Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite

GELITA 14 – BUKTI MAHATHIR BUKAN SEORANG PEMIMPIN RAKYAT LAGI

Mahathir vs Anwar
Mahathir Mohammad Disingkir Dunia

Makin jelas phobia Mahathir telah sampai ketahap yang bukan pura-pura lagi. Si tua kutuk ini telah jadi cukup-cukup paranoid. GELITA 14 terang-terang melukiskan garis pemisah yang menetukan Mahathir dari seorang pemimpin yang berhemah, berwibawa dan dikehendaki rakyat dengan manusia yang WAJIB disingkirkan saja.

Memorendum kepada DYM Mulia Yang Di Pertuan Agung yang dihantar, tidak langsung mendapat bantahan dari mana-mana pihak – termasuk penyokong dan pemimpin UMNO/BN. Begitu juga demo yang terbit dari rangka acara perhimpunan rakyat yang disebut GELITA 14 (Black 14) itu. Kerana “silence is consent”, sekaligus rakyat tidak menafikan bahawa Mahathir elok saja disingkirkan. Ini akan memberi ruang politik, pentadbiran dan perundangan negara ini kembali normal. Itu azam 20 juta rakyat.

Selama tempoh dua tahun kebelakangan ini, rakyat dan dunia sudah melihat bahawa Mahathir Mohammad BUKAN lagi seorang Perdana Menteri negara ini yang hormati rakyatnya. Gelombang kebencian rakyat terhadap beliau berkali-kali dimanifestasikan dari demo dan tuntutan rakyat supaya beliau disingkiirkan. Hematnya, Mahathir bukan lagi mewakili rakyat dan negara ini. Puluhan pemimpin dunia juga sudah enggan dan tidak lagi mahu melawat negara ini secara resmi untuk berbicara dengan orang ‘yang seorang’ ini.

Pilihanraya November 1999 telah membuktikan bahawa Mahathir Mohammad hanya membawa kehancuran kepada partinya: UMNO/BN. Sekaligus, Negara dan rakyat ini diperlakukan mengikut sesuka hatinya. Mahathir tidak ada Dasar yang teluis dalam mencorak pentadbiran negara ini lagi.

Sejak kebelakangan ini, Mahathir dan regimnya makin tersepit dan dihimpit oleh rakyat. Terdapat beberapa pihak dalam partinya sendiri menuntut supaya beliau ‘ghaib’ saja. Bagi mereka, khidmat beliau hanya secocok bagi kepentingan diri beliau, anak-anak dan kroninya serta beberapa kerat pemimpin dalam kelompok beliau. Mereka akur dan patuh kerana yang sama-sama mempunyai rekod kebersihan kepimpinan TERBURUK dalam sejarah negara ini. Mereka akan karam jika Mahathir terbenam.

Tidak perlu diselongkar apakah siri kebusukan Mahathir yang membuatkan rakyat dan pemimpin dunia tidak mau lagi dekat, mendampingi diri atau sejalanan dengan beliau. Mahathir adalah ‘pariah’ bagi rakyat negaranya dan umat dunia bertamaddun. Mahathir bukan seorang yang boleh dianggap mewakili negaranya, lagi jauh sekali dari seorang ‘statesmen’.

Imbasan karekter Mahathir ditakrifkan dunia sebagai seorang “Penyangak” yang setanding dengan manusia hina penjenayah seperti Milosevic, Radovan Karadic, Mobutu Sese Seko, Shah Iran, Nero Emperor Gila, atau Louise ke-XVl Perancis.

Pemikiran Mahathir telah diejek dibelakang oleh dunia antarabangsa. Cakap beliau ibarat meludah ke mukanya sendiri. Malangnya, muka itu bagai ‘kulit babi’ (bidalan rakyatnya sendiri).

Di Havana baru-baru ini, tidak ada perwakilan yang mau duduk semeja, berbual-bual dan bertukar fikiran dengan beliau. Beliau disingkirkan. Di Dewan, sewaktu beliau mengeluarkan fatwa, ramai yang hadir telah beredar dan minum kopi diluar Dewan. Ada yang mengambil kesempatan untuk berdengkur tidor nyenayak sementara menunggu ucapan beliau tamat.

Dalam satu Forum disitu, Mahathir telah dibelasah oleh pemberita dunia mengenai keganasan wakil regimnya dalam menangani perhimpunan rakyat GELITA 14 yang sedang memuncak di Malaysia waktu itu. Jawapan beliau ditafsirkan sebagai pembohongan seorang pendusta keparat yang putarbelit hingga membuatkan orang meludah-ludah dan mencemik muka. Mahathir jadi bahan ketawa!!

Anwar Ibrahim Reformis Berkarisma

Makin Mahathir bersikap Diktator dan mencerminkan kehilangan keyakinan diri dan gelabah; makin kewibawaan Anwar terangkat dengan sendirinya. Makin Anwar dipurukkan Mahathir di penjara, makin Anwar dituntut supaya dibebaskan.

Ini bersebab dari keutuhan, kebenaran dan keperluan “REFORMASI” yang disarankan Anwar. Kini semangat Reformasi itu sudah merentas jauh hingga memperlihatkan maksud sebenar. Ia sudah tersebar.

Demo-demo yang silih berganti menentang Mahathir dan menuntut beliau disingkiirkan, keputusan pilihanraya yang baru lalu yang memperlihatkan bahawa Mahathir sudah tidak berguna lagi (selain dari penyebar adu-domba) dan akhir-akhir ini: Mahathir telah beragenda merancang memaksa UMNO melantik beliau sebagai DIKTATOR tanpa bertanding (proses yang menghancurkan demokrasi dalam UMNO), taktik kotor menyingkirkan pencabar yang lebih perkasa melalui ugutan, rasuah dan putarbelit peraturan – sekaligus meletakkan Mahathir sebagai seorang yang tidak ada guna walaupun menjadi Presiden parti dan Perdana Menteri.

Sepatah Anwar berkata dari bilik penjara, rakyat dan dunia menghayatinya dengan pelbagai tafsiran. Kezaliman Mahathir dan ugutan beliau terhadap jongos-jongos yang digenggam dan diugut dengan ‘iron fists’ menyebabkan orang mentakrifkan Mahathir memang sudah tidak ada pengaruh dikalangan rakyat.

Orang Melayu telah lama tidak lagi menganggap Mahathir seorang yang harus diberi tempat dalam politik negara ini. Kerana beberapa kerat pemimpin UMNO yang sama berkepentingan dengan beliau (Mahathir), dan mereka ini ditempatkan oleh Mahathir di jabatan strategik yang berkuasa; dengan menggunakan media massa, wang dan jentara kerajaan yang diperangkap; maka nampaklah seolah-olah beliau dan regimnya masih dipandang hebat. Padahal, Mahathir sendiri tahu bahawa kedudukan beliau sudah hilang dari senarai pemimpin yang diperlukan.

Anwar dengan karisma dan ketelusan yang makin jelas, meletakkan Mahathir dalam keadaan paling tertekan, tersepit dan hilang akal. Keengganan Mahathir tampil ke mahkamah telah menjadi BUKTI bahawa Mahathir adalah “kepala” semua KONSPIRASI yang menyebabkan Anwar terus dijadikan ‘banduan politik’ regim yang sudah ditolak rakyat ini.

Mahathir sudah hilang akal. Tekanan dunia makin memuncak kesan dari Kezaliman, Ketidakadilan, Pembohongan, Kesewelan dan Kekejian perbuatan dan perangai beliau yang makin banyak terbongkar di mahkamah. Antara kesan dari karenah Mahathir yang makin jelas:

a) Pelaburan Luar

Peratus kemasukan Pelaburan Luar telah merosot begitu jauh berbanding dengan negara jiran sesama ASEAN, termasuk Vietnam, Myanmar dan Kampuchea dan Indonesia. Jika Bursa KLSE sebagai indikator, kebelangan ini tleah merudum. Kegiatan ekonomi swasta tidak nampak pulih. Masih panjang jalan yang bakal ditempuh untuk mengembalikan keadaan seperti sediakala. Malangnya Mahathir menyalahkan Pembangkang, walaupun pelabur sedang menunggu bila Pembangkang akan mengambilalih kuasa supaya keadaan kembali normal.

b) Kewangan

Nilai matawang Indonesia sudah kembali normal. Begitu juga Thailand. Walaupun negara-negara itu sama satu masa menerima hambatan dari krisis ekonomi semasa. Namun, sekarang para Pelabur antarabangsa sudah kembali mencari beberapa pihak untuk berkongsi di negara-negara tersebut. Tetapi tidak di Malaysia.

Malaysia yang makin gamat dengan masalah politik dalaman yang kucar-kacir, dasar yang cuma mengikut selera Mahathir dan kuncu-nya, dan Singapura sebagai jiran terdekat telah mulai dijadikan musuh pula – maka keadaan tersebut memberi petanda negatif kepada para pelabur antarabangsa. Bahawa Mahathir sebagai ketua negara tidak releven lagi. Sudah hancur!!

c) Ketelusan Perundngan

Dunia sudah sekian lama mentakrifkan undang-undang di Malaysia adalah mengikut ciri-ciri ‘Penghakiman Rimba’. Mahathir telah memberi gambaran seolah-olah negara ini dalam keadaan “perang”. Malangnya Mahathir berperang dengan rakyat yang ditadbirkannya. Penghakiman yang telusk dan beretika sudah mati – paling kurang sudah lumpuh.

Dunia masih memerhatikan samada Mahathir benar-benar anak jantan dengan tampil ke mahkamah seperti yang dituntut oleh pengadilan atau sengaja bermain-main dengan pelbagai karenah memaksa seluruh sistem undang-undang di negara ini bagai belum menerima budaya tamaddun dunia.

Ketidaktentuan ini membuat pemimpin dunia tidak mau buang masa mendengar hujah Mahathir Mohammad sekalipun bertempik terlolong menyarankan keadilan sejagat. Bagi mereka, Mahathir adalah manusia lidah bercabang, pembohong dan seorang pemimpin ‘keparat’.

d) Hutang Negara

Hutang negara makin meningkat. Inflasi dan indeks pengguna yang makin meningkat mencerminkan bahawa kehidupan orang ramai makin tertindas. Berban hutang negara makin dirasai oleh rakyat. Namun Mahathir masih berbohong dengan pelbagai helah seolah menganggap rakyat negara ini bodoh dan tidak tahu karenah beliau yang makin jelas.

Penghakiman Rakyat

REFORMASI makin nampak menjadi fokus rakyat. Bagi seluruh rakyat, REFORMASI pasti akan berjaya selagi Rakyat meyakininya. Kini, melalui Perhimpunan GELITA 14, keperluan Reformasi sudah cukup-cukup meyakinkan banyak pihak. Ia telah meledak diseluruh negara. Walaupun, Mahathir dan ‘anjing-anjing’nya mendabek dada kononnya mereka berjaya menekan demo yang dilancarkan, TETAPI mereka tidak tahu bahawa mereka GAGAL sebesar-besar gagal memadamkan semangat GELITA 14 yang bukan lagi bermaksud untuk memeringati kezaliman keatas Anwar saja.

Pengertian, pemahaman dan penghayatan rakyat terhadap GELITA 14 telah makin mendalam. Dari contoh cara Mahathir menanganinya memperlihatkan bahawa Diktator tua ini telah hilang pertimbangan kemanusiaan. GELITA 14 bukan betujuan membangkit permusuhan sesama rakyat, atau mengimbau ratusan ribu rakyat untuk melakukan rusuhan. Ia cuma mencari petanda. Sekarang, sokongan rakyat secara sporadik dan spontan itu sudah memadai untuk memperlihatkan bagaimana Mahathir “berperang” dengan rakyat.

Dikatan GELITA 14 berjaya kerana Perhimpunan itu telah berjaya membongkar karekter Mahathir sebagai seorang Diktator, pengganas dan bukan bersifat pemimpin lagi. Ia berjaya menunjukkan kepada dunia sejagat bahawa Mahathir dan regimnya:

a) Seorang Penghasut Rakyat – dengan menuduh parti Pembangkang kununnya merancang rusuhan bersenjata, Mahathir berbohong bontang. Tuduhan beliau menyebut mereka yang terlibat dalam Perhimpunan itu akan memusnahkan harta-benda atau merancang kekecohan, akhirnya, terbukti Pembangkang bukan saja menang dalam perang saikoloji ini, sebaliknya Mahathir dianggap sebagai ‘the shepard and the wolf’. Orang tidak peduli lagi cakap beliau. Tidak ada sebarang kejadian merusuh pun berlaku. Sebaliknya, rakyat ditangkap, diugut dengan pelbagai cara hingga ‘persiapan perang’ Mahathir dikutuk rakyat habis-habisan.

b) Kepimpinan Mahathir makin lemah – dengan menggunakan jentera pengaman lengkap bersenjata perang, mengancam dan menyekat rakyat yang menuntut Hak Asasi mereka melalui demo aman; kewibawaan regim Mahathir sekaligus telah terhakis, hilang daya. Makin jelas, Mahathir adalah orang yang 100% menginginkan negara ini dalam kancah rusuhan. Memang nyata Mahathir orangnya. Dengan itu beliau akan melakukan agenda seterusnya. Rakyat makin benci dengan regim ini.

c) Demokrasi Terbunuh – keadaan yang berlaku menunjukkan bahawa Mahathir betul-betul telah membunuh Demokrasi, menafi dan menghakis hak rakyat menunutut KEADILAN. Tangkapan yang dilakukan adalah petunjuk bahawa Mahathir sedang mengamalkan kuku besi seorang penjenayah. Keadaan ini telah mencorak hati dan azam rakyat untuk membuang Mahathir dan partinya bila sampai masa.

d) “Not a man of purpose” – Mahathir telah dianggap tidak berguna, hilang pengaruh dan tidak ada “tact”, makin bacol dan bangang (moron). Jika beliau seorang bukan beridentiti begitu, beliau tidak akan berbangga menggunakan persiapan ‘perang’ untuk menentang hak rakyat; dan selepas itu menganggap ia adalah satu ‘kemenangan’. Padahal rakyat cuma berhimpun dengan aman, tanpa senjata dan sehelai sepinggang. Bagaimana denga M16, puluhan truk dengan muatan ribuan pasukan penembak dan anjing-anjing buruan? Itukah gambaran sorang pemimpin yang demokratik dan yakin diri?

e) Kesedaran politik - rakyat makin sedar bahawa GELITA 14 membuka mata rakyat menyedari bahaya meletakkan pemimpin politik yang tidak amanah. Kesedaran ini makin meluas. Inilah sumbangan GELITA 14 yang terpenting. Rakyat wajib disedarkan tentang hak-hak mereka sebagai warga negara.

Penghakiman Muktamad

Alangkah malunya UMNO khususnya dan BN umumnya. Cara Presiden dan pemimpin teragung mereka menangani masalah antara regim ini dengan rakyat telah menyimpang jauh; tidah sejajar dan amat jauh dari sehaluan dengan penghayatan yang dihargai oleh rakyat. Parti UMNO/BN bukan setakat dihakimkan oleh rakyat dan dunia sejagat sebagai tidak releven lagi, malah majoriti penyokong UMNO (orang Melayu berugama Islam) sendiri telah yang meninggalkan parti itu.

UMNO tidak padu lagi. Orang Melayu dan penyokong UMNO sendiri sudah meghukum Parti itu. Keyakinan rakyat yang makin hilang (kecuali pemimpin UMNO yang cuma tinggal dua tiga kerat) itu saja yang masih menganggap diri mereka releven. Walhal seluruh orang Melayu telah sepakat yakin bahawa “UMNO Bukan Untuk Orang Melayu” lagi. TETAPI bagi “segelintir mereka yang terpaksa ‘cling to power for self-interest’…”, UMNO adalah hidup mati mereka.

Inilah tanggapan yang telah terjelma dan difahami rakyat. Hematnya, itulah perkara utama yang memberi ganjaran kepada GELITA 14 yang berupa KEJAYAAN terhebat dalam mendorong rakyat memahami siapakan Mahathir dan Regim inio. Apa jua tindakan kotor yang sanggup dilakukannya sekiranya terhimpit makin mendapat perhatian rkyat.

Jelas sekarang, setelah perhimpunan GELITA 14 ditangguhkan untuk waktu ini, Mahathir telah membenamkan paku terakhir di kerandannya sendiri dan UMNO/BN!!

Selamat melanjutkan Perjuangan dan Jihad!!

Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com