Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite

MAHATHIR DIPERAKUKAN BERKUASA OLEH MEREKA YANG DAYUS-BEBAL DAN HINA..!!

ADALAH amat memalukan – sungguh-sungguh MEMALUKAN diri Mahathir Mohammad, Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang kononnya “Wira Negara Ketiga” – yang selama ini bercakap dengan nada sombong mendabek dada mengajar dunia sejagat bagaimana menyusun semula pentadbiran semua sistem politik, ekonomi dan sosial antarabangsa. Tiba-tiba hari ini Mahathir Mohammad jelas sejelas-nya:

1) Menggunakan tenaga lemah seorang ‘betina’ bertaraf jalang murahan sebagai penggerak kepada KONSPIRASI yang beliau (Mahatahir) rancang sendiri dengan sekongkolnya untuk melucutkan jawatan seorang pemimpin berkarisma bakal pengganti beliau secara Fitnah dan Khianat;

2) Menggunakan kuasa wang dan ugutan – dengan memanipulasi undang-undang, proses mahkamah, Hakim dan Peguam Negara yang dibeli seringgit dua dan diugut untuk melindungi dirinya,

3) Menggunakan kuasa polis dan individu pegawai kanan di jabatan terbabit untuk menganiaya, membelasah dan mengugut sebarang saksi yang dikurung secara paksa di lokap-lokap,

Apakah Mahathir seorang MANUSIA?

Selama tempoh dua (2) tahun berlalu, kes perbicaraan DS Anwar telah menelanjang-bogelkan Mahathir hingga beliau kini berjalan tanpa seurat benang. Andaian keatas karenah, perbuatan dan kelakuan buruk lagi menjijikkan Mahathir Mohammad itu memberi suatu takrif bahawa “Mahathir Mohammad adalah sama seperti BINTANG – haiwan yang tidak berakhlak lagi..!!”

Jika Mahathir mahu dirinya kembali dianggap sebagai “manusia”, wajar beliau menjadi ‘anak jantan’ yang “berbuah” dicelah kangkang!! Tidak sukar – cuma datang ke Mahkamah dan berhadapan dengan kenyataan. Lupakan khayalan bahawa dirinya mempunyai sebarang ‘kekebalan PALSU’ yang sengaja direka dan diada-adakan!!

Mahathir Mohmmad TIDAK KEBAL!!

Dua puluh juta Rakyat di negara ini mempunyai hak yang di lindungi Perlembagaan menuntut supaya Mahathir diheret ke mahkamah menghadapi perbicaraan. Hanya dengan itu saja akan menentukan samada Mahathir ini layak dijadikan seorang Perdana Menteri, seorang manusia atau sebaliknya: IBLIS, SYAITAN atau BINATANG – HAIWAN yang hina!!

Setakat ini seluruh rakyat negara ini dan dunia bertamaddun menganggap Mahathir Mohammad – Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang kononnya “Wira Negara Ketiga”; tidak lebih dari seorang pengecut, penjenayah dan penjarah. Jika pemimpin UMNO dan sisa-sisa penyokongnya masih ada maruah diri dan berugama; tidak ada jalan lain menebus maruah anda selain mencari langkah-langkah memperbaiki peradaban diri yang sekian lama terpuruk dalam kedurjanaan seorang pemimpin bertaraf “BINATANG”.

Tidak ada dalam Perlembagaan Negara ini seorang warga negara atau mereka yang melakukan kesalahan jenayah terlepas dari undang-undang. Tidak sebarang peruntukan undang-undang memberi Mahathir sebarang “kekebalan”. Itu hanya wujud dalam khayalan beliau sahaja.

Tidakkah puak UMNO tahu bahawasanya Mahathir Mohammad adalah anak lahiran pendatang haram yang zurat asalnya lari dari Karala, India menetap di Alor Setar, dan kini penghuni sebuah Mahligai yang dibina dengan wang rakyat RM200 juta. Apakah ini memberi si laknatullah ini satu kelebihan istimewa hingga tidak boleh diheret ke mahkamah?

Tidak ada termaktub didalam Perlembagaan Negara ini seorang Perdana Menteri terlepas dari undang-undang setelah bermusuhan dengan rakyat, melakukan hasutan dan mengistiharkan “perang”, menganiaya dan menghukum sesiapa mengikut nafsunya.

Semua kaum, semua bangsa mencemik UMNO, meludah-ludah ke muka orang Melayu kerana takut dan akur dengan ugutan dan momokan, pujuk-rayu dan pembohongan, lemah kerana rasuah. Itulah identiti UMNO yang kenal dunia sekarang!!

Tidakkah anda tahu bahawa UMNO bukan hak peribadi Mahathir. Negara ini bukan milik kepunyaan Mahathir Mohammad. Beliau tidak bebas melakukan sesuatu mengikut kehendak hatinya. Orang Melayu bukan ‘penumpang’ di tanahair sendiri. Mungkin puak UMNO yang menjual maruah diri!!

Permudah Isu Ini

Jika negara ini masih bergerak diatas landasan undang-undang; jika pelaksana undang-undang masih mempunyai maruah dan semangat – Mahkamah dan Hakim terbabit hendaklah sepakat dan seia-sekata dengan Jabatan Peguam Negara menuntut supaya Mahathir Mohammad dihadapkan ke mahkamah serta-merta tanpa sebarang alasan apa jua.

Jika Mahathir Mohammad didapati engkar, waran tangkap WAJIB dikuatkuasakan. Ketua Polis Negara berhak mengambil tindakan pantas menangkap dan merantai Mahathir Mohammad; mengheret si “belukang darat” ini ke mahkamah.

Sekiranya ada pihak yang engkar dan cuba berkonspirasi melepaskan “Orang Kena Tuduh” (OKT) ini (Mahathir Mohammad); Ketua Turus Tentera hendaklah bersikap tegas dan meletakkan negara dalam keadaan berjaga-jaga.

Dengan itu, semua jabatan terbabit (BPR, dll.) tampil kehadapan membawa kes masing-masing terhadap “orang ini”. Bicarakan Mahathir Mohammad.

Pasti akan dilihat oleh rakyat, samada Mahathir Mohammad ini benar-benar kebal atau berkuasa!!

Power is based on Recognistion!!

Makin meloyakan, kian hari makin nampak “kuasa Mahathir” adalah berlandaskan RASUAH dan UGUTAN keatas setiap mereka yang menganggotai jabatan terbabit (secara langsung dan tidak langsung). Orang-orang inilah yang melindungi Mahathir Mohammad dalam KONSPIRASI yang didalanginya.!! Hematnya, RASUAH dan UGUTAN Mahathir Mohammad inilah yang menjadi katalis “Kuasa” yang diperakukan kepada beliau.

Dari segi undang-undang Mahathir Mohammad TIDAK ADA KUASA apa-apa. Sebarang jenayah yang dilakukan Mahathir Mohammad ini, undang-undang tetap tegak dengan sendirinya. Bergantung kepada penguatkuasa perundangan untuk melaksanakan tanpa mengimbangi samada Mahathir Mohammad seorang Perdana Menteri atau anak ‘pendatang haram’.

Jika benar-benar mereka yang mengetuai Mahkamah dan Hakim, Jabatan Peguam Negara, Polis dan Tentera amanah kepada jawatan, rakyat dan DYM Mulia Yang di Pertuan Agung; tidak terlibat dengan sebarang RASUAH atau bebas dari sebarang UGUTAN Mahathir Mohammad, BOKTIKAN sekarang dan lakukan tindakan: HERET MAHATHIR KE MUKA PENGADILAN DAN BICARAKAN.

Jika anda sepakat dan sekata, tidak tertakluk sebagai sebahagian dari KONSPIRASI itu, lakukan yang benar dan adil. Jika tidak, bermakna anda adalah terdiri dari mereka yang merosak-jahanamkan TANAHAIR, BANGSA, UGAMA dan KEMERDEKAAN rakyat!! Pasti anda juga akan diheret ke muka pengadilan bila sampai waktu dan masanya!!

Mahathir akan mati dengan kekayaan melimpah ruah. Kalian kekal sebagai ‘hamba-abdi’nya, merelakan diri dayus, minda diperkosa dibebal-bacolkan, sanggup dijual maruah diri dipergunakan untuk membunuh budaya, maruah, ugama, undang-undang dan hak sebangsa dan seugama.

Ingatlah, anda diamanahkan jawatan mengawasi hak bangsa dan negara. Andainya anda membelakangkan kebenaran, maka anda adalah ‘belukang busuk’ sekongkol dengan Mahathir Mohammad. Bermakna, andalah seburuk-sebusuk “zuriat keturunan” Melayu dengan nama anda wajar dihina dalam buku sejarah yang bakal dibaca oleh anak-cucu semua kaum di negara ini!

Amin Sapiro,
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com