Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite

‘BANK NEGARA’ ATAU BANK ‘MATAHIR-DAEM’..??

Taniah Untuk Zeti

Perlantikan Zeti Akhtar Ungku Abdul Aziz sebagai Governor Bank Negara yang baru memang tak ada siapa yang mempertikaikan. Jangan cuba dibandingkan Zeti dengan Abol Hassan. Tengok muka Abol pun tak ada yang terbit selera. Belum tengok rekod si Abdul (ketururunan Mamak) yang setanding dengan bapak RASUAH, putar alam dan kaki kelentong setaraf dengan ‘godfather’nya: Mahathir Mohammad dan Daem Zainuddin.

“Appointment of Convenience”.

Semua orang tahu, Abol Hassan ada rekod jenayah RASUAH yang disembunyikan oleh pelindung utamanya: Mahathir Mohammad, Perdana Menteri Malaysia ke-4, Presiden parti dari puak UMNO (yang menang tanpa bertanding)!!

Sepertimana busuknya rekod Mahathir Mohammad, Abol Hassan juga adalah pegawai kerajaan yang dipertikaikan kewibawaan, kebersihan, kejujuran dan kepakarannya. Jika Mahathir pakar putar alam, begitu jugalah Abol Hassan.

Dulu, pakar kewangan tempatan dan antarabangsa melihat perlantikan Abol Hassan sebagai “appointment of convenience”. Abol dilantik Mahathir semata-mata untuk jadikan ‘pak tonggok’. Tugas si Abol cuma setakat jadi tukang pikul bakul sampah oleh regu Mahathir-Daem. Sementara Mahathir dan Daem menyapu apa juga dokumen yang berkait dengan ‘bail-out’ dan penyelewengan yang direkodkan di Bank Negara, Abol lah orang yang akan kaut masukkan sampah-sarap kedalam bakul kemudian junjung atas kepala. Abol Hassan tolong ‘delete’ segala rekod jenayah kewangan regu Mahathir-Daem di Bank Negara.

Apa Abol boleh buat..! Semua “file” Rasuah ada ditangan Mahathir. Banyak cakap, Sg. Buloh masih ada kekosongan ‘bilik’. Kan itu cara Mahathir? Jadilah si Abol tak ubah macam tukang jaga peti wang di retoran mamak saja.

Lazimnya, semua aliran wang masok dan keluar melibatkan negara ini dengan sistem perbankan mana-mana negara dunia direkodkan di Bank Negara. Rekod-rekod itu ada terakam didalam komputer Bank Negara. Sebarang dasar dan pengurusan kewangan negara adalah dibawah kawalan dan kelulusan Bank Negara. Dalam keadaan ekonomi meleset diperingkat paling kritikal dulu, berbagai-bagai masalah kewangan dialami oleh korporat milik Daem dan Kroni Mahathir dan anak-anaknya.

Oleh itu, peranan Bank Negara adalah “vital”. Beberapa ‘bail-out’ telah dilakukan oleh Mahathir dan Daem. Mereka tidak mempedulikan konsep lumrah dalam konteks “Monetary policy dan Fiscal Policy” yang wajar. Pelbagai perbuatan yang tidak beretika dilakukan secara manipulasi.

Semasa Anwar Menteri Kewangan perkara ini dijaga dengan rapi. Kunci Bank Negara dijaga ketat-ketat untuk menyelamatkan dana rakyat. Malangnya, Itulah yang menjadi punca yang menyebabkan Anwar disingikirkan – kerana terlalu menyebelahi ‘kepentingan rakyat’. Sebaliknya, Mahathir dan Daem yang berkepentingan dalam pelbagai korporat yang terkait rapat dengan mereka hampir muflis. Dengan itu, mereka memerlukan satu agenda manipulasi yang tidak beretika di pihak Bank Negara.

‘Profesionalisma’ Vs ‘Ikut Nafsu’

Percanggahan antara ‘profesionalisma’ cara Anwar (atas nasihat pakar Bank Negara) dengan Teori ‘Ikut Nafsu’ cara regu Mahathir-Daem menyebabkan ‘pertarungan belantara’ berlaku antara “Anwar dan regu Mahathir-Daem”. Maka ‘dikukus’ lah oleh Mahathir dan Konspirator terpilihnya ‘pulut santan lemak berlada’!! Kononnya, Anwar disingkirkan kerana terlibat dengan kelakuan aib!! Bukan main jauh perginya!!

Jangan Mahathir dan Daem nak cuba nafikan. Kalau rahasia perkara busuk menyeleweng wang dan harta rakyat ini tidak benar, atau ini adalah Fitnah…NAH!! Kan kalian anak jantan? Masing-masing tentu ada buah “pelir serangkai di celah kangkang”…SILALAH DATANG KE MAHKAMAH dan berdepan dengan ANWAR!! Janganlah cuba melalak diluar gelang, di rostrum PWTC semasa Perhimpunan UMNO Mei ini saja. Itu BUKAN tempat membela diri. Itu tempat orang pengecut.

Mengapa TAKUT & KECUT? Kalau kalian anak jantan, adat “anak jantan” tidak akan berselindung dibalik kain sarung betina penzina, atau sederet betina lacur, atau sekumpulan jongos-jongos yang diupah dan diugut? Jangan fikir berkokok diluar pagar, sementara punggung bertaik kering!!

Diluar bunyi ‘ngaum’ menderam macam harimau. Tapi bila dicabar supaya beradu KEBENARAN, mengapa “menikus” tanpa maruah? Macam inikah seorang pemimpin “yang bersih, cekap dan amanah”? Memang Pak Shahnon sekaligus betul katanya: “Mahathir Mohammad memang jenis pemimpin bertaraf “PukiMAK”..!!….”

Perlantikan Zeti Tercemar

Sebelum Zeti terpilih, seorang ‘jongos’ Mahathir-Daem dipilih bakal menggantikan Abol Hassan, iaitu Mustapa Mohammad seorang ‘political drop-out’. Beliau adalah seorang yang tidak ada sebarang kepakaran. Kalau setakat “MBA”, melambak-lambah ditepi jalan di Chow Kit Road!! Kononnya, beliau diura-urakan dilantik. Bermakna, jika Abol Hassan sebagai perasuah dilantik sebagai governor Bank Negara, kemudian Mustapa pula menggantikannya, samalah jawatan dan tugas Governor Bank Negara satu jawatan tidak lebih sebagai “care-taker functioning at the pleasure of certain top JOKERS”.

Kemampuan dan kepakaran Zeti tidak ada yang mempertikaikan. Tetapi, umpama sebuah kepala keretapi, walau bagaimana canggih sekalipun, jika ‘rail’nya menghala ke gaung, kepala ‘loco’ itu akan menarik gerabak terjun gaung juga!! Sekaligus, maruah Zeti tercemar.

Fungsi Bank Negara selepas Anwar dilihat cuma setakat untuk dimanipulasikan oleh ‘sedap ragam’ pucuk pemimpin politik. Bank Negara tidak lagi dimanfaatkan oleh rakyat banyak selain dari mengeluarkan kertas ringgit dan wang shiling.

Negara maju menjadikan peranan Bank Negara begitu penting untuk ‘meregulate’kan seluruh sistem kewangan dan ekonomi yang dimanfaatkan oleh rakyat banyak. Tapi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Bank Negara Malaysia dipergunakan oleh beberapa kroni yang rapat dengan regu Mahathir-Daim untuk mencari keuntungan di Bursa Saham KLSE, menangguh kemuflisan korporat Kroni “man at the centre of power” dan memaksa Bank supaya bergabung. Jika ini terus-menerus berlaku, maka kepakaran Zeti akan sia-sia dan tidak berguna.

Dipendekkan cerita, siapa juga yang diletakkan sebagai Governor Bank Negara, selagi muka Mahathir dan Daem masih menjadi ‘hantu raya’ menerajui Negara, orang yang paling layak dilantik sebagai Governor MUNGKIN Ibrahim Ali!!

Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com