Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

“…..SEBABNYA… MAHATHIR BENCI SANGAT DENGAN NABI MOHAMMAD”!!

SEBULAN dulu seorang rakan saya bertembung dipasar. Sambil menunggu isteri-isteri kami membeli-belah, kami sempat bercerita. Dia seorang guru besar, dah hampir 18 tahun. Katanya, sebagai seorang guru, kerja memang jauh beda dari dulu. Tapi itu tidak jadi masalah. Kita sayangkan murid, kita mahu murid lebih berjaya dari kita.

Seperkara yang menyedihkannya, katanya - 3 orang gurunya yang memang dedikasi tiba-tiba diarah tukar. Sekarang murid-murid sudah kehilangan tenaga pengajar yang sangat dedikasi. Dia sendiri putus harap untuk menyabung prestasi baik sekolahnya selama 8 tahun berturut sebagai 5 sekolah dalam kategori terbaik.

Saya tanya, mengapa gitu. Jawabnya…POLITIK!! Saya tanya, mengapa politik pulak. Dia jawap, gurunya disyaki menyebelah Pembangkang. Kununnya, pejabat Pendidikan Daerah menerima surat layang menyebut guru-guru terbabit terlibat dengan kempen Pembangkang. Beliau sendiri telah menyiasat. Jawab guru-guru tersebut, mereka tidak terlibat langsung dengan politik. Cuma, ketua UMNO Cawangan disitu mahu mereka tolong kempen untuk UMNO/BN. Tapi mereka menolak sebab mereka terpaksa menguruskan hal-hal sekolah.

Kerana engkar tak mahu kempen menyebelah UMNO/BN, mereka dicap menyebelahi Pembangkang pulak. Tetapi mereka tidak pula menyebelah Pembangkang dengan berkempen. Tak ada!!

Katanya, dia minta supaya satu penyiasatan dijalankan secara terperinci dengan bokti-bokti nyata. Tapi pejabat Pendidikan tak mau sebab surat layang itu dikira sudah cukop sebagai bokti. Kawan saya membantah mempertahankan gurunya. Tetapi, arahan tetap tidak berganjak.

“Nampaknya UMNO membawa malapetaka bukan saja kepada orang Melayu, malah kepada anak-anak Melayu yang langsung tak tahu apa-apa tentang karenah politik. Memang aniaya: katanya. Saya cuma geleng kepala.

Kemudian dia cerita, di sekolahnya sudah ada gejala baru. Samseng!! Gejala samseng dikalangan murid-murid. Pada mulanya, salah seorang guru yang ditukarkan itu telah melaporkan kepadanya iaitu seorang pelajar telah melakukan perbutan keji disekolah.

Satu petang, seorang murid perempuan telah mengadu disekat dibilik tandas murid perempuan oleh seorang murid lelaki senior dan dipaksa bertelanjang selama hampir setengah jam. Murid itu diugut akan dicekik jika membantah.

Kejadian itu, sudah diadukan kepadanya oleh 6 orang murid lain. Katanya, tuduhan adalah keatas ‘penjenayah’ yang sama. Maka sebagai guru kaunseling, beliau telah melaporkan segala siasatan kepadanya sebagai Pengetua. Bila ibu bapa ‘penjenayah’ dipanggil, beliau membentak membelalak mata. Buat heboh pertahankan anaknya.

Bapak si ‘penjenayah’ itu ialah orang kuat UMNO di kawasan itu. Sebagai guru besar, beliau tidak peduli. Laporan dihantar ke pejabat dan sekarang murid itu akan dihantar ke sekolah ‘reform’. Perkara itu berlaku 6 bulan dulu. Kerana itu, mungkin ketua UMNO itu membalas dendam. Sebab, beliau pernah kata, “Kalau jadi apa-apa kepada anaknya, dia akan bencanakan hidup guru itu…!!”. Dia ketua UMNO. Dia ada kuasa!!

Katanya, sekarang memang sudah merebak gejala dikalangan murid-murid yang terlibat melakukan pelbagai kesalahan seperti mencabul kehormatan, pecah rumah hinga ketahap membunuh, merogol dan lain-lain. Kalau tak ada kerjasama ibubapa dan guru, alamat kita balik kezaman jahiliah lah, katanya. Zaman kita dulu, tak pernah dengar pun, katanya algi.

Saya menjawap, saya kata, “Kalau murid anak ketua cawangan UMNO kira-kira boleh maaf jugak. Tapi kalau MENTERI BESAR yang sepatutunya jadi harapan rakyat untuk berperangai sopan dan berbudaya baik pun ada yang lebih “jembalang” dari ‘MahaSYAITAN’…apa kita nak dikatakan? Nampaknya budaya UMNO ­ sejak Mahathir mempopularkan tuduhan palsu lagi fitnah terhadap DS Anwar ­ negara kita dah dilanggar mala petaka sosial yang paling menjijikkan”. Kata saya.

“Yang hairan, pucuk pimpinan UMNO sendiri mempertahankan, boleh tak terfikir ke dalam kepala hotak deme?” saya merungut.

“Itulah…” kata kawan saya itu. “Kalau nak membentuk anak-anak, memang rumit sekarang. Saban hari di akhabr, di TV…cerita lain tak ada. Liwat…liwat…liwat…!! Sebab pemimpin politik UMNO sekarang sudah sampai ketahap “memimpin kearah maksiat”. Nak buat macamana lagi?” katanya.

Sambil itu saya seluk kocek saya, saya serahkan logo lambang “bulan” yang saya beli di ceramah sedikit masa dulu. Disematkannya dikocek depan bajunya. Dia tersenyum! Saya tersenyum jugak..

Hai…kok jumpa dek orang UMNO nanti amacam. Tak pasal-pasal kena tukar pulak? Saya tanya. Dia geleng kepala.

“Heheheh…..” dia ketawa besar!! “Dari yang bertiga tu, saya lah salah sorang!!” katanya. Saya tercengang!! Geleng kepala saya.

Nampaknya UMNO memberi kemudahan kepada penyokong PAS/BA supaya bertaburan merata-rata. Tidakkah itu satu kerja paling bangang, memberi kemudahan ‘hardcore’ PAS/BA meneroka kawasan baru?

Teringat saya sewaktu puak musyrikin Makkah mahu Muhammad saw. supaya memulangkan orang Makkah yang pergi ke Madinah. Akhirnya, orang Islam itu lah yang jadi pengembang Islam di Makkah!! Begitu jugalah guru besar dan guru-guru yang ditukarkan kerana menyokong Pembangkang itu. Mereka lah yang jadi ‘agen’ yang memantapkan penyebaran maklumat kepada penduduk setempat yang baru!!

Nampaknya, Hamid Osman tak ceritakan iktibar itu kepada Mahathir, Khalil Yakob dan Dolah Bedawi. Mungkin diorang lupa, atau tak mau sebab Mahathir benci sangat dengan Nabi Mohammad!!

Pagi tadi, saya terbaca di gerai Linggam Sami muka depan Utusan Malaysia ­ akhbar Perdana UMNO satu tajuk terpampang…..” Samseng di sekolah meningkat -- Terlibat dalam kes jenayah seperti membunuh, merogol dan memukul..”

Hai…nak salahkan siapa? Kena tanya Dollah Bedawi ­ Adnan Yakob tu apa macam? Mahathir tu apa apa cerita? Rahim Thambi Cik, apa khabar? Megat Joned apa hal? Rahim Nor sehat walafiat saja nampaknya. Mahathir bagi perlindungan. Ketua UMNO Cawanngan sekolah kawan saya apa sudah jadik…? Mahathir lagi SAMSENG, boleh pecah undang-undang, tak payah pergi mahkamah!! Itu macam punya pemimpin pun ada dalam UMNO!!

Nampaknya UMNO tak kan dapat membudayakan ‘kebaikan dan kesopan sosial lagi”….!! Harap sangat kita supaya orang SANGGANG akan ajar UMNO/BN kali ini!!

Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com