Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

KEMENANGAN DI SANGGANG: BENARKAH UMNO DIYAKINI SEMULA OLEH ORANG MELAYU?

Pemimpin UMNO MENCABAR Rakyat

Abdullah Ahmad Badawi panglima BN mengetuai kempen BN dalam pilihanraya kecil Sanggang. Dengan nada bangga beliau menyifatkan kemenangan calon BN dengan majoriti 1,963 undi (BN memperoleh 6,743 undi manakala PAS/BA endapat 4,780 undi) kononnya petanda “BN telah meraih majoriti lebih besar dan dengan itu membuktikan rakyat tetap memerlukan BN”

Katanya, ''Mesej kepada semua pemerhati yang hendak melihat nasib UMNO dan BN ialah para pengundi di Sanggang telah membuktikan rakyat bertambah yakin kepada BN dan UMNO dengan memberikan sokongan yang lebih besar,''.

Ada pula pemimpin UMNO yang terlalu bebal seangkatan dengan Najib Razak mengatakan bahawa kemenangan di Sanggang menunjukkan bahawa PAS/BA telah ditolak oleh rakyat!! Berapa lama lagi mereka mahu menipu diri sendiri?

Akhirnya, Mahathir Mohamad pula menyifatkan kejayaan BN di Sanggang menunjukkan rakyat sudah melupakan layanan buruk yang diberikan ke atas bekas Timbalan Perdana Menteri dan pemimpin kita, Dato’Seri Anwar Ibrahim. Dengan kata-kata lain, Mahathir sekarang mendabek dada mencabar orang Melayu dan rakyat amnya bahawa orang Melayu adalah sedayus-dayus umat yang sanggup menukar-ganti KEADAILAN dengan KEZALIAMAN – semata-mata demi kepentingan perut yang sementara!!

Ucapan semacam itu tidak lebih dari satu bahan kempen terbaharu untuk mengambil kesempatan supaya diri mereka akan mendapat tempat dalam pencalunan MKT Mei 2000 ini. Hakikat sebenarnya mereka tahu bahawa sebenarnya UMNO sudah lumpuh!! Atas segala-galanya, kata-kata itu juga telah menampar muka setiap umat manusia yang mempunyai hati nurani kemanusiaan, seolah-olah manusia di negara – apa jua status dan agama sudah hilang sifat kemanusiaannya.

Tidak Memecah Persoalan

Tanpa menganalisis perangkaan yang kompleks, persoalan utama yang kian menekan UMNO/BN sekarang ialah: apakah UMNO sebagai parti tunjang BN kini wajar mendabek dada dengan kemenangan di Sanggang ini – justeru itu mampu bermegah kununnya UMNO mempunyai masa depan yang cukop baik untuk mempertahan kewibawaan sebagai parti tunjang BN?

Bagaimana pula dengan performance BN, relatif kepada UMNO, jika keadaan yang terpapar di Sanggang itu berulang didalam pilihanraya 2004?

Rata-rata, puak pemimpin UMNO dan ahli-ahli UMNO “diatas Pagar Berduri” melihat kenyataan sebenar sebagai: “UMNO makin lumpoh dengan kemungkinan BN menghadapai zaman malap dan sukar dipercayai berkuasa kembali” – kian nyata dan benar!! Kesimpulannya, UMNO sedang menipu diri sendiri.

Persoalan Besar Yang Menekan UMNO.

Sample di Sanggang menunjukkan bahawa pengundi Melayu berjumlah 9,152 orang, pengundi Cina 5,231 orang, India 677 orang dan lain-lain 216 orang (jumlah besar 15,322), telah berpecah. Dengan pecahan sokongan kepada BN 6743, PAS 4780 (dan 116 rosak) cuma mampu memberi majoriti kemenangan 1963 undi kepada BN (jumlah pengundi yang keluar 11,649). Perangkaan itu menunjukkan UMNO sudah kehilangan sokongan (khususnya) orang Melayu dan orang Islam!!

Dari perangkaan tersebut, jika BN hanya mampu mengutip undi berjumlah 6,743 undi dan UMNO pula begitu ghairah mendakwa keahlian melebihi 6,000 orang; dapat dianggarkan BN hanya mampu meraih sokongan bukan-UMNO sekadar 400 – 600 orang saja.

Bermakna, UMNO kehilangan pengaruh dikalangan parti komponen BN. Begitu juga sebaliknya, sekiranya 76% pengundi bukan UMNO keluar menyokong BN, bermakna UMNO hanya mendapat sokongan anggaran 2000 pengundi UMNO dari jumlah ahli lebih dari 6000 (30%). Yang 4000 lebih itu berhijrah kemana?

Dari situ, menunjukkan sejelas-jelasnya bahawa orang Melayu (ahli UMNO sejumlah 6000 lebih) sudah menolak UMNO dan telah berhijrah menyokong PAS/BA. Kemenangan BN semata diharap oleh calun UMNO dari sokongan bukan Melayu (Cina).

Dengan itu, persoalan sokongan terhadap UMNO oleh orang Melayu sudah terjawab bahawa UMNO sudah hilang pengaruh dan kewibawaan dikangan orang Melayu. UMNO/BN tidak mendapat sambutan dan sokongan lagi! Gejala ini akan memberi petanda bahawa UMNO bukan lagi “Parti Tunjang” dalam BN dan UMNO juga bukan lagi ‘King Maker’ seperti 20 tahun dahulu. Ini patut menjadi isu merungsingkan kepada UMNO.

Tetapi mereka tidak peduli itu kerana senjata mereka ialah proganda murahan yang boleh mereka dijadikan asas memperbodohkan orang Melayu – kini, esok dan selama-lamanya!! Mereka telah melanggar semua peraturan P/raya – dan SPR sengaja menutup mata!!

“Menang Sorak Kampung Tergadai”

Ahli UMNO dari kelompok “atas Pagar Berduri” di Sanggang membuat penelitian yang prihatin terhadap segenap aspek pilihanraya di Sanggang tempoh hari. Laporan yang diterima menyebut bahawa:

1. Kemenangan BN adalah bersebab dari janji manis madu yang dilihat begitu dahsyat dimainkan oleh UMNO di Sanggang semata-mata untuk meraih sokongan bukan UMNO. UMNO saolah-olah sanggop ‘bergadai bergolok’ untuk memenangi sokongan bukan UMNO, bagi menebus maruah UMNO.

2. Rata-rata orang Melayu sudah makin ngeri, takut dan makin waspada melihat bagaimana UMNO ‘menjual apa jua harta hak yang ada’ untuk menang. Andaian yang disebut-sebut selama ini ialah di Sanggang ialah UMNO sanggop berprinsip “bio pape ase begaye..!!” (pepatah orang Perak bermaksud: Biar papa asal bergaya..!!).

3. Adalah dilihat – janji UMNO adalah diluar parimeter manifesto yang konkrit dan sensible. Mereka menjanjikan “everything under the sky” tanpa mengira samada mereka mampu atau tidak melaksanakan kelak. Mulai dengan projek RM50 juta hingga kepada pemberian tanah – segala-gala dijadikan bahan rasuah sebagai janji.

Mungkin ini boleh dilakukan setakat Sanggang (sebuah kawasan DUN Negeri); tetapi bagaimana dalam P/raya Umum mencakup seluruh Negara? Alangkah besar “gadian” UMNO kepada pengundi kelak? Pasti hak orang Melayu akan menjadi ‘cagaran’ untuk diperjudikan UMNO kelak!!

4. Rakyat, khususnya orang Melayu makin nampak jelas bahawa UMNO telah mengemudikan bahtera UMNO umpama menyongsong arus deras yang kian bergelombang. UMNO telah mempertaruhkan kewibawaan, sensitiviti budaya dan adat resan, ugama dan hak orang Melayu begitu murah dan mudah sekali. Yang kehilangan hak ialah orang Melayu yang makin diperlekeh ugama mereka (Islam).

Kesimpulannya, kalau diteliti, UMNO sanggup menjual tanahair, bangsa dan ugama kepada sesiapa juga demi kemenangan politik. Janji itu akan membawa padah yang amat amat parah kepada orang Melayu generasi akan datang.

Contoh-contoh Menggamamkan

Contoh yang amat menggamamkan orang Melayu ialah:

1) UMNO sanggup mencela ugama sendiri dan mengutuk perundangan Islam dan memeperlekeh undang-undang Islam untuk meraih undi. Hudud adalah menjadi bahan yang disebut-sebut sebagai undang Islam yang akan merosakkan keharmonian budaya kaum bukan Islam. UMNO membenarkan jongos-jongos MCA dan MIC berkempen memperlekeh Islam supaya mereka tidak memilih calun PAS. Ini amat dikesalkan.

Ini selari dengan kempen Mahathir di Sabah dulu yang menyentuh perundangan Islam mengenai “potong tangan/potong kaki”. Di Sanggang, tohmah busuk mengenai judi, babi, permainan naga, dll. telah dibesarkan dalam kempen rumah ke rumah dikomuniti bukan islam. UMNO membenarkan ia digunakan!!

1) pemimpin UMNO (yang paling gigih) bermati-matian menegakkan bahawa kezaliman yang mereka jadikan peradaban dan budaya, adalah bentuk keadilan yang akan mereka laksanakan untuk rakyat generasi akan datang.

Bagi mereka, jika orang Melayu sanggup menerima kezaliman seumpama sekarang, maka itu bermakna orang Melayu memang mudah dilakukan apa juga yang mereka mahu dimasa depan. Mereka tidak akan teragak-agak lagi melakukan sebarang kekejaman. Bagi pemimpin UMNO, orang Melayu adalah sedayus-dayus umat manusia yang sanggup mengorbankan bangsa, tanahair , budaya dan agama mereka demi sesuap nasi….!!!!!!

2) bagi jongos-jongos Mahathir, orang Melayu sudah hilang semangat juang untuk menegakkan kebenaran kerana orang Melayu adalah dari kelompok yang rendah martabat dan mudah diugut, dibeli, dipujuk dan tidak ada daya lagi menetang walau dengan senjata berkilat di tangan.

Bagi mereka, orang Melayu boleh diperkutak-katikkan semahu mereka. Orang Melayu terlalu akur dengan undang-undang dan peraturan. Kerana itu, darah juang orang Melayu sudah luntur, hilang dan takut gugur sebagai pahlawan!! Mereka bangga dan yakin bahawa seluruh ketua-ketua tertinggi perajurit dan kepolisan telah mereka korap, seluruh jentera kerajaan sudah dalam poket mereka. Orang Melayu sekarang kononnya terdedah untuk dijadi “sambal” oleh mereka.

3) UMNO sagta yakin bahawa SPR sudah masuk kantung mereka. Hari ini baru tahu ramai pengundi Sanggang yang sengaja dinafikan hak mengundi dengan memindahkan nama mereka keluar dari daftar pengundi di Sanggang. Hari ini, setelah selesai p/raya ini, pihak SPR telah memanaskan keadaan dengan memberi komen memihak yang tidak beretika dengan menghalakan ‘senapangnya’ kepada Pembangkang, kununnya Pembangkang telah melanggar peraturan SPR.

Mengapa SPR tidak mahu menyebut bahawa penyokong UMNO mengadakan rapat ‘kenduri’ hingga ke pagi untuk mengasut pengundi, membekalkan wang dan beras, kain dll. sebagai rasuah? Kenapa tidak disebut? Sebenarnya SPR telah dirasuah dengan ugutan dan upah-ganjaran!! Rakyat sendiri sudah mempertikar kekecualian SPR.

Sanggang Memberi Semangat

Sebenarnya, gelanggang DUN Sanggang sudah membuktikan bahawa disebalik kemenangan BN, terdapat kekalahan serius yang seharusnya menjadi pengajaran kepada UMNO. Seterusnya, orang Melayu wajar membaca dengan hati-hati.

Undian PAS terang-terang meningkat kepada 4,780 undi dan angka peningkatan ini merupakan satu amaran kepada BN dalam piliihanraya 2004. Kebelakangan ini, jarang sekali statistik undian PAS akan merosot, melainkan terus bertambah. Dengan statistik itu, ternampak jelas bahawa tafsiran dan luahan hati rakyat marhain tentang kemenangan BN di Sanggang adalah satu perkara yang pura-pura. Allah masih mahu kita meneruskan jihad ini.

Keadaan di Sanggang membawa dua makna berbeza. Pertama orang Melayu sudah memberi kata dua kepada UMNO/BN – samada kembali kepada perjuangan orang Melayu yang asal atau bersedia untuk diganyang habis-habisan oleh orang Melayu seterusnya.

Kedua, samada Kerajaan Regim Mahathir (dengan segelintir pemimpin UMNO) sebagai parti Melayu kini telah mengistiharkan ‘sanggup berperang’ dengan rakyat yang sudah bersedia menghadapi mereka!! Jika dalam tahun 2004 ini UMNO masih menggunakan taktik kotor juga, dengan tipu-belit sekongkol SPR yang tidak bermaruah – regim ini akan berhadapan dengan satu pengembelingan tenaga dari rakyat untuk menggulingkan mereka secara paksa!! Rakyat akan mengheret mereka ke muka pengadilan muktamad!!

Sanggup Jual Bangsa, Tanahair dan Agama

Sikap dan tindakan dalam kempen oleh pemimpen dan jongos-jongos UMNO di Sanggang mempelihatkan bahawa mereka sanggup melakukan apa saja untuk berkuasa. UMNO tidak lagi berkempen secara demokratik dan sehat sebagai sebuah parti bermaruah dan berberwibawa; tetapi mereka sudah seakan-akan mengistiharkan perang bacol mengahdapi PAS.

Bukan saja PAS yang menjadi bahan serangan UMNO dan jongos-jongos BN; tetapi ugama Islam dan perundangan Islam yang dijadikan bahan ugutan dan momokan. Pengistiharan ini sangat menyedihkan orang Melayu dan penganut Islam. Hati orang Melayu sudah dibakar habis-habisan.

UMNO telah menggunakan Islam sebagai taktik mengugut bukan Islam dengan sewenang-wenangnya. Makin nampak bahawa UMNO lah yang memecahbelahkan umat Islam dan orang Melayu dan sambil itu mengugut bukan Islam dengan menggunakan ugama Islam sebagai bahanugutan…!! Raja-raja Melayu wajar prihatin!!

Berhentilah Ketawa!!

Mahathir dan segelintir pemimpin UMNO yang terdesak wajar melihat bagaimana Pakistan atau Indonesia melaksanakan pembersihan daki saki-baki penjajahan baru. Jika selama ini segala kebusukan, kezaliman dan kekusutan politik, sosial dan perundangan yang mereka lakukan memberi mereka ruang untuk berlaku paling zalim dan kejam terhadap rakyat (sambil membolot hak rakyat semahu hati), mereka wajar melihat kejadian di Pakistan, dll. dan bersedia bahawa “Kuasa” mereka amat rapuh!!

Mahathir dan mereka yang sekongkol wajar belajar dari pengalaman dan nasib Soeharto, Mobutu, Marcos, Shah Iran, Cacescue dan lain-lain. Akhirnya, rakyat menentulkann siapa mereka. Memang wajar mereka berhenti ketawa selepas kejadian di Sanggang.

Catatan :

Ditulis sempena “Perhimpunan Rakyat – The Black 14”. - Perhimpunan Rakyat Memperingati Runtuhnya Sistem Kehakiman di Malaysia..!

Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com