Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

AWAS! AGENDA MEGA MAHATHIR MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH REPUBLIK “BAYANGAN”

Beberapa hari yang lalu, saya tidak dapat menulis mengisi Koleksi saya kerana saya dalam perjalanan jauh ke beberapa tempat, terlibat dalam urusan meninjau dan berbincang dengan pemimpin pertengahan UMNO yang digelar “Kelompok atas Pagar Berduri”. Perhimpunan Mei 2000 memerlukan satu kajian strategi meninjau apa yang sebenarnya hasrat akar-umbi untuk dijadikan panduan.

Kami telah menganalisis perkembangan terkini dan melihat sejauhmana survival UMNO jika kepimpinan sekarang masih meneruskan agenda untuk terus berkuasa. Tanpa mendapat kesimpulan yang pasti (kerana politik sukar diduga), saya perturunkan pandangan beberapa pihak yang tergabung dalam’kelompok’ ini.

Nampaknya, UMNO ADALAH dalam keadaan yang sangat-sangat (repeat: sangat-sangat) BAHAYA dan TERTEKAN!! Mahathir dan mereka yang menerajui UMNO sekarang hanya hidup dalam alam khayalan yang sangat merunsingkan mereka. Sokongan dan dukung ‘akar-umbi’ sudah reput ­ termasuk komponen lain juga. Analisis perkembangan kami (saya pertutunkan disini) dalam beberapa Bahagian kerana agak panjang.

Parti Komponen BN telah memberi bayangan bahawa mereka juga sudah mulai menerima ancaman ‘berpaling tadah’ dari anggota parti walaupun pemimpin mereka masih akur ­ semata-mata kerana kepentingan diri. Itu adalah disebabkan bahawa sokongan orang Melayu kepada UMNO tidak dapat dibaiki lagi.

Anggota grass-root komponen BN tidak mahu orang Melayu menganggap mereka sebagai penyokong UMNO yang sudah ditinggalkan orang Melayu. Bagi mereka, mereka cuma akan mengikut majoriti orang Melayu, bukan UMNO. Itu satu perkara yang wajar diperhatikan oleh UMNO baik-baik.

Perkembangan dari “ugutan” oleh Regim Mahathir melalui UMNO keatas Raja-Raja Melayu menjadi topik hangat dalam setiap perbincangan kami. Hampir kesemua laporan akar-umbi UMNO membantah sikap pemimpin sekongkol Mahathir dan UMNO kali ini. Nampaknya Mahathir mahu berkuasa mutlak.

Sila teliti perkembangan (bagi mereka yang berminat ­ termasuk elit UMNO sendiri) sebagai kesimpulan dari pertemuan dan perbincangan sesama kami selama beberapa hari:

Pandangna PENGANILISIS

RATA-RATA penganalisis politik akar-umbi tempatan (dari semua pihak) telah membuat kesimpulan bahawa agenda Mahathir yang sengaja menyeret dan melibatkan ugama Islam sebagai bidang kuasa Raja-Raja Melayu kedalam politik UMNO adalah satu langkah paling MERBAHAYA dan paling tidak wajar dilakukan oleh sebuah parti politik yang memperakukan form dan formatnya sebagai berhaluan “Demokratik” dan “non-royalty intervention oriented”.

Rancangan Mahathir Memerangkap Raja-Raja Melayu

Dikatakan sangat MERBAHAYA kerana status Raja-Raja Melayu adalah terkecuali dari bidang politik. Raja-Raja Melayu tidak memihak mana-mana parti. Tetapi, Mahathir telah sengaja meyeret dan melibatkan Raja-Raja Melayu dan meletakkan Raja-Raja Melayu dalam situasi MEMERANGKAP dan BERPERANG dengan rakyat. Padahal yang sebenarnya, Mahathir dan kuncu-kuncu elit UMNO sendiri yang sedang BERPERANG dengan RAKYAT, khususnya Orang MELAYU dan penganut ugama ISLAM di negara ini!!

Rais Yatim telah beri TUGAS dan PERANAN mengeluarkan kenyataan awal yang PALSU tetapi sangat MERBAYA dengan menggugat keharmonian hubungan orang Melayu (sinonim Islam) dengan Raja-raja Melayu. Andai kununnya kejadian di Iran (keatas Regim Shah Iran yang dirsingkirkan oleh mullah Islam) akan berlaku di negara ini.

Kenyataan Rais Yatim adalah satu Agenda Fitnah Mahathir yang samasekali tidak wajar dlafazkan. Kononnya wujud pula di negara ini parti yang menggunakan “ugama secara melampau’ adalah PEMBOHONGAN dan FITNAH yang sangat MERBAHAYA berbentuk HASUTAN paling JAHAT dan berniat buruk.

Katanya: Jika dibiarkan ‘golongan pelampau” itu akan menceroboh Istana dan mengambil alih kuasa Raja-Raja Melayu. Oleh itu, gejala itu wajar diambil tindakan serta-merta sebelum terlambat. Bermakna, jika tidak, negara ini akan jadi sebuah Republik.

Rais Yatim dan Kadir Talip “Perkakas”

Bermula dengan gabungan kenyataan Rais Yatim dan Kadir Talip (bekas mufti Wilayah Persekutuan) yang tersiar di akhbar-akhbar, rakyat yang peka-politik nampak ketara bahawa kenyataan itu memang sebahagian dari rancangan memberi laluan yang dirancang khas oleh Mahathir dalam AGENDA MEGAnya untuk melaksanakan AKTA memisahkan politik dari ugama (pada peringkat awal).

Mereka berdua telah dijadikan “alat dan perkakas”. Dengan itu, Mahathir berharap Raja-Raja Melayu akan dapat termakan dengan ugutan palsu itu dan bersetuju menyerahkan usaha merapatkan orang Islam yang kononnya berpecah-belah. Sebenarnya, orang Melayu (sinonim Islam) tidak pernah berpecah di negara ini seperti yang dibohong dan difitnahkan oleh Mahathir. Tujuan Dr. Mahathir semata-mata hendak menggunakan istilah “orang Melayu”, tetapi dalam kontek itu ia menggunakan orang Islam kerana parti yang menjadi dendam kesumat Mahathir ialah Parti islam Se Malaysia (PAS).

Mahathir berharap dengan persetujuan itu, rancangannya akan membuatkan orang Melayu menurut perentah Raja-Raja Melayu yang memberi ruang kepada pejabat ugama (dibawah kuasa eksekutif Kerajaan UMNO/BN) melakukan tindak melaksanakan Rancangan Meganya. Inilah penipuan merebut kuasa paling jijik dan licik!!

Soalnya parti mana dan siapa penganjurnya?

Fitnah rancangan Mahathir-Rais itu adalah satu hasutan yang amat serius. Walaupun ia sengaja diada-adakan untuk dijadikan sebagai bahan ugutan dalam RANCANGAN MEGA Mahathir untuk merebut kuasa Raja-Raja Melayu, Mahathir telah berjaya merebut kuasa itu.

Mahathir telah menggerakkan mesyuarat Raja-Raja Melayu supaya memberi Kerajaan beliau (UMNO/BN) kuasa tambahan kepada diri beliau (Mahathir. Dengan itu, ia boleh bertindak menangani isu palsu yang tidak wujud itu. Mahathir akan menggunakan kuasa pentadbiran ‘agama Islam’ yang dipersetujui oleh Raja-Raja Melayu secara paling tidak demokratik dan zalim. Sebagai permulaan, sudah ada bokti byata masjid-masjid dan pegawainya telah menjadi mangsa. Kesannya, FITNAH Mahathir itu sangat MERBAHAYA kepada semua pihak.

Nampak sekarang bahawa Mahathir benar-benar sudah hilang akal dan tidak mampu lagi meraih sokongan orang Melayu kepada UMNO dan BN mengikut cara konvensyenel. Kini beliau menggunakan sudut Islam sebagai usaha terakhir (last resot) pula.

Dengan menggunakan objek “Islam” dan memutarbelit memanipulasikan “Islam” dibawah jabatan Ugama Islam, Mahathir menjangka bahawa orang Melayu (sinonim dengan orang Islam) akan menolak pengaruh PAS. Dengan itu sekaligus Mahathir akan cuba menyekat kegiatan PAS, menekan dengan pelbagai peraturan, dan akhirnya MEMUSNAHKAN parti itu secara “jalan pintas”. Mahathir mahu orang Melayu menyokong UMNO secara manipulasi dan paksaan!! Itu lah dia gejala dan agenda Diktator Mahathir terbaru.

Rakyat telah menyaksikan bahawa Mahathir dan komplotnya telah berkrisis dengan Raja-raja Melayu sebanyak dua kali, iaitu pada tahun 1984 dan 1993. Akhirnya kuasa Raja-Raja Melayu telah diambil alih oleh beliau. Sekarang, Mahathir telah menganggap dirinya ‘kebal’ mengatasi undang-undang dan Perlembagaan. Raja-raja Melayu dipihak yang tunduk kepada kuasa mutlak Mahathir hasil anugerah segeintir pemimpin UMNO yang dirasuah!!

Hari ini, sebuah “REPUBLIK BAYANGAN” telah wujud dan Mahathir adalah “PRESIDEN REPUBLIK MALAYSIA” tanpa diistiharkan secara resmi. Itulah dia rencana dan MUSLIHAT Mahathir dengan menggunakan UMNO!!

Apa Mahathir Akan Lakukan?

Kami telah berbincang dan meneliti bahawa permusuhan Mahathir adalah dengan PAS [sebagai sebuah parti yang telah mampu mewakili majoriti orang Melayu (sinonim dengan orang Islam)]. Kejatuhan Terengganu dan termusnahnya peluang UMNO di Kelantan dan beberapa buah negeri lain amat memalukan Mahathir. Kerana PAS makin berjaya dan berkemungkinan besar akan memusnahkan peluang UMNO dan BN dalam mP/raya Ke-11 ini ­ diperingkat permulaannya, Mahathir akan mengenakan sekatan yang lemah seperti menukar J/Kuasa Masjid, dll.

Kemudian Mahathir akan menggunakan pelbagai Akta-Akta yang digubal khusus untuk memaksa PAS menggugurkan perkataan “Islam”. Dengan HARAKAH tidak boleh diedarkan lagi, aktiviti PAS akan tersekat dan ceramah PAS dicegah seluruh Negara. Mahathir berharap akan melemahkan PAS.

Tetapi jika tindakan itu tidak berkesan juga, melalui UMNO (yang dipaksa bersikap ‘kurang ajar’) dan akan mencadangkan PAS dibubarkan, dimusnah dan diharamkan terus. Mungkin pada waktu itu Raja-Raja Melayu akan insaf dan sedar siapa yang berusaha meceroboh istana, menyingkirkan Raja-Raja Melayu dan mengistiharkan negara ini sebuah Republik!!

Memang itu adalah satu rancangan PALING jahat, hina dan non-politik yang tidak mudah dilaksanakan. Kerana, orang Melayu dan orang lslam di negara ini tidak sedungu itu menilai rancangan “semborono” dan pembohongan PALSU Mahathir. Mungkin pada waktu itu Raja-Raja Melayu akan nampak siapa dia beragenda “Republikan” seperti ugutan Rais Yatim.

Mahathir telah terbokti menyalahgunakan kepercayaan dan amanah Rakyat dan Raja-Raja Melayu. Dengan kuasa dan kebenaran kuasa Raja-Raja Melayu untuk di ‘execute’ dan dimanipulasi oleh Regim ini secara Diktator, Mahathir memiliki kuasa berganda. Sebenarnya, Mahathir sedang meletakkan batu asas sebuah negara Republik. Mahathir tidak tahu bahawa beliau sedang mendorong orang Melayu menentang Regimnya ini lebih dahsyat dan hebat dari yang lepas-lepas.

Apa juga kesudahannya (jika berlaku pegaduhan dan sebagai kekacauan ataupun TIDAK), Mahathir WAJAR ditafsirkan DAN layak dianggap sebagai “Penjenayah” negara terbesar. Dibawah Perlembagaan Malaysia, peruntukkan khusus disebut perbuatan Mahathir itu sebagai “national traitor”, melakukan “Treason” atau “Mengkhianati Negara” yang membawa decree hukuman mati dan semua harta akan dirampas!! (rujuk Perlembagaan).

Apa AGENDA MEGA Mahathir?

Agenda Mahathir memperalatkan persetujuan Raja-Raja Melayu (kununnya) untuk menyatukan umat lslam (memang fungsi raja2), akan meningkatkan kuasa DIKTATOR Mahathir ketahap maksima. Sekian lama Mahathir telah diperakukan oleh UMNO sebagai Diktator yang berkuasa mutlak dibidang “politik dan Pentadbiran”. Kuasa pentadbiran ugama Islam adalah kuasa terakhir Raja-Raja Melayu yang akan MELENGKAPKAN Dr. Mahathir dengan satu kuasa pentadbiran yang baru iaitu “Kuasa Mentadbir Ugama Islam” pula.

Dengan lengkapnya kuasa Mahathir itu, maka SAH dan Resmilah Mahathir berkuasa TOTAL selaku seorang PRESIDEN ‘bayangan”. Raja-Raja Melayu telah TERPERANGKAP dengan sendirinya kerana memberi persetjuan mereka. Kini Mahathir boleh bertindak sewenang-wenangnya untuk melaksanakan apa juga jenis AKTA yang akan memberi kuasa kepada beliau untuk melakukan sesuatu hingga mencemarkan kesucian Islam (tanpa tegahan lagi).

Dengan itu, Mahathir bila-bila masa boleh mengistihrkan mana-mana AKTA yang bersesuaian untuk memusnah PAS sebagai Pembangkang ­ sekalipun membatalkan Parti PAS. Dalam Agenda Mahathir,itulah jalan pintas bagi Mahatahir memerangkap PAS dan orang Melayu yang membantah dan tidak menyokong UMNO!! SATU taktik jahat lagi busuk terang-terang.

Mahathir tidak mahu orang Melayu ada sebarang pilihan politik selain dari UMNO. Mahathir beragenda mahu MEMAKSA orang Melayu dan Islam menyokong UMNO dengan pengakuan dan alasan PALSU untuk menyatukan umat Islam.

Dengan mengunakan seluruh jentera PENTADBIRAN, WANG dan MEDIA MASA; Mahathir akan bertindak lebih ganas dan zalim keatas orang Melayu dan para ulamak Islam yang engkar perentah Diktator itu. Akta-akta akan digubal memboehkan para ulamak Islam yang membantah dipenjara. Mereka akan disamakan sebagai membantah titak Raja-raja Melayu, undang-undang pentadbiran ugama Islam dan Kerajaan UMNO/BN. Disinilah merbahayanya.

Dengan menyeret dan menggunakan PERSETUJUAN Raja-Raja Melayu, Mahathir berhasrat besar utuk melaksanakan sewenang-wenang nama UMNO melalukan kerja jahat dan busuk untuk mengenakan tindakan keatas parti PAS ­ sehingga ketahap mengharamkan PAS. Alasan yang akan diberi kelak ialah kununnya “demi untuk menyatukan semula orang Islam”. Hakikat sebenarnya Mahathir memaksa orang Melayu dinegara ini mengundi UMNO/BN.

Harapan Mahathir ialah dengan menggunakan persetujuan dan kuasa eksekutif Raja-Raja Melayu yang dipinjamkan kepada kerajaan BN (sebenarnya Mahathir dalam UMNO yang bermusuh) akan membolehkan Mahathir bertindak lebih kejam dan sewenangnya apa jua yang mebolehkan ativiti PAS tersekat, dicegah dan dimansuhkan. Itulah agenda dan dalam poses perlaksanaan.

Mahathir Lupa ­ Samasekali LUPA!!

TETAPI Mahathir samasekali lupa bahawa kebencian orang Melayu kepada UMNO telah sampai ketingkat maksima. Mahathir tidak akan berjaya memperbetulkan keadaan UMNO lagi dengan menggunakan penguatkuasaan Islam mengikut cara UMNO-Mahathir, WAIMA dengan memansuhkan PAS sekali pun. Mahathir tidak mau mengakui bahawa kebencian orang Melayu kepada UMNO bukan kerana PAS, tetapi kerana sikap pemimpin UMNO/BN sendiri.

Mahathir dan seluruh UMNO kena ingat bahawa PAS adalah sebuah parti “politik rakyat” yang tegak diatas landasan KEBENARAN, KETELUSAN dan KEHARMONIAN. Ia terhasil dari jalinan inspirasi keyakinan hubungan “Rakyat-Parti”. Makin hari, orang Melayu (sinonim Islam) makin hilang keyakinan kepada UMNO. Keadaan ini sangat sukar ditandingi oleh UMNO “Baru” denganKeDIKTATORan Mahathir menjadi punca.

PAS sudah mengambil tempat UMNO “Asal” sepertimana orang Melayu dan orang lslam mula-mula menentang penjajahan; dan berakhir dengan pentangan terhadap Malayan Union dulu. Orang Melayu menaruh keyakinan kepada PAS dan Barisan Alternatif kerana matlamat mereka lebih memihak kepada rakyat. UMNO cuma tegak untuk kepentingan diri pemimpin yang mangaut-bolot harta rakyat. Ini bukan fitnah melulu, tetapi adalah kebenaran yang nyata.

UMNO telah GAGAL mempengaruhi orang Melayu. Orang Melayu telah membandingkan UMNO “Mahathir” sebagai “Regim Diktator” yang 100% dibawah TELUNJUK dan susun-atur dan arah-perentah Mahathir sendir!! Mahathir tidak peduli lagi kepada kesejahteraan rakyat.

Orang Melayu sudah membaca bahawa UMNO ‘Baru’ tidak lebih dari “hak-milik” peribadi Mahathir dan sekumpulan “elit-UMNO” yang sekarang sedang bermewah-mewah merogoh harta rakyat, melakukan serba macam RASUAH dan PENUELEWENGAN Dasar negara dan pentadbiran, mencekik dan memaksa rakyat (khususnya orang Melayu) menafikan hak politik dan kebebasan hak asasi mereka!!

Rakyat dipaksa menerima KEZALIMAN dan UGUTAN dan menegakkan keharmonian kaum yang “palsu”. Sementara orang Melayu telah terasa diinjak dengan pelbagai undang-undang dan peraturan, hingga orang Melayu terasa diri mereka golongan kaum yang diabai dan dinafikan hak dan KETUANAN semata-mata “memuja” patong palsu bernama “UMNO” dan Mahathir sebagai Padri Besar.

Kini orang Melayu sudah melihat bagaimana ugama mereka (ie. Ugama Islam) disekularkan dan diberi nafas dan tafsiran mengikut hukum akal oleh ulamak-ulamak upahan Mahathir Mohammad. Mereka dipaksa mengikut telunjuk Mahathir yang sudah bertukar menjadi penganjur seperi KAMAL ATTARUK.

Orang Melayu telah dipaksa oleh UMNO supaya menerima pemimpin yang tidak disukai oleh orang Melayu. Mereka adalah dilantik oleh Mahathir dan elit UMNO saja. Sementara UMNO tidak lagi mewakili msyarakat dan umat Melayu.

Banci terakhir menunjujkan bahawa anggaran orang Melayu menyokong UMNO tidak lebih dari 24.6% dari jumlah orang Melayu di negara ini. Ini adalah banci UMNO sendiri berasaskan kepada jumlah sokongan dari analisis keputusan P/raya ke-10.

Bermakna, 75.4% orang Melayu TIDAK lagi menyokong UMNO. Jika ada calun-calun UMNO menang, itu adalah atas sokongan pengundi bukan Melayu (khusunya China). Ini adalah terbalik dari keadaan zaman lampau ­ bahawa calun-calun MCA dan MIC menang kerana sokongan orang Melayu (yang rata-rata adalah penyokong UMNO).

Musa Hitam hakim UMNO melihat gejala ini sebagai satu dari beberapa petanda bermulanya kejatuhan UMNO/BN. Jika permasalahan itu tidak ditangani serta-merta (if the problems are not addressed immediately ­ kata Musa) mengikut kemahuan orang Melayu; maka keadaan akan menjadi runcing dan tidak terkawal. Akhirnya berkesudahan dengan kehancuran UMNO secara “TOTAL dan wholesome” .

Orang Melayu dan Islam yang dianut orang Melayu dinegara ini berpegang kepada Mazhab Sunnah wal Jamaah ­ tidak mungkin disekularkan oleh sebarang unsur bercanggahan. Scholars dan pakar Islam di negara ini terlalu sukar diperkutak-katikkan, kecuali mereka yang sudah masuk “Perangkap” ugutan, bujukan dan umpan habuan dunia kemewehan Mahathir dalam politik. Tetapi kebanyakan mereka sudah tumbang dan dimusnahkan dalam Pilihanraya Ke-10 dulu.

Sementara itu, PAS telah memulangkan “Hak-hak” hak penentu kepada orang Melayu dan orang Islam. Dalam Barisan Alternatif pula, gabungan itu telah memberi hak kepada Rakyat semua kaum kebebasan untuk bergerak dan membangunkan negara dan bangsa secara harmoni dan bebas untuk maju setanding dengan hasrat dan kebebasan “globalisasi” yang mecabar.

Regim Mahathir ternyata telah mengongkong dan menzalimi rakyat hingga rakyat hilang harga diri. Mungkin, Mahathir wajar disingkiirkan oleh UMNO sendiri. Jika tidak UMNO/BN akan menjadi bahan kajian sebuah sejarah tumbangnya sebuah parti politik yang akhir mati tanpa DIHARAMKAN!!

Catatan

Ditulis setelah mendapat fakta dan nasihat rakan-rakan. Amat berguna sebagai bahan sebaran bagi maklumat rakan-rakan yang sedang berkempen di Sanggang.

Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com