Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

SANGGANG – PERHITUNGAN UMNO/BN IALAH UGUTAN DAN RASUAH

SEBAGAI orang Melayu dan orang Islam, kita tidak menyangka bahawa pameran akhlak yang paling buruk dan busuk oleh para pemimpin UMNO/BN (sebagai sebuah parti yang mengaku tunjang politik di negara ini), sangat menjijikkan dan memalukan rakyat.

Kempen Pilihanraya Kecil di Sanggang adalah satu “pamiran jijik” betapa “jahiliyahnya” pemimpin UMNO hingga sanggup dan boleh melakukan RASUAH, UGUTAN dan ANCAMAN sebagai taktik bagi memenangi pilihanraya. P/raya kecil Sanggang adalah “test of populatity UMNO/BN. Jika kalah, UMNO/BN dan Mahathir akan sekaligus jatuh harga diri di Perhimpunan Mei 2000 ini.

Kempen bercoarak “Jahiliyah” sedang berlaku di Sanggang – sebuah kawasan permai yang dihuni oleh 15,500 pengundi berdaftar, 61% adalah orang Melayu dan Islam dan selebihnya adalah bukan Melayu dengan majoriti kaum Cina.

UMNO Mencemarkan Budaya Islam & Orang Melayu

Kita tidak menyangka bahawa UMNO, sebagai sebuah parti yang mengaku menegakkan syiar Islam dan para pemimpinnya berikrar kepada orang Melayu dan orang Islam, akan memerentah negara ini berlandaskan lunas-lunas telus dan Islamik – sebaliknya telah terang-terang membelakangkan kesucian Islam dan budaya permai orang Melayu.

Sebaliknya, para pemimpin UMNO sejak dari mula telah menampilkan keterampilan paling hina, jijik dan tidak berakhlak oleh barisan pemimpin yang sanggop mempamirkan sikap buruk lagi hina seperti yang kita ketahu. Dengan menonjol dan melakukan perbuatan LUCAH, SAMSENG, ANGKUH, SOMBONG-BONGKAK dan KAKI PUKUL terhadap rakyat, orang lslam dan bukan Islam amat kesal dan terkejut besar. Kita tidak terfikir seorang pembesar seperti Adnan Yaakob (MB Pahang) sanggup melakunkan sebuah “pertunjukan” sandiwara ‘keji lagi lucah’ dihadapan rakyat Sanggang yang serba aman dan berhemah. Kemudian beliau mahu rakyat memilih calun partinya!! Masakan rakyat Sanggang sedayus itu…..!!!

Jika diasaskan kepada perbandingan ‘zaman’, sikap pemimpin dan wakil UMNO/BN (yang tampil di Sanggang menjalankan kempen disana), sudah terang-terang menampakkan betapa busuk dan jahatnya para pemimpin itu yang mencerminan karekter, sikap dan budaya sebuah parti berhaluan ‘FASCIST’ yang perosak, biadap dan KURANG AJAR.

Dengan para pemimpinnya berperangai golongan seumpama ‘kelompok PENJAJAH’ dari satu kaum ‘morauders’ (perompak) asing, mereka seolah-olah telah tiba-tiba datang entah dari mana secara mendadak. Jika mereka tidak mengenal hati dan budi, budaya rakyat tempatan mungkin tidak menghairan dan boleh dimaafkan. Tetapi Adnan Yaakob dan rombongan UMNO/BN adalah anak lahiran Pahang, mengakui diri berugama Islam, berbudaya Melayu, berpendidikan, dan berjawatan yang wajar menjaga maruah.. tidakkah itu amat dikesali dan menghairankan?

Begitu sekali perbandingannya. Mereka diceriakan oleh agen-agen tempatan di Sanggang yang bergelak ketawa mengikut rentak tarian lucah si Menteri Besar (Iblis Besar?) yang tidak matang dan tidak bermaruah itu!!

UMNO/BN Bagai Penjajah

Sejarah menceritakan – Portugis datang ke Melaka 500 tahun lalu sewaktu Melaka sedang makmur dan masyarkatnya yang tenang dan berperadaban tersusun. Tiba-tiba orang Melayu Melaka telah terdampak dengan satu kaum yang LUCAH, LAPAR ‘SEKS’, SAMSENG dan PENGUGUT, KAKI PUKOL DAN PENGANCAM Keselamatan rakyat. Mereka secara tiba-tiba berhadapan dengan satu kaum PENGACAU, PERASUAH dan PENYELEWENG, PENIPU dan PEMBOHONG. Rakyat Melaka yang tenang dan berperaturan telah kacau-bilau dan huru-hara hingga bersengkita sesama sendiri.

Orang Melaka merasa diri mereka TERLALU terhina. Tidak ada jalan lain, mereka mengangkat senjata menentang Portugis walaupun mereka tahu bahawa mereka dipihak yang lemah. Tetapi, jauh dilubuk hati mereka, karenah Portugis sebagai penjajah yang busuk dan menghinakan itu telah mencetuskan perasaan benci dan menolak kaum penjajah yang buruk perangai itu!! Mereka tiba sedar, bersatu dan kuat. Mereka berjuang dan menentang…!! Menentang…!! Menentang….!! Berperang…..!!

Hari ini, diperhatikan keadaan yang sama telah berulang di Sanggang – sebuah kawasan dengan jumlah pengundi berdaftar 15,579; dengan 61.3% adalah orang Melayu dan 32.3% adalah kaum Cina – telah diterpa oleh karekter “penjajah baru” yang lebih busuk. Dikatakan lebih busuk kerana mereka tahu adat-resam dan peribadi-budaya rakyat tempatan.

Rakyat Sanggang telah melihat bagaimana UMNO yang meletakkan seorang ustaz sebagai calun BN. Ustaz ini telah mengizinkan dirinya dipergunakan sebusuk itu oleh parti itu. UMNO sebagai sebuah parti yang berhadapan dengan PAS, kununnya telah berikrar akan meletakkan Islam ditempat yang sewajarnya – hari ini terbokti sebagai BERBOHONGAN besar. Rakyat Sanggang sangat jelik dengan karenah dan akhlak yang mencucuk bijik mata seluruh rakyat Sanggang.

Berduyun-duyun Ke Ceramah BA/PAS

Sudah cukuplah pamiran LUCAH yang menjijikkan yang dilakunkan oleh BADUT UMNO/BN seperti Adnan Yaakob pada hari penamaan calun itu. Karenah dan perangai lucah si Adnan itu sangat terkesan dihati rakyat Sanggang. Yang menakjubkan sekali ialah: “bapak angkat” Adnan di Kuala Lumpur telah memperakukan Adnan “LUCAH” itu sebagai Menteri Besar Pahang yang bergelar Yang Amat Berhormat dengan title Datuk Seri. Mereka sekongkol mempengakukan secara terbuka bahawa sikap ‘LUCAH, BIADAB, tidak SOPAN, itu sebagai “boleh diterima” dan sebagai ‘sempurna’!! Dimanakah budaya dan sikap Islamik mereka?

Orang Sanggang yang sebahagian besarnya (anggaran 61%) adalah Melayu dan mengahayati Islam sebagai ugama anutan yang mendarah daging – sangat terperanjat dan jijik dengan sikap Adnan Yakob dan seluruh pemimpin UMNO yang jelas paling tidak ISLAMIK’ itu. Orang Cina yang sejumlah 32.3% dari semua pengundi (15 ribu lebih) rakyat disitu tentu malu melihat telatah seorang ketua parti yang mencalunkan wakil seorang ‘ustaz’ di sana.

Orang Melayu dan Islam lah yang paling malu. Orang Melayu dan orang Islam di Sanggang terhina maruah diri dan agama suci mereka. UMNO telah menganggap mereka sedemikian hina dan dayus kerana memaksa mereka menerima seorang MB yang paling buruk dan busuk-laku mewakili seluruh rakyat negeri Pahang.

Sebaliknya sekarang, orang seperti Adnan itu sekarang memuji seorang calun yang bakal mewakili beliau di Sanggang. Orang Sanggang tidak sebodoh itu. Ibarat pepatah Melayu, jika “bapak borek, pasti anaknya paling kurang akan rintik”. Jika calun wakil UMNO/BN di Sanggang itu tidak seborek “bapaknya”, paling kurang beliau akan ‘serintik’ bakanya. Memang wajar “ustaz” calum UMNO itu tidak diangkat sebagai pemimpin di Sanggang!!

UMNO Juara ‘Politik Wang’

Di sana sini taktik murah membeli undi sedang dijalankan oleh wakil UMNO/BN. Pelbagai “Hadiah” telah ditabur dengan tujuan merasuah rakyat Sanggang. Bermula dengan beras dan ikan masin hingga kepada telekong solat, kain pelikat dan kain batik, semuanya telah diedarkan secara percuma. Semurah itu nilai undi rakyat Sanggang pada sangkaan UMNO/BN.

Orang-orang Cina dijanjikan peruntukan lot-lot tanah. Sementara orang Melayu melopong!! Umpan-umpan ini dijanjikan pula (memang janji bohong) dengan peruntukan sejumlah RM50 juta untuk membina sekolah. Peruntukan sebanyak itu terlalu besar hingga boleh membina 10 buah kampus universiti. Bermakna, janji itu hanyalah satu pembohongan yang akhirnya akan diberitahu (sekiranya BN menang) oleh pemimpin UMNO/BN ..”Tidak ada tanah yang sesuai”. Dengan itu janji itu akan lupus dan tidak akan dikotakan. Memang itu cara UMNO/BN membeli undi rakyat dimana-mana dan sepanjang masa!!

RASUAH “bermusim” tanpa perancangan ini sedang berjalan rancak sekarang. Beberapa jalan kampung secara tiba-tiba diturap dengan tar oleh JKR. Sikap merasuah seperti ini adalah kebiasaan – tetapi sangat menjijik dan menghinakan sekali. Beberapa orang pemimpin PAS dan Barisan Alternatif merasa diri mereka diperhina begitu sekali kerana jalan kerumah mereka pun ditawarkan untuk diturap. Begitu sekali teruknya dasar RASUAH UMNO/BN itu.

Hadiah “HAJI UMNO”

Secara tiba-tiba beberapa orang telah diberi janji ganjaran “Haji Percuma” oleh pemimpin UMNO yang berkeliaran. Sesungguhnya, ini amat dipertikaikan oleh umat Islam Sanggang yang prihatin tentang kesucian Islam. Mereka menolak RASUAH “HAJI” yang ditawarkan oleh UMNO kerana bagi mereka menunaikan Haji adalah ibadah yang terakhir dan berasaskan kemampuan. Pemberian yang tidak diasaskan kepada keikhlasan dan berbau rasuah wajib ditolak, kerana Allah swt. menilai segala aspek ibadah seseorang.

Ada pihak yang tertawa besar, bagaimana UMNO menawarkan “Hadiah HAJI” sementara musin Haji sudah berlalu!! Maka ditertawakanlah dengan ejekan “Haji UMNO”….!! UMNO menghadiah “Haji” sebagai memancing undi. Alangkah busuknya taktik UMNO. Mungkin mereka sedang bergurau dengan Allah? Begitulah fasiknya UMNO ini!!???

Baru sekarang Kerajaan UMNO/BN Pahang teringat (kononnya) mahu melaksanakan tanggungjawa dengan menjanjikan pemberian biasiswa dari khazanah rakyat “Yayasan Pahang”. Bagaimana pula dengan anak-anak rakyat dari puluhan kawasan lain di negari Pahang? Tidakkah itu satu RASUAH yang sangat ketara cuma untuk memancing undi di Sanggang????

Kesimpulannya adalah jelas bahawa UMNO/BN di Sanggang sedang menjalankan taktik paling kotor dan lucu, selain dari LUCAH dan BIADAP!! Makin nampak PAS/BA mendapat laluan mudah!! Insyaallah!!

Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com