Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

INTERNET – SALURAN INFORMASI SEBAGAI PERJUANGAN ALTERNATIF PALING BERKESAN!!

Memang betul-betul terjadi sekarang. Langkah gempur sepadu para netters di semua laman Reformasi telah memberi sumbangan kepada ramai lapisan masyarkat – tak kira dimana dan siapa. Saya kata begitu kerana saya menjelajah banyak tempat baru ini. Ramai yg berbincang mengenai hujah dilaman reformasi berbanding dengan sumber dari NST, UM, BH.

Internet jadi Fokus

Kita patut bersyukur kerana gempuran internet telah menyebabkan jentera propaganda Mahathir dan Regimnya nampak makin goyah – paling kurang sudah mulai tergegar dan tergeger. Tulisan-tulisan sdr Marhain Tua (MT), Ibrahim Baba, Roslan SMS dan beberapa orang yang lain ternyata menjadi fokus bacaan ramai pihak dikalangan rakyat. Jika HARAKAH dan DETIK disekat, makin nampak sumber bacaan alternatif dari LamanWeb makin jelas mengambil tempat.

Mereka yang menyumbang banyak hasil penulisan yg memerlukan pemikiran dan pemantauan teah menjadikan rakyat prihatin peka. Kesemua ini terhimpun dalam satu teknik penulisan tersendiri yang bebas, bersahaja hingga ada yang merasa bahawa ia adalah tulisan dari anak-anak rakyat yang mudah dimengerti keikhlasan dan maksud penulisan mereka. Ini memberi rangsangan yang tidak ada hujungan kepada Regim Mahathir dari terus memantau dan cuba menandingi

Kadang-kadang kita terpegun melihat betapa banyaknya kemampuan seseorang yang berjiwa rakyat untuk meneruskan perjuangan yang mendarah-daging dalam diri mereka. Kadang-kadang kita ternyata-tanya: bagaimana mereka begitu teratur dan terdidik oleh keadaan yang makin memerlukan keberdayaan sehebat itu. Kita hairan bagaimana mereka punya masa begitu banyak hingga saban hari tak kurang dari 15 – 20 artikel diluahkan ke muka lamanweb.

Pengendali LamanWeb – WASPADA!!

Pengendali LamanWeb makin kreatif dan ini sungguh menakjubkan. Satu Laman mungkin tertangguh, tapi 2 akan timbul. Selain dari FGR, ada lagi yang dapat dicapai. Masing-masing betul berfungsi dan kadangkala tidak ada masa yg cukup untuk melayari kesemuanya. Mungkin ramai diantara kita cuma dapat meneliti beberapa Laman yang jadi minatan selama ini. Selain dari FGR, Laman-laman lain sperti Boikot & Fitnah e-Umno, Tranung Kite, Mahazalimtwo adalah antaranya yang paling istemewa.

Sekarang ada pula di FeU pula link terbaru: “Nasihat MT” disana. Ini adalah usaha kreatif yg harus dipuji amat. Saya puji kecerdasan sdr. MT mengendalikan nya. Cantikkkkkk…!!

Diharap saudara pengendali berwaspada bahawa dicelah-celah kebebasan ‘internet’ (konon), Regim ini telah menggunakan wanga yang yang banyak untuk memantau dan merosakkan setiap LamanWeb, penulis artikel dan penyumbang. Gunakan kebijaksanaan anda!! Sebenarnya, kebebasan BERINTERNET tidak ada di negara ini!!

Karyawan Rakyat Umum berperanan

Regim Mahathir tahu bahawa beberapa Jabatan Kerajaan banyak yang menyalin kandungan tajuk-tajuk tertentu dari LamanWeb tertentu. Artikel2 itu banyak tersebar dengan bebas, berkesan tanpa mampu disekat. Saya pernah melihat beberapa salinan difotostat oleh beberapa orang yg berminat – termasuk anggota polis dan tentera, pegawai awam yang memang merasa diri mereka sebahagian dari Reformis rakyat massa.

Seorang bekas diplomat kita di Vietnam pernah bercakap dengan saya beberap waktu dulu, katanya: pejuang Vietcong di Vietnam dulu bertukar informasi sentsitif dari satu sumber. Hingga, dalam tempoh 1 jam, dianggar 1000 orang askar menerima maklumat dan menurut arahan maklumat itu. Kerana itu, perjuangan mereka terus hidup dan akhirnya askar Amerika tidak sedar bahawa yang menjaga pintu pagar kedutaan Amerika sendiri ialah agen Vietcong pangkat tertinggi!! Begtu sekali…..!!

Kini Mahathir dan regimnya sudah terkepung. Kita nampak bahawa di dalam ATM dan Polis sudah ramai penyokong reformasi – cuma mereka tidak mahu tunjuk belang kerana itu adalah startegi mereka. Kita tahu dalam Perkhidmatan Awam juga sudah ramai yg bertekad utk menumbangka regim ini. Sesama mereka sekarang sudah ada simbol ‘ajaib’ menandakan mereka adalah dari kelompok yang sama. Kita syukur, Terengganu adalah contoh terbaik dalam menumbangkan UMNO/BN.

Latihan Tubi (drill)

Adalah dirasakan bahawa sifat yakin dan tabah para Reformis yang intelek sekarang sudah mulai mendapat strategi-strategi ampuh untuk menyumbang kearah mencapai matlamat yang satu, iaitu menegakkan Kedadilan di bumi bertuah ini semula. Sumbagan kadar termampu (bukan semestinya wang-ringgit tetapi bentuk tulis dan pikiran) telah makin ketara.

Jika Mahathir ada strategi, kita sebagai rakyat marhain pun ada juga. Sekarang rakyat telah menggunakan “latihan tubi”, menulis atas isu yang sama dgn pelbagai approach untuk meyakinkan rakyat pembaca bahawa Mahathir dan sekongkolnya adalah manusia yang wajar dibuang segera andainya kita mahu menyelamatkan rakyat, bangsa dan ugama.

Jika Mahathir meneruskan kezalimannya, rakyat pula akan meneruskan ‘discrediting turnover process’ dengan membongkar kejahatan, kebusukan dan kezaliman Regim ini dengan menulis berkali bagaimana dahsyatnya kebusukan Regim ini.

Makin rakyat ditekan, makin itu rakyat akan nmencari jalan keluar yang tidak termampu difikir dan dikendalikan oleh Regim “perosak” bangsa dan ugama ini. Rakyat adalah sektor masyarakat yang paling kreatif yang kini sudah terang-terang menentang regim Zalim keparat ini. Pasti mereka akan hancur ditumbangkan!!

MAHATHIR Mohammad Memang PRO-YAHUDI

Kita tahu, orang Melayu sebagai umat Islam memang cukup-cukup marah dan benci dan mengutuk habis-habisan sesiapa diantara pemimpin di negara ini yg bersahabat dgn YAHUDI!! Membaca beberapa artikel dari sumber internet mengenai Hitler dan Stalin, kita nampak mereka (regim ini) adalah menggunakan tatik yang sama untuk menekan ledakan revolusi rakyat.

Apa yang dilakukan oleh Mahathir laknat ini terhadap Rakyat sekarang adalah satu rencana zalim yang harus ditentang habis-habisan. Dari sumber UMNO sendiri, mereka sekarang hanya menunggu masa untuk menggulingkan Mahathir dan jongos-jongosnya secara paksa. Mereka yang “duduk atas pagar berduri makin ramai”. Mahathir sendiri dalam keadaan paling tertekan!!

Kita akan dapat meyakinkan orang Melayu bahawa formula “Mahathir=Diktator=Anti Islam=Yahudi melalui pesekongkolnya dengan FREEMASON” makin nampak nyata!! Boktinya, di masjid2 sudah ada orang berbisik2 mengatakan Mahathir adalah anti-Islam!! Paling kurang imej Mahathir sudah rosak teruk!! Kita berhasil juga. Mahathir dan segelintir pemimpin UMNO dan BN sekarang makin sulit dan sukar menepis tuduhan rakyat mengenai kezalimannya.

Riaksi K/Tangan Awam

Dari sumber beberapa pihak, beberapa orang diantara rakyat yang sudah terlalu marah telah menghantar e-mail kepada beberapa pihak mengkeritik karenah mereka. Contohnya, Rakyat yang peka telah menghantar beberapa artikel lepada beberapa orang pegawai di JAKIM/Pusat Islam dengan mengutuk sikap mereka menjadi “barua” Mahathir dan Hamid Osman + Hamid Z-abdin.

Dimaklumkan juga, mereka mendapat riaksi yang meleset. Tetapi mereka terus degil dan terus-menerus hantar. Sesudah berapa lama dilakukan, sekarang nampak mereka sudah mau berikteraksi, khabarnya.

Sekarang kita baru sedar bahawa pegawai2 di JAKIM memang benci kepada Hamid Osman dan Mahathir. Tetapi mereka telah diperangkap – kerana ada satu projek oleh SB & UMNO untuk memantau sikap k/tangan awam di jabatan-jabatan strategik untuk memantau dan mempastikan samada mereka pro-Kerajaan atau mengkertik kerajaan. Usaha sedang dilaksanakan oleh SB, UMNO PWTC dan beberapa kelompok dalam UMNO yang memantau kakitangan awam melalui e-mail.

Dapat tahu, riaksi rakyat memang tidak akan nampak pro-Reformasi secara terang; namun sebenarnya, mereka adalah 100% benci kepada keadaan yang ada. Cuba hantar sebarang e-mail dan surat layang kepada sesiapa antara mereka. Ramai telah mencuba dan telitilah riaksi mereka !!

“THE BLACK 14”

Gagasan “THE BLACK 14” terlah mendapat perhatian rakyat. Mahathir sudah sedar bahawa “Beliau kini sedang berperang dengan Rakyat dan Raja2 Melayu”. Petanda yang wujud sekarang menunjukkan bahawa – jika kerajaan Regim Mahathir boleh langgar semua undang batang tubuh negara ini, apakah rakyat akan terus dipaksa diam selamanya?

Mahathir sudah cukup gelabah dan hilang kewarasan sekarang. Lawatan Presiden Pakistan telah memberi bacaan kepada Mahathir bahawa Presiden itu mampu membawa ketenangan dan keamanan kepada rakyatnya. Mahathir cuba bersikap pura-pura dalam perbualan dengan Presiden Pakistan itu. Mereka tahu apa nasib Mahathir jika beliau Perdana Menteri Pakistan.

Rakyat sudah nampak bahawa peranan yang dimainkan oleh INTERNET sudah mampu menentang kekuatan Mahathir (walau sedikit cuma), tetapi keberkesannya sudah sampai ke akar-umbi dan menyebar luas!!

Mungkin kemenangan BN di Sanggang dan segala karenah busuk Mahathir sedang diteliti rakyat sebagai menyiapkan diri menghadapi sebarang kemungkinan busuk, zalim dan ganas dari Regim yang sudah tersingkir ini.

Catatan :
Ditulis setelah menerima maklumat dari beberapa sumber. Saya sekarang sedang dalam perjalanan kali kedua pula.

Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com