Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

DALAM PERJUNGAN : BILA HILANG GELAP PASTI TIMBUL TERANG..!

Belum ada dalam sejarah tamaddun manusia seorang DIKTATOR terlepas bontang dan Sistem pemerentahannya tegak menongkat langit hingga keakhir zaman. Kesemunya runtuh dan dilempar buang oleh rakyat (dengan izin Allah swt) sebelum kiamat!

Selagi naluri manusia sejagat yang kurniakan Allah swt menuntut “kebebasan”, sebagai anugerah yang maha Esa yang direstuiNya, perjuangan menegakkannya akan termakbul jua. “Kebebasan” itu adalah satu daripada sejumlah anugerah nikmat Allah swt. kepada umatnya yang tercatat terang-terang dalam Al-Quran dan Hadis Qudsi. Nabi diturunkanNYA kerana membebaskan manusia dari 1001 macam belenggu.

Dalam perjalanan saya ini, saya mendengar ceramah seorang ulamak yang dalam ilmunya. Saya yakin bahawa kenyataan beliau adalah benar. Katanya (lebih kurang): “Terbokti banyak kali dalam sejarah hidup manusia – bermula dari Firaun dan Taghut hingga kepada Stalin-Lenin, Hitler, Caucescue, Mobutu, Shah Iran…hinggalah kepada Marcos dan terbaru sekali ialah jiran kita: Pak Harto; semua mereka tumbang!!”

Bagaimana pula Mahathir Mohammad? Saya tanya dalam hati saja (sebab dalam masjid tak boleh berpolitik): Diktatorkah dia atau seorang demokrat handalan?

Kalau diamati dalam-dalam, maka nampaklah Si Mahathir ini – seluruh rakyat dan umat dunia memberi ejekan identiti “Diktator” kepadanya; kecuali segelintir dari sejumlah besar pemimpin dan penyokong UMNO/BN yang mata mereka masih tertutup oleh dua keping duit syiling – maka bagi mereka Mahathir adalah orang paling demokratik (tafsiran mereka).

Bebal Sangatkah Kita?

Kita yang diluar pagar kungkungan UMNO akan merasa (paling kurang) sedikit bebal untuk merasa yakin bila ada dikalangan pemimpin UMNO yang bermati-matian meyakinkan kita bahawa “Kemenangan tanpa bertanding Mahathir Mohamad dan Abdullah Badawi, bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno, kununya “bukan bermakna demokrasi dalam parti itu sudah mati.”

Eiiii..yaaaaahhhhh…..!!! Kalau yang bercakap itu budak-budak sewel di Pusat Serenti, kita akan maafkan. Otak mereka sudah hilang kewarasan minda berfikir hingga bebal. Tetapi kalau Naib Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata “demokrasi masih hidup dalam Umno berdasarkan KERANCAKAN pertandingan jawatan lain terutama jawatan Naib Presiden dan Majlis Tertinggi”; pasti ramai diantara kita yang masih waras akan garu kepala. Issskkk..issskkk…!! Menguit-nguit gatal di kepala!!

Nampaknya, bagi si Najib, “kemenangan dua pucuk pimpinan itu adalah disebabkan ahli Umno memilih untuk mengikut nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad supaya pertandingan tidak diadakan bagi mengelak perpecahan parti. Nampaknya, ahli Umno memilih untuk mengikut nasihat Perdana Menteri walaupun nasihat itu tidak semestinya dipatuhi," katanya.

Hei..hei….!! Aduhai sayang, aduhai …malangnya UMNO berpemimpinkan seorang Naib Presiden yang tidak menggunakan ilmu yang dipelajarinya setinggi langit!! Adakah “kemenagan” Mahathir Mohamad dan Abdullah Badawi hasil dari satu proses sayembara ‘demokratik’? Begini sekali Najib ‘menghina’ diri dan memperkecil ilmu sesempit itu?

Cuba fikir apa yang dikatakan “nasihat” itu tidak “dipatuhi”, pasti telinga anda akan dipilin. Silap-silap, ke Sg. Buloh kalian berbondong-bondong! Kalau tak percaya…CUBAlah. Tengok apa jadi dengan Bahagian Tanah Merah. Mungkin ada yang akan ‘bertanah marah’ selepas Mei 2000 ini!! Akan ditalqinkan Datk Seri Presiden dengan kerjasama ‘jongos-jongos’ terpilih!!

Jika Abdullah mengesahkan kemenangannya bagi jawatan timbalan presiden selepas menerima 133 pencalonan (jumlah minimum bagi menang tanpa bertanding) begitu juga Mahathir Mohammad; apakah itu bermakna ‘demokrasi’ sedang bercambah subur dalam UMNO?

Definasi “Demokrasi” UMNO Kacau-bilau

Ramai yang bertanya: Apakah peranan lebih 2000 perwakilan pada Mei 2000 nanti? Adakah mereka datang berhimpun di PWTC cuma untuk mendegar ‘bru-ha-ha’ seorang Presiden dan Timbalan Presiden parti yang menang tanpa bertanding?

Atau, mereka yang 2000 lebih itu hanyalah jemputan khas untuk ‘melancung’ ke Kuala Lumpur bagi meresmikan “pertabalan” seorang Diktator dan Timbalannya (a mini dictator in the making) saja? Atau juga, Perhimpunan itu cuma satu proses indoktrinasi yang mempastikan mereka yang 2000 lebih itu akan berikrar taat-setia dan akur dengan sumpah bahawa mereka adalah orang-orang yang perlu mengikis “jiwa bebas”?

Makin nampaknya definasi “demokrasi” UMNO semakin kacau-bilau. Samada Rais Yatim yang berkelulusan Ph.D, atau Najib Razak anak seorang “freedom fighter” atau sebusuk-busuk ‘jembalang lucah’ seperti Adnan Yakob atau seorang dungu seperti Ibrahim Ali akan tahu apa yang dimaksudkan “demokrasi’ itu? Setakat ini kita masih ragu-ragu!!

Nampaknya hak memilih ditangan 2000 lebih Perwakilan itu telah dilupuskan oleh Bahagian-bahagian yang jadi pencarum dalam kelompok 133 sokongan itu. Bermakna 2000 perwakilan dan 2.0 juta ahli UMNO “have been taken for a ride”!!! Kena tonggang pundak masing-masing macam Mahathir main kuda di ranchnya di Argentina. Tapi ini kuda UMNO pula!!

Kalau ada yang dalam kelompok UMNO cuba nak merungut pun, jangan salahkan siapa – salahkanlah diri sendiri dulu. Kan kalianlah orang yang memberi segala macam “prerogatif” kepada Mr. Presiden parti hingga beliau kebal undang-undang, dan kata-katanya umpama “gospel truth”.

Sedikit masa nanti, kalian tengok lah: akan nampaklah cuma 50 orang MKT yang akan menentukan nasib 2.0 juta ahli UMNO (kalau masih ada) dan 20 juta rakyat Malaysia. Dalam konteks sebuah Regim Diktator, memang sistem yang diamalkan hanya, “say what you will, I am still the power to be..!!”.

Sistem Diktator Memang “Mencekik”

Sebuah Regim Diktator pun mengamalkan “demokrasi” juga. Kalau salah tafsir, saling tak tumpah seperti amalan demokrasi biasa. Ada pemilihan, ada undian, ada kempen, ada sanjungan termasuk ‘dabik-dabik dada’. Tapi jangan tak sedar, dicelah-celah itu ada ‘dengki-khianat, dendam-fitnah, zalim, berkomplot-konspirasi, tipu-helah, adu-domba, ugut mengugut” segala bagai. Itu demokrasi ala diktator namanya!!

Jika seseorang itu engkar dan cuba memecah ‘saf jemaah’, tolong sedar diri sikit – jongos-jongos Diktator akan memainkan peranan. Kalau Caucescue ada ‘Sekuritate’, Shah Iran ada ‘Savak’, atau Hitler ada ‘Gestapo’; Diktator ala Malaysia ada “SB”.

“SB” di Malaysia adalah ‘abdi’ upahan yang akan ikut arah telunjuk “ketua besar”. Walau sekalipun disuruh makan ”taik dan jilat punggung” tuannya, sumpah 1000 kali – pasti mereka makan!! Mereka itu terdiri dari Peguam Negara, Ketua BPR, Ketua Polis Negara, Hakim Negara dan hakim-hakim pilihan, dan lain-lain. Bermakna definasi “SB” bukan setakat “Special Branch” saja, malah sudah meluas hingga boleh ditafsirkan “Sons of Bitches”.

Kita sudah tengok bagaimana Rahim Nor dan ‘gangster’nya boleh pukul Anwar hingga separuh mati. Akhirnya, AG akan rancang komplot supaya kes itu dipendam berbulan-bulan. Ia hanya dibicarakan bila hukuman dipersetujui serengan-rengan mungkin – paling tinggi seimbang ‘compound’ langgar ‘traffic-light’ saja. Dalam sistem diktator, semua pihak akan dicekik. Yang terlindung hanya mereka yang disekeliling ‘diktator’ itu saja.

Itu sebab Rafidah Aziz disahkan oleh BPR sebagai “tidak ada kes”. Rahim Thamby Chik tak rogol gadis sunti itu. Mohd. Taib ada wang RM35 juta bukan dari hasil rasuah. Daem Zainuddin tak terima wang ratusan juta dari Korporat – itu hadiah macam ‘ang-pau’ Gong Xi Fa Cai saja.

Mahathir tak faraitkan kepada kroni-proksinya Eric Cheah berbillion-billion hingga PERWAJA muflis tunggang-langgang. Abdullah Bedawi tak salah bagi kontrak 15 tahun terus-menerus kepada bapak mertuanya, macam-macam lagi!! Najib tak kena tangkap basah dengan artis sebab Md. Isa Samad ada di sebelah bilik – sama-sama stand-by (mungkin juga sedang berkuda – dgn maaf mencarut sikit)!! Begitulah ketat dan eratnya jalinan komplot “SB” itu. Sudah jadi semacam “Mafia”.

Akhirnya, yang akan dipertanggungjawabkan melunaskan hutang-piutang negara dan segala macam dosa mereka adalah rakyat, generasi yang akan datang, cucu-cicit….. Akan TERCEKIK lah semua!! Mereka yang merancang dan melaksanakan yang busu-busuk itu akan terlepas hukuman dunia dan dapat faedah. Mereka ‘bungkus’ baik-baik segala harta rompakan itu, kemudian berhijrahlah mereka ke merata pelusuk dunia, mencari tempat yang lebih selamat. Akan hiduplah mereka “happy ever after”. Itulah cerita “fairy tale” UMNO!!

Mungkin akan ada yang menunggang kuda di Argentina, bersiar-siar di Texas ranch, atau menikmati kehebatan “My Way” dan roh Frank Sinatra di Broadway, makan di Las Vegas dan main judi rollete di Macau…!!

Bagaimana hidup Rakyat marhain di kampung dan pinggir bandar. Bagaimana? Aduhai…merengkoklah mereka duduk di pondok buruk beratapkan zing berkarat. Menagislah anak-anak kerana tidak bersepatu ke sekolah. Sementara itu, pemimin yang korap dan rasuah akan hidup dalam mahligai. Kaki mereka tidak akan jejak ke bumi lagi!! Kuasa memang mengkhayalkan!!

UMNO Sedang Main Wayang

Makin hari makin jelas, UMNO akan terus-menerus mengekalkan sistem ini. Najib yang jadi ‘Mr. Speaker’ kelompok ini bila ditanya mengenai sama ada cara ‘demokrasi’ UMNO itu akan dilaksanakan pada pemilihan akan datang; beliau dilaporkan sebagai berkata: "Kita akan lihat perkembangannya nanti. Jika ia mengukuhkan parti mungkin boleh diteruskan, jika tidak, mungkin ada cara lain," katanya

Kan? Kan? Kan? Dalam UMNO, proses Demokrasi ala UMNO, memang jelas. Mereka adalah terbuka!! Setiap kali jaguh-jaguh mereka main “Bola”, tiang gol akan bergerak mengikut mana arah “Bola” ditendang. Begitu sekali hebatnya “demokrasi” UMNO. Kalau peraturan yang dulu tidak akan mempastikan seseorang itu menang, maka akan ditukarlah syarat dan peraturannya. Yang penting ialah: PRESIDEN ‘yang itu’ mesti dimenangkan!! Kononnya “demi perpaduan”. Oppppsss…”Demi Perpaduan”..!!

Memang pandai UMNO main wayang. Kalau “Star Wars” itu mengkhayalkan, nampaknya “Jurasic Park” UMNO melebihi semua keluaran Hollywood! Mungkin, ini semua kerana Producer teragungnya berketurunan zuriat “Bollywood”..!! Akhirnya pemimpin UMNO semua bertukar jadi spisisi “DEAD-WOOD”….!!

Maka terhimpunlah dalam kelompok ini – bermula dari ‘ulamak suk’ seperti Hamid Osman, Yusof Nor, Hamid Zainalabidin, Dusuki Ahmad, Zainal Kadir dan mereka yang sewaktu dengannya, hinggalah kepada pelucah seperti Adnan Yakob dan perogol bersiri pengapit kanannya – mereka akan dihimpunkan!! Maka Mahathir dan Abdullah Bedawi akan panggil media cetak dan jongos-jongos mereka di TV menyebarkan berita yang memberi makna: “Siapa menentang UMNO/BN, mereka adalah memecah Perpaduan..!!” Itulah dia wayang UMNO!! Cantikkkkkkk…!!

Hilangi Gelap Nampak Terang

Alhamdulillahhhhh…..!! Berkat tidak putus-putus memohon petunjuk dari Allah setelah berusaha sedaya-upaya, sekarang orang Melayu dan orang Islam di negara bertuah ini telah dibisikkan hidayah dari Allah swt. Dari sepuluh, 9 orang akan berkata: “UMNO bukan untuk orang Melayu lagi, UMNO bukan parti perjuangan menegakan kepentingan orang Melayu lagi!! Umno sudah hilangan matlamat perjuangan. UMNO hanya bertujuan untuk mengisi tembolok rakus segelintir pemimpin yang seongkol. UMNO telah menggadaikan kedaulatan orang Melayu kepada pihak lain. UMNO tidak mencermin ketuanan politik orang Melayu!! UMNO is NOT representational”.

Jika selama ini Pembangkang yang sengaja disembunyikan dalam gelap oleh pemimin UMNO/BN, dengan berkat pengorbanan pedih seorang anak rakyat yang prihatin seperti DS Anwar dan regu-regunya; Pembangkang telah disinari cahaya gemerlapan menyilaukan mata para pemimpin UMNO memandang!!

Jika dulu Islam yang diperjuangkan PAS menjadi ejekan Mahathir dan jongos-jongosnya (orang Islam tu, bukan?) TETAPI hari ini siapa sangka DAP (sebuah parti bukan Islam) mengakui bahawa perjuangan menegakkan KEBENARAN, KETELUSAN dan KEADILAN yang bawakan PAS itu adalah selari dengan tuntutan manusiawi tanpa mengira bangsa, klas dan ugama. Maka UMNO yang makin kecundang telah naik berang!!

Firaun Juga Yang Malang

Untuk peringatan saja (lebih-lebih lagi untuk diri saya): kerana si Firaun terlalu berang kepada Musa a.s. maka dikejarnyalah rasulullah itu hingga ke pinggir Laut Merah. Apabila dilihat Musa dan pengikutnya terlepas menyeberang, maka diikutnya pulalah laluan dari rekahan laut yang terbentang. Kerana Allah swt. itu Maha Pengasih lagi maha Mengasihani; ditemukan semula oleh Allah swt laut yang berruang panjang.

Apa sudah jadi? Tak payahlah kita bincang-bincang. Nanti orang kata, “Nak bersuluh dalam terang”. Kita tunggu sajalah bila UMNO/BN akan tumbang!! Insyaallah, semoga Gagasan “GELITA 14” (BLACK 14) itu akan diberkati Allah swt. seru sekelian alam!!

Selamat anda berjuang!! Amin Ya Rabbul alamin!! Allahu Akbar walillahilham!!

Catatan:

Ditulis sebagai mengahargai usaha saudara kita yang mengusahakan Gagasan itu. Saya masih dalam perjalanan panjang. Cuma ini sedikit sumbangan yang termampu.

Amin Sapiro
(ahli UMNO atas Pagar Berduri)



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com

Balik Semula Laman Tranung Kite