Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

MENULISLAH ANAK-ANAK RAKYAT MELUAHKAN YANG TERBUKU DALAM HATI..!!

Internet Sumber Maklumat Utama

KITA sebagai pembaca, banyak terhutang budi kepada semua W/masters yang menyiarkan pelbagai rencana dan tulisan para reformis rakyat. Tak kira, samada pengendali Lamanweb yang masih beroperasi atau yang ditangguhkan. Jarangkali kita berterima kasih kepada mereka kerana berusaha gigih meluangkan waktu lapang semata-mata mengedit macam artikel yang datang mencurah-curah melalui e-mail. Kita boleh bayangkan.

Bagi mereka, tidak ada apa yang dijadikan sebagai ganjaran. Sebaliknya mereka menanggung pelbagai risiko. Bukan macam “Berita e-UMNO” yang dibayar elaun ribu-ribuan. Komputer PC canggih, pakai ISDN line, 128 kps. Rosak sikit, datang orang betulkan.

W/master Lamanweb Reformasi, adalah menggunakan PC biasa. Tak adalah secanggih mana. Maklumlah, yang penting kepada mereka hanya kesinambungan perjuangan yang diyakini bermakna besar kepada tanahair, bangsa dan agama. Itulah yang meransang hati mereka. Ada yang sampai larut tengah malam mengedit e-mail becekang mata. Mereka tak mahu menghampakan perjuangan sebangsa. Tak ada siapa yang memberi ganjaran kepada mereka.

Banyak yang kita tulis itu tidaklah sehebat mana. Tetapi itu adalah sumbangan mereka. Ada juga kawan-kawan yang menyengat dan meransang jiwa dan perasaan. Artikel Reformis mana Utusan Malaysia, Berita, NST nak terima. Itu UMNO punya. Akan masuk sampai dihumbankan oleh editornya!!

Tetapi, objektif mereka semua orang nampak jitu – semata-mata bertujuan untuk memberi pihak establishment kesedaran bahawa rakyat bukan bebal, rakyat sudah sensitif politik, rakyat adalah rasional dan rakyat sudah peka tentang hak mereka. Penulis itu mahu rakyat biasa mengerti apa yang patut pihak berkuasa lakukan. Selama ini sukar sangat rakyat hendak memberi wakil rakyat Kerajaan makna ‘hak rakyat’ harus dipelihara dan wajib faham.

Puncanya satu, iaitu hampir kesemua wakil UMNO/BN telinga mereka tuli, dan mulut mereka terkunci bila rakyat merungut mengenai salah silap kerajaan. Sebab wakil rakyat puak UMNO/BN sudah macam “lembu-lembu pawah” yang ditambat ke tiang – esok lusa akan dilapah jadi daging korban!!

Rakyat yang mempunyai pendidikan dan sedikit sebanyak berakal panjang lebih sejengkal dari pemimpin UMNO dalam Barisan (BN), merasa berhak untuk menyumbangkan buah fikiran. Mereka mahu cuba tunjukkan kepada mereka semua bahawa Reformasi itu adalah satu gelombang kebangkitan rakyat. Bukan kelompok rakyat yang wajar diperhambat. Kalau dikaitkan dengan Anwar, bukan bermakna mereka menjadikan Anwar itu “keramat”. Mereka semata-mata mahu tunjukkan bahawa rakyat sedang menuntut suatu “perubahan”, bermula dengan karisma Anwar. Keadaan yg dilaksanakan oleh pemimpin UMNO/BN sekarang sudah tidak ada makna kepada rakyat dan orang Melayu. Sudah jadi milik persendirian.

Cuba kita fikirkan sama-sama (termasuklah pemimpin UMNO atau mereka yang atas Pagar Berduri macam Wak Amin Sapiro), adakah masuk akal orang Melaka tak boleh pergi Terengganu dan Kelantan? Adakah pergi Genting main rollette di Pusat Casino Genting tak pulak dicegah – malah digalakkan?

Siapa Mahathir Fikir Dirinya?

Mahathir cuba menstrukturkan cara hidup (to structure the way of life) dan pemikiran orang Melayu mengikut cara beliau. Apakah Mahathir fikir orang Melayu tidak ada budaya, tradisi, Raja berdaulat dan ugama? Jangan Mahathir cuba fikir orang Melayu tidak “berbangsa”. Mereka ada tanahair, bukan dari kaum merempat suku-sakat pendatang haram kerana di negaranya bangsa dan keturunan mereka adalah dihina!!

Titiplah sejarah kedatangan kerabat Mahathir yang merempat datang ke negara ini. Inilah satu-satunya ‘by-product’ khianat penjajah yang telah merosakkan peradaban anak watan negara ini. Jangan Mahathir cuba merancang orang Melayu sejajar dengan “Malay Delimma”nya, kerana buku itu hanya kitab Mahathir yang telah “menipu” orang Melayu hingga UMNO sendiri identiti asalnya. Buku itulah yang dijadi asas oleh Mahathir bagi menyambung wadah penjajah yang sudah lama dikikis oleh orang Melayu. Ingat Mahathir: Akan sampai waktunya, peresmian membakar “Malay Delimma” itu supaya orang Melayu tidak ada lagi kesan-kesan Mahathir – supaya terkikis selamanya.

Orang Melayu tidak perlu berterima kasih kepada Mahathir. Sebaliknya beliau sekeluarga harus berterimakasih kepada orang Melayu kerana memberi ruang kepadanya menjadi seorang zuriat pendatang tinggal di Mahligai kencana, memutarbelit dan merompak rezki rakyat watan dan mengkhiati bangsa Melayu yang memberi kemakmuran hidup kepada suku-sakatnya.

Cuba semak, belum ada tercatit zuriat Mahathir sebagai pejuang di negara ini menentang Potrugis, Belanda, Inggeris, Jepun atau gorila komuinis. Sebaliknya telah tersurat oleh Tun Seri Lanang, bahawa Raja Mandeliar dan si Kitul lah yang telah merancang khianat keatas pemimpin dan Raja Melayu Melaka purba hingga kerajaan Melayu lemah. Saling tak tumpah sekarang, agenda Mahathir hari ini sama seperti agenda Raja Mandeliar dan si Kitul yang durjana.

Dalam senarai pejuang anti-Malayan Union, nama Mahathir langsung tidak tersebut sebagai orang yang pernah memikul bendera atau sepanduk. Mungkin pada waktu itu, beliau belum lagi berkhatan. Atau namanya masih terselit “anak lelaki kepada” (a/l). Malu mengaku Melayu, kerana Mahathir sendiri mungkin tidak yakin orang Melayu boleh Merdeka membebaskan negara.

Cerminlah muka dulu, baru boleh mempastikan diri mu siapa sebenarnya. Belum lengkap satu keturunan zuriat mu bermastautin di negara ini, sudah berangan-angan mahu mengikis Sistem “Raja Berdaulat” orang Melayu pula? Tak sabar-sabar pula cuba melantik diri menjadi “Presiden Bayangan Pertama”? Dan menjadikan negara ini “Republik Bayangan” pula? Dengan itu, dirinya akan terlepas dari sebagai undang dan mengatasi Perlembagaan negara? Mahathir bermimpi. Mungkin juga sedang menganiaya dirinya!!

Hak dan Kebebasan Memilih

Orang Melayu sudah lama menuntut kebebasan menentukan pilihan sesudah hampir setengah abad Merdeka. Jangankan nak memajukan minda dan fikiran, kini macam-macam belenggu dikenakan. Tak cukup kaki-tangan digari, mulut dikunci, teliga ditulikan – sampai kepala hotak pun nak “biolkan”? Banyak cakap, bijik mata dilebamkan. Itu sudah ‘lebeeeee…..’!!

Barisan Alternatif adalah ‘saf jemaah’ rakyat – tidak akan ‘padam’ lagi. Rakyat dan orang Melayu bersyukur kehadrat Allah swt. atas kurniaNYA – kini ada seorang hambaNYA yang mampu menyedarkan rakyat dengan karisma dan dayatahan beliau. Rakyat mensyukuri pengurniaan itu dan berdoa semoga diluruskan hati untuk menyemarakkan keluhuran pengorbanan beliau.

Maka menulislah anak-anak rakyat merungutkan apa yang terbuku dihati, supaya akan jadi cermin si puak penggubal dasar – “bottom up bukan top-bottom syndrom”. Seharusnya mereka yang berkuasa, bacalah isi hati rakyat itu. Janganlah terus-terus anggap salah dan dikelirukan. Mereka memberi pandangan terbuka sebagai tanda mereka melihat dan prihatin dengan apa yang boleh menjadikan negara, bangsa dan ugama diangkat tinggi di mata dunia. Janganlah tafsirkan secara keliru, kununnya mereka ada “Pembangkang” – tak ada kerja lain bangkang..!!.. bangkang..!!.. bangkang..!!

Kalau persepsi puak Kerajaan bahawa Pembangkang itu kerja mereka membangkang, maka sampai kucing bertanduk “demokrasi” dalam negara ini hanya menjadi hak dan milik kerajaan yang berkuasa. Itu sebab, hari ini orang berkata, “Regim Mahathir macam Diktator!!”. Nak salahkan siapa?

Hematnya, tak guna Kerajaan yang memerentah asyik memikirkan apa yang mereka buat semuanya sempurna. Rakyat sekarang dah celik, dah cerdik…bukan macam zaman “tahun Wau” lagi. Rakyat boleh baca apa yang berlaku di Parlimen, apa yang bincangkan, berapa ramai MPs UMNO yang hadir dalam debat, berapa orang yang nampak MPs UMNO/BN asik minum kopi di Kantin Parlimen sebok cerita pasal projek sendiri – buat duit juta-juta. Kemudian masuk dewan – orang tepuk dia tepuk, orang sorak dia sorang, orang terlolong dia meraung!! Ada pula yang tidor manjanggggg…. Sampai pakgad Parlimen kejutkan, “Alahai…Datuk, Tan Sri, tak nak pulang ke? Nanti Datin, Puan Sri No.4 datang menyerang ke Parlimen….!!”.

Hinggakan, PM sendiri terjelir lidah bila diserang oleh Mat Sabu, atau ada wakil MP BN yang mencarut di sesi Parlimen!! Berapa punya musibat perangai busuk yang memalukan itu hingga tidak menghormati kedaulatan Palimen kita sendiri. Kalau nak melucah pun, belajar sikit dari Adnan Yakob semacam di Sanggang. Pasti Dollah Bedawi TPM dan Mahathir PM boleh bagi alasan yang bukan-bukan untuk kelirukan rakyat kununnya “beruk” putera Gunung Tahan itu sebenarnya kena provoke, sebagai membalas rakyat melaung “Allahu Akbar”..!!

Itupun, dalam internet, ada juga rakyat yang sedikit ‘kecut’ menulis ‘segarang’ yang mereka mahukan sebab mengkertik kerajaan itu adalah satu kesalahan!! Malangnya, jika dikendurkan, tak ada siapa nak ambil peduli. Kerana dah terlampau bosan, nah! silakan puak UMNO baca artikel Laman Reformasi. Sampai kuping telinga merah, apa nak buatkan!! Hihihih…

Maka, dengan adanya kerjasama W/masters LamanWeb yang sentiasa berusaha, dengan segala kebijaksanaan ilmu IT, sekarang makin beranilah rakyat ‘meluahkan pandangan’. Kadang-kadang terpilihlah kata-kata yang tajam mengenai sesuatu isu yang sangat menyentuh hati dan perimbangan kemanusiaan.

Mahathir Jadi Fokus

Kadang-kadang, secara purata, kebanyakan rencana dan rungutan itu “menseligi” Dr. Mahathir dan beberapa pemimpin Kerajaan yang membuat kenyataan macam orang kurang siuman. Nak salahkan rakyat masakan boleh sebab “Kutu-kutu haprak” dikalangan pemimpin UMNO ini acapkali melampaui batas budaya bangsa yang bertamaddun. Tengok apa jadi kepada Adnan Yakob, Rahim Nor, Rahim Thamby Chik, Rafidah Aziz, Mohd. Taib, dan mereka yang sewaktu dengannya – terlepas bebas diberi perlindungan. Yang terkurung dekat 2 tahun, Anwar..Anwar…Anwar!!! Semua mereka ada bokti yang sahih, kecuali Anwar; yang lain menyokong – macam Zahid Jamidi – mereka bebas diberi perlindungan.

Inilah penyebab segala gelodak-gelombang yang menyebabkan politik, sosial, ekonomi, perundang dan pentadbiran sebuah masyarakat Malaysia bertukar corak menjadi kacau-bilau dalca ‘mamak’ yang basi hingga keracunan makanan. Mahathir dan ‘haprak-haprak’ jongos-jongosnya jugalah yg mewujudkan budaya rasuah, tipu, bohong fitnah, dendam dll. merosakkan budaya sopan orang Melayu yang berteraskan Islam dan tradisi unggul yang diturunkan zaman berzaman.

Mahathir telah menyebabkan orang Melayu berpecah kepada pola-pola yang menyebabkan ada golongan yang memandang jijik kepada golongan lemah, miskin dan teraniaya. Satu masa kelak, kalau dibiarkan orang Melayu mengikut cara Mahathir brfikir dan “beramal”; maka orang Melayu tidak ada rohani lagi. Hilang.

Akhirnya orang Melayu akan makin berpecah-belah dari sekarang, dan ugama Islam hanya jadi hiasan – ke Makkah sebagai mencukupkan syarat (bila pulang kembali bermaksiat), Hariraya sama spt Gong Xi Fat Chai, Maal Hijarah jadi hari peringatan tak ada makna, Tilawah al Quran cuma peraduan seni suara, Masjid-masjid jadi bangunan untuk tourists, dan khutbah Jumaat jadi saluran propaganda kerajaan, dll. Sekarang pun dah mula. Masjid Putera Jaya jadi tarikan pelancung. Mana-mana betina ‘mat saleh’ yang turun haid, gasaklah… boleh masuk tengok seni khat dalam masjid itu yang jadi perhiasan. Janji mereka datang bawak US$. Kan Itu yang dipentingkan!!

Maka waktu itu Mahathir memanglah “menang” – tetapi orang Melayu sudah kehilangan bayang. Kita tidak mau org Melayu cuma setakat mengejar dunia hingga rohani hilang entah kemana. Begitulah yang terjadi di Turkey sekarang!! Kita pernah terbaca dan tahu serba sikit mengenai sejarah Islam dan perobahan budaya masyarakat Turkey, Bosnia, Yugoslavia, Romania, Albania, dll yang satu masa dulu adalah negara yg “staunched muslim states”.

Lapan ratus tahun Islam bertapak di kawasan negara mediteranean (Turkey, Yugoslavia, Bosnia, dll); hari ini tahap keIslaman majoriti umat Islam disana tak lebih dari ‘inherited tradition’. Mereka sudah sampai ketahap tidak tahu apa makna Islam dan apa intipati ugama itu. Kerana itu mereka kembali ‘tidak bertuhan’ – jauh sekali dari mengucap dan mengenal syahadah sebenar-benarnya. Jika dalam sebuah keluar 10 orang anak, kita akan lihat tak lebih dari 2 orang yang ambil tahu tentang Islam. Tetapi bila mengerja solat dan rukun Islam, mereka keberatan. Bagi perbandingan mereka, kehebatan hidup bukan penganut Islam (atheis, kristian, dll) yg lebih berjaya mendorong mereka tidak yakin dengan wujudnya Allah swt. Maka akhirnya mereka terikut-ikut dan menjadikan budaya tak mengenal syahadah itu sangat-sangat membanggakan.

Orang tak kata, Mahathir bertujuan begitu. Tapi struktur yang dilakukan Mahathir hari ini akan berkesudahan begitu. Contohnya, orang kayaraya tidak lagi peka dengan golongan miskin, melarat dan terhina. Mereka bagai enau dalam belukar. Mungkin mereka rasa itu bukan tanggungjawab mereka. Kununnya, apa nak buat – itu nasib permintaan badan.

Cuma tanya, berapa juta ahli korporat kita mengeluarkan zakat kalau tidak dipaksa? Menderma? Sebabnya, mereka mahu lari dari diketahui umum berapa jumlah rasuah yang mereka “telan” diragut-lorot dari poket rakyat. Pernah tahu berapa sen Rafidah, Daem, Mahathir suku-sakat, dan semua menteri etc..etc.. yang berzakat? Tapi jika menderma untuk lagak dan riak, berjudi dan bermaksiat, hidup mewah lupa daratan, sepah-sepahkan wang berjuta untuk nak rebut jawatan Ketua Bahagian UMNO dan menang jadi wakil rakyat UMNO/BN – mereka sanggup lakukan. Ini Budaya “Baru” yang diterap dalam UMNO “Baru” untuk Melayu “Baru”.

Orang Melayu dan Orang Islam – Sinonim

Bermakna sekarang – Islam bagi majoriti orang kaya dan berada dikalangan org Melayu sudah mulai rapuh. Jika Mahathir terus menerus mahu supaya penggantinya seperti beliau dan UMNO mesti bersikap begitu, tak salah rasanya itulah justifiksi rakyat bahawa “UMNO bukan lagi untuk orang Melayu”..!!

Makin nampak Ulamak UMNO pun sudah mulai lari dari landasan amanah yang diharapkan. Kerana mereka takut sangat kepada Mahathir dan telah termakan budi, yang sanggup tutop mata dan mengenepikan amanah. Dusuki, Hamid Osman, Nakhie dll. tidak berani angkat lidah. Semua kerana mereka takut – kerana Mahathir boleh melontarkan mereka macam bangkai bernyawa ke pelimbahan. Padahal identiti mereka sebagai ulamak masih kekal. Jadi keyakinan majoriti org Melayu (bukan semua yg cukup pegangan dan ilmu Islam) akan anggap bahawa apa Kerajaan Mahathir buat semuanya betul belaka. Mereka terima walaupun disekularkan. Sebab ulamak UMNO siang-siang dah angguk…”Na’ammm..!!.. Na’ammm..!!.. Na’ammm..!!..” bermaksud “Yes..! Yes..!” …”Ya, Datuk Seri..Ya, Ya…!!”

Akhirnya org Melayu akan hilang bangsa dan agama. Ini sangat merugikan kerana Islam bukan suatu ugama mencegah pembangunan ummah. Islam adalah bergerak atas landasan kemajuan tak kira zaman – hingga kiamat. Itu sebab ada pihak rakyat yang kritis mengingatkan TPM Abdullah Bedawi kerana mencaci PAS dari sudut ugama, konon “apa guna Islam jika ia memundurkan rakyat & negara”.

Sebenarnya pemimpin UMNO sendirilah yang memundurkan Islam dan Negara dengan tidak menerimapakai dengan jujur dan sempurna. Pemimpin teragung UMNO menekan ugama Islam. Karenah Mahathir dibiarkan oleh ulamak UMNO mensalahtafsir dan mensekularkan Islam. Tengok apa jadi kepada Kerajaan Melaka, sanggup tarik balik semua simpanan dalam Bank Islam – padahal disahkan memang tidak ada riba’. Tak boleh ke Terengganu dan Kelantan – takut nanti dasar Islam meresap ke hati ‘ummah’ di Melaka.

Kalau Yahudi memencilkan Islam, kita dah baca perihalnya dalam Al-Quran. Tapi tak terfikir kepada kita, pemimpin Melayu selepas Meredeka lebih teruk dasar pemerentahannya dari Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun!! Siapa sekarang agen penjajah asing yang mengkroyok bangsa sendir?

Perjuangan BA/PAS – Satu Wadah

Kita mengerti bagaimana sukar PAS khususnya memberi maklumat mengenai lunas-lunas keterbukaan Islam kepada rakyat semua kaum. Kini PAS berjaya mengikut kadar yang ada. Maka mulailah PAS disokong dalam P/raya. Tapi, penyebaran HARAKAH dicegah pula. Mana nak cari sumber perbincangan mengenai pemakaian Islam yang dicontohkan oleh PAS. Hingga, Ali Rustam sekat orang Melayu jangan pergi ke Terengganu dan Kelantan – takut nanti ada orang Melaka akan ‘masuk angin Islam’. Adakah “angin Genting” tak apa? Adakah Islam yang harus diikut ialah cara UMNO yang mengambil fatwa dari Mahathir saja?

Selama 33 tahun, PAS cuba dengan dayausaha gigih. Alhamdulillah, terasa dalam hati rakyat Allah swt. telah menurunkan hidayah kepada orang Melayu dan “bukan Islam” juga. Makin nampak perjuangan PAS menegakkan syiar dan mengambilikan Islam sebagai landasan pentadbiran. Maka nyatalah kepada semua, PAS bukan untuk memusnahkan budaya mana-mana bangsa, kaum dan ugama. Hari ini UMNO dah gelabah pula!!

PAS telah berjaya memberi contoh-contoh yang baik hingga UMNO sendiri sudah takut KEHILANGAN penyokong komponen BN (MCA, MIC, GERAKAN). Makin nampak kaum bukan Islam berhijarah menyokong KeADILan, PRM, DAP dan PAS (dalam pilihanraya) dalam satu Barisan.

Sepatutnya, UMNO tidak semestinya takut. Sekarang, orang tak perlu jadi ahli PAS atau BA. Yang penting ialah sokongan dalamP/raya. Sekarang sudah nampak dalam P/raya yang lalu macamana punya besar gelombang yang melanda UMNO. Jangan cerita pasal kekalahan PAS di Sanggang. ltu satu kes terpencil saja (isolated case). Yang jelas sekarang, PAS/BA sudah menapak jauh 10 tahun kehadapan. Itu hidayah dari Allah swt. atas kesabaran pemimpin yang sentiasa amanah selari dengan ajaran ugama!!

UMNO Makin Takut?

UMNO makin takut kerana ratusan cendikiawan dan karyawan tidak melihat PAS sebagai parti “ugama”, dan BA sebagai “Pembangkang”. Mereka makin melihat BA sebagai satu Barisan politik massa yang akan menerajui Kerajaan. Ratusan cendekiawan sedang mengisi keahlian PAS, KeADILan dan DAP. Ahli pemimpin UMNO sendiri sudah hijarah!! Pemimpin PAS hari ini akan berundur apabila ada individu yang dapat menerajui parti itu.

Bukan macam UMNO – Presiden akan tentukan peraturan supaya dirinya “menang tak bertanding”. Kemudian propagandakan bahawa “itulah dia dikatakan DEMOKRASI”..konon!! Kalaulah masih hidup Socates dan Aristotle filusuf Yunani dulu yang merangka falsafah “demokrasi”, tentu mereka geleng kepala bila tengok Mahathir mengamalkan demokrasi!!

Kerana itu, UMNO/BN makin kecundang, Mahathir dan kuncu-kuncunya sekarang sudah 100% tersepit. Jika keadaan makin meruncing, lihatlah bagaimana gelabahnya Mahathir, UMNO dan pemimpin komponen BN menghadapi gelombang pelarian rakyat dari UMNO/BN berhijrah menyokong Barisan Alternatif.

Macam-macamm ikhitiar Mahathir dan UMNO/BN hendak memancing rakyat dan golongan muda terpelajar IPT dengan umpan-umpan segar. Yang pasti, reservoire pengundi kelompok muda itu boleh dan pasti BOLEH menyebabkan UMNO/BN kehilangan teraju Kerajaan dalam P/raya 2004. Anak-anak mudah (anggaran 1.6 juta?) itu sekaligus mengatasi jumlah lebihan UMNO/BN yang cuma antara 300 – 400 ribu. Jika “asakan dan asahan” minda dan cara berfikir mereka dijalankan secara sistematis dan komited, pasti UMNO/BN akan tumbang pada tahun 2004, insyaallah. Walaupun Mahathir menggunaka 1001 macam tipu helah (SPR, memindahkan daftar pengundi, pujukan dan ugutan, wang dll), taktik murahan begitu tidak akan berjaya lagi. UMNO/BN akan tumbang juga.

Rakyat makin nampak, UMNO bukan lagi satu parti untuk orang Melayu. UMNO cuma jadi landasan bagi sesiapa yang berhajat jadi kaya-mewah – seolah-olah UMNO/BN boleh ganrenti. Tapi lihatlah dalam jangkapanjang, orang Melayu akan kehilangan semua kecuali apa yang ada ditangan segelintir individu Melayu. Orang Melayu tak akan hilang di dunia, tapi Melayu akan kehilangan dunianya!!

Kesimpulan Sementara

Jadi, rakyat yang menuntut Reformasi makin komited menyertainya, sentiasa mencari jalan memberi sumbangan – tulisan, pemikiran, perancang, pelaksana, propagandists, nama dan kaliber, selaku aktivis, dll. Telah sampai tahap mereka saling bersatu dan berganding bahu, menolak sebarang perselisihan yang memecah saf jemaah sesama mereka. Pejuangan menumbangkan UMNO bukan kerana bencikan UMNO tetapi kerana UMNO bukan lagi UMNO yang sama dengan yang dimahukan oleh org Melayu.

Jika UMNO masih tidak insaf dan tidak bertindak mereform batang tubuh UMNO sejajar dengan kehendak orang Melayu, akan sampai waktu UMNO sudah terlalu malang! Sekali UMNO tumbang mungkin tidak akan bangkit lagi.

Pandangah 10 juta orang Melayu makin tertumpu mengharapkan sumbangan semua pihak yang mengahayati Reformasi. Jika tulisan anak-anak rakyat di internet itu boleh meyakinkan orang Melayu menjelang 2004; mereka merasakan Allah swt akan meredhakan ilmu dan kebijaksanaan anugerahNYA kepada mereka. Itu adalah jihad mereka untuk bangsa, tanahair dan agama kita. Itu doa ikhlas mereka!! Jika menulis itu suatu jihad – Menulislah anda!!

Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com

Balik Semula Laman Tranung Kite