Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite

MAHATHIR DAN UMNO/BN SUDAH HILANG UPAYA

Pengenalan

SEKARANG baru kita nampak bagaimana sukar dan sulitnya sebuah kerajaan baru memperbetulkan keadaan yang hampir suku abad diracuni oleh amalan rasuah, kronisma, salah rancang dan sikap lembab pelaksanaan. Itulah antara perkara yang makin jelas yang menjadi beban-galas Kerajaan PAS Terangganu sejak empat bulan lebih mengambilalih tampuk pentadbiran negeri dari UMNO/BN.

Jika Kerajaan PAS lewat melaksanakan sesuatu projek Pembangunan untuk rakyat, wajar kita sebagai rakyat memahami dengan mengandainkan diri kita berpindah ke rumah yang ditinggalkan kosong tetapi bersepah-sepah. Sebelum kita menyusun barang dan peralatan sendiri, kita terpaksa menyapu bersih segala sampah-sarap, mencuci dinding dan membuang segala sarang labah yang berselaput kotor berdebu.

Jika itu tidak dilaksanakan lebih dulu, maka satu keluarga akan duduk dalam keadaan yang tidak sehat. Mungkin ada anggota keluarga yang akan jatuh sakit dan hati tidak tentaram kerana gangguan kesihatan. Begitulah andaian mudahnya.

1) Allah swt. Amat Pengasih Lagi Maha Mengasihani

Contoh kesulitan di Terengganu (yang kita baca) itu adalah imbasan, sekiranya seluruh negara jatuh ke tangan BA tempoh hari. Pelbagai rombakan pasti melemahkan beberapa aspek dalam pentadbiran Kerajaan Pusat yang baru. Barisan Alternatif terpaksa melakukan satu rombakan menyeluruh. Itu bukan satu perkara yang mudah dilakukan. Segala aspek harus diteliti, dikaji dan dipinda-ubah untuk menyesuaikan dengan susun-atur yang wajar seperti yang seharusnya dilaksanakan. Kerajaan UMNO/BN sudah terlampau ‘sakit’ hingga budaya buruk amalan mereka sudah jadi tradisi dalam melaksanakan dasar ekonomi, pembagunan, pemberian tender, perjawatan, kewangan, perundangan, dan lain-lain.

Atas kekayaan Allah swt yang Maha Mengetahui, kita tafsirkan saja hikmah yang tersembunyi disebalik kejayaan Barisan Alternatif sekadar yang terupaya itu, dengan bersabar penuh yakin bahawa kejayaan sebenar insyaallah berada dihadapan.

Allah swt. mengurniakan sesuatu itu setelah kita mampu menikmati dan memanfaatkannya. Hari ini Barisan Alternatif telah memanfaatkan pengurniaan Allah swt dengan penuh kesyukuran dan hidayah, walaupun mendapat nikmat yang sekadar.

Makin terbuka ruang BA, performance Wakil rakyat Barisan Alternatif di Parlimen dan DUN telah memberi kesempatan luas untuk memperlihatkan kepada wakil UMNO/BN bahawa mereka (UMNO/BN) bukan lagi sebuah parti “jagoan” seperti yang mereka sangka. Wakil-wakil mereka tidak boleh lagi main “temberang berasap” seperti dulu, mengambil mudah segala yang dibincang dan didebatkan di Parlimen.

Kepakaran wakil Barisan Alternatif dalam bidang masing-masing memang menyukarkan wakil UMNO/BN untuk mempertahankan hujah, kerana persediaan dan pertahanan mereka amat lemah. Bagai sepasukan tentara yang saling berhadapan akan bertempur, Barisan Alternatif kini lengkap dengan senjata dan kepakaran perang; sementara UMNO/BN masih terkial-kial mengasah lembing yang sekian lama terbiar berkarat.

2) Rakyat Melihat Segala

Rakyat makin terbuka mata melihat bagaimana sikap-gelagat wakil-wakil UMNO/BN di Dewan-dewan tersebut. Lamanweb Barisan Alternatif seperti [ ] sentiasa memuatkan intipati dan perdebatan verbatim wakil Parlimen Barisan Alternatif dengan UMNO/BN. Makin jelas wakil pihak kerajaan BN tidak menampakkan satu tahap persediaan, ilmu dan pengetahuan yang benar-benar menunjukkan bahawa mereka ada kemampuan menangani permasaalahan rakyat dengan serius, ikhlas dan dedikasi.

Jika selama ini wakil UMNO/BN mengambil jalan mudah dengan minum kopi di kantin Parlimen, sementara ada pula yang berdengkur sepanjang sesi; hari ini mereka tidak boleh lagi berbuat sedemikian. Belasah hujjah-hujjah wakil Barisan Alternatif telah menggegarkan Parlimen dan Dewan Negeri, hingga ada diantara wakil UMNO/BN yang tak putus-putus ke tandas kerana kencing mendidih seperti kanak-kanak disergah oleh Pengetua sekolah yang sedang memegang rotan panjang untuk ‘membesit’ punggung yang dibogelkan.

Cerita Mahathir-Mat Sabu amat menggelikan hati. Jika selama ini Mat Sabu jadi bahan jenaka wakil UMNO, kali itu Mat Sabu mencabar Mahathir hingga terduduk ‘terjelir lidah’. Gerammmmm..!! Hahaha…itu satu selingan di Parlimen bagaimana Perdana Menteri dan Presiden UMNO sendiri – jaguh dunia ketiga yang diberi gelar oleh Ibrahim Ali, bagai hilang keyakinan diri menampak kebodohan.

3) Sikap Pemimpin Kerajaan UMNO/BN - Menjijikkan

Kalaulah begini juga sikap dan karenah wakil-wakil UMNO/BN, sengaja mengambil mudah hal-ehwal rakyat, apa akan jadi dalam tempoh 4 – 5 tahun yang akan datang? Persoalan ini bukan semudah itu dijawap. Dengan menganalisis beberapa sikap dan perlaksanaan Dasar setengah-setengah pemimpin UMNO di negeri-negeri dan di peringkat Pusat, mungkin dapat terjawab:

i) Dendam-Kesumat

Melaka, majoriti UMNO/BN paling tinggi di DUN, telah melakukan pelbagai macam PENGANIAYAAN yang 100% memecah amanah sebagai kerajaan yang dipilih dan diberi peluang dan mandat oleh rakyat untuk mentadbir. Kebodohan seorang Ketua Menteri Melaka sejak Negara ini merdeka, baru kali ini betul-betul nampak ketara.

Adalah sangat menjjikkan jika sebuah kerajaan yang berjanji akan melaksanakan pembangunan dan membawa kemakmuran kepada rakyat, kemudian setelah dipilih oleh rakyat untuk diberi peluang dan amanah memerentah; akhirnya bertindak menghukum rakyat tanpa sebarang sebab yang manasabah – memanglah kerajaan itu menzalimi rayat dan menganiayaan diri sendiri!

Cerita Ali Rustam itu makin menjadi bahan ketawa 20 juta rakyat. Disebalik ketawa itu, rakyat sudah nampak bahawa ‘kebebalan’ Kerajaan UMNO/BN pimpinan Ali Rustam itu dan sokongan paling bodoh oleh Mahathir Mohammad (seorang Perdana Menteri) adalah punca yang akan menjadi sebab-musabab kejatuhan sebuah parti angkuih dan sombong (tetapi bebal, dungu dan berdendam).

ii) Dasar Ekonomi “Tambah Hutang”

‘Bru..ha..ha..’ terakhir dari regim Mahathir ialah perkhabaran tentag peningatan ekonomi negara yang kononnya sedang melonjak. Apa yang disebut dan cuba dibangga-banggakan beliau ialah peningkatan KLSE bursa saham kroninya yang memberi petanda palsu bahawa ekonomi negara ini sudah mula melepasi titik kebekuan. Jika ini satu indikator, maka rakyat jangan tertipu lagi, keadaan itu tidak lebih seumpama orang menang judi pertaruhan di meja rollette. Menang secupak, rugi segantang. Yang untung hanya Lim Goh Tong. Orang Melayu di kampug-kampung, nelayan yang dilambung gelombang, petani yang kekeringan bendang; mereka akan tercengang-cengang.

Tengok berapa indeks pengguna sekarang? Kerajaan Mahathir tak berani istiharkan. Sebab, kalau di pasar, se kilo ikan kering jenis tamban, harganya hampir 2 kali ganda dari harga ayam, daging dan 5 kali ganda dari harga sayur-sayuran. Apakah Kerajaan Mahathir cenderung untuk ambil tahu keseksaan yang melanda rakyat? Menteri UMNO lupa bahawa kehidupan rakayatlah yang wajib diutamakan. Sekarang yang jadi isu paling akhir bukan isu rakyat.

UMNO sekarang sedang bergelut dengan permasalahan dalaman. Mahathir dan Dollah Bedawi sedang sebok mencari ikhtiar untuk membuat justifikasi kepada 2000 perwawilan di Perhimpunan Mei 2000 depan. Mereka tahu, veteren UMNO sekarang sudah hilang keyakinan dengan UMNO yang ditadbir umpama sebuah raga ayam. Masing ayam bernajis sekehendak hati dimana-mana, tak kira samada akan menimpa kepala kawan.

PERWAJA, beberapa korporat Kroni seperti Indah Water Konsortium yang sudah muflis masih lagi diberi peruntukan pijaman berpuluh billion. Memang sah sekarang, wang rakyat yang telah digunakan selama ini memang tidak akan pulang semula. Tetapi bagi Mahathir, rakyat mesti tanggung kerugian itu semua, kononnya ‘viability’ korporat itu akan memberi faedah kepada rakyat dalam jangkapanjang.

Ahli ekonomi yang pakar dalam ilmu masing-masing sudah menjangka bahawa dasar “TAMBAH HUTANG” regim Mahathir bukan setakat memufliskan korporat terbabit saja, malah akan memBANGKRUPkan negara dan rakyat pada keseluruhan.

iii) Pemimpin Bermewah-mewah, Rakyat Papa-kedana

“Berniaga buluh kasap, dapat hujung pangkal lesap”. Kerajaan yang dipimpin Mahahir kini makin nampak sukar menampung beban hutang negara yang sudah mencecah lebih dari RM160 billion. Jumlah itu memang satu beban paling besar bagi sebuah negara yang cuma mengharapkan sumber hasil yang terhad.

Kehairanan kita makin menggatalkan kulit kepala bila kita tengok Mahathir ‘bergila-gila’ meneruskan pelbagai projek rasaksa yang selama ini memang terbukti menjadi punca struktur ekonomi menjadi goyah, tidak teratur dan sukar diperbetulkan.

Akhirnya kita nampak, bantuan perusahaan, kebajikan masyarakat dan rakyat makin dikurangkan. Bantuan kepada pekebun kecil, nelayan dan petani telah ditarik balik. Subsidi yang mengurangkan tangunggan rakyat kerana harga bahan perlu yang meningkat terus menerus, kini ditiadakan. Kununnya, rakyat harus menaggung kos sendiri, sebab masanya sudah sampai untuk berdikari.

Kalau begitu, bagaimana pula Kroni Mahathir yang muflis terus-menerus sentiasa mendapat habuan. Indah Water Konsortium yang kerugian RM850 juta, diluluskan untuk diambil alih oleh kerajaan dan dijadi tagungan rakyat pula? PERWAJA diberijaminan RM10 billion lagi. Pihak yang bertanggungjawab memufliskan korporat kerajaan itu sengaja dibiarkan tanpa disiasat bagaimana kerugian itu boleh berlaku. Begitu sekali regim ini menyembunyikan pekung Rasuah dan salahurus mereka. Kerana mereka adalah terlibat dan ada saham dosa!!

iv) Dasar “Tuduhan Berpilih-pilih”

Syarikat Jepun sendiri memaklumkan bahawa terdapat bokti nyata bahwa dalam tender Talikom Malaysia ada unsur Rasuah anggaran melebih puluhan juta RM. Hingga hari ini BPR sendiri semacam agensi “Bingung”, membisu seribu bahasa seolah-olah tidak tahu hujung pangkal. Tetapi, Murad memberi maklumat kununnya Anwar rasuah RM3 bilion. Sekelip mata BPR mempastikan kununnya ada kes. Tapi Rafidah yang telah lengkap penyiasatan hanya menunggu diheret ke mahkamah, akhirnya sesudah 8 tahun kes ditunggu untuk dibicarakan – Peguam Negara mengistiharkan “Rafidah clear – bebas dari sebarang tuduhan”.

Kita nampak sekarang “Dasar Tuduhan Berpilih-pilih” inilah yang menyebabkann eknomi negara ini makin hancur, hilang keyakinan pelabur asing, dan mulai tersisih dari arus perdana ekonomi dunia.

v) “Penswastaan” – Pakatan Kroni-Proks

Macam-macam cerita manis-madu diukir dalam bahasa yang indah-indah bila Kerajaan Mahathir menghidangkan konsep Penswastaan untuk dipatuk dan ditelan rakyat. Kununnya, melalui konsep itu, kerajaan akan terlepas dari tanggungan dan keuntungan korporat terbabit akan memberi ganjaran cukai mendatangkan laba kepada kerajaan.

Hari ini makin jelas terbentang bahawa yang mendapat “laba dan keuntungan” itu bukan kerajaan atau rakyat, tetapi sekelompok pemimpin regim Mahathir, kroni-proksi serta suku-sakat, anak-beranak mereka. Golongan inilah sekarang menjadi ‘duri dalam daging’ yang bermati-matian menggunakan wang dan pengaruh untuk menegakkan regim “keparat’ ini.

Dalam pilihanraya 29 November yang lalu, hampir satu billion RM digunakan untuk merasuah pelbagai pihak supaya menyokong calun-calun UMNO/BN seluruh negara. Tidakkah itu dinamakan “politik wang”? Ada pemberian beras, atap zinc, ikan kering masin, kain batik-kain pelikat, wang kontan, talipon bimbit, package hadiah melancung, surat Yassin dan Al-Quran – segala macam rasuah disajikan. Rakyat telah disuntik dengan budaya ‘tipu diri sendiri’, mengharap pemberian dan ganjaran dan sogokan!!

Bentuk-bentuk “kerosakan” budaya politik seumama ini telah diberi tumpuan tahap tertinggi dalam p/raya kecil di Sanggang. Bila UMN/BN menang, Mahathir mendabek dada kununnya rakyat yakin kepada kerajaan. Katanya, kekejaman terhadap Anwar sudah dilupakan rakyat. Betulkah?

Sebenarnya, makin nampak politik UMNO/BN pun sudah diSWASTAkan!! Ada kroni-proksi yang menjadi agen-agen “franchais” disetiap peti-undi supaya pengundian akan ditokok-tambah secara rahsia hingga menjadikan seolah-olah rakyat menyokong UMNO/BN. Haiiii….!!

5) Perpecahan – Institiusi Ugama dan Raja-raja Melayu

Sejak dulu, rangkuman padu kedua-dua institiusi ini telah merapatkan hubungan rakyat khususnya orang Melayu. Dengan itu, orang Melayu bersatu teguh. Keteguhan itu menjadi orang Melayu lebih kuat menghadapi sebarang kemungkinan. Penjajah sukar meranapkan gabungan ini. Malayan Union tidak jadi dilaksanakan.

Ini menimbulkan masalah besar kepada regim Mahathir. Orang Melayu dan (sinonim orang Islam) pula tidak pernah menjadikan ia isu. Perpaduan orang Melayu inilah yang menyebabkan kuasa Mahathir dan jongos-jongos “pak pandir dan si luncai” tenggelam punca setelah masing-masing terjun dengan “labu-labu”nya.

Ada jongos-jongos yang lemas di daratan seperti “pak kaduk dan lebai malang” – hilang pertaruhan di gelanggang sabungan hingga kampung tergadai. Itu bukan berpunca dari Institiusi Ugama dan Raja-raja Melayu. Ia berpunca dari karenah pemimpin tertnggi UMNO sendiri yang sekian lama cuba mengkhianati kedua-dua institiusi itu.

Orang Melayu tidak pernah berpecah. Itu sahih dan benar. Begitu juga orang Islam. Di Terengganu dan Kelantan, rakyat berduyun-duyun mengahdiri kuliah ugama dan solat berjemaah. Aidilfitri dan Aidiladha disambut dengan hati penuh insaf dan tawadhu’ – merafa’kan kesyukuran terhadap Allah swt. dalam satu saf. Kerana kekuatan gabungan institiusi itu makin dilihat ia sebagai katalis yang meransang kekuatan Parti Pembangkang Melayu (PAS, KeADILan dan PRM).

Paling menyakitkan UMNO/BN ialah DAP, parti bukan Islam telah memahami konsep kerajaan Islam. Dengan itu penyokong komponen BN telah mulai yakin bahawa Islam yang menjadi teras parti itu akan memusnahkan UMNO yang membawa tafsiran sekularisma terhadap Islam. UMNO makin tidak lagi diyakini oleh orang Melayu.

Kerana itu, Mahathir merancang untuk memecahkan perpaduan ini dengan cuba mengahsut Raja-raja supaya menyatukan orang Melayu dengan alasan palsu dan bohong bahawa umat Islam di negara ini telah berpecah. Yang sebenarnya, orang Melayu telah lari meninggal UMNO, bersatu dibawah satu panji-panji iaitu Islam. Mereka menuntut YDPertuan Agung dan Raja-raja dipulangkan kedaulatan mereka (yang telah dirompak oleh Mahathir melalui UMNO).

Rancangan Mahathir ini tidak berjaya. Jika dipaksakan, bermakna UMNO akan sekaligus kehilangan penyokong. Bersama-sama UMNO, BN juga turut pupus. Kaum bukan Islam dan bukan Melayu tidak akan menyokong parti yang tidak menguasai kerajaan. Bertentangan dengan orang Melayu bukan falsafah bukan-Melayu di negara ini. Mereka mahu hidup bersama!! Mahathir yang mengadu-domba mereka!!

6) Ciri-ciri Pengkhianatan Mahathir

Mahathir menyangka, naiknya beliau ke tingkat tertinggi dalam hiraki pimpinan negara adalah satu “miracle”. Seorang “ultra” UMNO, akhirnya menjadi PM. Mahathir cemburu kepada pemimpin berdarah Melayu. Baliau tahu bahawa kedudukannya pasti goyah kerana niat dan nawaitu busuknya terhadap orang Melayu akan tercium juga.

i) Boktinya, 4 tahun setelah menjadi PM, Musa Hitam (zuriat Melayu) adalah mangsa pertama. Kemudian Tengku Razaleigh Hamzah telah masuk kedalam skima ‘pembuangan’ (disgrace scheme) beliau. Ghaffar Baba dilagakan dengan DS Anwar. Tetapi Allah cuma membenarkan khianat seseorang itu setakat 3 kali saja. Anwar, pembuangan ke-4, menyebabkan Mahathir luka parah. Hari ini, Mahathir sedang mengidap pendarahan dari luka yang tak kunjung sembuh.

Nampaknya, politik Mahathir hanya “hidup dan bernyawa” untuk seketika mencukupkan detik-detik terakhir. Abdullah Bedawi yang ditindik menggantikan beliau hanya satu ‘unjukan pura-pura’. Bagi Mahathir, yang penting ialah KEPASTIAN bahawa harta dan kekayaan anak-anaknya akan terus jadi milik mereka. Orang Melayu mampus, dia apa pedulik!!

ii) Mahathir mahu orang Melayu terus menjadi kaum meminta-minta. Dengan itu, beliau dapat menggubal dasar supaya orang Melayu bergantung dan berharap kepada Regimnya. Boktinya, belum nampak Dasar Ekonomi Baru (DEB) dibawah penyelenggaraan Mahathir (sejak jadi PM) betul-betul dilaksanakan olehnya memanfaatkan orang Melayu. Jika Tun Razak merancang FELDA, FELCRA, MARA, pelbagai Lembaga Kemajuan seperti Pertanian, Perikanan dan Perikanan – dibawah Mahathir itu semua tidak menjadi keutamaan.

Mahathir meletakkan asas perindustiran berat yang berakhir dengan berbagai korupsi, pembaziran dan salahguna-salahurus hartanah dan wang rakyat. Boktinya, struktur ekonomi Malaysia dan orang Melayu bagi ‘belon angin’. Bila ditekan oleh sesuatu gejala ekonomi dunia, maka berlakulah musibbah krisis ekonomi dan kewangan seperti tahun 1997. Kertas Bursa saham KLSE yang menjadi kebanggaan Mahathir tidak lebih dari “kertas tisu” yang lebih sesuai digantung di jamban. Tidak ada nilai.

Tetapi, ‘after effect’ yang paling menyedihkan, puluhan bank yang jadi sumber kroni Mahathir menakik modal turut sama merudum. Hutang lapok (NPL) bertimbun dalam lingkungan ratusan billion. Mahathir menyelamatkan anak-anak dan kroini sekongkolnya dengan menggunakan wang rakyat dari PETRONAS, KWSP, PNB, dll. Simpanan luar dilurut hingga nilai ringgit menjunam begitu teruk. Sementara kroninya mengangkut khazanah negara keluar negeri yang kuat nilai kewangannya. Mahathir sendiri menyimpan sejumlah wang yang sangat banyak di US, Swiss Banks, Bank Israel.

Mahathir sekian lama mengumpul asset fisikal dalam bentuk hartanah diluar negara. Termasuklah ranches di Agentina dan Canada, di Australia, hartanah di Jepun, Hong Kong, Afrika Selatan, dll. Begitu juga Daem Zainuddin dan beberapa orang menteri UMNO dan komponen BN. Samy Vellu dan Ling Leong Sik adalah kompen BN yang paling rakus!!

7) Dispariti (Ketidaksaimbangan) Sosial

i) Bagaimana orang Melayu?

Kemana mereka? Jawapan yang jelas adalah: mereka akan ditakuk lama seperti sebelum Merdeka. Hutang persendirian mungkin melebihi pendapatan seumur hidup, dihirup oleh Kroni pemimpin UMNO/BN yang terdiri dari orang-orang yang berkroni dan memegang proksi. Mereka inilah yang menentukan dasar ekonomi dan “public consumption”. Terbokti, harga rumah melambung 3 kali ganda (rumah teres 4 bilik mencapai RM200 ribu), harga kereta 2 kali ganda dari nilai (sekadar contoh). Itu adalah ‘sistem market forces’ dalam masyarakat yang diselubungi kemiskina.

Akhirnya, timbul gejala ‘Dispariti (Ketidaksaimbangan) Sosial yang keterlaluan. Tetapi Mahathir dan kroninya apa peduli? Asalkan kantung mereka penuh, peduli apa dengan nasib orang Melayu, petani, nelayan, setenggan, golongan pekerja gaji rendah, (termasuk kaum bukan Melayu).

Tanah orang Melayu kian jadi sasaran, dikikis. Projek yang mendatangkan keuntungan akan dilaksanakan ‘in the expense of the owners’. Maka berlakulah projek “Udang Galah” yang sia-sia (antara contoh yang nyata). Berapa jumlah tanah simpanan Melayu (TSM) seluruh negara yang berbaki sekarang? Tanya orang penorak Felda, bagaimana kemajuan bayaran tanah mereka yang dibeli oleh kroni? Kita akan sedih!!

ii) Pendidikan Terbincana

Keghairahan Mahathir dengan penwastaan dan pengkoporatan menyebabkan pendidikan anak-anak Melayu tertinggal jauh 10 tahun kebelakang dari segi jumlah dan kualiti. Dasar Mahathir itulah yang menjadi punca. Tidak ada satu kepala orang Melayu sekarang yang anak masing-masing menuntut di IPT, yang tidak berhutang. Hutang itu sangat tidak wajar dibebankan ke bahu orang Melayu, memandangkan tahap pencapaian purata ekonomi orang Melayu masih rendah berbanding dengan keperluan.

Seperkara yang penting, tidak bermakna jika negara ini makmur rakyatnya turut makmur. Pendidikan adalah satu keperluan, dan telah menjadi dasar pelajaran kebangsaan memberi pendidikan percuma. Tetapi Mahathir telah menghumban dasar itu kerana ia sengaja “sakit hati” melihat orang Melayu mendapat nikmat dari kemerdekaan yang mereka perjuangkan!!

iii) Keusahawanan

Bermula dengan Mahathir, kini Abdullah Bedawi pula, usahawan Melayu terbiar tanpa perancangan yang berkesan. Walaupun dibanggakan ada Bank Pembangunan dan segala macam bantuan, tetapi hakikat itu tidak lebih “bru, haha..!” lagi. Ratusan orang Melayu menerjuni bidang ini, akhirnya gulung tikar. Punca asal kegagalan adalah, kerajaan Mahathir terlampau banyak cakap – perlaksanaannya ‘zeo’. Kementerian yang terbabit tidak serius merancang dengan pasti.

Banyak IKS Melayu (kontrek dan supplies) hanya menghabiskan modal permulaan, sementara projek yang diharapkan tidak ada. Tidak nampak satu penyelarasan dan kerjasama yang rapat antara syarikat/korporat besar dengan IKS Melayu. Korporat itu lebih mementingkan kepentingan sendiri hingga mereka bagai enau dalam belukar – kebanyakan memonopoli sebarang bisnis terbitan dari aktiviti mereka.

Buktinya, Plus dan Renong yang mengendalikan projek Lebuhraya telah menolak sebarang cadangan kerjasama dengan IKS Melayu (manufacturung, supplies, dll). Mereka mewujudkan anak syarikat yang menyempitkan lagi padang IKS.

IWK memusnahkan IKS dalam melaksanakan kerja pembersihan takungan cess-pool. Kilang besar tidak dipastikan memberi franchais pembuatan komponen kepada IKS tempatan. Hingga screw pun mereka impot dari syarikat induk mereka.

Tidak ada satu perancangan ‘fokus’ dalam hal ini berbanding penggalakan pelaburan industri besar oleh kementerian terbabit. Semua dibuat bagai melepas batuk di tangga. Tinggalah orang Melayu yang berkebolehan sebagai pekerja ‘makan gaji’ sampai ke tua! Tidak ada Dasar nyata regim ini, selain dari melaung-laung di Perhimpunan UMNO hingga serak suara!! Bagaimana hendak meningkatkan pengusaha Melayu ketahap “Usahawan Pertengahan”?

8) Mahathir Dengan “Topeng Puaka”nya

Setakat ini Mahathir hanya melepaskan egonya dengan lebih mencenderungi hal-ehwal antarabangsa dari hal-hal dalam negara. Beliau bertempek dimana-mana beliau disinggah dan menjelajah pelusuk dunia. Acapkali apa yang dikatakannya tidak lebih dari kegilaan “anak-anak muda baru berkeris” (pepatah Melayu). Semuanya akan ditikam dan ditetak. Dalam beliau “kokok berderai-derai” itu, pada tahun 1997, punggung Mahathir betul-betul “bergelumang taik”. George Soros dengan kebijaksanaannya meneliti kelemahan struktur ekonomi Malaysia yang sedemikian rapuh, akhirnya ekonomi negara tersungkur-merudum. Soros cuma memainkan ‘swith’ terkecil dalam ‘pendawaian’ ekonomi negara ini.

Jika struktur dan dasar ekonomi dan kewangan negara kukuh, pasti kemelesetan ekonomi tidak akan berlaku. Jika berlaku, ia tidak akan separah itu. Ini berpunca dari “kronisma dan nepotisma” Mahathir yang mendorong jongos-jongosnya berhutang melebihi kemampuan ekonomi dan simpanan negara.

DS Anwar membantah cara Mahathir menangani permalahan ini (atas nasihat pakar Bank Negara). Tetapi Mahathir selaku “diktator” berkuasa mutlak. Perbedaan cara Mahathir dengan Anwar berkesudahan Anwar diaib dan dipenjarakan!!

Selama ini Mahathir menggunakan topeng-topeng yang mendinding mukanya sebenar. Beliau menggunakan topeng puaka diberi nama “demi kepentingan” orang Melayu, demi kepentingan survival UMNO, demi kepentingan Rakyat, demi kepentingan kemerdekaan, demi kepentingan kedaulatan negara, demi mengelakkan Agen Asing, dan 1001 topeng lagi. Disebalik topeng itu, si pemakainya masih “Mahathir” yang beragenda “Menipu, Berbohong, Berencana/agenda Mega”. Hari ini terbukti, “Mahathir melakukan itu DEMI kepetingan DIRI sendiri, keluarga, kroni dan proksinya”….!!

UMNO tertipu!! Tetapi Mahathir tidak akan berkata begitu. Berkata seorang cendekiawan, “One has to read Malay Delimma 8 – 10 times to find out who Mahathir is to the Malays. Read between the lines”. Buku itu harus dibakar saja…!!

9) Siapa Pemimpin UMNO?

Majoriti UMNO adalah mereka yang seperti ‘dedak yang digondong air deras”. Mereka jadi tukang sorak. Di PWTC nanti, rakyat akan lihat bagaimana gelagat mereka. Saban tahun begitulah keadaannya. Sementara itu, Mahathir beberapa ‘inner circle’ menggunakan saikoloji untuk menjuruskan pemimpin yang jadi kerbau pawah dicucuk hidung itu supaya ‘makan rumput sabit’ beberapa hari, dan didendangkan dengan ucapan ‘beremosi’ Tetapi sebenarnya yang berkuasa, merogoh kepentingan ekonomi dan kekayaan adalah muka-muka kroni Daem, selain dari Mahthir, Samy Vellu, Ling Leong Sik, dan proksi mereka!!

Cuba teliti, mana satukah diantara ratusan ‘resolusi’ di Perhimpunan itu yang telah dilaksanakan secara berkesan dan menjadi kebanggaan orang Melayu dan UMNO? Perhimpunan itu adalah tempat fitnah dan cerca-mencerca bangsa sendiri!! Seolah-olah UMNO adalah Melayu ‘putera’ dan lainnya ada ‘hamba-hina’.

Lebih tampak jelas, perwakilan UMNO yang hadir cuma datang sebagai syarat untuk mencukup agenda tahunan UMNO. Bila mereka pulang, masih ditengah jalan mereka sendiri lupa apa yang mereka telah bincangkan!! Tahun depan isu yang sama akan dibangkitkan lagi. Sudah lebih 18 tahun Mahathir mengepalai negara atas nama Presiden UMNO, perjuangan UMNO tidak lebih dari “cakap kosong” yang cantik ditulis dalam artikel di Utusan Malaysia, Berita Harian atau media letronik dalam ruangan “WAWANCARA”.

10) Dasar Mahathir Setakat Mengkhayalkan

Selama 18 tahun lebih ini, Mahathir telah mengkhayalkan penyokong dan pemimpin UMNO dengan ‘dadah’ suntikannya dari percakapan dan ucapan beliau yang menaikkan emosi. Dengan ego Mahathir menghembus ‘angin panas’ dengan berkata, “ekonomi Malaysia seperti Harimau Asia, Rakyat Malaysia ada Twin Tower,” dan 1001 macam lagi; penyokong UMNO tidak sadar diri. Terkhayal!! Seolah-olah Twin Tower itu adalah kepunyaan mereka. Padahal, balik kampung, mereka duduk di pondok buruk.

Mahathir menyebut ‘demokrasi’, hak asasi manusia, rakyat dan undang-undang, Islam akan diikut secara sempuna, dll. Bagaimana keadaan yang dipraktikkan sekarang? DS Anwar di fitnah, di penjara, di pukul. Mahathir tak mau diseret ke mahkamah – kezaliman menjadi-jadi. Rohani rakyat makin tercabar dan kemanusiaan mereka dimusnahkan. YAHUDI saja gandingan Mahathir!!

11) Mahathir Membeli Orang Melayu

Mahathir telah membeli orang Melayu begitu murah sekali. Yang memalukan, Mahathir membeli orang Melayu dengan emas yang digali dari tanahair orang Melayu sendiri, dengan keringat mereka, dengan darah dan airmata mereka.

Bermakna Mahathir telah membeli orang Melayu (puak UMNO) tanpa modal dari koceknya (Malays were bought with gold dug from their own land). Itu adalah DASAR PENJAJAH!! Minyak PETRONAS hanya tinggal 15 tahun lagi. Selama 30 tahun, Mahathir dan UMNO telah melenyapkan hak rakyat. Wan Mokhtar adalah “jembalang” makhluk pemusnah!! Mahathir terus-menerus mengaibkan orang Melayu bagai ‘lintah menghisap mangsa”. Akhirnya yang kering darah adalah orang Melayu.

Pemimpin UMNO telah jadi seberkas kayu kering (a bunddle of dry wood). Mahathir menjadikan penyokongnya (orang Melayu) sebagai umpan api utuk membakar bangsa sendiri. Tengok bagaimana anak-anak Melayu yang menentang dalam demo dan rapat di pelusuk negara; mereka dibelasah oleh polis upahan Mahathir.

Bagi Mahathir, orang Melayu kelompok UMNO adalah satu kelompok bangsa Melayu yang menjadi bahan menyeronokkan (ammusing) dirinya.

12) Mahathir Bukan Seorang Wira

Jika UMNO ditipu dengan mengaggap beliau seorang WIRA, hari ini rakyat dan majoriti orang Melayu menganggap Mahathir adalah seorang manusia yang tidak mencerminkan seorang “gentlemen of stature”. Dia terang-terang mengkhianati (betray) amanah rakyat, orang Melayu, kemerdekaan negara, dan sejarah murnia bangsa Melayu yang berugama Islam!!

Kesimpulan

Rakyat mengahadapi tuntutan satu zaman baru. Orang Melayu tidak boleh menerima proses perlekehan dan pendunguan setelah hampir setengah abad Merdeka. Jika Mahathir telah sampai ketahap mempersenda struktur sosial, peradaban, sitem kehidupan orang Melayu dengan mendaulatkan raja-raja, mempersenda ugama Islam, merosakkan tradisi dan kesopanan orang Melayu yang terjaga zaman berzaman; bermakna Mahathir adalah AGEN PENJAJAH sebenar, seorang ‘republican’.

Apa yang dilakukan Mahathir hari ini mencerminkan sikap YAHUDI yang selama ini menjadi Penasihat Teragungnya. Lihatlah, dan cerakinkan sendiri. Pasti Mahathir berbeza bagai langit dengan bumi, antara beliau (Mahathir Mohammad) denga TIGA (3) Perdana Menteri sebelumnya!!

UMNO tidak akan balik ke panggal jalan lagi. Demi bangsa, tanahair dan ugama – tinggalkan UMNO yang tidak lagi membawa wadah pejuang kemerdekaan yang telah pergi meninggalkan kita!! Keputusan Pilihanraya 1999 adalah petanda Mahathir dan UMNO/BNnya sudah hilang upaya!! Dengan itu, GELITA 14 (BLACK 14) adalah gagasan dan petanda rakyat !!

Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com