Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite

BUDAYA DAN SIKAP WAKIL RAKYAT PUAK UMNO/BN – “SATU SEN TAK GUNA”..!!

KITA tau – Wakil-wakil Rakyat, tak kira apa jua parti pun – termasuklah Perdana Menteri dan Timbalannya, Menteri-menteri dan Setiausaha Parlimen, wajib menghadirkan diri di Parlimen dalam semua sesi perdebatan. Jika tidak, apa maknanya mereka dilantik mewakili rakyat. Kalau setakat mengutip elaun cuma, lebih baik jadi PEROMPAK saja!!

Budaya “Kutip Elaun”

Kelompok mana berbudaya “Perompak” itu? Jawapan yang mudah adalah mereka yang berbudaya “ponteng Parlimen”!!

Satu masa dulu, isu ini pernah membangkitkan kemarahan DS Anwar semasa beliau dalam Kerajaan sebagai TPM. Diperhatikan kemudian adalah sedikit bezanya. Ramai ahli-ahli Parlimen UMNO dan komponen BN yang terkejut bagai orang terjaga dari mimpi disiang hari. Mereka gelabah datang ke Parlimen. Ada yang rambut kusut masai, misai-janggut tak bercukur, peluh mencias-cias, muka kusut masai. Begitulah budaya dan sikap anggota Parlimen puak UMNO/BN – khususnya UMNO. Mesti kena ugut dan gertak baru tau tanggungjawab!!

Komen pedas Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato' Haji Fadzil Mohd Noor baru-baru ini mengenai “budaya” wakil Parlimen UMNO/BN itu mula terdengar semula. Jika dulu DS Anwar sendiri yang menegur, tapi kali ini terbalik pula. Begitu, begini – memang sudah lama diharapkan rakyat supaya dikikis dari ‘usus panjang’ wakil rakyat UMNO/BN supaya bekerja dengan jujur dan saksama.

YB Dato' Haji Fadzil Mohd Noor menegaskan bahawa ahli-ahli Parlimen daripada Barisan Alternatif (BA) bukan sekadar untuk mencukupkan korum di Dewan Rakyat, katanya. Tidak ada maruahkah Wakil Rakyat UMNO/BN hingga pembangkang sendiri perlu menegur karenah tak berbudi mereka?

Malangnya, YB Dato' Haji Fadzil Mohd Noor tidak dapat berbuat apa-apa. Kerana, wakil Parlimen UMNO/BN bukan tertakluk kepada ‘suruh-arah’ beliau. Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu bercakap atas dasar seorang wakil rakyat yang berjiwa rakyat dan menghayati prinsip partinya (PAS/BA). Tetapi beliau makin nampak berhadapan dengan wakil rakyat UMNO/BN yang hampir kesemuanya setakat jadi YB kerana kerja lain yang sesuai tak ada!! Mungkin inilah jenis umat yang Dr. Mahahthir cari dan pilih untuk menjadi wakil rakyat 20 juta rakyat Malaysia. Makin hairan rakyat jika begini dasar UMNO!!

Semua orang tau, hampir 90% wakil rakyat UMNO adalah terdiri dari orang yang tidak berhemah tinggi dan tidak berpelajaran. Malah ada yang sanggup menipu kononnya Ph.D dan bertauliah Professor. Bila didesak di Parlimen, maka terbongkarlah rahsia – rupa-rupanya kelulusan beliau tak lebih macam Ibrahim Ali yang kununnya kelulusan Diploma, tapi sijil hilang entah kemana!!

Hampir semua wakil rakyat UMNO menjadi wakil rakyat kerana berjaya memijak kepala kawan dan membodek siapa saja. Yang penting, asalkan dilantik jadi calun. Ini soal ‘nawaitu’ yang tidak ada, tidak wujud dalam lubuh hati dan benak kepala mereka. Kalau ‘nawaitu’ sudah salah dari mula, akan begitulah sampai mati!!

Bilakah Sesi Parlimen Penuh Sesak?

Hampir semua orang yang berminat dengan isu rakyat tau jawapan kepada soalan itu. Setiap kali sesi Belanjawan akan dibacakan, masing-masing wakil Parlimen UMNO/BN akan berkerumun menghadiri sesi Palimen yang itu.

Sebab yang ketara: pertamanya, kerana mereka kepingin sangat nak tau apakah peruntukan untuk sesuatu jabatan, peruntukan Pembangunan, pengecualian cukai yang menguntungkan Kroni-kroni mereka, peluang kontrak yang boleh dipakatkan untuk disapu, senarai projek-projek mega dengan peruntukan berbillion-billion. Itulah daya pendorong utama.

Betapa tidak? Diluar Dewan siang-siang menunggu kroni yang nak tau apa projek yang boleh dikongsi untuk dibolot mengenyang tembolok mereka. Wakil rakyat UMNO/BN sepantas kilat akan melantik diri sebagai ‘budak suruhan’ taukeh-taukeh kroninya.

Kemudian, muka-muka “bangsat” ini akan terhegeh-hegeh minta TV dan pemberita akhbar mewawancara mereka. Maka terdengarlah dari mulut mereka 1001 versi pujian mengenai budget yang dibacakan tadi. Semua pujian menjurus kepada betapa hebatnya regim ‘Datuk Seri Presiden UMNO’ merancang untuk membangunkan rakyat dan negara. Dengar cakap tak ubah macam ‘kakak tua’. Setiap wakil rakyat UMNO dan sekongkol BN akan bercakap seperti satu skrip yang sudah lama dihafal dan disediakan!!

Nampaklah kepada rakyat yang tahu berfikir bahawa wakil rakyat seperti itu hanya berguna untuk Mahathir dan Daem sebagai ‘kuda lejangan’ (versi takrif yang masih baik) – atau sebagai ‘tukang angkat taik’ (versi takrif paling hina yang sesuai untuk mereka). Semua puji-pujian ada makna, iaitu demi kepentingan kewibawaan mereka berdua.

Seolah-olah, kehadiran wakil-wakil rakyat UMNO/BN di Parlimen adalah suatu lagi bentuk “konspirasi”. Tak kira isu itu berat sebelah, atau menafikan hak dan kepentingan rakyat; tugas dan fungsi mereka hanyalah satu cuma, iaitu: “Untuk menyokong apa yang Mahathir cakap..!!”. Setakat itu sajalah fungsi Wakil Rakyat UMNO/BN. Wakil rakyat apakah namanya?

Wakil Parlimen UMNO ‘Berbuih Mulut’

Dalam satu sesi Parlimen selepas P/raya ke-10, timbul kesah percanggahan debatan antara Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri (Presiden UMNO menang tak bertanding) dengan wakil Parlimen BA – YB Mat Sabu.

Selama ini YB Mat Sabu diperkononkan oleh Dr. Mahathir dan orang upahannya (wakil rakyat UMNO). Tetapi dalam sesi itu, Mahathir tergamam dengan persedian rapi YB Mat Sabu. Dalam perdebatan hangat itu, Dr. Mahathir dicabar oeh YAB Mat Sabu. Kerana sudah terlalu malu dan hilang kewibawaan tak boleh menjawab, Dr. Mahathir duduk melorot dengan lidah ‘terjelir’. Nah! Bayangkan betapa malunya seorang Perdana Menteri “wira dunia ketiga” lemas lumpuh terkelu lidah dihamun oleh hujah seorang wakil BA!!

Timbol pula isu ‘seks dan lucah’ yang menggamatkan Parlimen. Wakil Parlimen BA membantah kata-kata lucah yang menjijikkan yang lazim menjadi budaya wakil Parlimen BN. Bermula dengan Adnan Yakob hingga Mahathir sendiri – dimana-mana mereka berada, lucah saja terkeluar dari mulut mereka.

Kerana ‘kelucahan dan seks’ adalah amalan wakil UMNO (yang dijuarai oleh dr. Mahathir Mohammad – Perdana Menteri Malaysia, khususnya); maka bantahan hangat dari wakil BA bertukar menjadi isu besar. Malangnya, wakil BN masih cuba menegakkan benang basah. Nampak sangat wakil UMNO/BN wajar diberi pendidikan bersopan dan berhemah secara ilmiah sebelum menjejakkan kaki mencemarkan kedaulatan Parlimen kita. Apa yang nak diharap kepada mereka ini? Adakah dalam minda mereka berselaput dengan seks, lucah dan biadab?

Bagi rakyat memang jelas sudah. Wakil Parlimen dan Dewan Undang UMNO/BN sudah hilang taring, tandus modal, tidak ada kewibawaan, tak tau bersopan dan hilang identiti berugama. Jika nak diharapkan mereka berdebat menegakkan kepentingan rakyat, satu sen tak guna!!

Bagi mereka Parlimen hanya satu tempat mereka berkumpul, berbincang di kantin, bercerita dan bertukar-tukar nota, berpakat bagaimana hendak memfaraitkan kekayaan negara untuk dibolot dalam tempoh lima tahun berikut. HANYA waktu itulah dan mengenai isu itu sajalah mereka akan hebat berdebat sesama sendiri hingga berbuih mulut. Apa nak harap lagi jika itulah jenis wakil UMNO/BN pelahap bukan-bukan?

Parlimen Adalah Untuk Pembangkang Berjuang!!

Bagi Wakil Rakyat BA, persidangan Dewan Rakyat adalah urusan kerajaan untuk rakyat. Sepatutnya wakil-wakil rakyat kerajaan daripada Barisan Nasional wajib hadir. Malangnya, bagi mereka, hadir di Parlimen dan membincangkan isu rakyat dan mencari kepastian demi kepentingan rakyat tidak suatu kewajipan bersama. Tidak nampak apa yang dibincangkan oleh pemimpin Kerajaan bukan urusan kerajaan untuk dimanafaatkan rakyat.

Isu ‘tidak cukup koram’ telah lama membudaya dikalangan wakil UMNO/BN. Seimbas kata, Ketua Pembangkang dari BA membayangkan, seolah-olah sudah menjadi kelaziman sikap, kadang-kadang tiada seorang pun menteri yang datang pada persidangan Dewan Rakyat.

Mahathir Mohammad (Perdana Menteri bertaraf wira dunia ketiga, kononnya), menjadikan amalannya – kerap tak datang sendiri untuk menjawab isu yang dibangkitkan. Dia hanya berlepas tangan membiarkan isu dijawab oleh `budak-budak' wakil rakyat yang belum tanggal pusat dan hingus masih meleleh berjijiran. Kalau kepala pun dah ‘kaki busuk’, nak harap apa kepada ekornya?

Sikap ponteng menghadiri persidangan Dewan Rakyat daripada wakil UMNO/BN membuktikan mereka tidak bertanggungjawab terhadap amanah rakyat. Sebaliknya mereka sebok menggila-gila menjalankan kegiatan lain termasuk perniagaan.

Bercerita Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, YB Dato' Haji Fadzil Mohd Noor. Katanya. "Dalam satu sesi Dewan Rakyat baru-baru ini, tidak cukup korum kerana 26 wakil yang sepatutnya ada hanya 18 sahaja yang ada sedangkan BN ada 148, mana pergi 130 lagi," kata beliau.

Timbul soalan dari rakyat sekarang, “Apakah kerana wakil-wakil BN semata-mata mengharapkan wakil BA seramai 42 orang untuk mencukupkan korum persidangan Dewan Rakyat? Tidak bermakna Wakil UMNO/Bnmengahrapkan 42 wakil BA dalam Dewan Rakyat untuk cukup korum?

Memang wajar beliau membidas sikap “tak berguna” wakil rakyat UMNO/BN itu, dengan berkata, “Apa yang berlaku itu jelas menunjukkan mereka (wakil rakyat UMNO/BN) tidak menghormati Parlimen sebagai simbol institusi tertinggi di negara ini.

Nah! Nak pilih lagi ‘kutu pengelat’ wakil rakyat UMNO/BN? Kerana makin nampak cuma wakil-wakil rakyat BA saja yang menghangatkan perbincangan di Parlimen, tahun 2004, jangan peduli lagi muka-muka UMNO/BN laknat itu!!

Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com