tu! Jangan tak tau lagi, itulah Penyokong UMNO! Penyokong Adnan, Penyokong Calun BN untuk orang Sanggang!! Itu dia hadiah UMNO untuk orang Pahang!! Si Adnan Yakob – bertaraf Yang Amat Berhormat!!?? Bertaraf binatang!!

Lebih Dahsyat dari Perangai Kafir

Kalau calun di Sanggang menang, saya pasti beliau tak akan termampu mengobah sikap tuannya si Adnan Yakob keparat itu. Tidakkah wajar jangan sokong pilih UMNO/BN lagi. Tak ada orang yang marah kalau tak undi UMNO/BN.

Saya tak kata Adnan Yakob itu KAFIR. Kerana orang kafir pun tak buat perangai macam Adnan Yakob. Saya tak kata Adnan Yakob itu YAHUDI, kerana Yahudi pun tak buat perangai macam Adnan Yakob. Mereka ada adab sopan, ada maruah, ada harga diri, kuat mempertahankan maruah bangsa dan ugama mereka dengan berkelakuan baik dihadapan orang ramai. Tapi Adnan Yakob adalah seorang manusia yang mampu bersikap seperti binatang!!

Saya kata Adnan Yakob seperti BINATANG kerana HANYA binatang saja yang akan membuat sesuatu yang bertentang dengan moral dan peradaban manusia bertamaddun dihadapan khalayak ramai!! Perbuatan Adnan Yakob adalah bertentangan sekali dengan moral dan peradaban manusia bertamaddun. Tetapi sehaluan dengan binatang – anjing, babi, hyna…sebut saja binatang apa!!

Rakyat Sanggang adalah insan-insan kampung yang mengenal nilai-nilai peribadi yang baik, sikap dan tingkah laku yang yang halus, bersopan dan lembut. Tentu perbuatan Adnan Yakob 100% terkeluar dari peradaban mereka!!

Inikah Pemimpin Islam?

Tidakkah orang Melayu dan orang Islam merasa diri mereka dihina dihadapan khalayak ramai? Jika arwah Tun Razak masih ada, saya yakin Adnan Yakob sudah ditendang-terajang dari jawatan tanpa sebarang alasan lagi. Mungkin Adnan Yakob terus disingkir dan digugurkan keahlian UMNOnya.

Mana ulamak UMNO. Mana Rais? Mana Abdullah Ahmad Bedawi anak ulamak. Mana Dusuki Ahmad, Supol PM UMNO? Mana Haji Nakhaie, mana “hero-hero” ulamak UMNO yang akan membawa isu Poltik dan Ugama kepada Raja-raja Melayu? Mana Sultan Pahang, sultan lain?

TETAPI, Mahathir Mohammad adalah orang paling berkenan dengan sikap seperti Adnan Yakob itu. Kerana, Mahathir adalah seorang pemimpin UMNO yang 100% meninggalkan tradisi murni UMNO “asal”. Pembentukan UMNO “Baru” dan cara beradap kepada manusia bertamaddun adalah seperti yang kita alami sejak DS Anwar di perlakukan sezalim dan seaib itu!!

Saya yakin, Mahathir akan menepuk bahu Adnan Yakob dan kata, “Tak apa. Rahim Thamby Chik saya pun selamatkan. Its OK. You are my good boy!!”

Apa kata orang Sanggang nanti? Masih nak pilih UMNO. Sesungguhnya perbuatan Adnan Yakob itu adalah pentunjuk Allah swt bahawa terus berfikir jenis apa pemimpin yang mereka mahu untuk Negeri Pahang!!

Berhemahlah waktu memilih nanti!!

Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)


Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com