Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

MAHATHIR…!! SATU DUNIA SUDAH ANGGAP ANDA SEBAGAI PENDUSTA…!!

Ramai yang mengagak, Dr. Mahathir pasti akan menyalaherti dan mengelirukan sebarang perbuatan parti Pembangkang, atau mana-mana individu dikalangan rakyat yang melakukan sesuatu yang difikirkan beliau sebagai menggugat kedudukan peribadinya selaku “pucuk pimpinan tertinggi” dalam hiraki regim keparatnya.

Sifat dan sikap Mahathir itu (memang menjadi identiti sikap kepimpinan dalam UMNO) sudah tidak asing lagi bagi rakyat. Rakyat yang makin faham siapa Mahathir dan regimnya akan berkata, “Kan Mahathir Diktator. Mana ada diktator dalam dunia ini yang sanggup menerima kritikan …!!”. Jadi, kalau ada rakyat berkumpulan 5 orang dan lebih, maka mereka boleh dikenakan tindakan ISA. Main tu? ISA!!

ISA – Akta “Jurasik”

Sebut pasal ISA, satu dunia terperanjat besar – tak sangka Malaysia yang kununnya memperjuang hak Asasi Manusia masih mengamalkan cara paling kuno untuk menyekat rakyat menyatakan sesuatu yang terkilan dihati.

Kalau nak ditakrifkan dari segi definasi ISA: sekiranya ada rakyat berkumpul untuk buang air kecil sekaligus 5 orang atau melebihi 5 dalam satu tandas; maka tindakan ISA boleh dikenakan keatas mereka. Kerana, berkumpul lebih orang itu menyalahi Akta ISA – boleh ditangkap, diberkas – tak payah dibicarakan. Boleh jadi diorang berpakat nak tumbangkan Kerajaan Mahathir sambil buang air kecil dalam tandas? Memang mudah melanggar Akta ISA!

DS Anwar dituduh, difitnah dengan kes “liwat”, tapi Anwar dikenakan tahanan dibawak Akta ISA. Tapi Azizan yang ditangkap basah, Rahim Thamby Chik yang dituduh rogol gadis sunti, Rahim Nor bekas Timb. Perdana Menteri separuh mati – dikenakan ikat jamin saja. Itu bukan kes ISA. Adnan tunjukkan isyarat lucah disaksikan oleh 10-20 orang tak apa. Mahathir akan justify sebagai berpatutan! Tapi cuba sesiapa yang dah meluat sangat ludah muka Mahathir? Itu ISA!!

Memang padanlah sesiapa yang ditangkap dibawah Akta ISA tak payah dibicarakan, sebab jika dibawa ke mahkamah, kelak Hakim nanti akan tanya, “Mengapa berkumpul 5 orang?”. Tentu orang yang berlima itu akan jawab, “Your Honour, the call of nature panggil sekali 5 orang nak buat camana tuan…!!”. Mungkin hakim akan tertawa terbahak-bahak – mentertawakan betapa lucunya undang-undang bawah ISA yang mungkin akan menggalakkan sakit buah pinggang.

Nampak sangat Akta itu membezakan “haiwan” dari “manusia”. Di Malaysia, lebih selamat jadi sekawan kambing dari menjadi sekawan manusia. Begitu sangatlah kununya. Lebih kunu dari undang-undang orang zaman Jurasik!!

Memang itu cerita paling bodohlah. Tetapi logiknya, sebarang individu yang berkumpul lebih dari 5 orang atau lebih tanpa kebenaran polis, mereka boleh ditangkap dan dikenakan tindakan bawah Akta ISA. Itu pasti.

Jika ada orang mengatakan cerita itu sangat melucukan, begitu jugalah lucunya kenyataan Dr. Mahathir menuduh perhimpunan rasaksa’ yang dianjurkan oleh parti KeADILan pada 15 Mei ini yang diberi nama “BLACK 14” itu (terjemahan saya – Gelita 14, maaf, itu sekadar menterjemahkan saja).

Mahathir Gemarkan Kenyataan Mengelirukan

Mahathir siang-siang telah mengelirukan keadaan dengan berkata, “Saya dengar KeADILAan akan mengadakan demonstrasi pada 15 April untuk memperingatai sesuatu dan mereka bersedia memukul polis, membawa senjata dan kayu. Mereka akan membuat molotov cocktail dan pelbagai benda lain. Sekarang berlaku keadaan dikalangan Pembangkang yang menjurus kepada pergaduhan dan pecah undang-undang untuk menunjukkan rasa tidak puashati”. Dengan itu mahathir menyeru rakyat jangan ambil bahagian!! (cabutan dari AFP dari sumber Bernama).

Soalan yang ramai orang tanya kepada Mahathir ialah: sejauhmanakah kebenaran kenyataan beliau dan apakah bokti yang ada dalam tangannya yang mengesahkan bahawa:

a) perhimpunan itu ‘bersedia memukul polis’?

b) mereka membawa senjata dan kayu?

c) Mereka membuat molotov cocktail dan pelbagai benda lain?

Yang paling ingin sangat orang nak tanya: Apakah kenyataan Mahathir itu benar, kununya “Sekarang berlaku keadaan dikalangan Pembangkang yang menjurus kepada pergaduhan dan pecah undang-undang untuk menunjukkan rasa tidak puashati”? Mana bahagian undang-undang yang Pembangkang sudah pecah untuk menunjukkan rasa tidak puas hati?

Mahathir Makin Bertentangan Dengan Rakyat

Kebelakangan ini, yang paling jelas nampak oleh semua orang satu dunia adalah: Dr. Mahathir lah antara pemimpin UMNO/BN yang makin terang-terang memutarbelit kenyataan udang-undang hingga mengelirukan bukan saja rakyat negara ini, orang Melayu dan orang Islam; malah seluruh dunia makin tidak yakin buah-butir perhetongan beliau. Jika kutip secara rambang anatara perbuatan dan cakap Mahathir selama ini, kita nampak perkara berikut:

1) Mahu letak jawatan

Sudah hampir “berbulu” telinga rakyat mendegar Mahathir akan meletakkan jawatan, berundur dan menyerahkan jawatan PM kepada peggantinya. Namun sampai hari ini, kita nampak Mahathir terconggok macam tunggul buruk tak kunjung reput – tak habis-habis memberi 1001 macam alasan bohong yang mengeirukan kepada rakyat apa sebab orang lain tak layak menggantikan beliau. Sebaliknya beliau memaksa UMNO supaya memilih dirinya secara “tak payah bertanding” supaya dilantik terus jadi Presiden parti. Dialihnya lah tiang gol 100 kali, supaya dirinya akan terus jadi presiden dan PM…heheh…nampaknya sampai mati!!

Makin hari makin terkulat-kulatlah Dollah Bedawi macam cicak makan kapur, menunggu bila masa “buah jering kotai itu akan lekang – jatuh dari rantingnya”!! Hai…nasib hang lah Dollah!! Kan ada bidalan orang Melayu “Tangkai jering”..?!! Sampai bercambah pun takkan gugur. Terkulat-kulat lah hang, Dol..(kata Mahathir dalam hati sambil.. panamaaaaaa…KETAWA dekah-dekah!!). Nak percayakah cakap Mahathir lagi?

2) Anwar berperangai lucah

Perlucutan Anwar dari semua jawatan Kerajaan dan parti; mengikut versi Mahathir adalah disebabkan kununnya Anwar berperangai lucah. Beliau dituduh meliwat. Mahathir sendiri bercakap keliling dunia melalui CNN menjelaskan secara komitted kununnya beliau ada bokti. Berbuih-buih mulutnya mengatakan kununnya beliau sendiri dah berjumpa dan bercakap dengan pelacur dan orang yang diliwat oleh Anwar. Begitu sekali!

Tetapi bila sampai masa Mahathir dituntutan oleh peguam rakyat supaya diheret ke mahkamah untuk memberi bokti, Mahathir (secara sinis kita kata: Mahathir yang sama, dan bukan Mahathir yang lain) mengeluarkan kenyataan putar belit kununnya dia tak tau cerita yang mengaib dan memfitnah Anwar itu. Oleh itu kesaksiannya di mahkamah tidak releven. Nampaknya keputusan mahkamah itu dia dah buat sendiri.

Hai? Apa sudah jadi? Mau selindung bawak ketiak AG lagi kah? Itu tak langgar undang-undang kah? Mana pergi kepala hotak, hah? You just turn the law of the land into a mockery, hah?

3) Anwar cedera diri sendiri

Setelah Anwar dibelasah hampir mati oleh Rahim Nor, Mahathir dengan muka ‘kering’ bercakap keliling dunia kononnya Anwar cederkan diri sendiri. Begitu yakin beliau bila bercakap. Walaupun orang tak percya dengan kenyataan sewelnya, namun Mahathir macam naik bengis kerana orang tidak percaya pengyakinannya.

Akhirnya Rahim Nor KPN sendiri mengaku: “Memang saya belasah Nuar. Dia panggil saya KPN “bapak anjing”..!!”. Mengaku Rahim di mahkamah memang dia yang belasah Anwar. Habis, mana muka Mahathir mau taruk lagi. Celah kangkang siapa pula untuk berlindung? Nak percaya lagi cakap si sewel nyanyok Presiden UMNO ini?

4) Sanggup ke Mahkamah

Kemudian timbul isu Mahathir mengaku sanggup ke mahkamah sebagai saksi dalam tuduhan keatas Anwar. Peguambela Anwar berbuih mulut terharap-harap berpuluh kali meminta mahkamah mengeluarkan sapina keatas mahathir.

Setelah sapina diserahkan (dengan 1001 macam halangan dalam proses menyerahannya); akhirnya Mahathir membalas. Katanya, “mana soalan peguam supaya dia boleh fbuat persediaan dan fikirkan dengan Peguam Negara untuk menjawab”.

Hai? Mana ada jalan itu macam, Madey. Kalau hang dah curi ayam, tak kan peguam tuduh hang curi unta, kan? Pi lah ke mahkamah, nanti Fernando, Karpal dan Raja Aziz tahulah apamacam nak “seghetu” kepala hang!! Itu baru padan muka, kan?

Kemudian, kali terakhir baru-baru, Mahathir hantar 14 muka affidavit menafikan kesesuaian beliau sebagai saksi. Padahal, kesaksian beliau akan memberi peluang paling berharga kepada Mahathir sendiri untuk mengangkat sedikit MARUAHNYA yang sejak dua tahu silam sudah hancur-lebur macam nangka busuk; membolehkan beliau ruang luas lagi keemasan untuk menempelak Anwar secara berdepan memboktikan bahawa Anwar betul-betul melalukan perbuatan aib itu (seperti tuduhannya kepada seluruh dunia). Tapi mengapa si Mahathir ni tak ambil peluang itu? Kecut kaaaaa?

Walaupun kesaksiannya di mahkamah akan menentukan Anwar bersalah atau tidak, dengan itu seluruh dunia kan dapat menyaksikan siapa di pihak yang benar/salah – Dr. Mahathir menolak. Tidakkah manasabah kerana Mahathir enggan ke mahkamah – satu dunia akan mengcap beliau, “Manusia paling pembohong hidup-hidup..”, siapa yang akan bela dia? Masyarakat ‘pigme othentot’ yang terhindar dari arus tamaddun dunia itu pun ada peraturan tradisi untuk memboktikan antara yang bersalah dengan yang benar. Apa sudah jadi dengan seorang Perdana Menter yang digelar oleh Ibrahim Ali sebagai jaguh “negara ketiga” yang ini?

Setakat ini, kerana karenah dolak-dalik Mahathir itu sudah melampau garisan penamat, jika orang memandang Pinnocett sebagi hina, Mahathir lagi hina. Jika orang pandang Mobutu kejam, Mahathir lagi kejam. Kalau orang mentakrifkan Hitler sebagai Diktator busuk dan zalim, Mahathir seganda lagi busuk dan zalimnya. Masih lagi Mahathir ini nak berdalih main “cak – cak” macam budak-budak kindergarten yang masih menggonggong botol susu?

ADNAN Yaakob tunjuk KEMALUAN..!! (Yaaaakkkk..!!)

Peristiwa Adnan Yakob yang tunjuk geraklaku “lucah” dengan tanggan dan goyangan punggung sambil menepuk-nepuk di khalayak puluhan ribu rakyat segala bangsa di Sanggang (saling tak tumpah macam “Orang Utan” mabok whisky on the rock); sepantas kilat Mahathir membela Adnan.

Katanya, Adnan diprovok oleh penyokong Pembangkang kerana mereka yang mula menunjukkan “kemaluan” (konon). Dengan lain perkataan, Mahathir membayangkan bahawa disebabkan Adnan Yakob yang “semulajadi” berakhlak kotor hina dan berbudaya “mengejek perbuatan” orang (macam prangai “beruk biasa”), maka logiklah Adnan berdansalah dengan karenah lucah!! Itulah bayangan endorsemen Mahathir!!

Haikkk…? Itukah kualiti MB lantikan Mahathir menerajui Kerajaan UMNO/BN Pahang? Bahagian hutan Pahang manakah “Bapak Beruk” itu didatangkan kedunia bertamaddun untuk dijadikan Menteri Besar dan mengetuai UMNO Pahang? Kalau dulu “bapak anjing” dan “tuan” orang dah tengok macamana rupayanya, mungkin kali ini makin ramai tourist satu dunia ingin tengok bagaimana “bapak beruk” dan gembala “bapak beruk” itu jika dikurung dalam mana zoo negara!!

Yang semua orang tahu, waktu itu penyokong PAS bertakbir Allahu Akbar!!.. Allahu Akbar!!…. Allahu Akbar!! Sebagai tanda syukur kepada Allah calun mereka telah selesai terdaftar. Tapi apakah Adnan mentafsirkan – apabila orang bertakbir nama Allah harus dibalas dengan geraklaku “lucah” dengan tanggan dan goyangan punggung?? Itukah cara MB Adnan Yakob mensyukuri nikmat sebagai respon memuji Allah?

Pun Mahathir anggap itu sebagai ‘approriate’ dan sah diterima sebagai perangai terbaik. Siapa yang boleh peracaya kepada cakap Mahathir ini lagi?

Mahathir “Cry Wolf”

Kali ini, Mahathir bercakap 100% melalui hidung (talking through his nose) bila membuat kenyataan bahawa penganjur Perhimpunan 15 April kununya “bersedia akan memukul polis, membawa senjata dan kayu. Mereka akan membuat molotov cocktail dan pelbagai benda lain”. Tambah Mahathir lagi, “Sekarang berlaku keadaan dikalangan Pembangkang yang menjurus kepada pergaduhan dan pecah undang-undang untuk menunjukkan rasa tidak puashati”.

Kerana orang dah banyak kali terkena dan dikenakan, kali ini orang dah tak percaya lagi kepada cakap Mahathir. Yang percaya bontang hanyalah “bapak-bapak lembu UMNO spesis yang telah dikasi untuk korban”. itu sajalah antara mereka yang terpedaya!!

Rakyat selebihnya AKAN lebih risau: kerana Mahathir pasti akan menggunakan pelbagai macam kekerasan, kekejaman dan PENCABULAN HAK ASASI MANUSIA keatas rakyat yang berhimpun itu. Sudah menjadi tabiat kebiasaan Mahathir bahawa penyakit “Demo-phobia” beliau akan bangkit saja mendengar ada Perhimpunan. Apatahlagi bila disebut “rasaksa”. Terbayang dimatanya, bagai allahyarham Tunku dulu terpaksa letak jawatan. Tak kan Mahathir nak letak jawatan pula!! Kan impian beliau nak jadi PM sampai mati?

Memang Mahathir cukup-cukup takut berhadapan dengan sebarang bentuk perhimpunan massa oleh Pembangkang. Yang beliau rasa lega HANYA lah perhimpunan “pemimpin bertemu rakyat” Acara UMNO. Kemudian, tengoklah nanti Mahathir akan naik kepentas dan memulakan sesi Fitnah, Cerca, Kutuk-mengutuk ‘merapu-rapu’ terhadap sesiapa yang terlintas dalam benak kepala hotaknya.

Mahathir akan melontar fitnah keatas YAB TG Nik Aziz, TG Hj. Hadi Awang, Anwar Ibarahim, Lim Kit Siang, Karpal Singh. Beliau akan cakap kepada orang kampung segala macam teori ekonomi yang tak pernah didengar, menuduh berulang-ulang George Soros kerana telah meranapkan KLSE hingga saham kroninya terpuruk jatuh muflis!!

Kemudian Mahathir pun mulalah merapu-meracau mengutuk Lee Kuan Yew, Amerika, CIA! Kemudian dimomok-momokkanlah orang kampung kununnya Penjajahan dan Agen Asing, sedang rancang nak rampas Kemerdekaan negara, dll. Dia ada bokti.

Itu perkara biasa, KECUALI beberpa nama Mahathir tak akan sebut, iaitu: Natanyahu, Hitler, Mobutu Sese Seko, Caucescue, Fidel Castro, Nawaz Sharif, Marcos, Soeharto, dan beberapa perompak harta rakyat marhain – mereka semua itu terselamat dari kutukan Mahathir!! Hahahaha…. Itu lah yang jadikan orang satu dunia ketawa berdekah-dekah!!

Masih nak percaya igauan Mahathir kununnya anak rakyat yang akan berkumpul pada 15 April itu akan bawak ‘molotov cocktail, belantan dan senjata’ nak pukul polis? Yang ada dalam rekod dan ingatan rakyat ialah: orang yang lepas solat berjemaah di Masjid Negara dibelasah luka-lebam berdarah-darah dan diheret ke lokap Bkt. Aman. Kemudian rakyat diberi maklumat yang salah, kununnya mereka yang di Masjid Negara itu nak tumbangkan kerajaan!!

Issskkk…isskkk…rapuh sangat Kerajaan Mahathir ini ke? Hingga, orang berkumpul 5 orang sampai tahap demo aman, semua ditakrifkan sebagai “nak tumbangkan Kerajaannya?”.

Ummphhhh…Sudah Tak Ada

Bermakna, cakap Mahathir sekarang tidak lagi ada “Ummppphhh..” Jika 10 tahun dulu bila Mahathir “terbersin” orang akan kata, “Saham akan merudum”!! TETAPI hari ini bila Mahathir terlantar di IJN sekalipun, pelabur asing akan kata, “Well … there is a possibility of a turn-arround ini Malaysian Monetary policy!” Dasar ekonomi Malaysia akan berubah, sebab Mahathir mungkin dah “sampai waktunya”..!!”.

Bermakna, segala apa yang disebut oleh Mahathir ini adalah ‘opposite’ dari kenyataan sebenarnya. Ini semua berlaku kerana terlalu banyak kali sangat dunia sejagat “diperkenakan” oleh Mahathir selama 2 tahun ini. Maka dengan itu, orang mula ingat cerita “The Sheppard and The Wolf”. Melalak-melaungah engkau – satu umat pun tak akan percaya lagi!!

Walaupun segantang airmata mu dihamburkan di PWTC Mei 2000 ini, mungkin hanya Rafidah Aziz saja yang akan meleleh airmata. Yang pasti, Ku Li akan KETAWA!! Dan juga Dollah!! Itupun setakat dalam hati. Yang bersimpati langsung tak ada!!

Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com

Balik Semula Laman Tranung Kite