Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite

MATIN OH! MATIN!! LU ORANG INGAT SEMUA ORANG MELAYU & ORANG ISLAM BANGANG?

BILA Kabinet Regim Mahathir memutuskan untuk menubuhkan Majlis Tindakan Islam Nasional (MATIN), banyak orang Islam (sinonim Melayu) tertanya-tanya ingin tahu tujuan penubuhan Majlis yang “tidak sepertinya” itu.

Terhebah berita kononnya, tujuan utama “MATIN” ialah untuk menyelaraskan usaha memberi kefamaman Islam yang betul. Bila disemak serba sikit, terjumpalah nama-nama penganut dan penganjur Islam terhebat seperti Abdullah Badawi yang dilantik sebagai pengerusinya. Anggota yang lain ialah Khalil Yaakub dan Yusuf Nor (KAH! KAH! KAH!)!!!

Kemudian Badan urusetianya pula ialah Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Kementerian Penerangan dan Bahagian Kemajuan Masyarakat (KEMAS). (Mhhhhhh….?).

Islam Yang Betul Bagaimana?

Makin orang Islam di negara ini hairan, mengapa secara tiba-tiba UMNO sedar satu “Majlis Tindakan Islam Nasional” wajib diwujudkan sekarang. Apakah selama ini tidak cukup lagi bermacam-macam “Majlis” berfungsi sebagai “penyelaras” Islam telah wujud zaman berzaman ditanahair kita ini? Megapa bila Terengganu dan Kelantan jatuh kepada PAS/BA, dan kerusi Parlimen dan DUN UMNO di negeri-negeri merosot teruk baharu UMNO sedar Islam patut diselaraskan?

Kalau sebelum Mahathir jadi PM dulu tak ada Pusat Islam, JAKIM, YADIM dan IKIM (segala bagai), sekarang sejak Mahathir jadi Perdana Menteri, semua itu sudah ada. Apakah Islam dulu tak cukup “terselaras”kah?

Entahlah!! Makin banyak orang hairan!! Yang nampak kepada rakyat hasil kerja ribuan mereka yang bertugas disitu dan dibayar gaji dari wang rakyat cuma setakat menyelaraskan Musabaqah Al-Quran dengan mengadakan pentas istimewa.

Tiap tahun JAKIM diadakan Pertandingan Nasyid peringkat Kebangsaan. Bila sampai sambutan Ma’al Hijrah masing-masing agensi berlumba mengadakan pintomin, memilih beberapa orang untuk diberi gelaran “tokoh” sempena Ma’al Hijarah. Itu saja!!

Padahal semua orang tahu, GEREJA terbesar diberi tanah oleh pembesar dan pemimpin UMNO untuk bangunan terhebat melebihi Masjid Negeri Shah Alam. DIBENARKAN!! Perihal bertambahnya jumlah orang Islam yang memohon jadi “murtad” hampir mencecah bumbung – DISEMBUNYIKAN!!

Makin nampak, pemimpin UMNO yang diamanahkan menerajui kerajaan hanya setakat “melepaskan” batuk ditangga mengenai Islam. Prioriti mereka makin nampak cuma untuk “menghasut, mengugut dan mengadu-domba” sesama Islam sebagai cara mereka menguasai (control) minda orang Melayu (sinomin Islam) supaya tunduk-akur menyokong UMNO yang sudah kecundang!!

Tak cukup dengan itu, Raja-raja Melayu diugut supaya menyebelahi rencana mega pemimpin UMNO yang gelabah kegelisahan – takut hilang kuasa dan terbuka pekung di dada macam bekas pemimpin kecundang di Terengganu dan Kelantan!!

Pusat Dakyah Yang Menjijikkan

Nampak oleh rakyat, setakat ini JAKIM cuma menghasilkan acara-acara yang diswasta untuk slot di RTV mengisi ruangan “lawatan” ke negara-negara luar, memberi imbasan tentang kesan sejarah Islam disana. Seolah-olah maklumat sebegitu belum pernah dilakukan oleh orang lain. Padahal, beberapa Pusat dakwah Islam di Arab Saudi, American Muslim Organization, dan puluhan Pusat dakwah Islam antabangsa sudah lebih awal hingga bercambah filem trailer yang lebih lengkap, terperinci dan lebih menarik komentarnya. Mereka sentiasa bersedia memberi pinjam secara percuma atau dengan bayaran ‘nominal fee’. Mengapa tidak diterjemahkan saja dari membazir wang berjuta-juta?

IKIM yang beribu pejabat umpama sebuah gedung canggih di Jalan Duta, hingga hari ini tidak ada siapa yang tahu apa kerja dan fungsi orang didalamnya. Dengan Ketua Pengarahnya yang sekali sekala tenggelam timbul di kaca TV – tak ubah macam ‘tikus hanyut’ di arus deras – tidak ada sebarang perkara yang baru yang disebarkannya (selain membodek memberi justifikasi kehebatan tuannya). Walhal, sebagai sebuah Institiut bermaksud memberi “kefahaman Islam” seharusnya pihak Institiut itu wajib menunjukkan kepada orang Islam tentang “kebenaran” dalam Islam. Kalau tidak, apa faedah mereka semua dibayar gaji tiap bulan dengan pelbagai ‘perks’ yang bukan-bukan?

Apa yang orang tahu setakat ini “IKIM” lebih bermaksud “Institiut Kefahaman Islam MAHATHIR (bukan Malaysia)”. Disitulah Mahathir Mohammad memberi arahan dan panduan sebagai “the big Ulama”. Mahathir akan memberi ucapan dan berfatwa dengan menggunakan para penyelidik di IKIM supaya mencari dan melakukan “pensekularan” terhadap Islam. Hari ini, kita nampak Mahathir telah memberi berbagai-bagai anjuran seperti Al-Quran harus ditafsirkan semula, memperlekeh janggut Nabi, “mensederhanakan” Islam, dll.

Orang Islam Makin Bingung

Sebanyak itu Forum dan Insititiut yang diwujudkan oleh regim Mahathir yang restui UMNO, makin orang tidak nampak bagaimana mungkin ulamak Islam puak UMNO duduk membisu dan tupang dagu melihat Mahathir mengugut rakyat dan orang Melayu sinonim Islam. Terang-terang Mahathir mengugut dan memaksa orang Melayu (sinonim Islam) akur dengan keganasan, kezaliman, kekerasan, pembohongan, dengki-khianat, dendam-fitnah, adu-domba, hasut yang dilakukan keatas semua pihak yang membantah!! Lidah mereka kelu!! Seolah dalam Islam tidak ada “Demokrasi” dan tidak ada konsep “Hak Asasi Manusia”.

Setakat ini yang nampak cuma mereka yang menggelarkan diri “ulamak” setakat bertempias menyembur air-liur di muka TV dan dicorong radio, mengajak umat Islam supaya menghayati Islam, akur dan taat kepada pemimpin!! Kalu ditanya pemimpin yang mana – jawapan yang jelas pasti “Mahathir Mohammad”. Seolah-olah Mahathir adalah “ulamak teragung” mereka!!

Bila diperinci lagi, maka ternampaklah bagaimana ‘terselarasnya’ (baca secara ‘sinis’) penghayatan Islam regim ini. Lihat bagainama tuduhan, perbicaraan dan penghukuman keatas seorang insan Islam dilaksanakan. Yang nampak, insan itu telah dilucutkan jawatan secara paksa tanpa mengikut undang-undang (setakat undang-undang belantara) dan dipenjarakan. Apakah kerana orang-orang ini mengakui “politik wajib dari Islam”? Padanlah!!

Tuduhan keatas kepada insan makin terbokti fitnah. Dengan bersaksikan beberapa orang pelacur murahan segala bangsa dan ugama dan kaki zina, Mahathir menjatuhkan hukuman. Dengan berpandukan sekeping surat dirancang dan tulis oleh seorang wanita Islam yang berzina (yang diberi upah berjuta), maka KONSPIRASTOR tertinggi (Mahathir Mohammad?) menggunakan kuasa meluluskan hukuman!! Itukah dia Islam UMNO? Itu patut diselaraskan oleh MATIN dulu!!

Makin orang pening memikirkan bagaimana Rahim Nor, ketua ‘pengaman’ negara yang mengaku bertanggungjawab membelasah seorang insan didalam tahanan dengan tangan digari dan mata diserkup hingga cedera parah separuh mati. Orang itu, Rahim Nor – bermati-matian dibela dan dilindungi oleh Perdana Menteri penaung IKIM dan segala macam Institiut Islam tersebut – sementara insan tadi dipurukkan kedalam penjara bertahun-tahun. Tak cukup dengan itu, ia dihina dan difitnah berulangkali hingga hari.

Yang paling jijik sekali, si Perdana Menteri yang menganjurkan supaya Al-Quran harus ditafsirkan semula, memperlekeh janggut Nabi, “mensederhanakan” Islam itu macam nak rak satu dunia memperakukan insan itu mencderakan diri sendiri. Mahathir “yang inilah” yang berkeliling dunia menghebahkan kepada 4 billion umat dunia tuduhan yang mengaib keatas insan itu.

TETAPI bila dituntut oleh rakyat negara ini dan undang-undang supaya si Mahathir (ulamak ‘khayalan’ UMNO itu) hadir ke mahkamah menjadi SAKSI, orang ini jugalah yang memaksa semua jabatan terbabit dengan perundangan dan penghakiman memberi perlindungan supaya ia TIDAK dan JANGAN diheret ke mahkamah. Ini macam punya cerita ka? Ini macam punya terselarasnya Islam UMNO ka? Apa sudah jadi kepada Islam di Malaysia, ha???!!!

Apa guna MATIN?

Sebaik saja nama-nama seperti Abdullah Badawi yang dilantik sebagai pengerusinya, dan anggota yang lain pula termasuk Khalil Yaakub dan Yusuf Nor, sekaligus orang dapat menjangka dan membayangkan apa guna dan tujuan “MATIN” itu ditubuhkan.

Mungkin satu masa nanti, pengarah cawangan MATIN di Kelantan akan dianggotai oleh IBARAHIM Ali pula!! (mana tau? Ibrahim lah orang yang mengaku Islam dengan fatwanya dikhalayak ramai mengatakan suhu api Neraka setakat panas untuk menggoreng keropok lekor saja…)!!

Dengan dikaitkan Badan urusetianya Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), – maka nampaklah MATIN bukan bertujuan “menyelaraskan” Islam tapi ia SENGAJA diwujudkan bagi menyeleraskan segala strategi politik UMNO untuk meraih sokongan umat Islam (sinonim orang Melayu) supaya “kembali menyokong UMNO” yang telah disingkirkan oleh majoriti orang Melayu!!

Apa yang nampak dan diketahui umum setakat ini:

a) Pentadbiran Islam di negara ini sudah cukup lengkap dan kemas. Sekiranya kerajaan yang memerentah adalah terdiri dari mereka yang adil, telus, ikhlas dan amanah dengan fungsi dan janjinya; tidak akan timbul sebarang masalah dan persoalan besar hingga memerlukan satu “Majlis” lain (seperti MATIN) untuk menyelaraskan “Islam”.

Malangnya regim ini adalah sebaliknya!! Terlampau ramai pemimpin mereka yang lidah bercabang. Dicelah lipatan hati mereka penuh dengan tompok-tompok darah hitam berbuku-buku. Berkarat!! Sudah jadi makluman umun bahawa pelaku rasuah, rogol, pengganas, penzalim dan pengkhianat dilindungi dan diangkat setinggi langit oleh regim ini. Tak cukup dengan itu, diimpot penjarah Islam keturunan Siam untuk menguatkan hujjah UMNO ‘mengislamkan’ orang Melayu yang sudah 500 tahun mememluk Islam. Padan jugalah UMNO memecah-belahkan orang Islam!!

b) Bila disebut Kementerian Penerangan dan Bahagian Kemajuan Masyarakat (KEMAS) adalah sebahagian dari PRO “MATIN”, makin orang hairan bagaimana “GRO” KEMAS akan meminda tugas dan sukatan pelajaran “Jahit-menjahit dan Masak-memasak” kepada Pendakwahan Islamiah pula.

Makin nampak KEMAS melalui MATIN sudah berfungsi menjadi agensi pendakwa untuk mengahsut anak-anak Tadika KEMAS supaya menyokong UMNO!! Memang nampak sangat UMNO merancang program ‘hasut-menghasut” jangkapanjang!! Bila lagi ‘Lebai-lebai” di BTN akan dirangkum sekali??!!

c) Jika masjid-masjid memang tempat ibadah untuk menimba ilmu, hari ini UMNO sudah menempatkan jongos jongosnya supaya memerhatikan segala gerak-geri makmum dan penceramah!! J/Kuasa masjid-masji dipastikan supaya menyokong UMNO. Yang menghayati Islam sebenar akan dibuang dan diganti dengan mereka yang “Islam” cara UMNO!!

Islam Bermaksud Apa?

Orang Islam makin rungsing dan gundah, rimas dan bosan dengan pentafsiran Islam anjuran regim ini. Gelebahan politik dan sokongan orang Melayu yang makin jauh merosot terhadap UMNO. Ini yang menjadikan pemimpin UMNO bagai hilang akal.

Makin banyak ulah-ragam pemimpin UMNO mencampuri urusan Islam, makin nampak seolah-olah Hitler, Mussolini, Mobutu atau Natanyahu bangkit semula mengarahkan orang Islam supaya mengerja solat, mengerja yang rukun – yang fardu dan yang sunat.

Tetapi yang nampak, dirasa dan dialami setakat ini: Setelah makmum sujud dan bangkit semula; apabila mereka memberi salam ke kanan tiba-tiba mereka lihat segala harta benda mereka sudah terlepas dari tangan. Bila mereka menoleh memberi salam ke kiri, maka dilihat Hak Asasi mereka sudah dihapuskan. Dihadapan mereka tercegat beberapa orang algojo memegang gari ditangan. Jika mereka membantah, sepantas kilat algojo itu akan menyarungkan gari di lengan. Jika berkeras juga, mereka akan dibelasah hingga lumpuh badan separuh mati, lalu dihumbankan kedalam penjara!!

Makin dapat ditafsir bahawa “MATIN” itu adalah senjata ‘perompak’ terbaru yang direka-cipta regim ini untuk menyamun orang Islam dan orang Melayu yang disuruh akur kepada Islam yang diselaraskan oleh MATIN tadi. Dengan itu, semasa mereka sujud dan mengingat Tuhannya mereka merompak mengikut kamahuan. Selagi itu yang berlaku, maka 100 “MATIN” tidak akan merobah fikiran dan jihad orang Islam untuk mengikis UMNO dari lubuk hati mereka.

Lagi sekali orang bertanya, “Ini macam cekap lu orang MENIPU ka..!! Lu orang ingat orang Melayu semua BANGANG?…..!!”

Amin Sapiro
(Ahli UMNO diatas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com